BAB 6

Spiritual Completed 1351

“Rindu giler aku dekat kau. Dengar cerita ada orang masuk meminang kau.” aku tergelak. Laju sahaja Bella tahu cerita. Ini mesti kes Mawar beritahu dia. Bella dan Mawar walaupun baru sahaja berkenalan, mereka sudah rapat seperti aku dengan Bella sejak dari sekolah menengah lagi.

“Yelah , aku pun rindu kau. Busy sangat sejak kerja on site kan, tak nak lah kacau kau kerja dengan bakal suami kau tu.” Bella tersengih manja. “Kau cakap pasal dia, aku dah rindu kat dia tau walaupun tak sampai 24 jam berpisah. Dia kena outstation dekat Sabah.” Aku tergelak. Bukan main rindu dia. Belum sampai 24 jam berpisah.

“Gelak eh kau. Nanti kau dah ada someone special kau akan rasa apa yang aku rasa.” Aku tersenyum kecil. Baru aku teringat yang aku nak maklumkan kepada Khaiyi tentang keputusan aku. Sudah seminggu dia menunggu keputusan ini.

“Aku dah ada dah someone special cuma masih belum bagi jawapan. Dia terus nak ajak aku bernikah dan dia tak nak tunang.” terbeliak biji mata Bella. “Untung betul kau! Aku nak tunggu si dia lagi setahun tau!” Bella memeluk bahuku. “Bolehlah aku jadi pembantu kau!” suka betul Bella.

“Kemungkinan aku tak buat persandingan, hanya sekadar majlis akad nikah, majlis makan malam dan bergambar sahaja.” beritahu aku. “Okeylah tu, tak adalah banyak pakai kos. Sekarang semua dah mahal awak haii…” komplain Bella. Aku tergelak.

Aku pulang ke rumah pada jam 9:30 malam. Terus aku mencapai telefon bimbitku dan aku rebah di atas katil. Ibu dan ayah sudah tidur begitu juga dengan adik lelakiku, Faez.

“Assalamualaikum Dahlia, masih belum tidur?” tak beberapa saat, Khaiyi sudah mengangkat panggilanku. Begitu pantas sekali. Aku tersenyum lalu menjawab salamnya.

“Saya nak beritahu jawapan yang seperti dijanjikan tempoh selama seminggu diberikan.” kataku. Khaiyi terdiam. “Saya terima awak untuk menjadi suami saya yang sah.” Khaiyi tergamam. Doanya selama ini telah Allah SWT kabulkan. Dengan niat sucinya untuk memperisterikan Dahlia yang sah.

“SubhanAllah, terima kasih Dahlia. Terima kasih, Ya Allah.” Aku seperti terdengar tangisan Khaiyi di dalam telefon. Bersyukurnya dia dengan jawapan yang kuberikan. Terima kasih Ya Allah kerana cuba membukakan hatiku untuk bersedia menjadi seorang isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience