“Aina, rindunya aku kat kau!!” Raina berpelukan dengan Aina. Ashraff dan Aqil tersenyum melihat lalu bersalaman antara satu sama lain.
“Aku pun rindu kau, Raina!” balas Aina selepas meleraikan pelukan.
“Kau nampak lain lah, Ina. Nampak berseri. Semakin berisi pun ya jugak. Ada apa-apa ke ni?” Raina menjegilkan matanya.
“Eh, apa pulak aku. Aku pengantin baru lagi kut. Kau tu, dah kahwin setahun tak kan belum ada isi lagi kut?” usikan Raina dibalas dengan ketawa Aina dan Aqil. Aina menegakkan tiga jarinya menyebabkan Raina menekup mulut, jelas kelihatan dia terkejut.
“Kau mengandung tiga bulan?!” tanya Raina sedikit menjerit. Aina mengangguk dengan bangga. Aqil merangkul pinggang isterinya sambil tersenyum.
“Maknanya kau mengandung sebelum aku nikah lagi lah?”
“Haah tapi aku tak tahu pun. Selepas kenduri kat rumah kau, Aqil nampak aku semakin tembam dan selera aku pun semakin banyak. Pinggang pun tak seraping dulu. Jadi my hubby ni pun suruh aku buat pregnant test. Dan inilah keputusannya..’ ujar Aina gembira sambil menunjukkan ke arah perutnya yang sudah sedikit memboyot.
“Wah! Tahniah, Aina!” ucap Raina. Mahu saja dia menarik sahabatnya ke dalam pelukan andai Aqil tidak memeluk Aina.
“Tahniah, bro. Aku ingat sempat lagi aku nak rushing lintas korang. Tapi tak sempatlah nampaknya. Korang buat projek awal sangat.” Kata-kata Ashraff menyebabkan dua jejaka itu ketawa kuat sampai pelanggan yang ada kat Secret Recipe itu tertoleh-toleh. Raina dan Aina mencubit pinggang suami masing-masing.
“Macam ni lah orang lelaki. Kalau cakap je pasal benda ni memang bukan main lagi seronoknya.” Raina mengiyakan kata-kata Aina.
“Haah, betul tu. Ketawa sampai tak ingat dunia dibuatnya.” Ashraff dan Aqil hanya tersengih mendengar bebelan Raina dengan Aina.
“Sayang nak makan apa?” tanya Ashraff dan Aqil serentak. Raina berpandangan dengan Aina.
“Cheese cake!!” balas Aina dan Raina juga serentak menyebabkan meletus ketawa dari mulut mereka.
1 tahun kemudian…
“Sayang…Hati-hati tau!” pesan Ashraff sambi membantu Raina keluar dari perut kereta.
“Apalah, abang ni..Ina tak apa-apalah.”
“Sayang tu mengandung. Kena lah berhati-hati.”
“ Lima bulan baru kut.” Ashraff mencekak pinggang.
“Sayang ni, sejak mengandung ni mulut tu suka menjawab ya.” Raina memuncungkan bibirnya apabila ditegur.
“Angkara siapa? Abang jugak kan..” kata-kata Raina membuatkan Ashraff ketawa kuat. Raina mencubit lengan Ashraff.
“Orang tengok lah, bang.”
“Biarlah orang tengok, sayang.. Biar diorang tahu yang abang ada isteri secantik sayang!” ujar Ashraff sambil memeluk Raina, erat sekali.
“Abang ni, puji Ina kenapa? Mesti ada apa-apa ni kan?” tanya Raina sambil mimik mukanya sengaja dimasamkan.
“Sebab sayang abang ni sememangnya makhluk Tuhan yang paling seksi bagi abang.” Bisik Ashraff romantis.
“Dah lah, bang. Nak romantik-romantik pulak dia kat tempat awam macam ni. Ina dah meremang bulu roma dah ni. Tengok!” gurau Raina sambil menunjukkan sedikit lengannya. Ashraff sudah memasamkan mukanya apabila mendengar jawapan isteri kesayangannya.
“Abang romantik dengan sayang je..ke sayang nak suruh abang romantik dengan orang lain?” balas Ashraff menyebabkan satu cubitan singgah di lengannya.
“Abang jangan nak menggatal cari yang lain ya!” Ashraff tersengih dan menghadiahkan kucupan lembut di pipi isterinya.
“Abang gurau je, sayang. Sayang saja yang abang cinta, always and forever. Remember that.” Ujar Ashraff sebelum mencuit hujung hidung Raina.
“I know..” balas Raina manja.
“Assalamualaikum, Ina…Ashraff.” Mereka berdua pantas berpaling apabila ditegur. Mereka terkedu apabila melihat Farhan berada dibelakang mereka.
“Far…Farhan!” suara Raina terketar-ketar menyebut nama itu. Ashraff menarik Raina supaya berdiri dibelakangnya. Wajahnya sudah berubah tegang.
“Kau buat apa kat sini?” tanya Ashraff mendatar. Raina hanya diam tidak berkutik.
“Aku datang sini bukan nak bergaduh, Ashraff.” Jawab Farhan tenang.
“Huh! Aku ingat kau dah mati lemas.”
“Abang…” Raina menarik sedikit baju Ashraff, baginya suaminya tidak patut berkata begitu. Farhan tersenyum kelat.
“Maafkan aku pasal kejadian kat kolam dulu. Aku tak sepatutnya peluk Ina dan aku sedar, aku gila masa tu. Menyuruh Raina bercerai dengan kau semata-mata aku ingin memilikinya, memang satu kerja gila.” Farhan berhenti sejenak.
“Kau perlu tahu ini Ashraff, tiada apa yang berlaku di antara aku dengan Raina semasa kita orang ditangkap basah. Bekas kekasih aku berdendam, dia yang kebetulan nampak aku bawa Raina kerumah aku terus menghubungi pihak JAWI.”
“Aku nak ucapkan terima kasih kepada kau sebab menggantikan aku semasa malam akad nikah tu. Dan terima kasih kerana menjaga Raina.” Farhan menjeling sekilas ke arah Raina dan matanya jatuh ke arah perut Raina yang sudah mula memboyot.
“Aku buat semua tu kerana aku cintakan Raina Elisya.” Balas Ashraff. Farhan tersenyum sambil mengangguk.
“Assalamualaikum…” Raina, Ashraff dan Farhan berpaling ke arah gerangan yang memberi salam. Kelihatan seorang perempuan manis bertudung. Farhan memberi senyuman manis sebelum merangkul pinggang isterinya.
“Ashraff, Raina. Kenalkan Elis, isteri aku.” Raina dengan Ashraff berpandangan.
“Dulu, nyaris aku nak lemas tapi alhamdullilah, aku selamat. Semuanya jasa baik Elis. Elis yang kebetulan untuk mengambil angin di kolam tu terus memanggil pengawal hotel apabila melihat aku terkapai-kapai di kolam.” Beritahu Farhan. Raina tersenyum sambil mengangguk beberapa kali.
“Bi, bi ada bawak tak kad kawin tu?” tanya Farhan dekat Elis. Elis mengangguk lalu mengeluarkan kad yang dimaksudkan Farhan dari beg tangannya.
“Ni kad kahwin kita orang. Jemputlah datang ya?” ujar Elis sambil menghulurkan kad kahwin kepada Raina. Raina menyambut dengan rasa hairan tetapi dia tetap tersenyum.
“Bro, korang kahwin bila sebenarnya ni?’ pertanyaan Ashraff membuatkan Farhan tertawa. Sudah di agak soalan yang bakal disoal oleh pasangan di hadapannya.
“Dah sebulan kami kahwin, buat majlis kenduri lewat sikit.”
“Ouh.” Ashraff memeluk Raina. Rasa gembira kerana sudah tiada lelaki yang cuba-cuba untuk merampas isterinya.
“Datang tau. Korang bakal jadi tetamu istimewa kita orang.” Raina ketawa kecil mendengar seloroh Elis.
“InsyaAllah, saya dengan Ashraff datang.” Ujar Raina.
“Dua minggu lagi kan majlis tu?” tanya Ashraff. Farhan dan Elis serentak mengangguk.
“Kenapa? Kau ada hal ke?” pertanyaan Farhan membuatkan Raina pantas berpaling ke arah Ashraff. Ashraff membalas pandangan isterinya sebelum berkata.
“Aku planning nak bawak Raina jalan-jalan. Kata orang second honeymoon .” Ujar Ashraff sambil ketawa diikuti ketawa Farhan. Elis hanya ketawa kecil.
“Amboi! Yang kat dalam tu pun belum keluar dah nak buat projek tambah satu orang lagi ke?” usik Farhan.
“Apa salahnya?” seloroh Ashraff membuatkan tangan Raina pantas sahaja mencubit lengan suaminya. Farhan dan Elis tersenyum melihatnya.
“Tak apa lah. Kita orang nak pulang dah ni. Nak edar kad kahwin ni.” Ujar Farhan. Mereka bersalaman sebelum Farhan dan Elis melangkah meninggalkan taman bunga itu.
“Tak sangka ya, Farhan dah kahwin.” Ashraff mengangguk mengiyakan kata-kata Raina.
“Alhamdullillah. Lepas ni tak adalah lelaki yang berkelakuan gila untuk merampas isteri abang ni.”
“Apalah abang ni. Tak baik cakap macam tu.”
”Yalah. Tapi betul ni, abang happy sangat-sangat ni tau. Sebab tu baru terdetik tadi nak pergi second honeymoon dengan sayang.” Bisik Ashraff. Raina menampar lembut lengan Ashraff.
“Gatal!!”
Share this novel