Bab 3

Action Series 3232

Iphonenya yang berbunyi kuat itu dipandang dengan sebalnya. Tak cukup spam whatsapp, missed call juga di spamnya berkali-kali sehinggakan Nadira teringin hendak hempas iphonenya itu. Kalau difikirkan bukan suaminya yang berikan, memang berkecai sudah iphone tersebut.

Setiap kali dia membuka chat dari orang yang tidak dikenali, sepatah haram langsung dia tak faham apa yang pihak disana cuba sampaikan.

Ya, bahasa Itali. Mana la dia faham.

Mungkin lepas ini dia akan belajar bahasa Itali dengan suaminya.

"Beruk mana la duk ganggu aku ni. Semak la." Iphonenya dipegang lalu di off kan. Semakin lama semakin bingit dia dengarnya.

"Kau nak scam aku pun, beragak la.. Macam la aku ni paham bahasa korang haha. Tengok tv lagi bagus la." Gumamnya sambil menuju kearah ruang tamu lalu duduk diatas sofa yang empuk. Remote tv diambil lalu mengalih drama yang bahasa langsung tidak fahami.

Tekan tekan asyik keluar drama Itali. Ini membuatkan Nadira terus jadi bengang tak terkata.

"Ni satu hal lagi, takde cerita yang best ke. Sepatah haram aku tak faham bahasa Itali ni." Lalu Nadira membuka netflix dan mencari lagi cerita yang hendak menonton sementara menunggu suaminya pulang dari kerja.

"Habis, takkan aku nak tengok 365 days yang baru ni pulak. Bodoh ke." Nadira membebel seorang. Namun hakikatnya mulut tak seiring dengan hati. Hatinya lebih menderhakai dari kata-kata yang terkeluar dari mulutnya.

"Tapi Massimo hot der, rasa nak tengok la. Aww." Nadira tersengih nakal. Pada asalnya dia pun tidak tahu kewujudan filem erotik tersebut. Oleh kerana anak-anak buah suaminya selalu menonton filem ini di mansion The Kaysher, dia turut menonton sekali bersama yang lain tanpa sikit pun tak tahu keseluruhan genre filem itu.

Sangkanya itu filem aksi mafia sahaja. Ya lah, sekarang dia duduk dengan sekeluarga mafia. No wonder lah kan?

Namun tak sampai beberapa minit, Damien Louis menarik Nadira menjauhi dengan mereka yang lain.

Katanya jangan tengok filem ni dengan orang lain. Filem kotor kata suaminya itu.

Terus ternganga gadis itu dibuatnya. Nasib baik dia tak sempat lihat adegen yang tidak sepatutnya. Mahu kena marah dengan Damien Louis.

"Kunyit! Jom lepak dengan mummy tengok Massimo."

Sepi dari kunyit membuatkan Nadira menjadi tak sedap hati.

"Kunyit..."

Mata Nadira meliar memandang sekeliling. Langsung tiada bayangan kelibat kunyit menyebabkan Nadira merasa resah dan gelisah.

Ini sangat tidak kelakar. Dia panggil anaknya langsung tidak menyahut.

"Kunyit sayang! Mana anak mummy pergi ni? Jangan la hilang. Nanti daddy marah mummy." Mata si gadis itu mulai berkaca. Tunggu masa empangan itu mengalir dipipinya nanti.

"Kalau mummy lambat bagi whiskas, maafkan mummy. Mummy sibuk buat kerja rumah." Raung gadis itu seolah seperti orang kehilangan anak.

Prakk

Tiba-tiba ada bunyian pelik menjengah di halwa telinga Nadira. Lantas kayu besbol di capai lalu menggenggam kedua belah tangannya. Risau dengan keadaan dia berseorangan ketika ini. Macam-macam boleh terjadi.

Matanya tertumpu kearah dapur mansion tersebut. Makin lama makin perlahan langkahnya kearah dapur dengan berhati-hati.

"Umph!" Mulutnya ditekup oleh seseorang dan pinggang rampingnya dipeluk kemas membuatkan Nadira meronta mahu lepaskan diri.

Kayu besbolnya sudah terpelanting jatuh keatas lantai menyebabkan Nadira terpaksa menggunakan seni mempertahankan diri untuk melindungi dirinya sendiri.

Tak sempat dia mahu mengunci kaki manusia itu, tubuh Nadira sudah dikunci rapat dan dia sudah merasakan batang lehernya sudah basah dek kerana kucupan bertalu-talu oleh manusia itu.

Dalam keadaan yang masih berkunci, Nadira sedaya upaya melindungi tubuhnya daripada kucupan manusia tersebut.

Dia hanya hak suaminya sahaja.

Lalu manusia itu melepaskan tawa besarnya. Tubuh Nadira diangkat seperti bridal style membuatkan gadis itu terjerit kecil.

Rupa-rupanya manusia itu ialah suaminya sendiri.

Hanat punya suami. Hampir nak tercabut nyawanya tadi. Kalau dia ada sakit jantung, dah lama dia mati kejung tadi.

"La tua faccia è così divertente." (Muka awak kelakar lah.) Damien Louis ketawa berdekah melihat wajah isterinya yang masam mencuka itu. Dia sudah balik semasa isterinya membebel berseorangan tadi. Sengaja dia masuk kedalam mansion itu secara senyap kerana mahu bergurau manja dengan isterinya.

Kunyit dia letak dalam dapur untuk menyerlahkan lagi gurauan manja tersebut.

Bunyi bunyian pelik itu sebenarnya Kunyit tengah makan makananya. Damien Louis meletakkan dry food dalam bekas makannya secara perlahan.

Nadira yang bengang tak terkata itu terus menarik rambut suaminya dengan kuat sekali.

Ambik kau.

"Aduh! Sakit la sayang. Apa tarik rambut abang ni." Damien Louis mengerang sakit akibat perbuatan isterinya tadi. Nak mengusap, tengah dukung isterinya lagi.

"Gila tak terkejut, nak tercabut jantung Dira tadi tau. Ingat siapa lah tadi huh!" Sebal hati Nadira dengan gurau kasar sang suaminya. Ingatkan orang jahat tadi yang cuba berbuat jahat terhadapnya.

Damien Louis yang masih cempung tubuh ramping Nadira hanya tersenyum nipis melihat isterinya membebel itu.

"Marah pun comel." Nadira menjeling tajam. Aku tengah marah ni, kau menyempat nak puji aku ya.

Damien Louis sudah duduk diatas sofa dihadapan televisyen. Isterinya diletakkan diatas ribanya sambil memeluk tubuh ramping itu.

Peluk tubuh Nadira adalah satu kewajipan baginya. Sehari tak peluk isterinya, terasa kosong jiwanya dalam hari tersebut.

Kunyit yang sudah makan tadi terus pergi kearah pasangan itu lalu memanjat dan duduk atas riba Nadira.

"Oh budak oren ni sama nakal macam daddy ye. Suka buat orang risau huh!" Damien Louis melepaskan tawa besarnya. Tak habis lagi ke sayang oi.

"Ai, lain macam cerita petang ni. Abang rasa sayang tak tengok cerita macam ni. Paling tak pun layan cerita korea. Sayang nak tengok aksi tu ke?" Ujar Damien Louis dengan sengihan sengetnya. Makin lama makin menjadi isterinya ya. Bukan dulu dia melarang isterinya tengok cerita 365 days ni.

Degil betul Adra Nadira ni ya.

"Kepala hotak abang. Takde langsung cerita best kat tv ni. Semua drama Itali belaka mana la Dira nak faham. Terpaksa la Dira tengok cerita ni, ada la bahasa inggeris juga Dira boleh faham." Balas Nadira yang wajah cemberut itu. Dalam ujarannya, terselit sedikit pembohongan yang dia ciptakan. Alah baru tengok orang cakap filem tu best.

Eh?

"Sayang, cerita ni kotor tau. Even kita dah banyak kali buat pun, tak elok sayang tengok aksi orang lain. Kalau nak, cakap je kat abang. Abang boleh bagi banyak round." Terlopong mulut Nadira mendengarnya. Sejak bila suaminya berkata kotor seperti ini?

"Apa benda abang ni. Cakap tu bertapis sikit. Tak malu ke." Geram pula Nadira nak menampar suaminya. Ni sebab fikir Damien Louis tu syurganya sahaja. Kalau Ece Hande dan Eva dah lama beri tendangan free terhadap suaminya.

"Nak malu apa sayang ni isteri abang. Lagipun dapat pahala kalau kita bunuh syaitan."

"Eee abang ni. Diam laa."

Damien Louis tersengih nakal. Tubuh Nadira makin erat dipeluknya seolah tidak mahu melepaskannya. Wajah ayu yang malu-malu itu sangat cantik dimatanya.

Tidak terbayang jikalau suatu hari nanti Nadira meninggalkan dirinya. Semakin kelam hidupnya tanpa Nadira disisi.

Teringat akan mimpinya beberapa hari lepas. Sungguh dia tak boleh terbayang jikalau mimpinya nanti akan jadi realiti.

Mimpi itu hanya mainan syaitan.

"Sayang ni nakal lah kan. Nak tengok Don Massimo Torricelli ea? Dia pure Italian tau." Hujung bibir Nadira ternaik. Ya, dia tahu pelakon itu memang asal dari Itali. Dan niat dihatinya memang nak jumpa dengan pelakon tersebut.

"Serius lah? Nak jumpa nak jumpa!" Senyuman Nadira dimatikan sejurus dia memandang wajah suaminya cukup dingin. Mata helang tersebut sudah menimbus dialis mata hitamnya membuatkan gadis itu menekur dibawah.

Nadira tahu gurauannya sebentar tadi amat keterlaluan. Suaminya cukup benci apabila dia mahu berjumpa dengan lelaki lain.

Alah, Michelle Morrone je pun.

"Jangan nak nakal sangat, abang ada depan mata ni lagi hot dari Michelle Morrone. Kalau tak sayang takkan lepaskan abang dari ka-" kata-kata itu dimatikan apabila Nadira melekapkan bibirnya kearah bibir Damien Louis dalam beberapa saat.

Terkejut akan tindakan berani mati sang isterinya, namun dia tidak kisah tentang itu. Malah lagi dia suka kerana dapat hadiah percuma selepas dia pulang dari bekerja. Indahnya cinta selepas berkahwin.

Manakala disebalik Nadira pula, dia berbuat demikian kerana mahu mendiamkan si suaminya dari bercakap kotor. Mulut suami dia ni lepas kahwin agak lain macam sikit.

Makin gatai.

"Sebab tu abang taknak sayang tengok cerita ni, kan dah berani semacam. Mintak izin pun tak, terus sambar bibir orang. Tak malu ke sayang?" Duga Damien Louis dengan senyuman nakalnya. Hidung isterinya dicuit lembut menyebabkan gadis itu merengus kuat.

"Haih la Damien Louis oii, jangan nak merapu sangat. Jangan sampai aku terajang kau karang baru padan muka." Damien Louis melepaskan tawa besarnya. Rindu pula dengan sisi kasar isterinya m Sekarang agak susah nak jumpa dengan sisi itu semenjak mereka sudah berada di Itali.

Kalau tidak, perangai Nadira tak ubah macam Kak Long 7E. Nak nak lagi bila isterinya bergaduh dengan abang iparnya Adib Nadzmi. Rumah mertua nya yang cantik boleh pula dua beradik tu buat seperti pentas wwe.

Ya, tak dinafikan keempat adik beradik itu layan wrestling tengah malam buta. Pada awalnya memang terkejut, terkedu tak tahu nak kata apa. Padan adik beradik ni ganas lain macam.

"Abang gurau lah." Ucap jejaka itu seraya mengucup pipi isterinya dengan lembut. Nadira yang pipinya sudah merah bagaikan tomato hanya mampu menunduk wajahnya kebawah lantai.

"Sayang masak apa harini? Abang lapar la, teman abang makan boleh?" Nadira mengangkat wajahnya lalu menatap wajah suaminya dengan senyuman nipisnya. Rahang tajam suaminya diusap lembut.

"Jom." Lalu pasangan suami isteri itu mencantumkan tangan mereka lalu pergi menuju kearah dapur.

.
. .

Seorang lelaki yang sedang beristirehat diatas sebuah sofa empuk dibiliknya. Dia baru sahaja lepas melakukan aksi panas bersama seorang gadis yang menjadi tahanannya dalam beberapa bulan yang lalu.

Gadis tersebut yang masih tersedu sedan diatas katilnya ditatap dengan tawa kosongnya.

Lalu iphonenya dicapai lalu menekan aplikasi whatsapp. Melihat chat yang dihantar olehnya hanya dibaca oleh pihak disana.

"Mi ignori signora?" (Kau ignore aku puan?) Senyuman lebar terukir dibibirnya. Lalu wajahnya memandang kearah sekeping gambar seorang gadis yang melekat didinding bilik tersebut.

Adra Nadira.

Seorang gadis pesakit mental telah menjadi isteri ketua mafia Itali. Dari dulu dia perhatikan Nadira dari jauh, kerana Nadira lah orang yang Damien Louis paling sayang selain keluarganya. Dan dari situlah, dia akan jejak dimana Nadira berada dan sampai masanya Nadira akan jadi tahanannya.

Walaupun Nadira sikit tiada salah dengannya, namun gadis itu itulah akan menjadi watak utama dalam permainannya nanti.

Sebab Nadira akan melahirkan bakal generasi The Kaysher akan datang. Tak kurang juga Royal Black Butterfly. Kedua generasi mafia itu dia akan hancurkan.

Adra Nadira patut akan mati.

Dia pasti akan itu.

Sebab dia mahu kuasai seluruh dunia tanpa ada gangguan.

.
. .
. .

To be continue

19 september 2022

21:04

1703 words

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience