Episode 28

Adventure Series 25852

episode 28

Di Taman Tasik,

Angin di atas pokok di tepi taman yang jauh dari orang lalu lalang sungguh mendambarkan. Sejuk dan nyaman itu yang rasai oleh Cashen. Angin menyapa daun-daun disekelilingnya serta rambutnya. Matanya yang dua warna boleh dilihat di celah-celah rambutnya.

"Nyamannya." Suaranya yang serak-serak basah kedengaraan agak perlahan.

"Dah lama aku tak dapat misi. Tapi misi kali ni.. Aku akan bersama-sama dengan Arsh.... Lelaki tu..." Cashen teringat kali pertama dia berjumpa Arsh pada hari perjumpaan pelajar baru.

Arsh membawa aura 'dia bukan calang-calang orang'. Tubuhnya bagaikan salji, sungguh nyaman kalau berselisih dengannya.

"Walaupun macam tu bagi aku, dia masih lembik. " bisik hati Cashen.

"Sebab dia lembiklah aku kena jadi cikgu dia... Haaaa~ ni buat aku jadi malas." Cashen bermonolog sambil menggosok belakang rambutnya.

Dia teringat wajah Arsh yang terkejut masa peristiwa awan menyerang malam selepas dia berucap.

"Dia terkejut tu normallah.. Tapi kenapa dia nampak macam nampak sesuatu yang menakutkan??"

Cashen memandang suasana tasik di celah-celah daun. Tenang.

"Jadi kenapa aku.. Cari pasal dia tak ada? Siapa Arsh sebenarnya eh?? Kenapa tiada data pasal dia dekat komputer sekolah sedangkan yang lain ada... Kalau dia tak ada macam mana dia masuk dalam sekolah? Tak akan sekolah canggih tu tak mampu kesan pelajar tanpa identiti?"

“Eh.. Kejap... Bukan Arsh je.. Si mamat topeng tu jugak.. Siapa erk nama dia. Las? Yelah kot. Tak akan pihak istana lindungi identiti mereka?"

"Jadi misi aku adalah menjadi cikgu.. Eh? Pelatih kepada Arsh. Huh! Siaplah aku bagi latihan gila punya~" kata Cashen sambil mempamerkan senyum kejam.

###################

Di taman Hospital Vika,

Las sedang duduk di belakang bekas bekalan air diatas bumbung hospital bersendirian. Angin yang kuat telah meniup-niup rambut Las. Mata Las kosong bagaikan dia tiada disitu.

"Hei. Nasib baik dia tak apa-apa. Kau tak rasa ke tugas ni berat bagi aku? Kau sanggup bagi tugas ni dekat aku sedangkan kau sendiri benci aku..." Las berhenti bisik di dalam hati dan memandang ke bawah bangunan dari tempat dia duduk.

"Tak payah sembunyi. Aku tau kau dekat situ." Ucap Las tanpa menggerakkan matanya.

"Kau masih peka macam dulu."

"Aku sentiasa peka." Jawab Las tersenyum kecil.

Seorang gadis memakai kot doktor keluar dari sebalik bayangan tangki air kedua.

"Tak sangka kau tunaikan permintaan dia untuk jaga si Arsh walaupun umur kau jauh dari tua dari diorang." Bicara gadis doktor tersebut sambil menyandar badan di tangki.

"Kau pun apa kurangnya." Mereka berdua menyaksikan suasana senja dari belakang tangki air. Sungguh cantik.

"Tak sangka kau mampu bergaul dengan Arsh.. Ah! Sabrina jugak."

"Huh.. Macam aku tak pernah kena misi menjaga budak je." Las ketawa kecil.

"Dah tiga tahun pemergian dia. Tak sangka kau masih setia."

"Setia? Ntahlah. Aku cuma tahu aku cintakan dia. Itu sahaja." Pandangan Las menjadi sungguh lembut.

"Sebab tu aku cemburukan dia. Kau tahukan aku suka kau."

"Hahaha.. Aku hargai perasaan kau tapi hati aku masih tak terbuka.. Kau sendiri tahu aku sekarang tengah melaksanakan arahan diraja."

"Alasan ja tu. Sebenarnya kau gembira dapat tugasan tu." Gadis doktor tersebut duduk disebelah Las.

"Kau kenal betul dengan aku."

"Aku mula perhatikan kau lepas misi 'tu'. Aku jangkakan aku akan mati. Tapi tak sangka kau sanggup datang balik ke tempat tu semata-mata cari aku. Orang lain pasti ingat aku dah mati."

"Pada mula, aku dah agak kau tak mati lagi. Firasat aku kuat mengatakan kau masih hidup. Sebab tu aku kembali ke tempat tu untuk cari kau."

"Sedangkan masa tu dia dalam dangkapan kau." Usik gadis doktor tersebut

"Ya tapi kau kawan aku. Walaupun aku dah ada jalinan percintaan tapi aku tetap tak akan abaikan persahabatan kerana koranglah aku jadi kuat sampai sekarang."

“Kau memang hebat dari dulu lagi.”

“Tak mahu komen.”

"Alangkah indah kau jatuh cinta dengan aku bukan dia." Gadis doktor tersebut memaling wajah. Dia bagaikan terguris dengan kata-kata sendiri.

Las menjeling seketika doktor tersebut lalu mengusap kepala gadis tersebut.

"Piko. Jangan menangis. Kau taukan aku lemah dengan tangisan kaum perempuan. Walaupun aku tak cintakan kau tapi aku tetap sayang kau. Kita banyak buat misi masa usia kita sama dengan Arsh dan Sabrina."

"Maaf."

Las mencubit lembut pipi doktor Piko.

"Kau dah jadi doktor Piko. Tak sangka. Kau yang takut darah boleh jadi doktor."

"Heii!!!" Piko memukul lembut Las. Las hanya ketawa.

"Boleh tak aku buat kau jatuh cinta dengan aku?"

“Ha?” Las terkejut dengan permintaan jujur gadis tersebut.

"Aku pasti akan buat kau jatuh cinta dengan aku!" Piko berdiri sambil menunjuk jari telunjuk ke Las dan berlari menggunakan pentagram.

Las hanya memandang sebelum memandang langit senja yang sudah bertukar menjadi malam.

"Piko.. Piko.. Piko... Ada-ada jelah kau ni. Heh!" Las tersenyum kecil.

"Jatuh cinta sekali lagi ke? Semoga berjaya!" Kata Las sambil memandang langit dan tangannya diletak pada lutut kiri yang dinaikkan.

"Misi aku... Permintaan dia.. Nampaknya seiring.. Arsh akan jadi kuat. Jauh lebih kuat dari Prof. Kursh, ayah dia. Anak pak cik akan jauh lebih kuat dari pak cik."

"Ya tuhanku, tolonglah aku untuk menjayakan misi ni."

"Misi panjang.. Tak lama lagi Arsh dengan Sabrina akan menjalani latihan musim panas."

"Baiklah!!" Las meregangkan badannya sebelum menyambung katanya.

"Aku akan asahkan balik latihan aku."

"Agak-agaknya. Arsh marah tak kalau dia tahu kebenaran? Tapi tak sangka dia hilang ingatan selepas kejadian tu. Arsh...Sabrina..."

Las mengaktifkan pentagram lalu menghilangkan diri. Kawasan tersebut menyepi.

####################

Piko memandang kawasan Las tidak jauh dari situ.

"Las, kau masih di bebani dengan 'dosa' dahulu walaupun itu bukan sebuah 'dosa'. Aku tahu tuhan tak kejam. Yang kejam manusia itu sendiri." Bicara Piko dalam hati sebelum bergerak ke wad untuk merawat pesakit.

"Arsh tolong Las. Tolong hapuskan beban yang Las. Aku betul-betul mengharap." Rintihan hati Piko.

Suasana dihospital seperti biasa penuh dengan pesakit yang tidak pernah putus-putus. Ada pesakit dari terkena buatan magis, ada juga yang cuba membunuh diri tak kurang juga terlebih menggunakan elektronik.

Suasana Hospital Vika berkonsepkan moden ini dicipta oleh generasi 2 dari keluarga Kolership. Ya, itu adalah ayah kepada datuk Sabrina. Hospital Vika ini sudah 120 tahun beroperasi dan masih kukuh. Oleh sebab, dah lama beroperasi, hospital ini ada perpustakaan magis yang tidak ramai tahu. Perpustakaan itu menyimpan rahsia mengenai pahlawan lagenda terdahulu.

Tidak ramai mengenali siapa pahlawan lagenda yang sudah generasi ke 50. Pahlawan lagenda adalah mereka yang berjaya melepasi misi kelas SSS. Mereka umpama bayang yang muncul saat ada bahaya.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience