Bab 61

Romance Completed 207871

"Abang.." panggil Intan.

"Hm.." jawab Caden yang masih lagi memeluk erat tubuh Intan dari belakang, bibirnya pula melekap pada leher kanan Intan.

"Abang.." panggil Intan lagi.

Caden masih diam seperti tadi.

"Berapa lama nak berdiri macam ni, kat bawah shower ni.. Kecut nanti" kata Intan lalu memusing mengadap Caden.

Caden dilihat terpejam-pejam matanya terkena air pancuran dari shower.

"Sayang lapar la.." sambung Intan.

Tangannya sudah naik melilit leher Caden.

Wajah Caden dipandang, lalu bibir itu dikucup sekilas.

"Jom la naik, mesti Kak Sal dah siapkan sarapan" kata Intan lagi sambil wajah Caden diusap.

"Okey.." balas Caden lalu melonggarkan pelukan.

"Abang tak puas lagi nak manja dengan sayang" kata Caden lalu mengambil tuala dan dililitkan pada badan Intan setelah paip ditutup.

Diambil sehelai lagi tuala untuk membalut tubuhnya pula.

Kedua-dua berjalan keluar dari bilik air gym. Mujur ada bilik air, kalau tidak, naya.

"Sayang tunggu sini, abang naik ambilkan pakaian sayang okey" kata Caden lalu sehelai tuala kecil diletakkan di atas kepala Intan untuk mengeringkan rambut.

"Okey abang" balas Intan.

Setelah Caden hilang dari pandangan, tersenyum Intan bila mengenang kembali aksi mereka tadi.

Agresif lain macam. Merah padam wajahnya.

Sementara menunggu Caden, Intan duduk di sofa di dalam gym itu dan mengeringkan rambutnya.

Pakaian yang kotor tadi sudah dibawa naik oleh Caden.

Tidak lama Caden sampai bersama pakaiannya di tangan.

Caden pula sudah pun siap berpakaian, tshirt body fit dan seluar sukan paras lututnya.

"Sayang ambil ni, pakai. Sejuk lama-lama, dalam air cond pulak tu" kata Caden lalu menyerahkan pakaian pada Intan.

Pakaian yang diserah Caden diambil.

Pandai pulak dia pilih seluar dalam sama warna dengan bra. Aduhai..

Setelah siap berpakaian, Intan menghampiri Caden yang duduk di sofa dan ralit dengan telefon bimbitnya.

Berkerut wajah Caden. Ada masalah ke?

"Abang" panggil Intan lalu memeluk leher Caden dari belakang.

Cium dilabuh pada pipi itu dan Intan bergerak ke sisi Caden.

"Kenapa, ada masalah ke?" soal Intan.

"Ada masalah sikit dengan syarikat abang di Italy" kata Caden.

"Lepas tu?" soal Intan lagi.

Tak sedap hati rasanya. Tiba-tiba saja berdebar.

"Nantilah abang bincang dengan Carlos. Dah siap?" soal Caden lalu menyimpan telefon bimbitnya dalam poket dan menoleh pada Intan disebelah.

"Dah" jawab Intan.

"Dah apanya, sini. Rambut basah lagi" kata Caden lalu mengambil tuala di tangan Intan, ligat dia mengeringkan rambut yang basah itu.

Apabila kering, disikat rambut Intan menggunakan jemari besarnya.

Lalu cium dilabuhkan di dahi Intan.

"Ha, macam ni baru siap" ucap Caden lalu berdiri dan Intan ikut sama.

Caden dan Intan beriringan keluar dari gym dan menuju ke lift untuk ke tingkat atas.

Belum sampai dapur sudah bau wangi nasi goreng Kak Sal.

"Sedapnya bau.." kata Intan lalu melabuhkan duduk di kerusi.

"Tuan, Puan. Jemput makan. Kak Sal buat nasi goreng. Tuan nak sarapan macam biasa ke?" soal Kak Sal.

"It's okey. Saya makan nasi goreng. Kena top up tenaga, banyak hilang pagi tadi" kata Caden sambil tersenyum memandang Intan di sebelah.

Memerah wajah itu.

"Ha, ye la. Tuan dan Puan kat bilik gym tadi kan. Mesti banyak peluh yang keluar" kata Kak Sal mengiyakan.

Caden sudah tersengih-sengih mendengar kata Kak Sal.

Ye Kak Sal, berpeluh-peluh. Lain macam work out hari ni. Kata Caden dalam hati.

"Betul tak sayang?" soal Caden pada Intan yang sedang menyuap nasi.

"Apa yang betul?" soal Intan pula.

"Banyak peluh keluar tadi.." meleret kata Caden sambil mengenyit mata pada Intan.

Tersedak Intan melihat ulah Caden.

Uhuk uhuk uhuk..

Laju air teh suam dicapai dan diteguk. Kurang asam betul Caden ni, perkara itu yang dibuat lawak.

"Mengadakan, dah makan" marah Intan

Besar ketawa Caden.

Kak Sal yang melihat hanya tersenyum. Gembira dengan hubungan majikannya itu.

+++

"Kau cakap apa? Nak datang sini? Buat apa?" bertalu soalan Caden pada Carlos di corong telefon sebelah sana.

"Katanya nak bincang pasal masalah syarikat" jawab Carlos.

"Tak perlu la dia datang sini. Aku boleh ke sana" kata Caden.

Merah wajahnya menahan geram.

"Bila nak datang?" soal Caden pula.

"Malam ni. Dia cakap nak tidur kat hotel kau. Senang nak jumpa" kata Carlos pula.

"Malam ni? Bila dia bagitau?" tanya Caden yang sudah tidak senang duduk. Sekejap bangun, sekejap duduk.

"Dia call sebelum naik flight" jawab Carlos.

Aduh.. Kenapa mesti datang sini.

Kuat Caden mengeluh.

"Hurm.. Kau uruskan apa yang patut. Esok lepas bawa Afrina ke hospital, aku datang pejabat" kata Caden lalu memutuskan talian.

Telefon disimpan di dalam poket.

Kaki melangkah menuju ke air terjun buatan sendiri di sebelah gazebo.

Pandangan dihala ke kolam ikan. Tenang sahaja riak air tetapi tidak bagi hatinya.

Kenapa mesti datang ke sini. Aku boleh ke sana.

Ah.. Serabut memikirkannya.

Sedang otak kalut memikirkan perkara itu, ada sepasang tangan melilit pinggangnya dari belakang.

Tahu sangat empunya diri.

"Sayang.." panggil Caden.

Intan beralih ke sisi dengan tangan masih lagi memeluk pinggang Caden.

Wajah didongak memandang Caden di sisi.

"Kenapa ni, dari pagi tadi sayang tengok abang macam ni. Ada masalah ke? Tak nak share.." tanya Intan lembut.

Helaan nafas dihembus perlahan.

"Masalah syarikat. Abang dengan Carlos tengah cari solution. Sayang jangan bimbang, okey" jawab Caden lalu tangannya naik memeluk bahu Intan.

Ubun-ubun itu dicium sekilas.

"Dah, jom masuk. Malam ni, sejuk" ajak Caden lalu menarik Intan melangkah bersamanya.

Intan hanya tersenyum di sisi.

Kenapa hati rasa tak sedap..

Dah.. Jangan fikir bukan-bukan Intan.

"Esok lepas ke hospital, abang nak ke pejabat. Sayang, abang hantar balik dulu okey" kata Caden sewaktu pintu utama ditutup dan dikunci.

"Hm.. Kalau sayang ikut abang ke hotel boleh?" soal Intan.

Terhenti pergerakan tangan Caden.

"Sayang nak ikut ke hotel? Nak buat apa?" soal Caden.

Aduh.. Nak ikut ke hotel pulak..

"Sayang nak jumpa kawan-kawan lama. Rindu dengan diaorang. Boleh tak, kalau tak boleh tak apalah. Abang hantar sayang balik je" kata Intan macam berjauh hati.

"Hm.. Macam ni. Kita tengok result nanti macam mana. Kalau Dr. Dani cakap sayang dah sembuh dan boleh mula bertugas, abang hantar sayang balik."

"Tapi kalau sayang masih belum sihat sepenuhnya, sayang ikut abang ke hotel" cadang Caden.

Berkerut wajah Intan memikirkan apa yang dicakapkan Caden.

"Hm.. Tapi kenapa?" soal Intan tidak puas hati.

"Sayang.. Kalau sayang dah boleh mula bertugas lusa, sayang tentu nak siapkan apa yang patutkan. Jadi, baik sayang balik rumah"

"Tapi kalau sayang masih belum dibenarkan bertugas semula, sayang boleh ikut abang jumpa kawan-kawan sayang tu.." terang Caden.

Ada makna dicadangkan semua itu pada Intan.

"Haah, betul juga kan. Kalau sayang dah boleh mula bertugas, sayang nak siap-siapkan apa yang patut.. Kalau macam tu okeylah" jawab Intan tersenyum.

Huh, lega..

+++

Pagi itu Caden bersama Intan menuju ke hospital untuk membuat pemeriksaan akhir bagi mendapatkan keputusan mengenai kesihatan Intan.

Setelah beberapa pemeriksaan dijalankan, Intan dan Caden dipanggil ke pejabat Dr. Dani.

"Jemput duduk" pelawa Dr. Dani.

"Thanks" ucap Intan dan Caden.

"Puan Intan rasa bagaimana sekarang dalam dua bulan ni?" soal Dr. Dani.

"Alhamdulillah. Saya rasa semakin sihat, lebih sihat dari sebelum kejadian" terang Intan.

Dr. Dani terangguk-angguk dengan jawapan Intan.

"Jadi, apa keputusannya doktor?" soal Caden. Suspen la pulak doktor ni.

"Kesihatan Puan Intan sudah pulih sepenuhnya. Tak perlu lagi untuk hadir fisioterapi. Saya tak sangka Puan Intan boleh pulih dalam masa yang singkat macam ni" terang Dr. Dani sambil menyerahkan hasil pemeriksaan kesihatan Intan.

"Itu semua atas usaha suami saya yang banyak bantu dan beri semangat" kata Intan sambil memandang pada Caden di sisinya.

Caden hanya tersenyum sambil meneliti laporan yang diserah Dr. Dani.

"Jadi, Puan Intan dah boleh mula bertugas semula" kata Dr. Dani.

Besar senyum Intan.

"Terima kasih doktor" ucap Intan dan Caden.

Setelah selesai urusan bersama Dr. Dani, Intan dan Caden kembali ke kereta.

"Jadi, sekarang macam mana?" soal Caden pada Intan.

"Sayang nak balik rumah lah, esok dah boleh mula bertugas. Tak sabar" senyum Intan sambil menuturkan ayat tersebut.

"Kalau macam tu, abang hantar sayang okey" kata Caden lalu kedua-duanya membolos masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience