Chapter 04

Fantasy Completed 2854

"Korang bangun!" jerit Nike. Aku bangun secara mengejut menyebabkan kepala aku berasa pening dan badanku terhuyung-hayang. "Kau ni kejut orang mesti macam tu." Marah Kai. Nike mengejek. Aku hanya mengerutkan dahi aku. Kenapa malam tadi lena sangat aku tidur? suhu badan Kai membuat aku rasa lena. Ditambah pula badanku terlalu letih.

"Nah, sarapan. Ni je aku mampu buat." kata Mezz. Walaupun dia macam tu dia tetap bagi aku makanan. "Roti telur bujang bersama air sejuk" kata Nike. Aku hanya tersenyum. "Terima kasih Mezz." ucapku. Mezz hanya berdehem memberi respons.

"Aku rasa hari ni nak keluar cari tempat yang lebih baik." kata Mezz. "Cuba kau fikir kita dah duduk sini hampir dua bulan. Tak ada apa-apa bantuan pun yang tiba. Aku dah tension." sambung Mezz. "Ada lagi ke tempat yang lebih baik dari bangunan ni?" tanya Kai pula. "Mungkin. Belum cuba belum tahu." balas Mezz. "Kau tahukan kita menumpang dalam bangunan ni, kalau nak keluar mesti kena inform ketua kat sini." kata Nike pula. "Dan semestinya dia takkan bagi." Mezz membantah. "Hmmm... Apa-apa pun kita mesti plan strategi yang baik." beritahu aku.

"Kau pandai menembak?" tanya Mezz padaku. "Memanah pun pandai." kata aku sambil tersengih. "Tak salah aku ambil kau." Mezz tergelak. Aku hanya menjeling. Kai memandang aku dengan senyuman comelnya.

Malam itu, kami merancang plan yang terbaik untuk keluar dari sini dan pergi ke tempat yang berdekatan dengan tempat bantuan dihantar. Peta dan beberapa jenis senjata sudah aku dan mereka ambil di bilik stor secara haram. Memang licik kepala otak Mezz. Mezz adalah ketua gengster kawasan taman perumahannya.

"Agak-agak boleh lepas tak tali ni sampai ke bawah?" tanya Nike. "Maybe." kata aku. Nike menarik-narik tali yang sudah campak ke bawah melalui tingkap bilik kami. "Harap-harap teguh tali ni." kata Kai. Aku mengangguk kecil.

Tiba-tiba Mezz menyuruh kami pura-pura buat sesuatu kerana beberapa kawan-kawan yang lain ingin masuk kebilik mereka. Tidakku sangka, Kai menarik pinggangku lalu aku pula memegang dadanya. Laju betul degupan jantungnya. Badannya pula panas dan membuat aku selesa.

"Fewiit..... si gemuk dah dapat awek baru." sindir salah seorang daripada mereka. "Kenapa bro jeles ke?" balas Kai. Mereka hanya tergelak.

"Hari ni memang sejuk sehingga bergeletar tulang sendi aku..." mereka berborak-borak.

Sesudah mereka melepak di dalam bilik kami. Kami menyambung semula plan kami. Hampir berjaya. Tinggal untuk lepaskan diri je. "Kai turun dulu, kemudian Nike seterusnya Eve dan baru aku..." kata Mezz. Kami bertiga mengiyakan kata-kata Mezz.

Tepat jam 1:30 pagi, keadaan sudah sunyi sepi. Kai mula turun menggunakan tali yang sudah disiap pasang walaupun dia gayat terpaksa juga untuk turun. Kali ni giliran aku selepas Nike turun dengan selamat bersama Kai dibawah. Aku memejam mataku hampir sahaja badanku kebawah Kai menyambut tubuh badanku dengan baik. Kami menunggu giliran Mezz yang sedang mencampak beg-beg galas kami kebawah. Kemudian baru dia turun. Aku ternampak dari jauh ada samaran lampu suluh, aku menyuruh Mezz turun dengan cepat.

Sebaik sahaja Mezz turun kami terus berlari menembusi pagar yang sudah terkoyak. Jalan tersebut menuju ke jalan raya berhutan. Lampu malap. Sunyi dan sepi. Bau darah menusuk hidungku dan membuatkan aku mual.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience