Tiga Puluh

Other Completed 44787

Luthfi mengangkat tubuh isterinya kedalam Villa miliknya. Selepas dia meletakkan Rissa didalam Katil baby.

Perlahan Luthfi meletakkan Cinta diatas katilnya. Dia memasang penghawa dingin dan menyelimutkan tubuh isterinya.

Dia berlalu kekamar mandi untuk membersihkan tubuhnya. Selesai mandi dan berpakaian, Luthfi menuruni anak tangga bagi mengambil Bag pakaian Cinta dibonet keretanya.

Berlalu masuk semula kedalam Villa tanpa perasan seseorang memerhatikannya dari luar Villa.

HyQarl yang mengekori kereta milik Luthfi dari Villa Thariq tadi menahan perasaan cemburu yang membuak dalam hati. Jepas terlihat didepan matanya, Luthfi mengangkat tubuh Cinta masuk kedalam Villa.

"Aku tak puas hati. Kalau aku tak dapat dia aku akan pastikan rumah tangga kau akan hancur. Macam mana rumah tangga aku dan dia" HyQarl bersumpah.

Dia meninggalkan perkarangan rumah Luthfi dengan dendam yang tak dapat dibendungnya.

"Kenapa kau harus memilih dia. Kenapa bukan aku." Kata HyQarl lalu menghempas kuat Strering keretanya.

HyQarl memberhentikan keretanya ditepi jalan. Dia menyandarkan kepalanya kebelakang tempatnya duduk.

"Kenapa aku harus melepaskan kau dulu. Jika aku tak rela melihat kau bersama lelaki lain." Katanya perlahan.

"Aku akan pastikan dia takkan lama bersamamu." Kata HyQarl.

Dia memandu semula keretanya dan pulang ke kondonya.

Malam tiba, Tidurnya terganggu selepas mendengar tangisan bayi tak jauh darinya.

Cinta membuka matanya dan terlihat Rissa didalam katil baby sedang menangis. Dia bangun dan mencari kelibat suaminya.

"Mana Luth ni?" Tanyanya dan menghampiri Rissa.

"Kenapa ni? Sayang Mama lapar ke?" Tanya Cinta.

Dia mengendong Rissa yang masih menangis tadi dan membawa kedalam pelukannya.

"Jangan nangis Mommy takde, Rissa tinggal dengan Mama dulu. Kesian Kakak Sarah kan kalau Mommy balik." Cinta berbicara sambil menggerakkan badannya kekiri dan kekanan.

Dia yang masih lengkap dengan pakaian kebaya dibadannya merasa rimas dan melekit.

"Rissa nak mandi tak dengan Mama?" Tanya Cinta pula.

"Taknak ajak abang sekali mandi sama?" Luthfi muncul dibelakangnya dan merangkul pinggang Cinta.

"Eee Papa Luth tak malukan. Mama ajak Rissa tak ajak Papa." Perli Cinta.

"Hermm yelah. Eah ada Rissa dan Sarah, Papa Luth dah tak kena sayang." Kata Luthfi pura pura merajuk dan melepaskan pelukannya dipinggang isterinya.

"Buruk tau orang tua merajuk ni?" Perli Cinta hingga membuatkan Luthfi menoleh kearahnya.

"Sayang cakap apa? Orang tua?" Tanya Luthfi lalu mendekati Cinta yang masih memeluk Rissa.

"Betullah. Buruk tau." Cinta menapak kebelakang menjauhi suaminya.

Luthfi dapat menangkap tubuh isterinya dan mengangkat tubuh isterinya bersama Rissa dipelukan Cinta masuk kekamar mandi.

"Abang." Cinta meronta minta dilepaskan. Namun percuma baginya meronta. makin dia meronta makin erat dia didalam gendongan suaminya.

"Abang nak denda Isteri nakal abang ni." Kata Luthfi.

Cinta mula dilepaskan dan membiarkan isterinya membuka pakaian Rissa untuk mandi.

"Janganlah Abang. Ok Cinta minta maaf. Salah Cinta cakap Abang tua." Cinta memohon agar suaminya menyudahkan kucupan dilehernya kerana terlalu geli.

"Sayang hutang dengan Abang." Luthfi meninggalkan Isterinya yang telah mula membersihkan tubuh sikecil.

"Ganas. Papa Luth ganas kan Sayang Mama." Kata Cinta pada Rissa.

"Abang dengar tau." Luthfi menyampuk diluar kamar mandi.

"Matilah Mama kena hukum lepas ni." Kata Cinta.

Selesai memakaikan pakaian pada Rissa, Cinta membantu Luthfi menyusukan Rissa hingga Rissa terlelap.

"Sayang pergi mandi. Pakaian sayang Abang dah letak kat dalam almari." Kata Luthfi.

"Terima kasih Abang." Cinta bangun memeluk suaminya dari belakang dan mengucup pipi suaminya.

"Nak goda Abang ke apa ni?" Soal Luthfi yang mula menaikkan sebelah keningnya.

"Mana ada." Cinta berlalu ke kamar mandi membersihkan dirinya.

Luthfi yang leka dengan Ipadnya mendengar suara Cinta memanggilnya dari arah kamar mandi.

"Abang." Panggil Cinta.

Luthfi bangun dari duduknya dibirai katil menuju kepintu kamar mandi.

"Kenapa sayang?" Tanya Luthfi risau.

"Ambikkan Sabun mandi Cinta." Kata Cinta lagi.

"Dekat mana?" Tanya Luthfi.

"Dekat dalam Beg pakaian tu." Kata Cinta.

Luthfi berjalan menuju kearah beg Isterinya yang diletakkannya ditepi almari. Dia mencari dan terjumpa botol pink tanpa jenama didalam beg isterinya.

"yang ni ke?" Tanyanya.

Cinta membuka pintu kamar mandi sedikit.

"Ye. Terima kasih Abang." Cinta mahu mengambil sabun itu namun Luthfi membawa jauh dari pintu Kamar mandi.

"Kalau abang bagi, Abang dapat apa?" Tanya Luthfi.

"Abang cepatlah. Cinta sejuk ni." Kata Cinta.

"Meh abang panaskan Sayang." Luthfi dapat masuk dengan sekali tolak saja.

"Abang!!!" Teriak Cinta.

Nasib Luthfi sempat menutup pintu kamar mandi rapat. Dia takut Tidur Rissa terganggu.

"Abang keluarlah. Malu Cinta." Kata Cinta yang sedang berkemban.

"Sayang kan isferi sah abang. Semua ni dah jadi milik Abang." Kata Luthfi mendekati Cinta.

Cinta tersepit diantara dinding oamar mandi dengan tubuh suaminya.

Dia geram lalu membuka paip air dibelakangnya dan membasahi Luthfi dan tubuhnya.

"Main kasar ye." Kata Luthfi.

"Abang. Keluarlah. Cinta nak mandi ni." Kata Cinta.

Berlalu indah diantara cinta dan Luthfi dikamar mandi.

Luthfi membaluti tubuh isterinya dengan towel yang ada dikamar mandi dan menggendong isterinya keluar.

Selesai berpakaian, mereka turun makan dibawah. Luthfi memasak makanan makan malam untuknya dan Cinta.

"Macam mana sedap tak?" tanya Luthfi selepas menyuapkan isterinya.

"Ermm sedap. Pandai Abang masak." Puji Cinta.

"Menyesal tak kawen dengan Abang." Soal Luthfi lagi.

"Tak." Kata Cinta sepatah.

"Tapi Abang kan dah tua." Kata Luthfi merajuk.

"Abang tua Hot." Kata Cinta.

"Hot." Kata Luthfi.

"Yelah. Abang ni walaupun tua 10 tahun dari cinta, Tapi abang nampak Muda Hot lagi. Tambah ada ciri-ciri gatal sikit." Kata Cinta ketawa kecil.

"Oo abang gatal ye." Kata Luthfi.

"Gatal yang kuat menggoda ni buat Cinta jatuh hati pada dia. Cair tau Cinta." Kata Cinta ketawa.

"Siap ye Abang akan hukum Sayang kejap lagi." Kata Luthfi.

Cinta menelan liurnya, Duda hot nak mulakan aksi menggodanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience