Bab 8

Family Completed 3187

Raziq menoleh lalu memandang wajah Fairuz yang kelihatan selamba.Dia bangkit lalu cuba membalas tumbukan Fairuz tadi namun Fairuz lebih cekap mengelak.

Namun entah apa silapnya satu tumbukan deras tepat mengenai wajahnya.Dipegangnya bibirnya yang agak terkoyak.Kelihatan darah berbekas di tangannya.

"Raziq!!"jerit Alisha.

"Sebelum saya report awak kat guru disiplin lebih baik awak pergi dari sini!"ugutnya.

Raziq sempat melanggar bahu Fairuz dengan sengaja sambil memberinya jelingan tajam seperti memberi amaran.

"Err..awak okey?"tanya Fairuz kepada Alisha.

Alisha hanya mengangguk lalu berjalan pulang ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran.
Namun kebetulan pagi itu tiada guru masuk ke kelas.

Alisha berdiri lalu berjalan ke arah Fairuz.Pelajar lain agak terkejut melihat Alisha bangun secara tiba tiba.Selalunya dia akan belajar sendiri jika tiada cikgu berada di dalam kelas.

Fairuz sibuk bercerita dengan kawannya.Namun Mirzan memuncungkan mulutnya kearah sisi meja lelaki itu.Fairuz menoleh.

"Ikut saya.."kata Alisha.Pada awalnya Fairuz bingung namun tetap mengekori Alisha dari belakang.

"Ish..nak ngorat Fairuz lah tu..BENCI BETUL AKU!"bebel Mia sambil menghentak hentak kakinya geram.

"Tapi diorang secocok lah kalau sama sama.."puji Rhea yang semangnya lurus bendul.Kepalanya ditunjal oleh Mia beberapa kali.

"Bengong lah awak ni..."

"Awak nak ke mana ni?"tanya Fairuz di belakang Alisha.Tiba tiba Alisha berpusing menghadapnya.

"Masuk.."suruhnya.Lalu Fairuz mengikuti arahan Alisha tersebut.

"Eh Lisha..kenapa datang?Lisha sakit ke?"tanya seorang wanita yang memakai seragam nurse. Itu merupakan bilik kesihatan.

"Bukan saya kak..kawan saya ni.Bibir dia luka. Kakak boleh tolong ubatkan?takut melarat pula kalau dibiarkan."jawabnya dengan sopan.

"Ouhh boleh."Wanita yang memakai tag nama Hamidah itu mengambil beberapa alatan untuk dijadikan ubat kepada Fairuz.

"Budak baru ke?tak pernah nampak pun."tanya Kak Hamidah.

"Ha ah..budak baru."

Fairuz selesai diubati lalu mereka berjalan menuju ke kelas.

"Thanks.."ucap Fairuz ikhlas.Alisha memandang ke arah lelaki itu.Dia segera mengalihkan pandangan ke depan semula apabila Fairuz memberinya senyuman manis.

"Sekarang kita seri.Awak tolong saya,saya tolong awak."balasnya ringkas lalu berjalan laju menuju ke kelas.

Kring...
Para pelajar berpusu pusu ke kantin untuk menjamu selera setelah penat memeras otak bagi pembelajaran awal pagi.

"Fairuz..Mirzan cari kau kat stor pendidikan jasmani."kata seorang pelajar lelaki lalu berlalu pergi dengan segera.

"Aik?tetiba nak jumpa kat sana buat apa?"gumamnya sendirian.

Dia tiba di hadapan bilik stor tersebut lalu dengan selamba dia masuk ke dalamnya untuk mencari Mirzan.

"Mir..mana kau?"panggilnya dengan kuat namun keadaan tetap sunyi.

"Mir..arh"baru sahaja dia ingin sambung memanggil kelibat seseorang di sebalik alat alat sukan mengejutkannya.

"Apahal awak terjerit jerit ni?nampak hantu ke?" tanya Alisha sambil bercekak pinggang.

"Sebelum ni memang saya ingat awak hantu.."balasnya.Alisha menjulingkan matanya ke atas lalu mencari sesuatu.

"Awak cari ape?"tanya Fairuz.

"Takde pa pe.."

Tiba tiba pintu stor tersebut ditutup dari luar lalu dikunci.Alisha dan Fairuz saling berpandangan sebelum berlari ke arah pintu lalu cuba untuk membukanya.

"Alamak..tak dapat buka."

"Cuba awak tendang."cadang Alisha.Lalu pintu itu ditendang beberapa kali oleh lelaki itu namun malangnya usaha mereka gagal.

"Ish..macam mana ni."Alisha meraup wajahnya tanda tertekan.

"Takpe..kita cari jalan sama sama untuk keluar dari sini.Okey?"Fairuz cuba untuk menenangkan gadis itu.Mereka bercadang untuk mencari barang yang boleh dijadikan sebagai alat untuk keluar namun tiada apa apa yang boleh mereka dapatkan dari stor lama itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience