BAB 10

Romance Completed 13562

"You nak pegi mana? Kenapa tak hantar dengan dia sendiri??"

Aqisha meneliti kotak yang berada di hadapannya. Ain meminta dia untuk memberikan barang ni kepada Fuad, kekasih hati dia? Pertanyaannya tadi dibiarkan sepi. Aqisha mengalihkan pandangan ke wajah Ain kembali. Tangan kanannya mengetuk meja makan yang ternyata mengejutkan Ain.

"Hello.. I am talking to you. You nak pegi mana? Asal you tak hantar sendiri?"

"aaa..err.. I ada urusan dekat luar negara Aqish. Petang ni flight i.. Fuad pun satu hal la ish. Time-time i ada urusan yg memerlukan i berada di luar negara la dia nak barang ni. I dah cakap kat dia balik je i dari luar negara, i bagi la kat dia. Tapi dia taknak. Dia berkeras nak barang ni malam lusa jugak.. Please Aqish.. You are the only one i boleh percaya untuk hantar barang ni.. Boleh eh beb?? Pleaseee...."

Ain meraih tangan Aqish dan mengenggam erat. Matanya seolah-olah menagih simpati dari Aqisha. Aqisha berasa serba salah jika menolak permintaan Ain. Ain satu-satunya sahabat yang selalu ada bila dia memerlukan.. Aqisha berfikir sejenak lantas bersuara.

"Okay, okay. I akan hantar barang ni malam lusa.. Tapi i taktau rumah dia kat mana.."

"Itu you takpayah risau. I dah siap-siap tulis alamat rumah dia. Nah.."

Ain menyuakan sekeping kertas nota kecil kepada Aqisha. Aqisha menyambut huluran Ain dan membaca sekilas maklumat tersebut.

NO. 20, FLAT ANGGERIK,
KOTA SERI BUNGA.

"wei Ain, kat mana tempat ni? I tak tau laa.."

"Alaa senang je cari tempat tu, first you ikut jalan bla...bla..bla...blaa...bla...."

Ain menerangkan dengan penuh bersemangat. Akan tetapi, Aqisha masih tetap kebingungan dengan penjelasan Ain.. Tak pernah dengar dan ku lihat tempat ni. Gumam Aqisha.

"Tahu tak ni beb??"

"Taktahu sebenarnya.. Takpela nanti i cari guna google maps."

"haaa dari tadi cakap kan senang. Takperlu i bazir air liur terangkan kat you. Ishhh."

"manela tahu dgn penerangan you boleh buat kepala i clear sikit cari tempat ni. Tapi ternyata hampehh. Satu pun i tak paham.."

aqisha mengusik Ain dan melihat reaksinya. Ain mencebik tapi kemudian bersuara.

"Btw, thanks sangat-sangat sebab sudi tolong i. Kalau boleh i taknak susahkan you.. Tapi apakan daya bila Fuad nak barang ni malam lusa. I takboleh nak hantar sendiri so i really need you.."

"No need terima kasih la beb. Kita kan kawan. Tak salah i bantu apa yg patut. Btw, you brp lama kat luar negara?"

"one weeks beb.. Flight i petang ni laa.."

Ain memandang jam di telefon bimbitnya.
Sudah pukul 3.30 petang.

"Alamak beb! I kena balik sekarang. Barang i belum habis pack lagi sbb tergesa nak meet you kat sini.. I am so sorry i need to go now.."

"Alright, Ain.. See you soon. Take a good care of yourself kat sana nanti.. Jangan nakal-nakal. Jangan cari kawan baru.. Kalau tak, i taknak hantar barang ni.."

Aqisha berpeluk tubuh dan memalingkan mukanya ke arah bertentangan tanda protes. Ain tersenyum geli hati melihat karenah rakannya itu. Lantas dia mencuit hidung Aqisha.

"alaaa i tak cari lain okay. I setia dengan you je. Silap-silap, you yg cari kawan baru nanti.. Huhu"

"hishhh apa pulak i? You yg merantau jauh, mestila you yg dapat kawan baru nanti.."

"hahaha. Takde nye. I busy dengan kerja takde masa nak mencari yang baru.."

"haa yelaa tuu. Dah, you balik la.. Nnti terlepas flight pulak."

"hmm, okay Aqish. I gerak dulu. Take care."

Mereka berpelukan erat ,kemudian berlaga pipi. Langkah Ain hanya diekori dengan mata oleh Aqisha. Setelah Ain meninggalkan perkarangan cafe itu, Aqisha menoleh kembali ke arah kotak yang berada di hadapannya. Saiz nya tidak la begitu besar. Sebesar kotak kasut sahaja. Walaupun rasa ingin tahu tentang isi dalam kotak tersebut, Aqisha tetap tidak memecahkan amanah yang ditugaskan kepadanya. Dia tidak akan sesekali melihat isi barang tersebut tanpa kebenaran.
Fuhhhhh.. Aqisha menyandar malas.. Nota kecil berisi alamat tadi dibeleknya..

"haiii laaa.. Entah kat mana la tempat nii. Kalau takde google maps, rasanya kotak ni aku salah hantar rumah orang kut.. Hmm.."

Aqisha memejam mata seketika, memikirkan urusan nya pada malam lusa. Rasa-rasanya aku takde urusan hari tu so, time to do some mission.!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience