BAB 10

Horror & Thriller Completed 3402

Dijemput Hantu.

Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Malaysia pada tahun 1960an semasa ibu saya masih remaja.

Kejadian ini berlaku pada salah seorang saudara ibu saya. Namanya Mak cik Esah.

Mak cik Esah adalah seorang penjual Nasi Lemak di salah sebuah sekolah di kampung itu.

Tiap-tiap hari Mak cik Esah akan menemani anak menantunya yang baru melahirkan. Jarak rumah Mak cik Esah dan rumah menantunya lebih kurang 500 meter.

Jadi, tiap-tiap hari sebelum Maghrib, Mak cik Esah akan ke rumah menantunya untuk menjaga anak yang baru lahir.

Pada suatu hari, sebelum Mak cik Esah keluar untuk pergi ke rumah anak menantunya, dia berpesan pada suaminya, Tok Daud. Katanya "Bang jangan lupa nanti ambil saya pukul 5 pagi".

Selepas berpesan, Mak cik Esah pun menuju ke rumah anak menantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience