Bab 15

Romance Completed 78326

10 tahun kemudian...

Kristine menghampiri Gia yang tengah membelek majalah wanita di balkoni rumahnya. Sekarang, nama Gia Vatanika dikenali ramai di Filipina memandangkan kerjayanya sebagai seorang model sekarang makin meningkat dan melonjak. Berkat kesabaran Gia selama ini akhirnya mendatangkan untung dalam kehidupannya.

“Hey…buat apa tu? Tak habis-habis lagi ke belek muka sendiri dekat majalah hmmm?” Kristine menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Gia.

Gia tersenyum sendiri sebelum majalah di tangannya ditutup. “Taklah…aku saja je belek majalah. Tak tahu nak buat apa sekarang ni. Asyik terperuk je dalam rumah.”

“Hmmm…kau lupa ke esok kau nak kena attend satu majlis peragaan fesyen untuk koleksi baru Snow Lux? Lupa?”

“Eh? Esok ke?” Hampir saja dia lupa pasal majlis itu. Haih! Macam manalah aku boleh lupa bab-bab macam ni?

“Aku agak dah kau lupa. Haih kau ni! Nasib baik aku ni jadi assistant kau tau? Semua jadual kau aku dah hafal dan dah atur siap! Itupun ada dengan bantuan Maya sekali. ”

“Auwwww…ini yang buat aku terharu sangat ni! Kristine…apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada kau dan family kau. Kalau bukan sebab dari pertolongan kau dan family kau, aku takkan berjaya sampai sekarang. Kalau kau dengan Maya tak bantu schedule aku, entah apa lah jadi dengan aku.”

“Haih kau ni…apa pulak cakap macam tu? Aku dan keluarga aku tolong bawak kau sampai ke Manila je. Yang selebihnya atas usaha kau sendiri tau Gia. Aku bangga dengan semangat kau yang satu ini. Tengok! Lepas apa yang kau usahakan, kau mampu untuk ada sebuah rumah dengan kereta lagi. Duit kau pun bertambah. You should proud of yourself.”

Sejak mereka datang ke Manila, dia sendiri nampak usaha Gia untuk dapatkan semua ini. Pelbagai jenis kerja yang dia lakukan di Manila sebelum menceburkan diri dalam dunia permodelan dan syukur sebab rezeki Gia lebih kepada arah permodelan dan Kristine dengan Maya pula jadi assistant Gia yang tak bertauliah sejak itu.
Hahaha! Yelah…kesian aku tengok Gia macam tak cukup tangan handle itu ini. Gia bukan setakat jadi model je tapi menjual pelbagai jenis koleksi baju, seluar, skirt, sandal dan koleksi barang perhiasan seperti cincin dan gelang.

Walaupun kesemua barang yang dijualnya adalah branded, tetapi harga mampu milik bagi setiap orang yang ingin membeli barangan di kedainya. Ada kalanya juga Gia membuat kerja amal dengan memberi bekalan pakaian dan keperluan harian kepada golongan yang tak berupaya dan miskin. Kerana apa? Kerana Gia dah pernah lalui semua itu dan dirinya sendiri tahu rasa peritnya macam mana.

Siapa pula Maya? Maya adalah assistant pertama yang membantu Gia masuk ke dalam bidang permodelan dan seterusnya ditolong oleh Kristine.

“Tapi tetap jugak aku nak berterima kasih dengan kau dengan Maya sebab kau dengan Maya tolong aku susunkan jadual aku? Kalau kau dengan Maya tak ada entah apa jadi dengan aku nanti. Mesti terhuyung-hayang hidup aku.”

“Tak apa…kita kan kawan dari dulu lagi? Apa salahnya kalau aku tolong kau kan? Dah alang Vi tak free dengan final year dia. Aku tak sampai hati nak tengok kau terbongkang sorang-sorang,” jawab Kristine dengan senyuman manisnya di bibir.

Macam mana pulak dengan keadaan mummy dan daddy? Mereka berdua ok je di Cebu. Mummy? Macam biasalah…masih dengan kepala keras dia lagi. Gia dan Vitalika langsung tak diendahkannya seolah-olah Gia dan Vitalika bukan lagi anaknya.

“Oh ya…aku lupa nak bagitahu kau. The Emerald akan buat pameran koleksi barangan kemas dia dekat Thailand. Tapi tak sure lah berapa hari kita akan stay dekat sana sebab pengurus majalah Vogue Thailand ada nak bincang something dengan kita. Pasal tiket flight, hotel apa semua aku dah aturkan. Jadi, kita akan fly ke Thailand dalam masa 3 hari lagi.”

“Seriuslah?”

“Tengah seriuslah ni. Kenapa? Kau tak sanggup?”

“Apa pulak kau cakap macam tu? Takkanlah aku nak tolak kot?”

Perbualan mereka tergendala bila telefon bimbit Gia berbunyi. Dia memandang nama pemanggil di skrin. Mummy.

“Tak pernah-pernah mummy call kau? Kenapa pulak hari ni tiba-tiba je dia nak call kau?” Kristine bertanya dengan nada pelik. Yelah, sepanjang dia duduk bersama dengan Gia, tak pernah-pernah Madam Valona hubungi Gia tapi
sekarang?

“Hello mummy…” Gia membuka pembesar suara.

“Hmmm…ingat jugak kau nak panggil aku ni mummy kan? Aku ingatkan kau dah lupa dekat mummy kau ni sejak kau dah berjaya akhir-akhir ni,” nada Madam Valona sinis di talian.

Gia menarik nafas dalam-dalam. Memang mummy kalau bercakap dengannya akan pakai nada yang sinis. Tak apa, Gia dah biasa dengan perkara tu. Walaupun sekarang dia dah berjaya, dia tak akan lupa ataupun menyombong dengan mummy sebab mummy tetap ibu yang melahirkannya. Tanpa mummy, dia takkan berada
di atas dunia ni.

“Tak, Gia tak pernah lupakan mummy. Ada apa mummy call Gia?”

“Aikk? Nak call anak sendiri pun dah tak boleh ke?”

“Tak…bukan itu maksud Gia. Cuma mummy tak pernah-pernah call Gia tapi hari ni mummy call. Kenapa? Mummy tak sihat ke?”

Kristine yang mendengarnya hanya mampu menggeleng. Geramnya aku dengar apa yang Madam Valona cakap dekat Gia dan aku tak faham jugak dengan perangai Gia yang sebenarnya. Kenapalah dia boleh layan mummy dia baik-baik lagi sedangkan mummy dia dah layan Gia dengan jahat. Haih…

“Nak tunggu aku tak sihat ke baru aku boleh call kau?” Sinis lagi pertanyaan dari Madam Valona.

Meledak darah Kristine dibuatnya. “Madam Valona…tak boleh ke madam jawab dengan elok-elok hah? Gia tanya elok-elok tapi madam balas sinis-sinis pulak.” Akhirnya Kristine bersuara juga.

“Kristine! Bakit ka nagsasalita ng ganyan (kenapa cakap macam tu)? Mummy…sorry! Kristine tak berniat pun nak cakap macam tu,” risau betul dia kalau mummy makin marah dirinya. Yelah, tak pasal-pasal mummy tuduh yang Kristine lah punca aku makin jadi biadab nanti.

Namun, panggilan telah diputuskan mummy. Aduh! Mesti mummy terasa dengan apa yang Kristine cakap tadi.

“Kristine! Kenapa cakap macam tu dekat mummy aku? Tak pasal-pasal dia terasa nanti.”

“Huh! Fikir dia je terasa? Habis tu perasaan kau macam mana pulak? Come on lah Gia! Lepas apa yang mummy dah buat dekat kau, kau still nak berbaik dengan mummy kau? Are you insane?”

“Apa-apa pun dia tetap mummy aku yang dah besarkan aku dengan tangan dia sendiri. Aku tetap kena hormat dia walau sejahat mana pun mummy aku.”

“Tak faham betullah aku dengan prinsip kau yang satu ni!” Kristine mendengus kuat. Nasib baiklah mummy aku bukannya macam mummy Gia. Kalau tak, boleh sakit jiwa aku dibuatnya!

“Hello! I’m home!” Vitalika menutup pintu rumah dan menyusun kasutnya di rak kasut.

“Hey…how was your day at college hmmm?” soalan yang sama akan ditanya oleh Gia setiap kali Vitalika pulang ke rumah.

“Okay like always. Lagipun, lagi berapa hari je Vi dah nak
final exam. So, wish me luck okay?” Berdebar-debar pulak rasanya memandangkan lagi 5 hari dia bakal hadap peperiksaan akhir.

“I wish you luck and do the best for your exam. By the way, lagi tiga hari akak akan fly ke Thailand and lepas habis show dekat Thailand tapi tak tahulah berapa hari kena duduk sana. So, Vi ok ke duduk sorang-sorang dekat kondo?” Bila fikirkan Vitalika bakal duduk sorang-sorang di rumah, dia rasa risau.

“No worries. I will be fine. Bukannya Vi tak biasa kan duduk sorang-sorang dekat rumah bila akak kena shoot sampai dua tiga pagi?”

“Ya tapi still akak balik rumah tapi ini…”

“Akak…” Vi memegang tangan kakaknya. “Akak jangan risau dengan keadaan Vi. Vi tahu jaga diri Vi sendiri macam mana. Vi dah besar kan?”

“Ok…”

Gia! Tenangkan hati kau. Everything will be okay. Kau sendiri dah tengok perubahan diri Vi macam mana kan? Tak ada apa lagi yang kau perlu risau pasal Vi. Dia dah besar panjang.

Kuala Lumpur, Malaysia.

LUQMAN menghampiri Dariya yang sedang menikmati makanan tengaharinya di salah sebuah café kegemarannya. Luqman menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan tunangnya.

“Amboi…makan tak tunggu ehhh?”

Dariya yang tadinya sedap menyuap macaroni cheese ke dalam mulutnya terus berhenti. Dia mengelapkan bibirnya dengan tisu.

“Dah awak tu yang lambat sangat. Saya lapar jadi saya order lah dulu,” jawab Dariya senang.

“Hmmm yelah. Sorry sebab lambat. Tadi ada masalah sedikit dengan gambar yang nak kena edit tu so saya ambik masa sikit dekat situ. Awak tak marah kan?”

Dariya mengukirkan senyuman manisnya. “Tak…saya tak marah pun. Dah itu kerja awak dan punca rezeki awak selama ini, kenapa pulak saya nak kena marah kan? Saya tahu awak kerja keras cari duit untuk tampung saya nanti bila kita dah kahwin. Awak jangan risau. Saya tak pernah marahkan awak pun.”

Dariya…seorang gadis manis yang berjaya memikat hati Luqman Adha dengan hanya sekali perjumpaan sahaja waktu dia menemankan adik bongsunya ke fashion show tempoh hari. Dariya merupakan model tudung kepada Ariya Hijabi dan juga merupakan instafamous juga dengan mempromosikan koleksi tudung dan baju yang dipakainya.

Macam mana Luqman mengorat Dariya? Melalui Instagram lerrr. Tapi susah tau nak mengorat Dariya ni sebab Dariya jenis yang tak layan lelaki sangat. Tapi, bila Dariya nampak kesungguhan Luqman kepadanya, Dariya terima Luqman sehinggalah hari ni mereka menjadi tunangan. Dah bertunang 3 bulan dah pun dan dalam masa sebulan saja lagi mereka bakal diijabkabulkan.

“Sebab tu saya sayangkan awak. Awak faham dengan kerjaya saya yang kadang-kadang busy tak menentu masa.”

Dariya cuma mengukirkan senyumannya. Luqman memahami kerjayanya dan kenapa pulak dia tak memahami kerja Luqman? Disebabkan dia memahami kerjaya Luqman dan vice versa, hubungan mereka berdua kukuh sampai sekarang.

Luqman pernah hadap peritnya putus cinta bila ex nya yang dahulu tak memahami masa kerjanya yang adakalanya tidak menentu masa sebab sibuk edit gambar dan ada juga bila dah edit, tiba-tiba komputer atau laptop black out secara tiba-tiba dan ada juga yang dahulunya mata duitan dan bilat ahu Luqman hanya bekerja sebagai photographer and editor di salah sebuah studio, terus dia ditinggalkan. Jadi, bila dia berjumpa dengan Dariya, dia rasa bersyukur sangat sebab Dariya bukanlah jenis perempuan yang pernah dia kenal dahulu.

“Oh ya Luq, saya lupa nak bagitahu awak yang petang ni saya dah kena fly ke Filipina. Saya ada fashion show dekat sana.”

Entah kenapa hati Luqman rasa tak tenang dengan perkara yang diberitahu tunangnya. Kalau boleh dia tak nak pun Dariya pergi fashion show tu.

“Boleh tak kalau kali ni awak cancel je fashion show tu?” pintanya.

“Kenapa? Luq…saya tak bolehlah sesuka hati cancel last minute macam ni tanpa alasan yang kukuh. Awak janganlah risau pasal saya. Saya akan ok je masa dekat Filipina tu. Bukannya saya seorang je. Banyak lagi orang
lain dekat situ dengan manager saya lagi. Ok?”

“Lagipun Luq, saya terima tawaran ni sebab kali ini dalam fashion show ni ada sekali dengan model yang saya minat sangat dari Filipina. Nama dia Gia Vatanika. Jadi, bila saya dapat peluang ni, takkanlah saya nak tolak macam tu pulak kan?” Sambungnya lagi.

Penjelasan dari Dariya sedikitpun tidak menyenangkan hatinya malah menyesakkan lagi adalah. Tak tahulah kenapa dia rasa macam ni. Namun cuba ditenangkan hatinya jua agar tidak memikirkan hal-hal yang buruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience