Bab 59

Drama Completed 35637

Meminta maaf pada Hadi setelah melontarkan segala macam kata-kata yang menyakitkan hati adalah satu perkara yang bukan mudah untuk Tiara.

Dia perlu mengumpul banyak keberanian untuk berjumpa dan bercakap dengan Hadi setelah dua bulan mereka berkelakuan seperti orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain.

Hari ini, Tiara bertekad untuk berjumpa dan meminta maaf pada Hadi. Dia merancang untuk berjumpa dengan Hadi setelah kelas mereka tamat.

Sebaik sahaja kelas tamat, Tiara menyimpan semua buku-buku nya ke dalan beg dan keluar dari dewan kuliah. Hadi sudah keluar awal-awal lagi.

Tiara mencari Hadi di luar dewan tetapi tiada. Hampir merata tempat dia cari, tetapi masih tiada Tiara nampak kelibat Hadi.

"Mana pulak dia ni? Tiba-tiba dah hilang" kata Tiara perlahan.

Walaupun hampir satu universiti itu dia berpusing tetapi Tiara tidak berputus asa. Dia masih ingin mencari Hadi.

Tiara tahu, dia boleh sahaja mesej atau menelefon Hadi dan katakan ingin bertemu dengannya tetapi Tiara malu dan takut. Jadi dia mengambil keputusan untuk terus berhadapan dengan Hadi.

Setelah hampir satu jam mencari, akhirnya orang yang dicari-cari oleh Tiara memunculkan diri.

Rupanya Hadi sedang duduk seorang diri di salah satu meja bulat yang berada di universiti itu. Kawasan meja itu jarang digunakan oleh pelajar universiti dan disebabkan itulah Tiara hampir tidak menjumpai Hadi.

Dari jauh Tiara melihat Hadi sedang menyiapkan tugasan sambil bertemankan buku-buku yang berselerakan di hadapannya.

Bermacam-macam buku yang ada. Yang tebal, yang sederhana tebal dan yang seperti kamus dewan juga ada. Begitulah kehidupan pelajar yang mengambil jurusan undang-undang.

Baru sahaja setapak kaki Tiara melangkah untuk menuju ke arah Hadi, kakinya terus berhenti berjalan apabila Akmal dan Hafiz tiba-tiba datang dan duduk bersama Hadi di meja itu.

Dengan pantas, Tiara melarikan diri ke arah bangunan kerana takut Akmal dan Hafiz perasan dengan kehadiran nya di situ.

Tiara menghela nafas panjang. Nasib tidak menyebelahinya. Belum apa-apa lagi dia tidak dapat lakukan apa yang ingin dia lakukan.

"Aduhai! Buat penat je aku berpusing satu universiti ni cari dia. Alih-alih tiba-tiba pulak Akmal dengan Hafiz ada. Kacau lah diaorang ni" rungut Tiara.

Dengan hati yang kecewa dan kaki yang letih berjalan, Tiara berjalan ke tempat parkir kereta. Seminit kemudian kereta Tiara menyusur pergi meninggalkan bangunan universiti.

Sementara itu,

"Di. Tadi kitaorang nampak Tiara dekat sini" kata Akmal.
Hadi yang sedang membaca buku terus berpaling ke arah Akmal sebaik sahaja mendengar nama Tiara disebut.

"Apa?" tanya Hadi, tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Tanpa Tiara sedari, sebenarnya Hafiz dan Akmal sudah nampak yang Tiara berada tidak jauh dari tempat Hadi duduk. Semasa mereka sedang dalam perjalanan ingin menuju ke arah Hadi, mereka perasan kelibat Tiara di situ.

Tetapi mereka buat tidak tahu sahaja dan bertindak seperti mereka tidak menyedari kehadiran Tiara.

"Waktu kitaorang 'on the way' datang sini tadi, ternampak dia dekat hujung tu" kata Hafiz sambil menunjuk ke arah tempat Tiara berdiri sebentar tadi.

"Dia tengah berdiri sambil tengok kau. Dia tak nampak macam secara kebetulan je ada dekat sini. Entah-entah dia memang nak cari kau, Di" Hafiz menyambung kata-katanya.

"Tapi waktu tu kau kena khusyuk dan fokus dengan buku-buku ni. Sebab tu kau tak sedar tu. Agak-agak kan, apa sebab Tiara ada dekat sini ek? Tempat ni bukannya selalu 'student' datang. Lagi satu, tempat ni pulak jauh daripada orang. Memang sah! Dia memang nak jumpa dengan kau. Tapi sebab kitaorang tiba-tiba datang, itu yang dia lari tu" balas Akmal pula secara panjang lebar.

Hafiz memandang Akmal dengan pandangan yang menyampah. Lelaki ni kalau cakap tak berjela-jela memang tak sah.

Hadi terdiam. Tiara? Datang untuk berjumpa dengannya? Kerana apa? Bukankah dia orang yang Tiara benci? Apa gunanya lagi Tiara bertemu dengan orang yang menipunya?

Soalan-soalan itu bermain-main di fikirannya. Jika difikirkan kembali, mustahil Tiara ingin berjumpa dengan dia.

Dia ialah orang telah lakukan satu kesilapan yang besar yang membuatkan dia kehilangan orang yang ingin dia jaga sampai bila-bila. Tetapi, Tiara tidak akan faham walau bagaimana cara sekalipun Hadi terangkan.

Hadi bukan mengalah tetapi dia memberikan masa untuk Tiara. Biarlah berapa lama masa yang diambil oleh Tiara sekalipun namun dia tetap akan menunggu Tiara.

Secara tiba-tiba satu perkara terlintas di fikirannya.

"Ke dia datang nak mintak maaf?" bisik hati kecil Hadi.

Hadi menggelengkan kepalanya. Agak mustahil. Tiara sudah menunjukkan yang dia sudah benci padanya dan tak kan semudah itu Tiara ingin meminta maaf dan berbaik semula.

Disebabkan terlalu melayan perasaan, Hadi tidak sedar yang dia sedang bersama dengan Hafiz dan Akmal.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri apabila melihat Hadi secara tiba-tiba menggelengkan kepalanya sedangkan mereka tidak berkata apa-apa.

Tambahan pula mereka melihat kening Hadi berkerut kerut seperti memikirkan sesuatu perkara.

"Kau okey tak Di? Macam jiwa kacau je. Kau tahu ke kenapa Tiara datang sini tadi?" kata Hafiz setelah sedari tadi mendiamkan diri.

"Tak, aku tak tahu apa sebab Tiara datang tadi. Mungkin dia tak sengaja ada dekat sini. Buat apa dia nak jumpa dengan aku" Hadi menyelak muka surat buku di hadapan dan mengalihkan pandangan nya daripada Akmal dan Hafiz.

Kening Hafiz dan Akmal berkerut. Mereka tahu ada sesuatu yang terjadi antara Hadi dan Tiara tetapi Hadi cuba untuk sembunyikan nya.
//
Botol minyak wangi yang bernilai hampir beratus ringgit di letakkan di atas meja solek setelah disembur tiga kali pada baju.

Hadi mencapai kunci kereta nya lalu keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Sampai di bawah, dia mencari kelibat ibu atau ayahnya apabila dia mendengar suara memanggil namanya.

"Ikhwan dah siap?" soal Encik Irwan. Kelihatan Encik Irwan segak berbaju kemeja putih bersama dengan blazer hitam.

Malam itu mereka sekeluarga akan makan malam di sebuah hotel mewah dan terkemuka bersama dengan rakan-rakan perniagaan Encik Irwan.

Keluarga Encik Mikail juga akan turut serta menyertai makan malam itu. Jadi bermaksud Nia Natasha juga akan ada bersama mereka.

"Dah siap dah. Er, papa. Ikhwan nak pergi guna kereta sendiri boleh? Papa pergi lah dengan umi, Hawa. Nanti kita jumpa dekat hotel tu. Ikhwan tahu jalan nak ke sana"
Entah kenapa hatinya tergerak untuk bawa kereta sendiri sedangkan boleh sahaja dia pergi bersama dengan ayahnya.

Encik Irwan diam seketika sebelum menjawab.

"Boleh. Nanti kita jumpa dekat sana"

"Okey pa. Ikhwan pergi dulu. Assalamualaikum" balas Hadi kemudian dia melangkah keluar dari rumah.
//
Nia memandang lama Hadi yang duduk berhadapan dengan nya. Disebabkan Hadi sedang ralit melihat telefon pintar, dia tidak sedar yang dia sedang diperhatikan.

Selepas selesai makan malam, Nia dan Hadi meminta diri untuk duduk di kafe hotel. Mereka tidak betah untuk mendengar perbualan ayah-ayah mereka bersama rakan mereka mengenai dunia perniagaan, isu semasa negara dan politik.

Pandangan Nia dialihkan ke arah lain apabila Hadi meletakkan telefon pintar nya di atas meja.

"Lama nya diaorang ni bersembang. Dah nak sejam dah ni" kata Hadi merujuk kepada ayah mereka.

Nia tersenyum kecil mendengar kata-kata Hadi. Ah! Sudah lama dia tidak begini dengan Hadi. Hanya mereka berdua sahaja.

"Biasalah tu. Dah lama tak jumpa, sekali jumpa tu macam tak ingat dunia" balas Nia.

Ikutkan hatinya, dia lebih suka ayah mereka berbual lebih lama kerana lebih lama mereka berbual lebih lama mereka berdua. Bukan selalu dia dapat peluang seperti ini.

"How have you been, Hadi? Dah lama kita tak berbual berdua" tanya Nia.

"Just fine. Tak ada apa yang menarik. Biasa je semua" Tiba-tiba dia teringat apa yang terjadi dua bulan lalu antara dia dan Tiara.

"Oh, I see"

"Er, Nia. Saya nak pergi tandas sekejap" kata Hadi kemudian bangun dari kerusi lalu melangkah menuju ke tandas berdekatan.

Nia hanya melihat Hadi pergi kemudian matanya terarah kepada telefon pintar Hadi yang ditinggalkan di atas meja.

Pantas sahaja tangannya mencapai telefon pintar itu.
Butang ditekan untuk membuka telefon itu dan sesaat kemudian kedengaran bunyi keluhan daripada Nia.

"Like usually, ada password" kata Nia, bosan.

Yang terpapar di skrin telefon hanyalah 'wallpaper lock screen' yang bergambar pemandangan pantai.

Tanpa Nia sedar, ada seorang manusia yang berada dalam gambar itu. Disebabkan gambar ditangkap jauh daripada manusia itu, manusia itu kelihatan kecil sahaja.

Sebenarnya, itu adalah gambar yang Hadi ambil semasa dia dan Tiara pergi ke Pantai Klebang tempoh hari.

Dan manusia yang berada dalam gambar itu ialah... Tiara
Adriana.

Walaupun Tiara kelihatan kecil dalam gambar itu, tetapi bagi Hadi gambar itu sangat berharga. Sama seperti memori pada hari itu.

Nia yang tidak mengetahui maksud disebalik gambar 'wallpaper' itu meletakkan semua telefon itu di tempat asal nya.

"Gambar pantai buat 'wallpaper'? Apalah Hadi ni. Bosan" kata Nia sambil membuka telefon pintar nya.

Aplikasi Instagram dibuka. Dia melihat di ruangan 'story' miliknya, masih kosong.

"Aku tak buat 'story' lagi hari ni" kata Nia. Kemudian dia menangkap gambar kerusi Hadi yang berada di hadapannya itu. Kemudian dia meletakkan 'sticker' lokasi itu. Belum sempat dia menekan butang untuk menghantar 'story' itu, dia teringat sesuatu.

"Haah lah! Macam mana aku boleh lupa benda yang penting? Nasib baik ingat. Kalau tak sia-sia je semua"

Dia menekan butang 'back' dan membuat 'story' nya tidak boleh dilihat oleh Hadi.

Kemudian dia mencari semula gambar Hadi yang dia ambil senyap-senyap sebelum ini. Gambar pertama yang dipilihnya adalah gambar yang hanya kelihatan rambut Hadi sahaja.

Dia meletakkan gambar itu 'story' bersama dengan ayat, 'dating with someone special' dan di akhir ayat Nia meletakkan emoji 'love'. Selepas itu, dia menghantar 'story' itu supaya dapat dilihat oleh pengikutnya.

Kemudian dia membuat lagi satu 'story'. Dia mengambil semula gambar kerusi Hadi dan telefon pintar Hadi termasuk sekali bersama dalam gambar itu. Lokasi diletakkan dan kemudian dihantar.

Nia tersenyum sinis.

Akhir sekali, Nia mencari gambar Hadi yang sedang bermain telefon pintar. Kelihatan jelas wajah Hadi dalam gambar itu jadi sesiapa yang melihat gambar itu tanpa ragu-ragu akan mengatakan lelaki itu ialah Hadi.

Jarinya menekan butang hantar dan kemudian dia menghela nafas.

"Now, what I need to do is waiting" bisik Nia perlahan.
//
Tiara Adriana yang baru sahaja pulang daripada membeli barang keperluan di pasar raya mematikan enjin kereta.

Kemudian dia keluar daripada kereta untuk menutup pagar rumah. Saat tangannya menyentuh pagar, telefon pintar nya berdering.

Tiara mengeluarkan telefon pintar nya dari dalam poket seluar dan melihat nama Hadirah terpapar di skrin telefon.

Butang 'angkat' ditekan.

"Hello, kenapa Hadirah? Call malam-malam ni" kata Tiara.

"Tiara! Walau apapun jadi, aku harap kau sabar dulu" balas Hadirah daripada hujung talian.

Kening Tiara berkerut.

"Apa yang aku kena sabar? Result exam ke?"

"Bukan. Cuba kau tengok 'story' Instagram Nia. Nia Natasha" jawab Hadirah.

"Nia? Buat apa tengok 'story' dia. Ada apa? Kau call aku ni semata nak aku tengok 'story' Nia?"
"Tengok je lah! Tengok tau! Dan lepas tengok tu aku harap kau bertenang" kata Hadirah dan sesaat kemudian dia mematikan panggilan itu.

"Aduhai Hadirah ni. Pelik je"

Tiara mengalah. Dia membuka aplikasi Instagram dan mencari akaun Instagram milik Nia. Disebabkan akaun Instagram Nia ditetapkan 'public' , jadi Tiara tidak perlu mengikuti Nia terlebih dahulu.

'Profile' Instagram Nia ditekan. Darah Tiara berderau saat gambar di 'story' Nia yang pertama dilihat olehnya.

Walaupun di gambar itu hanya kelihatan rambut seorang lelaki, tetapi dia yakin dia biasa melihat rambut itu.

Tambah pula dengan ayat yang diselitkan bersama gambar itu membuat Tiara semakin berfikir yang bukan-bukan.

Tanpa berlengah, Tiara melihat 'story' yang kedua. Gambar kerusi kosong dan lokasi tempat itu. Hotel mewah yang bukan sebarangan orang boleh memasuki nya.

Jantung Tiara bertambah berdebar saat matanya menangkap sesuatu benda dalam gambar itu.

"Itu macam... 'Casing' telefon Hadi..." bisik Tiara perlahan.

Lama dia perhatikan sarung telefon pintar itu dan dia juga yakin dia biasa melihatnya seperti rambut lelaki yang ada di 'story' pertama.

Dalam keadaan yang tidak sedia, Tiara tertekan skrin telefon dan menyebabkan 'story' yang seterusnya dipaparkan.

Alangkah terkejutnya dia apabila diri Hadi yang berada dalam gambar itu. Hampir sahaja telefon Tiara terlepas daripada tangan.

Dia melihat Hadi sedang bermain dengan telefon pintar nya sambil duduk di hadapan Nia. Ayat yang Nia tulis di 'story' pertama di ulang dalam fikiran.

'Dating with someone special'

"Hadi ..."

Akibat leka dengan perasaan sendiri, Tiara tidak perasan yang dia masih lagi tidak menutup pagar rumah dan dia juga tidak sedar dengan keadaan sekeliling.

Semuanya bagai berlaku dalam sekelip mata. Tiba-tiba, ada seseorang daripada belakang menutup mulut Tiara dengan kain yang diletakkan sesuatu yang membuatkan Tiara pengsan dengan segera tanpa dia sempat untuk meronta melepaskan diri.

Dunia Tiara menjadi gelap.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience