Bab 13

Short Story Completed 13053

Special part : SECOND HONEYMOON ASHRAFF AND RAINA ELISYA AT SHERATON LANGKAWI BEACH RESORT

“Abang!” panggil Raina dari dalam kamar mandi. Tiada sahutan daripada Ashraff membuatkan Raina cepat-cepat mencuci mukanya. Sambil mengelap mukanya dengan tuala kecil, dia melangkah keluar. Matanya meliar di dalam bilik resort yang sudah didiami dua malam.

“Mana my hubby ni..” rungut Raina apabila kelibat Ashraff tidak kelihatan di dalam bilik itu. Angin yang kuat meniup membuatkan Raina berpaling ke arah balkoni yang terbuka. Kakinya melangkah ke balkoni, juga Ashraff tiada di situ.

Raina masuk semula ke dalam bilik. Pintu gelonsor ditutup kerana angin pagi itu membuatkan dia kesejukan, tak elok untuk baby yang dikandung. Handphonenya dicapai. Baru sahaja Raina ingin mendail nombor Ashraff tetapi handphonenya sudah berbunyi. Skin handphonenya terpapar nama “ My Hubby”. Terus butang hijau ditekan.

“Abang! Abang kemana? Dari tadi Ina cari abang tapi tak jumpa-jumpa. Sampai hati abang ya tak tunggu Ina..” sergah Raina diselit dengan nada sedih. Sememangnya dia terasa dengan Ashraff kerana meninggalkannya. Sensitif betul sejak mengandung ni.

“Sayang…” seru Ashraff dengan nada lemah membuatkan Raina panik.

“Kenapa ni bang?’

“Sayang…tol…tolong abang..” sayup-sayup kedengaran suara Ashraff disusuli dengan bunyi ombak.

“Abang! Abang kat mana ni? Kenapa abang mintak tolong? Abang ada masalah ke?” bertubi-tubi soalan yang dilemparkan Raina.

“Sayang, datang kat tepi pantai ni. Cepat,yang..Abang…Abang sakit.”

“Abang sak…Hello, hello abang? Abang!!” jerit Raina apabila talian dimatikan dengan tiba-tiba. Wajahnya berubah pucat. Terus disarungkan cardigan dan tudung sebelum keluar dari bilik resort itu. Raina berlari laju ke pantai tetapi dia masih berhati-hati kerana kandungannya yang baru mencecah 5 bulan. Matanya meliar di kawasan pantai yang agak ramai dengan pengunjung.

Handphonenya yang sempat dirembat tadi berbunyi.

“Sayang datang sebelah timur yang.” Belum pun sempat Raina bertanya suaminya sudah mematikan talian. Dia berlari ke arah timur pantai. Sekali lagi matanya mencari Ashraff, tapi juga tidak kelihatan. Di kawasan pantai sebelah itu tiada pengunjung. Raina terduduk, dia mula menangis teresak-esak.

Raina mengangkat muka apabila terdengar musik. Sayup-sayup sahaja bunyinya. Terus dia mencari di mana datangnya musik itu. Matanya meliar kasar sampailah Raina terkaku, terkaku memandang Ashraff yang sedang elok memegang mikrofon. Dibelakangnya ada sekumpulan pemain musik.

Ashraff menghadiahkan senyuman manis kepada isteri tercintanya. Perlahan-lahan Ashraff berajalan sambil diiringi dengan musik yang baru dimainkan. Ditangannya ada mikrofon.

(Ashraff)

Berakhir sudah pencarian cintaku

Jiwa ini tak lagi sepi, hati ini telah ada yang miliki

Raina menutup mulut dengan tangannya. Lagu tu!! Penghujung Cintaku nyanyian Ungu. Ya, lagu yang amat dia meminati. Sekarang ini suaminya menyanyikan lagu ini untuk dia. Huluran tangan Ashraff disambut Raina. Ashraff menghalakan mikrofon dekat dengan mulut Raina.

(Raina)

Tiba diriku di penghujung mencari cinta

Diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri.

(Ashraff)

Aku akan menikahimu, aku akan menjagamu

Ku akan selalu di sisimu seumur hidupmu

(Raina)

Aku akan menyayangimu,ku kan setia kepadamu

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ashraff memeluk pinggang Raina dan Raina membalasnya. Air mata yang menuruni pipi dibiarkan. Sungguh dia terharu kerana Ashraff sanggup menyanyikan lagu yang dia minat untuk dia.

(Duet : Ashraff & Raina)

Tiba diriku di penghujung mencari cinta

Hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

(Raina)

Aku akan menyanyangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

(Ashraff)

Woooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu

Ku akan selalu di sisimu seumur hidupmu

(Duet : Ashraff & Raina)

Nananana nananana nananana nananana

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Seumur hidupmu, seumur hidupmu..

Seumur hidupmu, seumur hidupmu…..

Ubun-ubun Raina dikucup kemudian ibu jarinya mengelap air mata Raina sambil merenung Raina dengan perasaan yang penuh dengan cinta. Raina membalas pandangan suaminya sebelum menghadiahkan Ashraaf satu ciuman di pipi

“Abang mencintaimu, isteriku Raina Elisya”

“Ina pun mencintai abang, suamiku Ashraff Muslim.”


•TAMAT•

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience