Ariana Atilia termenung sendiri. Dia leka melayan perasaan. Hubungannya bersama Adi Ashraf cukup bahagia dirasakan. Segala yang dimpikan akhirnya menjadi kenyataan. Tiada apa yang dia mahukan selain kebahagiaan mereka kekal selamanya.
Jarinya yang tersarung cincin perkahwinan mereka berdua direnung lama. Menandakan ikatan perkahwinan berdua yang terjalin pada beberapa bulan yang lalu. Pandangannya jatuh pula pada seutas rantai yang dipakai olehnya.
Dia mengukir senyuman. Mindanya memainkan semula memori pengakuan cinta mereka berdua pada hari itu. Hadiah pemberian Adi Ashraf itu tak pernah sekali ditanggalkan. Tangannya naik memegang loket rantainya.
Dua hati yang bersatu. Seperti dia dan Adi Ashraf yang akhirnya bersatu selepas hampir berpisah pada hari yang sama. Siapa sangka hari yang disangkakan paling teruk di dalam hidupnya berubah menjadi yang paling indah dalam sekelip mata?
Mungkin benarlah kata orang, selepas perginya hujan, pasti ada pelangi yang kembali mewarnai semula hari mendung. Ariana melepaskan nafas lega. Sekurangnya dia dapat berbahagia bersama Adi Ashraf buat masa ini.
Dirinya kembali pada realiti apabila teringatkan suaminya yang sedari tadi tidak kelihatan. Bebola matanya mencari susuk tubuh suaminya di sekeliling rumah. Akhirnya, mereka berdua dapat meluangkan masa bersama di hujung minggu.
Oleh itu, dia tak mahu membazirkan peluang ini. Kalau boleh, dia mahu berada di sisi suaminya itu sepanjang masa. Tak mahu mempersiakan sedikitpun waktu ketika dia bersama dengan Adi Ashraf.
"Abang..." panggil Ariana sengaja dileretkan. Dia mencari suaminya sambil berjalan menuju bilik tidur mereka berdua. Barangkali suaminya sedang berehat.
Tombol bilik mereka dipulas. Bibirnya sudah mengukir senyuman kerana menyangka Adi Ashraf berada di dalam. Tetapi pandangannya menemui katil mereka yang kosong. Ariana sudah memasamkan muka.
"Mana pulak dia ni pergi?" omel Ariana sambil mencekak pinggang. Wajahnya sudah masam apabila memikirkan Adi Ashraf pergi ke mana-mana tanpa memberitahunya dahulu.
Tanpa dia sedari, sepasang tangan melingkari pinggangnya dari belakang. Tanpa amaran, tubuhnya ditarik ke dalam dakapan. Ariana yang terkejut dengan tindakan itu tanpa sengaja menyiku kuat perut suaminya.
"Ouch, sakitlah sayang!" jerit Adi Ashraf meringis kesakitan. Dia melepaskan Ariana daripada pelukan. Tangannya yang melingkari pinggang isterinya ditarik lalu memegang perutnya yang sakit. Dia membongkok menahan kesakitan.
Ariana yang mula panik dengan tindakannya mula menghampiri suaminya. Dia segera mendapatkan Adi Ashraf. Dia juga membongkokkan tubuh untuk menyamakan kedudukan mereka berdua.
"Sakit sangat ke, abang?" tanya Ariana serba salah. Dia cuba memegang perut suaminya yang sedang menahan kesakitan. Siapa suruh peluk orang tak bagitahu. Kan dah kena!
"Sakitlah sayang. Soalan apa sayang tanya ni. Nanti lebam macam mana?" rengek Adi Ashraf sambil memegang erat perutnya. Tak terperi rasa sakitnya. Tak tahu pula siku isterinya setajam itu.
"Abang pun satu. Cuba sahut dulu Riana panggil tadi. Ini tidak, tiba-tiba datang peluk orang tak bagitahu apa semua. Memang mendapat la. Nak kena lagi?" ugut Ariana sambil menunjukkan sikunya. Adi Ashraf mengeleng tanda tak mahu. Ariana tersenyum nipis. Haihlah suami aku ni.
"Sakit tu memang sakitlah sayang. Tapi sakit lagi hati abang bila sayang tak ada depan mata abang tadi." ucap Adi Ashraf sedih. Dia memegang dadanya dengan penuh dramatik.
Ariana menahan senyuman yang mahu mengukir dibibirnya. Telinga suaminya ditarik kuat. Mulut suaminya itu sejak kebelakangan ini ada saja akalnya mahu mencairkan hati dia yang lemah ini. Entah bila Adi Ashraf menanam tebu di tepi bibir pun dia tak tahu.
