Chrystelle hanya tersenyum melihat kerenah anak bongsunya itu. Masam muka Scarlett Avarice apabila kakak-kakaknya tidak membenarkan dia bermain bersama-sama. Scarlett yang manja. Scarlett mengada. Scarlett paling berlainan diantara semua anaknya .
Scarlett suka buat halnya sendiri dan dia selalu keseorangan. Scarlett juga lebih cenderung untuk berkawan dengan orang yang lebih tua daripadanya. Scarlett sangat prihatin.
Kakak-kakak Scarlett tidak mahu bermain bersama-sama Scarlett kerana Scarlett masih kecil. Scarlett baru berusia 2 tahun 2 bulan tetapi pemikirannya dan percakapannya seperti budak berusia 7 tahun. Scarlett sentiasa berfikir jauh ke hadapan. Kerana itulah dia sangat sayangkan Scarlett
"Mama, tatak-tatak ta agi Scarlett main ama-ama. Tatak-tatak ahat!" adu Scarlett. Pelatnya membuatkan Chrystelle tergelak. Gelakkan Chrystelle membuat Scarlett semakin masam
"Mama gelattan Scarlett ye! Siap mama. Scarlett akap detat appa" bentak si gadis kecil lalu melarikan diri ke bilik kerja papanya. Nak mengadu. Kakinya dihentak-hentak tanda protes. Mucung sedepa mulutnya. Haih anak nasib mama sayangkan kamu
"Meh sini sayang. Mama bawak kamu jalan-jalan . Kita beli Ice cream. Jangan kacau papa. Papa sibuk sayang"pujuk Chrystelle. Kepala anak gadisnya itu digosok perlahan. Bersinar mata Scarlett sebaik sahaja mendengar tutur kata daripada mamanya.
"Ice cream? "Soal Scarlett.
"Iya sayang. Kenapa sayang? Kamu tak nak?" Tanya Chrystelle. Biasanya anak gadisnya ini, sebut sahaja Ice cream mesti dia mahu. Tetapi beza pula kalini
"Mama, tatak? "Tutur Scarlett perlahan setelah memikirkan apa yang dia mahu cakap. Budak ini walaupun masih muda, dia sangat mementingkan orang disekelilingnya.
Kalau makan, dia akan pastikan kakak-kakak dia ada baru dia makan. Kalau tak sampai ke sudah dia tidak makan. Sayangnya dia terhadap ahli keluarga dia. Kalau Immanuel sakit, dia akan mengamuk kalau Chrystelle tidak membenarkan dia jaga Immanuel. Masalahnya dia masih kecil . Nanti dia pula yang sakit. Anak yang baik
"Hmmm... Kita bungkus untuk diorang. Nak? Bagus anak mama ni. Masih fikirkan kakak Walaupun kakak tak mesra dengan kamu" cadang Chrystelle.
Cadangan Chrystelle diterima oleh Scarlett. Scarlett menyanyi keriangan kerana dapat ice cream. Dia sangat gembira. Sangat-sangat. Dia bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat-sangat sayangkan dia. Tetapi apakah kegembiraan itu akan kekal selamanya?
"Mama"panggil Scarlett apabila dia ternampak sebuah kedai yang menjual pakaian.
"Ya sayang."sahut Chrystelle. Dia berdiri di sebelah Scarlett
"Kenapa ada olang itut tite mama?"soal Scarlett. Sekali lagi dia melihat ke arah bangku berdekatan dengan tempat mereka berdiri. Lelaki yang memerhati mereka masih ada di sana.
Cuak muka Chrystelle apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Scarlett. Keadaan ini membuatkan Chrystelle berpeluh walaupun berada di kawasan ber aircond. Jikalau bukan disebabkan Scarlett, dia pasti tidak akan ketakutan seperti ini. Dia risaukan keselamatan anaknya.
"Sa-sayang jom balik"Ajak Chrystelle sambil mengangkat anaknya untuk di dokong. Tempat letak kereta VVIP ditiju. Langkah mereka dilajukan.
Tanpa Chrystelle sedar, 'mereka' masih memerhatikannya. Silap dia juga kerana tidak memberitahu anak buah suaminya. Jikalau ada anak buah suaminya, berani lah sikit dia.
Si anak kecil yang di dokong tidak memahami apa yang sedang terjadi hanya mengikut arahan mamanya tanpa membantah.
10 tahun kemudian,
"Ava!"jerit seorang lelaki. Avarice hanya mengendahkan. Dia tahu lelaki itu akan kejar dia juga. Baik tak payah layan sikap keanak-anakan kawannya itu. Selain daripada lelaki itu, dia hanya ada seorang kawan. Itupun bekerja sama dengan dia. Yep walaupun baru berusia 13 tahun dia telah bekerja
“Ava malam ni kita ada misi. Bersiap-siap. Kelas petang ni tak payah masuk. Aku dah mintak pengecualian daripada cikgu. Aku siap tunjuk surat polis"ujar si lelaki setelah berjaya mengejar Avarice
"Macam mana kau dapatkan surat daripada polis?" Soal Avarice. Curiga jugak dia bagaimana mereka boleh dapat kebenaran polis begitu sahaja. Sksksksk
"Kau lupa? Papa aku kan salah seorang anggota FBI. Adalah papa aku pujuk diorang"jawab Xavier . Matanya tidak lepas daripada memandang rambut Avarice. Avarice sudah berubah . Dia lagi sukakan Avarice yang baru
"Esstafeny ikut tak?"soal Avarice mengubah topik. Malas dia panjangkan topik itu. Sejujurnya dia cemburu dengan Xavier. Sangat cemburu. Xavier walaupun pendamping dia, Xavier mampu hidup bebas. Dia? Terkongkong disebabkan keselamatan
"Alicia ikut" jawab Xavier. Xavier lebih suka memanggil Esstafeny, ' Alicia'.
"Pukul berapa?"tanya Avarice. Dia sudah tidak sabar dengan misi malam ini. Pasti sesuatu akan terjadi. Kalau tidak, dia tidak akan dipanggil. Interesting. Seperti polis pula lagaknya menyoal Xavier sebegitu
"Nanti aku bagitahu. Just tunggu"jawab Xavier.
Pemandu kereta mereka telah sampai. Ikutkan hati mahu sahaja dia drive sendiri. Nasib kecik lagi. Haih. Misinya pada malam ini diketuai oleh Irène seperti biasa. Apa yang luar biasa ialah kehadiran Avarice pada malam ini
"Kau dah tahu siapa yang bunuh 'mereka'?. Aku tak sabar nak bagi 'hadiah' dekat diorang. Darah balasnya darah, nyawa, balasnya nyawa. Easy"soal Avarice
"Dah. " Balas Xavier pendek.
Jawapan Xavier membuatkan Avarice tersenyum lebar . Aura disitu bertukar menjadi seram sejuk. Setiap kali kegelapan menguasai diri Avarice, keadaan disekelilingnya akan bertukar menjadi seram sejuk . Keinginannya untuk bertukar menjadi 'deathtrow' ketika ini tidak dapat dibendung lagi.
Tapi tiada siapa di dunia mafia kecuali anak-anak buah Black Shadow and Wolf Tickets tahu wajah sebenar Avarice. Kalau tahu pun hanya beberapa orang. Kebanyakan yang tahu wajah Deadthrow ini telah dibunuh. Yang tahu tu kemungkinan besar ketua mafia. Mereka tahu disebabkan perjumpaan mafia-mafia tertinggi. Bukan semua mafia yang dijumpai. Hanya pro mafia and mafia kelas atasan yang dijemput.
Share this novel