“Kahwin dengan aku!” keluar ayat tu dari mulut Layla .
“Haaa?” ternganga aku.
‘’Kahwin dengan ku, nak?.” lagi dia ulang ayat yang sama.
“Kau dah kenapa? Tiba-tiba suruh aku Kahwin dengan kau.”
“Cuma kau aje yang aku boleh percaya untuk jaga aku.”
“Haaa?” Dah keluar muka cengang aku.
“Sudah la dengan haa kau tu. Kau Kahwin dengan aku yeh?”
“Apa masalah kau ni, baik kau cerita pada aku. Kau dah apa hal?”
“Aku tadak story. Aku cuma nak kau Kahwin dengan aku.”
“Tapi apa kes? Tiba-tiba nak aku Kahwin dengan kau. Daddy kau paksa kau Kahwin dengan anak dato’ yang bajet hensem ke? Cakap la dengan aku.”
“Tadak la mcam tu.”
“Habis tu?? Kau mengandung?” terkeluar soalan lancang aku.
“Woii!! Kauni kan!!” dia terus terkam arah aku dan bertalu-talu dia pukul aku.
“Adoii!! Sakit la Layla ! Sakit!!” aku menjerit kuat. Tapi dia terus menerus pukul aku. Macam la pertanyaan aku tu teruk sangat.
“Arrgghh!! Kau dengar tak aku cakap? Sakit! Sakit tau tak? Kau dah kenapa?” tangan aku kalut menepis. Dan last sekali kedua tangannya aku pegang. Mata kami bertentangan.
“Aku rindukan kau. Aku mahu kau menjadi pelindung aku. Dalam diam tanpa aku sedar, hati aku mula menyayangi kau. Setiap saat bersama dengan kau tak lekang bibir aku dengan senyum. Telatah kau membuatkan aku ketawa. Buatkan aku sedarbahawa pelangi itu cantik sebenarnya.”
Share this novel