Yang dia tahu, dia memang suka dengan perubahan suaminya, hehehe.
Adi Ashraf memincingkan mata ke arah Ariana. Telinganya yang merah ditarik isterinya dipegang. Salah ke apa dia cakap tadi? Ariana hanya mempamerkan riak muka selamba.
"Kenapa tarik telinga abang? Janganlah tarik telinga je. Tarik hati ni sekali. Biar selamanya ada dekat sayang." kata Adi Ashraf sambil tersengih ke arah isterinya. Ariana meraup muka. Segaris senyuman terukir disebalik tangannya.
"Eeeee geramnya dengan abang ni tau tak. Mulut tu haih. Kenapa manis sangat?" rungut Ariana geram. Tak suka apabila dia saja yang menahan malu sementara suaminya seronok melihatnya dalam keadaan sebegitu.
"Kenapa tak suka ke? Kalau tak suka tak apa, abang diam. Lagipun, diam tu kan lebih elok daripada berkata-kata." ucap Adi Ashraf mahu merajuk. Dia ketawa jahat dalam diam apabila muka isterinya mula panik.
"Siapa kata sayang tak suka? Sayang suka. Suka sangat." ucap Ariana tanpa berfikir dahulu. Dia membulatkan mata apabila menyedari kata-kata itu dikeluarkan daripada mulutnya. Adi Ashraf sudah mengukir senyuman nakal.
"Oh, baru nak mengaku. Sini." ucap Adi Ashraf berpura-pura marah. Terselit nada mengusik di dalam kata-katanya. Ariana mengeleng kepala tanda tak mahu. Lidahnya dijelirkan sebelum melarikan diri.
Malangnya, tangannya sempat ditarik oleh Adi Ashraf. Dalam sekelip mata, sekali lagi dia sudah berada dalam pelukan hangat suaminya semula. Wajahnya disorokkan pada dada suaminya. Dia cuba melepaskan diri tetapi gagal seperti biasa. Suami dia tu kuat mana dia nak lepas?
"Nak lari mana hmmm?" bisik Adi Ashraf pada telinga isterinya. Dia mengukir senyuman penuh makna. Tangannya memeluk tubuh isterinya dengan erat. Pelukan itu diketatkan lagi.
"Abang, lepas. Tak boleh bernafas." ucap Ariana sambil tangannya menepuk lembut dada Adi Ashraf. Serta-merta, Adi Ashraf melonggarkan pegangan. Ariana tersenyum apabila taktiknya berjaya.
Namun, rancangannya gagal apabila Adi Ashraf dapat mengetahui niat isterinya. Perkahwinan yang mereka yang lama membenarkan Adi Ashraf mengenali setiap tindak tanduk isterinya dengan sempurna.
"No, no, no. Nak lari mana hah? Sini pandang abang. Kata suka kan tadi?" ucap Adi Ashraf mahu mengusik isterinya. Ariana menayang muka menyampah. Suka lah tu kenakan dia.
Mulutnya dimuncungkan. Matanya dilarikan daripada pandangan Adi Ashraf. Wajahnya pula dimasamkan. Menunjukkan dirinya sedang merajuk. Adi Ashraf yang menyedari perkara itu tersenyum senget.
"Oh, ada orang merajuk ke tu?" tanya Adi Ashraf dengan nada memerli. Niat hanya untuk bergurau dengan isterinya. Ariana memberikan jelingan tajam. Adi Ashraf tersenyum senget.
Chup!
Sekilas Adi Ashraf mencium batang hidung isterinya yang mancung. Ariana mengedip-ngedipkan mata. Masih terkejut dengan tindakan suaminya. Tak lama kemudian, wajahnya sudah bertukar warna. Dia segera menyorokkan wajahnya pada dada Adi Ashraf. Lelaki itu melepaskan tawa halus.
Cute. Isteri siapalah ni.
"Sorry, tapi abang pun suka sayang." ucap Adi Ashraf lembut pada telinga isterinya. Tangannya naik mengusap belakang kepala isterinya. Mulutnya sempat mengucup sisi kepala Ariana. Dia memeluk tubuh isterinya seperti tak mahu dilepaskan lagi.
Ariana tersenyum bahagia. Hatinya berbunga-bunga mendengarkan kata-kata Adi Ashraf. Dia memeluk kembali tubuh suaminya. Menikmati pelukan hangat suaminya pada tubuhnya. Terasa kasih sayang yang dicurahkan oleh lelaki itu melalui pelukan tersebut.
"Sayang pun suka abang." ucap Ariana perlahan. Tetapi cukup untuk didengari oleh Adi Ashraf. Dia mengukir senyuman. Matanya dipejamkan, mahu memahat memori ini di dalam fikiran untuk selamanya.
Kedengaran bunyi telefon pintar Adi Ashraf berdering di ruang tamu menarik perhatian mereka. Ariana melepaskan pelukan terlebih dahulu. Adi Ashraf memasamkan wajah. Tak suka apabila tidak dapat merasai kehangatan daripada tubuh isterinya lagi.
"Kenapa lepas? Sinilah." ucap Adi Ashraf tak puas hati. Dia menarik tangan isterinya kembali pada tubuhnya. Tetapi, Ariana menolak. Kepalanya digelengkan.
"Abang, jawablah siapa call tu dulu. Mana tahu penting ke apa." ucap Ariana. Dia pergi mengambil telefon pintar suaminya. Adi Ashraf mengalah. Dia menghantar pemergian isterinya dengan pandangan.
Tak lama selepas itu, Ariana kembali bersama telefon pintar suaminya di tangan. Benarlah apa yang dirisaukan olehnya. Kerana panggilan tersebut daripada ibu mertuanya, Puan Ratna.
"Thanks, sayang. Siapa call?" tanya Adi Ashraf ingin tahu. Ariana menyerahkan telefon pintar suaminya. Belum apa-apa, dia sudah ditarik untuk duduk disebelah Adi Ashraf. Pinggangnya dirangkul dari tepi.
"Mama. Cuba call balik mana tahu penting." jawab Ariana memberi pendapat. Sisi badannya disandarkan pada tubuh suaminya. Kepalanya pula dilentokkan pada bahu Adi Ashraf. Dia merenung sisi wajah suaminya yang masih tampan dari tepi.
Tanpa membuang masa, Adi Ashraf cuba menghubungi ibunya semula. Dia sendiri tertanya-tanya apabila tiba-tiba ibunya cuba menghubunginya. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Manakan ada ribut melainkan ada angin bukan?
Sementara itu, tangannya sempat mengusap tangan isterinya. Dia memandang Ariana sekilas. Ariana tersenyum kecil apabila menyedari tindakan suaminya itu. Tangannya menepuk lembut pipi Adi Ashraf.
"No touching, fokus." bisik Ariana, cuba memarahi suaminya yang tidak memberi perhatian pada panggilan tersebut. Adi Ashraf buat-buat tak dengar. Semakin dilarang, semakin menjadi. Dia tersenyum nakal.
"Ha Adi, jawab pun mama call. Kenapa tak jawab mama call tadi? Tahu tak mama risau." marah Puan Ratna dari corong telefon. Adi Ashraf segera menjauhkan telefonnya dari telinganya. Mahu pekak dia dibuatnya apabila suara ibunya yang kuat itu menyapa gegendang telinganya secara tiba-tiba. Dia sendiri tak sedar bila panggilan itu disambungkan.
Ariana menahan tawa disebelah apabila melihat suaminya dimarah oleh ibu mertuanya. Suka apabila melihat suaminya dimarah sebegitu. Puas hatinya apabila melihat suaminya merana.
"Padan muka." ucap Ariana tanpa suara pada Adi Ashraf. Tak mahu suaranya didengari oleh Puan Ratna. Adi Ashraf menjulingkan mata ke atas. Dia menayang riak muka tak puas hati. Tetapi wajahnya bertukar serta-merta apabila otaknya memikirkan idea yang bernas.
"Sorry, mama. Adi bukan tak nak jawab call mama tadi. Tapi Riana ni hah. Tiba-tiba, merajuk. Tu lambat sikit Adi call mama balik. Lama nak pujuk menantu mama yang mengada ni." adu Adi Ashraf kepada Puan Ratna.
Dalam masa yang sama, mahu mengenakan isterinya semula. Dia mengukir senyuman mengejek. Keningnya diangkat sebelah. Berpuas hati dengan kata-katanya.
Ariana pula membesarkan mata apabila mendengar kata-kata suaminya. Riak mukanya yang tidak puas hati jelas terpamer diwajahnya. Mana tidaknya, dia yang tak bersalah apa-apa pula yang dipersalahkam dalam hal ini. Kalau ikutkan suami dia tadi, memang sampai sekarang panggilan telefon ibu mertuanya tidak berjawab kalau bukan kerana dia.
"Ya Allah, Riana ada dekat situ ke? Biar ibu cakap dengan dia." ucap Puan Ratna sedikit serius. Adi Ashraf sudah ketawa melihat muka cuak isterinya. Tangannya pantas menekan butang pembesar suara. Ariana mempamerkan wajah kesian pada suaminya mahu bantuan daripada lelaki itu. Tetapi diendahkan oleh Adi Ashraf.
Suami tak guna!
"Erm... Ya mama. Ni Riana. Mama nak cakap dengan Riana ke?" ucap Ariana dengan lancar tanpa tergagap-gagap. Dia menjeling suaminya yang sedang tersengih kerang. Ada yang kena tumbuk ni karang.
"Ya sayang. Ni mama. Lamanya tak jumpa Riana. Rindu mama dekat Riana. Riana sihat?" sapa Puan Ratna mesra. Langsung tiada tanda-tanda ibunya marah ke apa. Nada suaranya juga tidak seperti yang digunakan kepada suaminya tadi. Ariana tersenyum lega.
"Riana sihat. Mama sihat? Kenapa mama call Ash dengan Riana? Ada apa-apa berita yang kami berdua tak tahu ke mama?" tanya Ariana penuh teruja. Maklumlah, dia kalau dengan Puan Ratna tak bergosip memang tak sah. Adi Ashraf mengeleng kepala. Tetapi dalam hati gembira kerana hubungan rapat antara ibunya dan isterinya.
Siapa saja yang tidak gembira melihat dua orang kesayangannya rapat antara satu sama lain.
"Pandainya anak menantu mama ni. Betullah tu. Memang ada berita gembira pun sebenarnya. Akid nak meminang Maisarah akhirnya!" cerita Puan Ratna penuh teruja. Akhirnya, anak lelaki bongsunya yang buaya darat itu mahu mendirikan rumah tangga. Mana tidaknya, dia tidak gembira bukan?
Ariana dan Adi saling berpandangan. Masing-masing mempunyai reaksi yang sama. Terkejut dan gembira mendengar khabar berita itu daripada Puan Ratna. Tetapi, tidak terlalu mengejutkan sangat memandangkan memang sudah jelas lagi nyata Akid Ahnaf menyukai Maisarah dalam diam.
Cuma mereka berdua tidak menyangka Akid Ahnaf sudah mahu membina hubungan secepat ini. Adi Ashraf tersenyum bangga mengenangkan adiknya. Nampaknya adik lelakinya itu sudah menemui cinta hatinya setelah sekian lama membujang. Cepat betul masa berlalu. Masih teringat dia kepada memori mereka ketika waktu kecil dahulu.
"Jadi mama nak minta tolong kamu berdua tolong mama uruskan pertunangan Akid nanti. Tak apa kan? Tapi kalau kamu berdua sibuk, mama faham." sambung Puan Ratna lagi. Menerangkan tujuan sebenar dia menghubungi mereka berdua pada hari itu.
"Eh mama, kita orang boleh je. Kan abang?" jawab Ariana ceria. Adi Ashraf mengiyakan kata-kata isterinya. Seronok melihat isterinya yang begitu teruja mahu mengendalikan majlis pertunangan tersebut. Ariana tersenyum gembira.
Sudah pasti dia akan membantu dalam majlis pertunangan tersebut. Maisarah merupakan teman rapatnya juga. Takkan dia mahu melepaskan peluang ini untuk membalas jasa Maisarah yang membantu dirinya ketika majlis perkahwinannya dan Adi Ashraf dahulu.
Lagipun itu juga merupakan majlis pertunangan adik iparnya, Akid, yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Memandangkan dia anak tunggal di dalam keluarganya.
"Alhamdulilah, baguslah kalau macam tu. Lega sikit hati mama ni rasa. Oh lagi satu mama nak pesan sebelum terlupa." ucap Puan Ratna lagi. Ariama menunggu kata-kata ibu mertuanya. Sementara, Adi Ashraf memerhatikan isterinya dalam diam bersama senyuman di bibir.
"Adi, jaga Riana elok-elok. Isteri merajuk pujuk. Jangan dibiarkan aje, faham tak mama cakap ni, Adi?" pesan Puan Ratna dari seberang talian. Ariana menggoyangkan keningnya pada Adi Ashraf bersama sengihan. Adi berdehem perlahan tanda faham. Pipi isterinya dicuit perlahan sebelum diusap lembut.
"Ya mama. Adi faham. Mama tak nak cakap apa-apa dengan menantu kesayangan mama ni? Tahu tak menantu mama ni degil tak dengar cakap Adi?" adu Adi Ashraf sambil dia tersenyum sungging pada Ariana. Tak semena-mena, tangannya dipukul. Ariana melepaskan nafas geram.
Kedengaran tawa Puan Ratna dari corong telefon. Dia sudah dapat membayangkan keadaan pasangan suami isteri itu pada ketika ini. Sungguh dia rindu pada mereka. Tenang hatinya memikirkan rumah tangga anak sulungnya, Adi Ashraf bahgia.
"Riana... Betul ke apa Adi cakap tu? Tak baik tahu tak dengar cakap suami. Kalau Riana tak nak dengar cakap Adi, dengar cakap mama ni ya sayang. Dengar cakap suami. Boleh kan sayang?" ucap Puan Ratna lembut. Tahu apa yang dikatakan oleh Adi Ashraf hanya niat untuk bergurau. Tetapi dengan kesempatan itu dia menitipkan pesanan kepada Ariana juga.
"Baik, mama. Riana dengar cakap mama. Riana dengar cakap Adi lepas daripada ni." ucap Ariana ceria. Tetapi, apabila menyebut nama suaminya serta merta pandangan maut diberikan. Adi Ashraf hanya menayang muka selamba.
"Bagus. Macam tulah menantu mama. Oh jangan lupa hadiahkan mama dengan papa cucu ya, kamu berdua. Dapatlah kami ni merasa jadi datuk dan nenek. Nak tunggu Akid, lambat lagi. Boleh kan?" ucap Puan Ratna sekadar mahu mengusik. Tetapi ada benarnya juga kata-katanya.
Ariana terdiam seribu bahasa. Matanya dilarikan daripada pandangan suaminya. Mukanya memerah memburukkan lagi keadaan. Dia meraup muka menahan malu. Mama ni pun satu!
Adi Ashraf sudah tersenyum lebar hingga ke telinga. Dia mencuri pandang ke arah wajah isterinya yang sudah tersorok malu daripada pandangannya. Dia melepaskan tawa nakal.
"Oh jangan risau mama. Tak lama lagi, mama akan jadi nenek. Adi letak dulu ya? Maklumlah sibuk sikit. Ada urusan perlu diselesaikan." ucap Adi Ashraf menyimpan seribu makna. Matanya tak lepas memandang Ariana di sebelah. Tak lama kemudian, panggilan tersebut diputuskan.
Tanpa membuang masa, Ariana segera berdiri untuk melarikan diri daripada pandangan suaminya sejak dari tadi. Adi Ashraf melepaskan tawa. Dia bingkas berdiri sama.
"Sayang nak pergi mana tu? Tunggulah abang!" ucap Adi Ashraf kuat dari ruang tamu. Terselit nada mengusik dalam kata-katanya.
Ariana yang mendengar kata-kata suaminya mengunci diri di dalam bilik tidur mereka. Bunyi tombol pintu dikunci itu menarik perhatian Adi Ashraf. Lelaki itu segera menuju ke arah bilik tidur mereka. Dia mengetuk perlahan.
"Sayang bukaklah. Abang nak masuk. Please?" ucap Adi Ashraf yang menahan tawa daripada meletus. Seronok melayan gelagat isterinya yang sedang ketakutan pada ketika itu.
Ariana mengeleng laju tidak membenarkan walaupun dia tahu suaminya tidak nampak. Dia membelakangkan belakang badannya pada pintu bilik mereka berdua.
"Sayang..." ucap Adi Ashraf meleret. Jelas kedengaran tawa jahatnya dari luar bilik. Tak lama kemudian, kedengaran suara Ariana Atilia membalas.
"Tak nak! Pergi sana!"
Akhirnya, tawa yang ditahan oleh Adi Ashraf meletus jua. Geli hatinya mendengar suara isterinya yang jelas dalam ketakutan. Dia menyambung tawanya semula.
Riana... Riana.
••???••?????••???•
Dua bulan kemudian,
Majlis pertunangan Akid Ahnaf dan Maisarah dilangsungkan dengan jayanya. Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Semuanya atas jasa Ariana dan Adi Ashraf yang banyak membantu sepanjang majlis itu dijalankan.
Tak dilupakan juga, Puan Ratna dan Encik Marzuki yang bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan majlis. Sementara Akid Ahnaf dan Maisarah juga menguruskan majlis mereka turut sama sebagai tanda penghargaan kepada ahli keluarga yang banyak membantu. Ini baru majlis pertunangan belum lagi perkahwinan mereka.
"Eh, kenapa kau yang buat kerja ni. Buat aku yang aku yang buat. Kau pergi duduk sana dengan Akid." marah Ariana kepada Maisarah yang sibuk mengemas. Dah elok pakai cantik-cantik begitu pula jadinya.
"Tapi, Riana... Kau dengan Ash dah banyak tolong aku. Biarkanlah aku tolong pulak eh? Kesian kau." ucap Maisarah rasa serba salah. Bukan apa tapi memang benar Ariana banyak menolong sepanjang majlis pertunangannya.
Tak lama kemudian, Akid Ahnaf menghampiri mereka berdua. Secara tak sengaja, dia mendengar perbualan kedua-dua gadis itu tadi. Terasa seperti mahu masuk campur dalam hal yang dibualkan oleh mereka berdua.
"Betul cakap Mai tu Riana. Tak apa biar kami kemaskan. Kau pergilah dekat abang. Lagipun tak ramai tetamu pun sangat sekarang ni. Jangan risau. Kau rehatlah eh? Nanti abang cakap kami berdua buli kau pulak kan sayang?" ucap Akid Ahnaf sambil memandang ke arah Maisarah. Maisarah menunduk malu apabila dipanggil sebegitu. Tetapi dianggukan saja kata tunangnya.
Eleh, malu-malu kucing pulak.
"Sayang, Penat abang cari. Kenapa ni? Akid buli sayang ke? Akid kau tak ada kerja lain ke hah? Dah ada Mai kan. Bulilah dia. Yang buli isteri aku kenapa?" marah Adi Ashraf yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Akid Ahnaf mengeleng kepala apabila dituduh sebegitu.
"Ha panjang umur kau. Sejak bila ketika mana pulak aku buli Riana? Aku dah ada Mai dah. Malas layan kau, abang. Baik aku layan Mai. Jom sayang. Tinggalkan pengantin lama ni. Huh." balas Akid Ahnaf dengan nada merajuk. Dia mengajak Maisarah meninggalkan Adi Ashraf dan Ariana di situ. Sempat diperli sedas kepada abangnya sebelum pergi.
Adi Ashraf menghantar pemergian adiknya dengan pandangan. Kini, pandangan berada pada isterinya semula. Dia tersenyum penuh makna. Hatinya tenang dapat melihat wajah isterinya walaupun mereka baru berpisah tidak lebih daripada 10 minit yang lepas.
Ariana mengerutkan dahi melihat pandangan suaminya. Tangannya menepuk lembut dada Adi Ashraf cuba menyedarkan lelaki iti daripada terus memandang wajahnya. Dia melepaskan tawa halus.
"Hei, kenapa tengok sayang macam tu?" tanya Ariana dengan sisa tawa halusnya. Adi Ashraf mengukir senyuman mendengar tawa isterinya pada gegendang telinganya. Sungguh dia tak pernah bosan mendengar suara isterinya itu sepanjang hari sekalipun.
Tangannya pantas menarik Ariana ke sisi tubuhnya. Pinggang isterinya dirangkul kemas. Dia mengucup kepala isterinya sekilas sebelum menjawab soalan isterinya sebentar tadi. Ariana sekadar menikmati segala tindakan suaminya pada dirinya. Itu merupakan salah satu cara suaminya menunjukkan kasih sayang di dalam hubungan mereka.
"Tak ada apa. Cuma sayang cantik sangat. Buat abang bertambah sayang dekat isteri abang seorang ni." ucap Adi Ashraf sambil memegang tangan isterinya. Dia mengenyitkan mata sebelum menghadiahkan ciuman pada tangan isterinya pula. Ariana tersenyum kecil sambil mengeleng kepala.
"Sayang dah makan? Jom makan, teman abang." ajak Adi Ashraf. Dia menarik isterinya ke arah sebuah meja makan yang sudah kosong. Maklumlah, ramai tetamu yang sudah beransur pulang. Meninggalkan saudara mara mereka yang rapat sahaja. Ariana mengangguk tanda bersetuju dengan pelawaan suaminya.
"Tapi abang... Tengok abang pun sayang dah kenyang." ucap Ariana tersengih kerang. Adi Ashraf sedikit terkejut dengan kata-kata isterinya tetapi disorokkan. Dia kembali mengembalikan senyuman di wajahnya.
"Oh dah pandai eh sekarang? Belajar dari siapa hmm?" ucap Adi Ashraf sengaja berpura-pura tak tahu. Dia menarik kerusi untuk isterinya duduk.
"Daripada abang lah siapa lagi." jawab Ariana selamba. Dia sengaja menarik kerusi lain untuk duduk sedikit jauh daripada suaminya. Adi Ashraf menayang muka tak puas hati.
"Sayang, duduklah sini. Situ tak ada abang. Sinilah cepat." rungut Adi Ashraf menarik tubuh isterinya. Degil sangat isteri dia seorang ni. Ariana hanya mengalah. Dah biasa kena tarik dengan Adi Ashraf. Biasalah dia kan barang. Hehehe.
Kelakuan pasangan suami isteri itu diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Terukir segaris senyuman di bibir lelaki itu. Dia mengeleng kepala melihat sahabatnya, Adi Ashraf yang sedang hangat dilamun cinta.
"Adi... Adi. Bertuahnya kau." ucap Izz Faris perlahan. Dia tumpang gembira melihat Adi Ashraf sudah berbahagia dengan Ariana disampingnya.
Walaupun dalam masa yang sama terasa kecewa kerana peluangnya bersama Ariana sudah tiada. Tetapi itu tidak menghalang dia daripada berasa gembira melihat pasangan itu bahagia. Selagi mereka berdua bahagia, dia akan cuba menghapuskan perasaan itu tak kira apa caranya sekalipun.
Dia rela berkorban demi kebahagiaan mereka berdua. Kerana dia tahu pengorbanannya berbaloi selama ini. Namun sekiranya sekali lagi Adi mensia-siakan Ariana, dia takut dia tak dapat menahan diri daripada merebut peluang untuk memiliki Ariana.
Oleh itu, dia berdoa agar kebahagiaan mereka berdua kekal selamanya. Dia tak mahu jadi punca rumah tangga mereka berpecah belah. Apatah lagi punca pasangan suami isteri itu berpisah.
"Eh, Izz. Aku baru perasan kau dekat sini. Tengok apa? Lah tengok diorang ke. Kenapa, cemburu ke tu?" tegur Haris Irfan cuba mengusik. Langsung tak menyedari kata-kata itu mempunyai makna yang berlainan pada Izz Faris.
"Mana ada cemburu. Cemburu sebab single ada lah. Kau bila sampai?" ucap Izz Faris tenang. Dia cuba mengubah topik. Tahu Haris hanya mahu bergurau.
"Lama dah. Kau dah jumpa Akid belum? Aku belum. Kalau kau belum jugak, jomlah sekali jumpa dia. Boleh lepak." ajak Haris Irfan. Rambutnya diselak ke belakang. Matanya memandang ke arah Ariana dan Adi Ashraf seketika. Dia melambaikan tangan sambil tersenyum mesra.
"Kalau macam tu jomlah. Aku pun tak ada nak buat apa tadi." ucap Izz Faris bersetuju. Mereka berdua melangkah pergi dari situ mahu menemui Akid Ahnaf.
Ariana tersenyum gembira apabila ternampak Haris Irfan. Mereka berdua melambaikan tangan cuba menyapa masing-masing dari jauh. Adi Ashraf mengalihkan pandangan cuba melihat apa yang menarik perhatian isterinya. Dia tersenyum nipis.
"Sayang..." panggil Adi Ashraf. Dia berfikir lama sebelum memikirkan perkara yang mahu ditanyakan kepada isterinya. Ariana berdehem perlahan sebagai balasan. Sempat juga dia menghirup air melegakan tekak yang kering.
"Erm... Haris tu tak ada girlfriend ke? Abang bukan apa tapi saja nak tahu." ucap Adi Ashraf cuma tidak kelihatan seperti pelik apabila cuba mahu masuk campur. Rasa ingin tahu membuak-buak di dalam dirinya membuatkan dia menanyakan perkara tersebut.
"Oh tak ada. Sayang tak tahu lah kenapa dia tak ada. Tapi memang tak ada. Bukan orang tak nak dia cuma Haris tu jenis jual mahal sikit. Ha macam tulah lebih kurang. Kalau Izz tu pulak macam mana abang? Takkan dia tak ada girlfriend jugak." jawab Ariana selamba. Tiada langsung rasa curiga kerana tahu suaminya hanya ingin tahu tentang Haris Irfan. Lagipun dia juga gembira melihat Adi Ashraf mula mendekatkan diri dengan sahabatnya, Haris.
"Oh. Kalau pasal Izz... Tak silap abang, dia ada sukakan seorang perempuan ni. Tapi abang pun tak pernah tahu dengan kenal perempuan tu. Seingat abang nama dia Ria." cerita Adi Ashraf jujur. Dia teringat semula ketika Izz Faris menceritakan kepada dia tentang gadis yang bernama Ria itu.
Ariana tersentak mendengar kata-kata suaminya. Ria? Takkanlah... Tak mungkin Izz Faris pernah mencintai dia bukan? Kerana ketika mereka berkenalan dahulu, dia sudah menjadi tunang Naufal dan sekarang pula menjadi isteri kepada Adi Ashraf. Mungkin itu hanya cerita lama yang diceritakan kepada suaminya.
"Abang... Kalau Riana cakap Ria tu sebenarnya Riana, abang percaya tak?" tanya Ariana mahu jawapan suaminya. Tak mahu menyembunyikan apa-apa daripada Adi Ashraf.
Adi Ashraf mengerutkan dahi. Sedikit tak senang mendengar kata-kata isterinya. Tak mungkinlah. Tetapi apabila melihat isterinya serius dia tahu Ariana tidak bergurau. Dia berlakon seperti tak faham apa-apa.
"Abang tak kisah. Tak kisahlah Izz suka siapa. Janji sayang milik abang. Tak ada siapa boleh ambik sayang daripada abang. Faham?" ucap Adi Ashraf serius. Ariana mengangguk tanda faham.
"Alolololo... Cemburu ke tu?" usik Ariana cuba mengembalikan senyuman di wajah suaminya. Langsung tak berniat mahu menyakitkan perasaan Adi Ashraf. Dia cuma ingin tahu saja.
"Mestilah. Itu tanda sayang abang pada Riana tau." balas Adi Ashraf akhirnya kembali seperti tadi. Tak mahu merosakkan waktu mereka bersama hanya kerana perkara sebegitu.
Ariana tersenyum penuh makna. Manakala, Adi Ashraf mula memikirkan kata-kata isterinya tentang Izz Faris. Kebetulan Alif Zafran turut mengatakan ada sesuatu yang tak kena dengan rakannya itu. Tapi dia malas mahu ambil pusing.
Mungkin hanya perasaannya saja.
••???••?????••???•
Alif Zafran membetulkan kaca matanya. Dia masih sedang menjalankan siasatan terhadap kes kemalangan yang menimpa arwah Naufal lima tahun yang lepas. Setakat ini tiada apa-apa yang ditemuinya lagi. Selain dia baru mengetahui bahawa kemalangan tersebut melibatkan dua orang mangsa yang maut di tempat kejadian.
Yang pertama merupakan arwah Naufal sendiri yang mati dalam kemalangan seperti yang diketahuinya sebelum ini. Manakala seorang lagi mangsa yang maut itu adalah seorang perempuan. Pada mulanya dia menyangka kemalangan itu hanya melibatkan dua orang sahaja iaitu Ariana dan Naufal, rupanya sangkaannya salah sama sekali.
Sebaris nama mangsa perempuan itu disebut oleh Alif Zafran. Dia mahu meneruskan siasatan terhadap gadis itu pula. Firasatnya mengatakan gadis itu ada kaitan dengan kemalangan ini. Dia mula mencatat nama gadis itu pada buku notanya.
Mawar Adriana.
Sementara itu, tanpa Ariana dan Adi sedari, seseorang memerhatikan mereka berdua di majlis tersebut dengan perasaan dendam. Lelaki itu melepaskan tawa sinis apabila melihat hubungan rapat antara Ariana dan Adi.
Walaupun rancangannya sebelum ini tidak berjaya, dia tidak berputus asa. Kerana dia tahu rancangannya yang seterusnya akan berjaya dan membuahkan hasil yang lumayan. Tawa sinisnya dilepaskan kerana baginya terasa kelakar melihat pasangan tersebut masih bahagia tanpa mengetahui apa yang bakal dihadapi oleh mereka nanti.
Tak lama lagi dia akan membongkarkan kebenaran kepada Adi Ashraf. Waktu bahagia mereka hanya sementara. Serta takkan lama. Senyuman sinis terukir di wajahnya. Dia segera membawa diri pergi dari situ. Tak mahu melihat pasangan itu beramah mesra di hadapannya lagi. Muak.
"Adi, kau tunggu bila kau tahu apa yang isteri kau dah buat, masa tu aku nak tengok kau mampu lagi tak sayangkan isteri kau. Aku akan pastikan cinta kau akan bertukar menjadi benci sekelip mata. Kau hanya tunggu Adi Ashraf. "
Updated!
Sorry for the lateee update
Author nak buat triple update at first tapi tak sempat
But hopefully you alls enjoy this chapter so far!
So, Alif dah tahu tentang Mawar terlibat dalam kemalangan Naufal
Apa akan terjadi seterusnya?
Stay tune!
Don't forget to vote
And leave a comment
-ftnfzyyy
Share this novel