Bab 14

Romance Series 114022

Terus berdiri aku kerana terlampau terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Pak Long. Apa benda ni. Ee.. Tak de kena mengena langsung la.

"Apa ni Pak Long. Kenapa pulak Yus kena kawin dengan abang kunyit ni.? Eh eh eh Tuan Aniq ni? Apa kaitan Aniq dengan keluarga kita?" mencerlung mata Aniq memandang aku. Marah la tu aku tersasul panggil abang kunyit. Dah memang kau kunyit pun. Kunyit kunyit kunyit! Membebel mulut aku.

Alamak dia tengok sini la. Mesti dia perasan aku kunyitkan dia. Aku kemudian menarik sedikit hujung tudung yang aku pakai untuk menutup sedikit muka. Garang wei muka dia. Renungan tu tajam, boleh luka kalau kena.

"Yus.. Ni bukan permintaan Pak Long tapi wasiat dari arwah abah Yus." terang Pak Long.

"Tapi kenapa Yus pulak yang kena kawin?" jawab Yus tak puas hati sambil menjeling Amy disebelah.

"Kau dah kenapa kak nak jeling orang, tak kan nak suruh orang pulak gantikan kau kak kawin dengan abang Aniq?. Tu buang tebiat namanya. Nabi tak mengaku umat tau" tiba-tiba Amy bersuara. Tercetus ketawa di ruang tamu rumah itu.

"Kau ni Amy. Cuba jangan mengarut" tegur Pak Long.

"Tak la, yang kak Yus tengok orang macam nak suruh orang ganti dia tu kenapa? Ee.. Seram tau Pak Long" jawab Amy sambil menggayakan badan seperti kegelian.

Tapi yang aku pelik. Kenapa Aniq diam je. Dia dah tau ke? Ee... Kunyit sorang ni, ada jugak yang aku tumbuk buat ayam goreng kunyit karang ni.

"Lagi satu, pernikahan tersebut mesti dibuat dalam tempoh sebulan dari tarikh hari ini" tambah Pak Long lagi.

"Whaaattt??" terjerit suara aku dan Aniq bergabung.

Aku pandang Aniq, Aniq pandang aku. Apeni..

"Tuan Irman, biar betul ni?" soal Aniq.

Oh.. Ada suara, aku ingat dah bisu. Dari tadi dok senyap atas sofa tu macam patung cendana.

"Tak payah panggil Tuan la Aniq. Tak lama lagi Aniq pun jadi anak saudara Pak Long juga. Rasanya, apa yang patut Pak Long sampaikan telah pun Pak Long beritahu. Tanggungjawab Pak Long untuk menyampaikan wasiat arwah abah telah selesai. Yus jangan bimbang, rumah Pak Long bukan jauh pun. Ada apa-apa call Pak Long. Tak pun boleh je datang pejabat Pak Long, sebelah pejabat abah je kan. Mengenai majlis perkahwinan tu nanti, esok kita bincang. Pak Long masuk bilik dulu. Jangan tidur lewat. Assalamualaikum semua" ucap Pak Long lalu bangun membawa bersama beg dan wasiat arwah abah ditinggalkan di atas meja kopi di ruang tamu.

Apa yang cuba abah sampaikan ni.. Yus tak faham la abah. Tertunduk aku seorang di ruang tamu. Yang lain-lain sudah masuk bilik.

"Tuan Aniq dan Tuan Syam dah nak balik ke?, tunggu kejap Mak Minah bungkuskan lauk. Banyak lauk kenduri tadi. Bawa balik esok panaskan. Tak payah beli dah." ucap Pak Hamid.

"Eh, tak payah la Pak Hamid, kitaorang dah makan kenyang tadi. Tak payah la susah-susah" jawab Syam. Serba salah nak terima, ye la datang dengan niat untuk membantu tapi diberi bekal pulak.

Oh.. Abang kunyit tak balik lagi. Ingat dah balik. Aku berjalan menuju ke pintu utama untuk berjumpa abang kunyit. Mesti dia tau sesuatu.

"Tuan Aniq, Tuan Aniq" panggil aku. Berapa lama tak korek telinga dia ni. Tak cukup kuat ke aku jerit panggil dia.

"Tuan Aniq" Adoi.. Bukannya jauh pun. Dok tercokoh kat tepi halaman tu je pun. Nak kena dia ni.

Aku sarung selipar dan berjalan menuju ke arah Aniq, Syam pulak aku tengok ada di luar pagar rumah, tah apa dibuat pun tak tahu.

Elok aku berdiri di tepi. Terus aku jerit.

"Abang kunyit!" ha ambik kau, kalau tak dengar lagi, sila korek telinga tu.

Laju Aniq toleh ke sebelah kirinya. Marah la tu. Padan muka, sapa suruh buat bodo je masa aku panggil tadi.

"Awak ni dah kenapa Tuan Aniq, banyak kali saya panggil. Tak dengar ke? Tu la telinga tak pernah korek, kan dah tak dengar" jeling aku.

"Saya nak tanya ni, awak mesti dah tau kan pasal kita kena kawin ni? Kalau tak, takkan tiba-tiba arwah abah masukkan dalam wasiat. Ke awak nak bolot harta arwah abah?" soal Yus tak puas hati.

Berubah riak wajah Aniq, tidak sangka soalan itu yang diajukan.

"Apasal diam, mesti betulkan. Kenapa awak setuju? Kita bukan bercinta pun, kenal pun gitu-gitu je. Baik awak cakap cepat. Tuan Aniq, dengar tak ni saya tanya. Ish dia ni tau" baru Yus mahu pusingkan badan masuk semula ke dalam rumah. Terdengar Aniq membalas.

"Tapi tak salahkan kita kahwin, apa susah, kita bercinta la lepas kahwin. Lagi nikmat" ujar Aniq sambil senyum senget diberikan.

"Ee.. Dia ni. Sapa nak kawin dengan awak. Kunyit!" jerit Yus lalu melangkah laju-laju untuk masuk ke dalam rumah. Tanpa disangka, kaki tersepak tebing lantai, nasib baik tak jatuh.

"Omak kau abang kunyit" laju Yus toleh ke belakang. Dah agak, mesti dia dengar. Hahahaha.. Tak sengaja hokey.. Pantas Yus menghilangkan diri dalam rumah.

"Syam, ada jumpa apa-apa ke?" soal Aniq.

Sebenarnya Syam membuat pemeriksaan di sekitar rumah tersebut, bimbang jika ada sesuatu yang tidak dijangka. Aniq telah berbincang dengan Pak Long untuk memasang kamera CCTV tapi perlu persetujuan dari Yus dan Amy kerana mereka yang tinggal di dalam rumah tu.

"Ni dia. Sebungkus untuk Tuan Aniq dan sebungkus untuk Tuan Syam. Terima kasih banyak-banyak sebab bantu Pak Hamid buat kerja di rumah ni" ucap Pak Hamid.

"Alah, tak ada apa la Pak Hamid, bukan susah pun. Okey lah, dah lewat sangat dah ni. Kami balik dulu lah. Jangan lupa kunci pintu. Assalamualaikum." ucap Aniq dan Syam lalu tangan Pak Hamid disalam.

"Ha yelah. Hati-hati memandu tu" pesan Pak Hamid lalu menutup pintu dan menguncinya.

"Eh Yus tak nak tidur lagi ke. Semua dah masuk bilik. Yus buat apa kat sini?" soal Pak Hamid.

"Pak Hamid, kenapa arwah abah minta Yus kahwin dengan Tuan Aniq tu? Yus tak kenal pun dia. Yang Yus tahu, Tuan Aniq tu kawan arwah along dan kerja sama macam along. Polis. Lain-lain apa pun tak tau. Zero. Macam mana Yus nak hidup bersama dengan dia Pak Hamid" luah Yus. Sampai sekarang Yus masih tak ada jawapan mengapa arwah abah buat begini.

"Yus.. Kadang-kadang mata orang tua nampak apa yang orang muda macam Yus tak nampak. Pak Hamid yakin, apa yang arwah Tuan Syed buat ni adalah untuk kebaikan Yus. Percayalah nak. In sha Allah dengan restu keluarga, semuanya baik-baik belaka. Doa pada Allah ye nak. Dah la, pergi masuk bilik, bersihkan badan. Tukar baju dan tidur. Esok bincang baik-baik dengan Pak Long." panjang nasihat Pak Hamid berikan untuk aku.

Ntah la, otak aku tak boleh nak fikir apa dah sekarang ni. Baik aku masuk bilik, mandi salin baju dan tidur. Esok sambung bincang dengan Pak Long.

Harap-harap lena bertandang malam ini.

Aku nampak mak, abah, along dan Kak Ida terseyum pada aku. Keempat-empat mereka berpusing lalu mahu meninggalkan aku.

"Tunggu.. Mak abah tunggu Yus. Along Kak Ida, nanti la. Yus nak ikut... Jangan tinggalkan Yus.. Yus nak ikut.. Tersedu-sedu aku menangis kerana ditinggalkan.

Tiba-tiba aku tersedar. Astarfirullah.. Mimpi rupanya. Aku menyapu muka dengan tapak tangan. Ada sisa air mata.. Mak abah.. Yus rindu..

Al fatihah aku baca dan disedekahkan pada mereka.

Share this novel

liyana
2021-02-11 13:02:54 

dah pabggil tuan aniq x dengar panggil abang kunyit terus pusing


NovelPlus Premium

The best ads free experience