Bab 9

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 9

Wajah mama berubah dari serius ke senyum apabila Papa sampai ke muka pintu. Pintu rumah papa tolak perlahan dengan beg bimbitnya di tangan kiri.

"Mana budak-budak tu?" tanya papa. Pelik selalunya kami dua beradik ada bermain di bawah atau menonton TV sambil berebut sesuatu. Tapi hari ini tidak pula begitu.

"Hmm.. Mereka ada di atas. Saya suruh mereka mandi dan tukar baju." Balas mama tapi wajahnya sudah berubah sikit apabila Papa bertanya begitu.

"Oh. Baik pula mereka hari ini. Tak ada la bising rumah. Kalau tidak saya balik ada je yang mereka gaduhkan. kalau tak si kakak menyakat si adik." kat papa lagi sambil tali lehernya dilongarkan dan sekali tarik mudah sahaja tali leher itu di tanggalkan dari leher papa. Lalu menyerahkannnya kepad mama.

Mama tersengh saja mendengar kata-kata papa.

Papa menginjak sedikit ke sofa dan melabuhkan punggungnya.

"Apa yang awak masak hari ini? sedap je baunya."

"Tak ada apa sangat. saya masak Butter cake je. Abang nak makan ke? Saya hidang sekarang."

"Eh, sedap tu. Boleh juga awak hidang sekarang. saya pun tersa lapar cium baunya yang sedap. Jangan lupa panggil budak-budak tu turun sekali." pesan papa.

Mama mengangguk dan berlalu ke dapur.

Sekembali dari dapur, di tangan mama sudah ada sepinggan hirisan kek dan teko.

Sambil melalui tangga ke ruang tamu, mama sempat memanggil nama ku dan adik.

"Papa dah balikk ni. Mari turun makan sama papa. Kakak... Adik..." panggil mama.

Lama juga mama tunggu kami menyahut. Tapi masih tiada.

"Dah selesai mandi ke belum? Apa yang lama sangat? Mari turun makan."

Aku masih di dalam bilik air dan tidak perasan mama menggail kami turun. Adik pula mungkin sedang memakai bajunya kerana dia mandi terlebih dahulu tadi.

----------------------------------------

Mama cuba menjenguk jikalau ada kelibat kami yang turun. Mama ke dapur dulu mengambil cawan untuk dituang air teh panas yang sudah disiapkan dalam teko tadi.

"Kenapa pula tak turun-turun anak-anak kita ni. Tertidur ke agaknya?" tanya papa.

"Entahlah. Dah dipanggil banyak kali tak juga menyahut. Apatah lagi turun ke bawah."

Ligat saja tangan mama menuang teh ke cawan untuk ayah.

"Tak pe lah, saya ke atas sebentar melihat mereka."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience