Series
5510
FLASHBACK 17 tahun yang lalu...
Calabria, Italy...
Di satu kota miskin yang terletak di negara Itali, terlihat seorang lelaki bertubuh tinggi 188cm berbadan sedikit sasa. Maklum saja dia melakukan banyak pekerjaan berat untuk menampung keluarga kecilnya.
Tombol pintu rumah dipulas, perlahan dia melangkah masuk seperti pencuri. Senyum senang terukir apabila terlihat sang isteri yang sarat mengandung sedang memasak didapur.
Theo mendekat lalu sang isteri dipeluk penuh lembut dari belakang. Saking sayangnya tak mahu isteri terkejut. Tak pasal makan senduk dia.
"Sono pazzo di te, Caro." (I'm crazy about you, darling) Bisik Theo lembut ditepi telinga. Dagu diletak atas bahu isteri manakala tangan mengusap perut sarat isteri.
Jasmine tertawa bahagia. Api diatas dapur ditutup. Dipusing tubuh mengadap suami tercinta.
"Boleh percaya ke?" sengaja Jasmine menduga sambil amati muka kacak suami.
Theo tunduk lalu mencium perut si isteri. Diusap usap penuh kasih. "I love my bambina. Ini buktinya..."
Jasmine tersenyum buat kali entah ke berapa. Manis benar mulut lelaki itu tapi dia tahu lelaki itu ikhlas mencintainya.
"Okay fine, you always win."
Theo gosok kepala isterinya mendengar itu. Senyum bahagia tak lekang selama mana isteri dan anak yang bakal lahir ada bersamanya. Tiada yang dia harapkan selain kebahagiaan keluarga kecil mereka.
Meskipun mereka bernikah tanpa restu dari keluarga masing masing, namun mereka tetap mengecapi bahagia.
"Rose... indah seperti bunga. Bunga yang melambangkan cinta. I think I like that name of the flower." Theo luah pendapatnya mengenai nama buat anak yang bakal lahir.
Jasmine senyum senang mendengar itu. Dia tak kisah. Apa saja nama yang dipilih lelaki itu sememangnya dapat pikat hatinya.
Mereka hidup sederhana tetapi bahagia.
Jasmine Elvy. Puteri dari keluarga bangsawan yang dikenali ramai sebagai L.Tyson yang gah berada di Jerman. Sudah terbiasa hidup dalam mewah.
Namun hidupnya berubah seratus peratus setelah bertemu dengan cinta pertamanya ketika menuntut ilmu di universiti.
Theo Gilbert. Jejaka berbangsa Itali yang hidup sederhana. Memiliki rupa paras dan tubuh yang mampu memukau mana mana wanita yang melihat. Tetapi yang berani mencuri hati hanya seorang iaitu isterinya saat ini.
Mereka juga bernikah tanpa restu dari keluarga. Bagai cinta dua darjat. Kedudukan tak setaraf membuatkan keluarga L.Tyson marah kerana Jasmine melanggar adat tradisi iaitu wajib bernikah dengan sepupu mereka sendiri atau yang ada darah kerabat bangsawan.
Kuasa cinta kan, siapa boleh halang. Kalau hati dah berkenan tak boleh buat apa dah.
Tiba saat hari persalinan Jasmine. Saat itu Theo tergesa gesa pulang dari kerja. Mendapat khabar isterinya nak bersalin, cepat dia minta pulang awal.
Kata Paul (kawan sekerja dan jiran) bahawa isterinya sudah dibawa ke rumah sakit. Dia bersyukur kerana dikelilingi jiran dan orang orang baik hati. Kalau harapkan dia memang tak sempat kerana tempat kerja dengan rumah sewanya agak jauh.
Tiba di hospital. Theo tercungap penat berlari. Beberapa buah kereta mewah hitam yang berada di luar hospital membuatnya teringat akan sesuatu.
Mukanya basah dek peluh. Jantung berdegup laju. Jangan la perkara buruk berlaku kepada isterinya.
Seketika Theo terpempam melihat isterinya yang baru bersalin berjalan ke arah kereta mewah yang dilihat tadi. Dia berlari ke arah mereka.
Dia kenal benar dengan kereta dan orang orang yang berpakaian bodyguard itu. Mereka orang orang dari L.Tyson. Keluarga isterinya!
"Jasmine!" laungnya membuatkan Jasmine ikut terkedu sejenak lalu menunduk lemah.
Dia menarik tangan Jasmine disorok ke belakang tubuhnya. Tak tahu apa yang keluarga mertuanya rancang. Adakah untuk bawa Jasmine pulang?
"Kenapa bawa isteri saya? Apa yang kalian mahu?" Theo beranikan diri berdepan belasan lelaki berbadan sasa.
Baru saja salah satu lelaki itu ingin menjawap. Jasmine mencelah.
"Theo, listen to me." Jasmine berhadapan Theo. Ari arinya masih sakit namun dia gagahi juga untuk berdiri. Bayi kecil didukungan diberi kepada si suami.
Theo kebingungan dan keliru dengan apa yang terjadi namun dia ambil juga anak itu. Mengapa isterinya beriak dingin dan tak berperasaan saat ini. Wajahnya penuh tanda tanya namun dia sabar menanti yang Jasmine ingin katakan.
Jasmine tarik nafas panjang sebelum lepas perlahan. "Saya rasa saya dah tak boleh lalui semua ni. Cari ibu yang baik untuk Salsabella Rose. Segala dokumen penting dalam dalam fail ni."
"Mungkin cinta saya hanya sekadar cinta monyet. Dan tak lebih. Dunia tak kenyang dengan cinta, Theo. Saya akan kembali ke keluarga saya." sambung Jasmine lagi tanpa secalit senyum.
Theo terasa seperti terkena renjatan elektrik. Lemah lututnya tetapi terpaksa digagahi juga. Anak didakapannya rapat ke dada.
"Mereka paksa awak kan? Please tell me yes." Theo kawal getaran suara.
Sebelum melangkah masuk kedalam perut kereta, Jasmine berpaling buat kali terakhir.
"Maaf, Theo. Malangnya tidak. Jaga Bella baik-baik. Saya pergi dulu." usai berkata demikian dan tanpa perasaan Jasmine menutup cermin hitam.
Satu persatu kereta pergi meninggalkan perkarangan hospital.
Theo terduduk lemah. Hati bagai dipukul dari dalam. Sungguh sakit kata kata dari orang yang paling dia sayangi dan dia percaya sepenuh hati.
Mahu saja dia mengejar dan merayu, tapi adakah wanita mahu. Salah dia kerana tak sedar yang selama ini isterinya tidak bahagia sepenuhnya.
Ingin saja dia meraung meratap namun terpandang si kecil sedang tidur nyenyak. Dia pendam dalam hati. Sekuat mana pun dia, segagah mana pun dia, apabila melibatkan perasaan seorang lelaki itu boleh mengalirkan air mata.
Air mata jantannya jatuh di pipi gebu itu. Theo tersenyum apabila si kecil menggeliat comel. Pipi itu dicium lama.
"Papa sentiasa ada untuk Rose."
Hancur lebur hati bila dikhinati orang tersayang. Kejam sungguh manusia itu bila sudah bosan dengan sesuatu.
END flashback~
**********
Share this novel