BAB 4: Kursus Kahwin

Drama Series 28608

Bulan pada malam itu tampak cantik sekali menyinari gelap malam. Ditemani bintang–bintang, malam itu bagai malam paling indah sekali. Namun tidak bagi Dato' Rohan. Selepas dia membuat perjanjian itu, setiap malam bulan nampak kelam, malam bertambah gelapnya dan tiada satu bintang pun yang kelihatan di dunianya sekarang.

Dato' Rohan menuruni tangga. Kelihatan Mak Senah sedang menyediakan makanan di meja makan. Aromanya sahaja sudah pun menusuk ke kalbu apatah lagi rasanya. Dato' Rohan terus menuju ke meja makan. Mak Senah hanya melihat perbuatannya sambil tersenyum.

"Tuan, Mak Senah dah sediakan makanan ni. Tuan nak makan sekarang ke?" tanya Mak Senah walau dia sudah tahu jawapannya.

Mata Dato' Rohan melilau menjengah makanan yang dihidangkan. Semuanya masih panas. Malam ni lauk yang dihidangkan ialah lauk kegemaran arwah isterinya dahulu. Kari ayam. Terimbau kembali kenangan bersamanya.

"Boleh jugak."kata Dato' Rohan sambil tersenyum.

Dato' Rohan sempat menjengah melihat anaknya sebelum duduk di kerusi. Kelihatan Fatin sedang menonton televisyen. Mesti tengah melihat perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Myanmar yang dirakam tadi. Dato' Rohan hanya ketawa kecil. Sejak dulu Fatin memang suka dengan bola sepak lagi–lagi kalau team Malaysia yang bermain memang dia akan tunggu di hadapan televisyen. Dato' Rohan hanya menggeleng perlahan mengenangkan karenah anak gadisnya itu.

"Apa yang termenung jauh sangat tu tuan?"tanya Mak Senah.

Dato' Rohan tersedar dari lamunannya tadi. Rupa-rupanya makanan sudah dihidang di hadapannya.

"Eh, tak ada apalah Mak Senah."katanya sambil menyuap ke mulutnya.

Mak Senah menjengah ke ruang tamu. Sekarang dia tahu apa yang membuatkan Dato' Rohan termenung. Dia hanya mampu mengeluh melihat perangai dua beranak ni.

"Hmm, Yalah. Mak Senah pergi ke dapur dulu ya."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin menelan air liurnya. Perutnya mula berbunyi merayu untuk diisi.

"Aduh.. Sabarlah perut.. Malam nanti kau makanlah."kata Fatin seorang diri.

Sampai macam tu sekali dia tak nak bersemuka dengan bapanya itu. Yalah, dah nama pun MERAJUK kan..

Fatin bangun dari sofa menuju ke dapur. Gelas yang tersusun rapi di rak diambilnya. Coway yang berdiri megah di situ ditekan supaya mengeluarkan air.

"Tak dapat makan minum pun jadilah. Bismillahirrahmanirrahim." katanya sebelum meneguk air di dalam gelas tadi.

Fatin betul–betul menikmati air tersebut. Teguhkan demi tegukan. Rasa nikmat air mengalir ditekaknya hanya Allah yang tahu.

"Minum air je ke?" tanya Mak Senah tiba–tiba.

Air dari mulut Fatin hampir terpancut keluar dek kerana terkejut. Fatin menoleh ke arah Mak Senah. Mak Senah menyilangkan tangannya sambil mengangkat kening. Fatin tersengih.

"Selalunya kamu yang melaju ke meja makan." kata Mak Senah.

Riak muka Fatin berubah sedikit. Ya, memang dia dulu macam tu. Selalunya dialah orang pertama yang akan mencedok nasi. Namun kali ni berbeza.

"Ni mesti sebab kejadian hari tu kan? " kata Mak Senah mengagak.

Fatin terus membuat muka. Muncung mulutnya dipanjangkan.

"Tak baik merajuk dengan Papa lama–lama. Nanti kalau Papa dah takde nanti macam mana? Kamu juga yang rindu"katanya.

"Isy, Mak Senah ni. Janganlah kata macam tu." rengek Fatin.

Walau benci mana pun dia pada Papanya. Rasa sayang masih ada walau hanya sisa. Mak Senah tersenyum.

"Dah, pergi makan. "

"Alaaa.."rengek Fatin.

Namun dia tetap ditolak oleh Mak Senah sehingga ke meja makan. Mak Senah menghidangkan nasi untuknya sudah siap di dalam pinggan. Fatin tercengang. Memang betul-betul Mak Senah nak dia makan. Dia tak mampu melawan jadi dia pun duduk di meja makan bersama bapanya. Suasana sunyi sepi. Awkward!!!

"Fatin, papa nak cakap sesuatu ni." tanya Dato' Rohan.

Namun Fatin hanya diam. Buntu. Patutkah dia melawan atau berserah saja. Dato' Rohan hanya memandang sahaja Fatin yang sedang makan dengan laju.

"Hmm. Besok Fatin jangan pergi mana-mana." kata Dato' Rohan lagi.

Fatin menjeling bapanya.

"Hmm."jawabnya sambil mengeraskan suara.

'Tak cukup lagi ke apa yang dia buat sebelum ni?..Sekarang tak bagi keluar pulak? Dia memang nak aku gila ke apa terkurung kat dalam rumah ni? ' berang hatinya.

"Besok bakal suami Fatin akan ambil Fatin untuk pergi ke kursus kahwin sama–sama pukul 9.00 pagi." kata Dato' Rohan.

Fatin tersedak. Dia akan bersemuka dengan lelaki yang paling dia benci di dunia... Besok?! Tak boleh jadi...

Fatin terbatuk-batuk. Dato' Rohan di sebelahnya cemas melihat keadaan tersebut. Yalah, mana tahu batuk–batuk tiba–tiba terbatukkan nyawa sekali. Dato' Rohan menghulurkan air kepada Fatin. Fatin mengambilnya dan minum dengan pantas. Batuknya mula reda. Fatin tercungap-cungap.

" Makan tu perlahan–lahan. Tengok kan dah tersedak." kata Dato' Rohan.

Fatin memandangnya.

"Papa. Takkan besok kot? "tanya Fatin.

Kalau boleh dia tak nak jumpa pun dengan lelaki tersebut sampai bila-bila. Tapi dia sedar yang dia tetap akan berkahwin pun dengan lelaki itu.

"Yalah, besok. Kenapa?" tanya Dato' Rohan.

Fatin tersentak. Cuba mencari alasan untuk tidak berjumpa dengan lelaki tak guna tu. Akhirnya otaknya mula mengeluarkan idea walau tak masuk akal.

"Ok.. tapi dengan satu syarat. Fatin tak nak jumpa dengan dia. Kalau boleh sampai hari perkahwinan Fatin tak nak tengok pun batang hidung dia." kata Fatin tegas.

"What?!!" cengang Dato' Rohan.

Pergi kursus kahwin memang wajib dengan calon suami. Macam mana pulak nak buat dia supaya tak bersemuka dengan DIA ni.

"Macam mana pulak tu? "kata Dato' Rohan mengeluh.

Macam-macam karenah anaknya itu.

Persoalan yang keluar dari mulut Dato' Rohan itu membuatkan Fatin buntu. Rasa macam terus terputus hubungan sel-sel otaknya. Namun dia takkan putus asa. Dia tetap taknak berjumpa dengan lelaki tu. Tiba-tiba idea mula muncul.

" Ha! Apa kata Fatin pergi sendiri je. Tak payah suruh dia hantar. Nanti takdelah Fatin tahu mana satu muka dia. " kata Fatin dengan ceria sekali.

Dato' Rohan mengangguk. Logik jugak rancangan anak gadisnya itu. Disebabkan itu dia terpaksa bersetuju. Kalau tidak setuju nanti muncul pulak kes pengantin larikan diri dari majlis perkahwinan.

"Yes! " sorak Fatin.

Sekarang dia takkan jumpa siapa calon suaminya sehingga majlis pernikahan. Tapi itu ialah idea yang bagus ke? Bukan ke tak kenal maka tak cinta?

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience