(novanta) 90

Other Series 152486

"Wer bist du? Warum jagen sie dich?" (Nama kamu siapa? Mengapa mereka mengejar kamu?) Afonso bertanya pada si gadis yang duduk di sofa berhadapannya.

Dia telah membawa Aleena ke rumah yang didiaminya di pekan berdekatan. Pakaian ganti diberikan kepada wanita itu agar tidak kesejukan.

Si isteri, Fillia, membawa keluar minuman panas untuk dihidangkan kepada tetamunya. Cawan-cawan diatur kepada suami dan Aleena dengan senyuman.

"Vielen Dank." (Terima kasih.) ucap Aleena pada Fillia sebelum kembali memandang Afonso yang sedang menambahkan kayu api di dalam beliang di hadapan mereka, menghangatkan ruangan rumah kayu itu.

"I can't speak German.." dia berterus-terang. Afonso berpaling menatapnya bingung.

Berkerut wajah tua itu memikirkan cara untuk membantu si wanita. Jelas sekali wanita itu dalam bahaya apabila diburu beramai-ramau begitu.

Tetapi mengapa? Adakah dia sedang membahayakan keluarganya juga dengan membantu wanita itu?

Afonso perlu mencari tahu juga apa yang sebenarnya berlaku agar tidak tersilap. Dia juga tidak kesampaian mahu membiarkan saja Aleena dan bayinya di luar. Sejuk.

"It's okay.. What is your name?" soalnya tenang.

Minuman diambil dan ditiup beberapa kali sebelum dihirup perlahan. Mata tak lepas daripada memandang ke arah wanita berambut hitam itu. Cantik!

"I'm Aleena.." jawabnya gusar.

Afonso mengangguk perlahan sambil membuang pandangan pada beliang api, bagai memikirkan sesuatu.

"Am.. Sir, can I stay here for a while? If you don't mind." Aleena bertanya takut-takut.

Faraz yang sudah tidur di pangkuannya selepas menyusu tadi dipandang sekilas.

"Sure you can. But you need to tell me first, what happened? Who is chasing you just now?" soalnya pula.

Mata dwi warna milik si gadis menarik perhatiannya. Bagi wanita sebegitu, tidak mungkin Aleena adalah wanita biasa.

Lihat saja pada raut wajah dan segala tentang dirinya, semestinya wanita itu bukanlah berasal dari situ.

"I can't tell you Sir, I really can't." Aleena bersuara perlahan sambil nenunduk. Gusar jika dia akan dihalau keluar.

Afonso menarik nafas dalam dan melepaskannya berat. Dia mengangguk juga menerima jawapan itu.

"I do not force you either, no need to worry." balas Afonso tenang. Senyuman manis di sebalik misai dan janggut lebat itu sedikit sebanyak menenangkan Aleena.

Aleena juga tidak berfikiran jauh semasa melarikan diri daripada makmal Forrestor itu. Dia pentingkan diri.

Dia terlupa terus akan anaknya yang memerlukan persekitaran yang sesuai dengan keadaannya.

Yang Aleena tahu, dia mahu pergi dari Dom agar lelaki itu bebas, tanpa perlu menjadikan dia sebagai beban lagi. Dia kejam dengan memperjudikan kesihatan anaknya pula.

"My wife have prepared dinner, let's eat." suara Afonso mengajak, menyentakkan lamunannya.

Kepala dianggukkan mengikuti belakang tubuh tua itu ke bahagian dapur.

~~~~~~~~~~~~~~~

Jonathan selaku ketua telah diarahkan Dom bersama kumpulannya untuk mencari Aleena di pekan tersebut. Zen juga akan turut menyertai pencarian tersebut.

Sudah mereka diberitahu oleh Dom agar tidak memaksa untuk membawa pulang Aleena kepadanya. Dia mahu wanita itu tenangkan diri dahulu.

Sudah dia periksa rakaman cctv di makmal tersebut dan ternyata, Aleena salah faham dengan bicaranya bersama Zen.

Dom kenal amat si isteri, Aleena hanya memahami perkataan Itali yang mudah saja. Mendengarkan bicara melayu dan inggris mereka, Dom pasti apa yang menyebabkan si isterinya membawa diri.

Bodoh! Itu apa yang dia rasakan pada dirinya kini. Harapnya Jonathan dan Zen akan membawa berita gembira padanya.

Dia sudah tidak kisah. Lantaklah Aleena mahu terima dirinya atau tidak, dia mahu bertemu wanita itu juga.

Sudah tidak dihiraukan lagi rupanya yang hodoh. Keadaanya yang cacat. Disebabkan sikapnya, si isteri menanggung kesedihan.. kesakitan sendiri. Tanpa dirinya sebagai seorang suami.

'I'm sorry carrissima.. please come back home.' luar tingkap kaca mansionnya dipandangnya sayu.

Dom sudah kembali ke mansion Forrestor nya. Menunggu sang isteri dan puteranya pulang.

Andy di pangkuannya yang sudah tidur dielus rambut perang itu lembut. Teringat kembali bagaimana penerimaan Andy sewaktu pertama kali melihat dirinya tadi.

Merundum hatinya.

FLSHBCK

Kereta diberhentikan di hadapan mansion. Salah seorang anak buah Dom membuka pintu, membenarkan si tuan keluar dengan bantuan tongkat bersama.

Loceng rumah ditekan beberapa kali menunggu dibuka dan seorang pembantu rumah lelaki membukanya.

Dia selaku pengasuh Andy buat sementara waktu dan pembantu rumah sudah sedia maklum daripada Zen bahwa tuan kepada majikannya itu akan tiba malam itu.

"Willkommen zu Hause Herr Vanni." (Selamat pulang tuan Vanni.) ujarnya sambil menunduk sedikit tubuh. Hormat.

Gusar hatinya apabila bertemu si tuan yang sering diperkatakan itu. Pembunuh kelas pertama Eropah selatan, Dom Mikhail, kini benar-benar di hadapan.

"Hmm.. Wo ist mein Sohn?." (Di manakah anakku?.) soalnya sambil melilaukan pandangan ke sekeliling ruang. Mencari kelibat si anak.

Dengan langkah yang sedikit sukar, selangkah demi selangkah kakinya masuk ke dalam dengan bantuan tongkat.

"Her ist in-" (Dia berada di-) baru saja Gahz mahu bersuara, suara seseorang memanggilnya nyaring dari tingkat atas.

"Gahz! Where are you?!" suara Andy bergema memenuhi ruangan besar sunyi itu.

Dom sedikit mendongak apabila kelibat seorang budak yang amat dirinduinya, mula menuruni tangga perlahan-lahan sambil menggosok matanya. Patung teddy bear bewarna putih dalam pelukannya dibawa terus bersama.

"Mr. Andy! Be careful, you will fall later." Gahz berlari anak mendapatkan Andy. Bimbang jika si kecil itu jatuh dari tangga.

"Gahz, I'm thirsty." adunya. Meminta.

"I'll get it for you hmm? But.." Andy mendongak memandang Gahz yang kelihatan gelisah sebelum memandang sekeliling.

Pandangannya bersabung dengan seseorang. Terkaku.

Serta-merta kaki Gahz dipeluknya erat sambil mata tak lepas dari memandang Dom di bawah.

Berkaca mata Dom memandangnya. Nafas ditarik dalam agar dia tidak menangis di situ.

"Andy.. This is daddy, sweetie. I'm home." panggilnya. Senyuman cuba ditayangkan.

Sebelah tangannya naik, menggamit si anak agar ke arahnya. Tetapi tidak dihiraukan Andy, sedih hatinya..

Budak itu jelas menangis tak bersuara. Dengan tangan kecil itu mengenggam erat seluar Gahz dan patung di tangannya.

"Andy? You don't remember me?" soalnya lembut lagi. Cuba memujuk.

Sebelah kakinya yang lemah, cuba digerakkan bersama tongkat ke arah tangga.

Andy kelihatan takut, tetapi dia tidak berganjak. Hanya air mata saja yang turun membasahi pipi tembamnya.

"I miss you, I really miss you.." ucap Dom sayu.

Anak tangga digagahinya, cuba mendaki.

"No need to be afraid sayang.. come to daddy." tangan cuba digamitnya lagi sambil perlahan-lahan mendaki anak tangga.

Andy terus menyembunyikan wajahnya di sebalik kaki Gahz di sisi apabila Dom semakin menghampiri.

Tergamam kaki itu pada kedudukannya. Sakit! Sakit hati Dom bagai disiat-siat!

Rahang diketap kuat. Dia sudah jangkakan penerimaan bagaimana yang bakal dia hadapi. Dia sudah tahu perkara begini akan berlaku..

"It's okay if you don't want to meet me, I'll go. I'm sorry sweetheart.. Sleep well hmm?" senyuman masih digagahkan juga pamir.

Dengan genangan air matanya, Dom berpaling dan mula melangkah pergi perlahan-lahan.

Nampaknya dia tak boleh bertemu Andy dengan raut wajah dan kondisi cacat begini. Dia perlu lakukan pembedahan.

Fikirnya anak itu tidak akan kisah dengan keadaannya, tetapi ternyata sangkaannya meleset sama sekali.

'I scared him, he hated me!'

"Daddy!" suara serak kecil itu memberhentikan langkah kekoknya.

Tubuh pantas ditoleh semula ke arah tangga. Andy sudah berlari anak bersama teddy bear di tangan ke arahnya.

Terus saja anak itu memeluk kedua kakinya, erat dengan tangisan yang semakin kuat.

"Daddy.. daddy.. daddy.." gumam Andy sendirian sambil bergesel dengan kedua kaki Dom.

"Oh dear.. come here." dengan sedikit sukar, sebelah tangannya mula mengendong Andy ke atas, memeluk batang lehernya.

"I'm sorry.. Andy so sorry daddy.. I didn't-. didn't mean it.. I miss you too.. I miss you too.." si kecil mula bergumam di sebalik lehernya.

Lega hatinya dengan penerimaan Andy. Anaknya tidak bencikannya!

Ubun-ubun itu dikucupnya berkali-kali, melepaskan rindu. Dengan mengendong Andy, langkah diatur ke sofa mewah berdekatan.

Pelukan si anak dibalaa erat juga. Pada permulaan, Andy juga kelihatan was-was dengan dirinya.

Parut dan matanya disentuh si anak ingin tahu, mereka berbual dan bergurau senda. Hubungan yang terputus buat beberapa bulan itu akhirnya kembali terjalin erat. Seerat-eratnya.

Tak akan dia tinggalkan lagi keluarganya!

FLSHBCK N

~~~~~~~~~~~~~~

Dengan pencarian menyeluruh di pekan tersebut, sekejap saja Aleena dijumpai. Maklumat telah disampaikan ke pengetahuan Zen dan Dom.

Panggilan dari Zen memberitahu akan keberadaan Aleena dan anaknya amat menggembirakan Dom. Syukur sangat!

"You keep watching them tonight. Tomorrow I'll go there myself." arahnya sebelum menamatkan panggilan.

Nafas lega dihembus perlahan sambil memejamkan matanya seketika. Andy yang sedikit meragam di atas ribaanya ditepuk perlahan pinggulnya.

"Our family will be complete again Andy.. I promise you."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience