Adriana segera membuka topi helmetnya sambil tergesa-gesa turun daripada motorsikal kawasaki miliknya itu. Sekilas, dia merenung kejap ke arah cermin sisi motorsikalnya kerana ingin membetulkan susun atur rambut pendeknya yang agak berantakkan sedikit.
Setelah memastikan penampilan dirinya sudah kelihatan kemas dan teratur barulah dia menghayunkan langkah kakinya itu menuju ke arah banglo mewah tiga tingkat milik, Eric franco yang jugak merupakan teman baik kepada sahabat dan rakan sekerjanya, Adrian.
Sejurus menghampiri pintu Adriana terus menekan tombol lonceng yang kebetulan terletak di tepi pintu utama banglo mewah tersebut.
Tidak sampai beberapa saat kemudian pintu itu pun di buka oleh seorang wanita berbangsa mat salleh berusia separuh baya yang lengkap berpakaian seragam pembantu rumah. Senyuman manis terus terukir di wajah mrs. Mary apabila melihat kemunculan Adriana yang memang telah lama dinantikan kedatangan oleh majikannya, Eric franco daripada tadi.
"What the pleasure, dear! Come in, now! tuan Eric memang tengah tunggu cik Adriana sekarang, ni!"
Terkedu seketika, Adriana apabila mendengarkan percakapan daripada wanita itu. Isskk!..Setau akulah, ini baru pertama kali aku jejakkan kaki dekat banglo, ni! Apasal, pula tuan Eric franco nak tunggu aku? Aku dengan dia pun tak pernah berjumpa! Yang peliknya lagi macam mana pembantu rumah ni boleh tau nama aku? Tanya hati kecil Adriana dengan riak, wajah berkerut-kerutnya.
"Eerr...siapa yang bagi tau pu!"...
"Panggil saya Mary, je!" Celah wanita separuh baya itu memintas cepat percakapan daripada mrs. Mary sebentar, tadi.
"Macam mana Mary boleh tau nama dan cam saya ni, Adriana?!" Soal Adriana dengan bertubi-tubinya.
"Oh, pasal hal tu sebenarnya tuan Adrian yang bagi tau dekat saya cik Adriana akan datang dekat majlis harijadi tuan Eric franco hari, ni! Dan dia jugak tunjukkan sekali gambar cik Adriana sebab tu saya boleh cam!" Jelas mrs. Mary dengan panjang lebarnya.
"Oh macam tu!" Jawab Adriana semula sambil tersenyum.
Dah, lah tu Adriana! Kau ingat mrs. Mary tu penjenayah, kah nak tanya soalan macam-macam! Desis hati kecilnya sendiri.
Mrs. Mary yang pelik melihat Adriana masih lagi berdiri tercegat di hadapan pintu itu segera di sapa olehnya.
"Jom masuk, cik Adriana!"
Tersentak terus Adriana daripada lamunannya apabila di sapa secara mengejut oleh mrs. Mary. Dengan sopannya dia menganggukkan kepalanya lantas, memyerahkan bungkusan hadiah untuk Eric franco kepada wanita separuh baya tersebut.
"Eerr...Adrian mana, Mary?!" Soal Adriana semula sambil memerhati dengan penuh terkedunya sejurus saja langkak kakinya itu menuju masuk ke dalam ruang tamu banglo tersebut yang kelihatan begitu luas dan cantik. Besar gila, siot macam padang bola sepak! Desis hati kecilnya sendiri.
"Oh tuan Adrian ada dekat dalam bilik pejabat tuan Eric franco! Mari saya bawa cik Adriana jumpa dengan mereka berdua sekarang! Mesti tuan Eric su!"...Mati terus butir bicara mrs. Mary apabila menyedari wanita tomboy di hadapannya itu sedang asyik, memerhatikan ruangan yang berada di dalam banglo mewah milik Eric franco, majikannya itu.
"Cik Adriana!!"
Adriana yang sedang leka memerhatikan suasana yang ada di dalam banglo mewah itu sekali lagi terkejut apabila di sapa secara tiba-tiba oleh mrs. Mary yang sudah pun berada di samping dirinya itu. Bila masa wanita tersebut berada di sebelahnya dia sendiri pun tidak perasan.
Dengan wajah merah padam akibat malu kerana ketahuan mengintai ke dalam rumah Eric franco itu. Control sikit rasa teruja kau tu, Adriana! Bisik hati kecil Adriana di dalam benaknya sendiri.
"Eeerr...maafkan saya mrs. Mary saya ter!"..Belum pun sempat, mrs. Mary hendak mengatakan sesuatu Adriana segera mencelahnya.
"Eh tak payahlah panggil saya macam tu! Segan pula rasanya! Lagipun saya ni cuma seorang pembantu rumah saja, miss Adriana!"
Tergelak kecil terus Adriana apabila melihat gelagat dan celoteh lucu daripada mrs. Mary yang kelihatan begitu mesra melayan dirinya meskipun, baru pertama kali mereka berdua bersua muka.
"Bertuah betul, lah tuan Eric franco! Ya, lah dapat seorang pembantu rumah yang baik! Saya confirm kalau Mary masih muda mesti tuan Eric akan terpikat!" Usik Adriana sengaja ingin menyakat wanita separuh baya itu.
Pecah terus gelak Adriana apabila mendengarkan usikkan daripada Adriana sebentar, tadi.
"Issskk!..Cik Adriana kesitu pula! Saya ni dah tua lain, lah macam cik Adriana! Masih muda dan cantik! Kalau tuan Eric tengok mesti dia terpikat!" Puji mrs. Mary melambung sambil melemparkan senyuman lebarnya ke arah Adriana.
Kalau saja dia berusia belasan tahun pasti tuan Eric akan di pilih sebagai suaminya. Ya, lah lelaki itu bukan saja kacak tetapi kaya dan mempunyai naluri hati yang baik. Bukan itu saja, kalau bukan atas jasa baik tuan Eric pasti mrs. Mary masih lagi menjadi seorang gelendangan dan hidup merempat di tepi jalan raya.
"Eerr!..Mary dah, la!"...Mati terus butir bicara Adriana apabila melihat ke arah wajah ceria mrs. Mary yang secara tiba-tiba berubah menjadi sedih.
"Eh, Mary awak okey tak, ni? Eerr..maaf, lah kalau awak tersinggung dengan pertanyaan pelik daripada saya, tadi!"
Tersedar semula mrs. Mary daripada lamunannya selepas mendengar sapaan daripada Adriana itu. Lantas, dia mengalihkan semula perhatiannya ke arah wanita muda tersebut.
"Jangan risau cik Adriana! Saya okey! Makhlum, lah orang tua macam saya ni cepat sangat nak beremosi. Agaknya dah banyak sangat tengok drama telenovela tu yang terbawa-bawa sampai ke dunia nyata!" Seloroh mrs. Mary dengan senyuman yang tidak pernah lekang daripada bibirnya itu.
"Huh! Lega terus hati saya ni bila dengar Mary cakap macam tu!" Tutur Adriana semula sambil menoleh sekilas, ke arah bingkai gambar yang terletak di atas meja bulat itu. Tiba-tiba raut wajahnya mulai berubah. Kelihatan dua budak lelaki kembar sedang tersenyum dengan wajah penuh cerianya.
***
"Itu gambar tuan Eric franco masa umur dia 10 tahun! Eerr..dekat sebelah dia tu ke!"...
"Mary!!"...
Suara garau yang muncul secara mengejut itu membuatkan percakapan mrs. Mary jugak turut terbantut dibuatnya.
Adriana segera berpaling ingin melihat gerangan suara yang telah mencelah perbualan dirinya bersama dengan Mary sebentar, tadi.
Terkedu terus dirinya apabila melihat seorang lelaki asing sedang berdiri di hadapan matanya itu pada ketika, ini.
"welcome, to my party miss Adriana!" Ucap Max franco sambil mencapai pergelangan tangan Adriana lalu di cium dengan penuh rakus olehnya.
Perbuatan lelaki itu menjadikan Adriana berasa tidak berapa selesa. Laju sahaja, dia menarik semula pergelangan tangannya daripada berada terus di dalam pautan tangan lelaki asing tersebut.
Apa ni nak sentuh aku, pula! Uwek! Geli, woi! Desis hati kecil Adriana sendiri sambil menjarakkan sedikit dirinya daripada lelaki yang berparas tampan tidak ubah seperti dewa kayangan itu.
"Eerrrr...where's, Adrian!" Saya nak jum!"...
"Hei, Adriana!!"...
Kemunculan mengejutkan daripada Adrian itu melegakan sedikit hati Adriana yang berasa tidak begitu selesa bersama dengan Eric franco sebentar, tadi.
Entah mengapa kedekatan lelaki tersebut membuatkan debaran di dalam dada Adriana berpalu dengan semakin cepatnya.
"Adrian, kau pergi mana? Eh, aku rasa tak sedap badan, lah! Baik aku chow dulu, lah! Lagipun aku tak berapa nak selesa dengan tuan Eric, tu! Dia nampak macam creepy sikit!" Bisik Adriana tepat ke arah cuping telinga Adrian itu.
"Eh, takkan kau dah nak balik Adriana! Kau makan pun belum! Dah, lah apa yang kau nak segan dengan Eric dia okey, lah! Lagipun dia tu kawan baik aku!" Jawab Adrian dengan nada suara lebih perlahannya. Bukan apa dia tidak mau Eric terdengar kang, dia terasa hati pula.
"Eii!..Aku tak peduli, lah! Tak makan pun tak apa! Dah, lah aku nak blah dulu!" Tutur Adriana semula sambil berpaling ingin melangkah pergi tetapi pergerakkannya itu terus terhalang dengan sapaan tiba-tiba daripada Eric franco.
"Tak, kan seorang pegawai polis macam cik Adriana ni boleh bersikap tidak sopan! Jangan, lah balik macam tu saja! Sekurang-kurangnya kalau tak nak makan minumlah sikit! Kan, itu adab sebagai tanda kita respect dengan tuan rumah!"
Mendidih terus lubuk hati Adriana apabila mendengar sindiran pedas daripada Eric franco itu. Dia kemudian, segera berpaling lalu melangkah cepat menuju ke arah lelaki tersebut.
***
"Plakk!!!"...
Terpaku seketika, Adrian dan mrs. Mary apabila melihat adegan yang sedang berlaku di hadapan mata mereka berdua itu di kala, ini.
Sementara, Adriana hanya membuat muka penuh selambanya. Manakala, Eric franco pula masih terkejut serta, tergamam apabila di tampar secara tiba-tiba oleh wanita yang berpenampilan seperti lelaki itu. Dia menjadi bingung sendiri atas sebab apa wanita tomboy tersebut bertindak sedrastik itu terhadap dirinya sebentar, tadi.
Tak, kan hanya kerana menyentuh dan mencium tangan wanita itu dia dipermalukan srbegitu rupa. Nasib baik hanya ada mrs. Mary dan Adrian yang nampak. Bagaimana kalau para tetamu lain ataupun wartawan terlihat adegan tadi pasti dirinya menjadi bahan lawak dan itu boleh menjatuhkan reputasi dirinya.
"Maaf, kan aku Eric! Agaknya Adriana stress sangat kot pasal satu kes pembunuhan yang kami tengah siasat sekarang, ni!"
Adrian yang tau sangat dengan sikap panas baran Adriana cuba mententeramkan keadaan dengan memberikan alasan itu. Harap-harap Eric franco dapat menerima alasannya itu.
"Adrian! Itukan confidential! Yang kau nak hebohkan dekat mamat ni dah kenapa? Kau dah hilang akal, lah?!" Tegur Adriana yang tidak senang dengan sikap Adrian menceritakan pasal kes pembunuhan yang rumit itu kepada Eric franco.
"Adriana! Mamat ni kawan baik aku! Tak ada salah kalau Eric nak tau! Yang kau nak emosi melampau ni dah kenapa?!" Bentak Adrian dengan raut wajah tidak puas hatinya.
"Wah, bukan main kau back up lagi dekat encik Max franco ni! Jangan-jangan Kau dengan dia ada something speacial kot!" Perli Adriana sengaja ingin menyakiti hati Adrian.
Berbulu terus telinganya apabila dituduh sebegitu oleh Adriana sebentar, tadi. Kalau tidak memikirkan persahabatannya bersama wanita itu memang kena jugak perempuan tomboy itu dibelasah olehnya.
Be patient, Adrian! Pujuk hati kecilnya sendiri sambil cuba mententetamkan perasaan marahnya itu di saat, ini.
"Menyesal aku suruh kau datang dekat majlis, ni! Adriana kau dah buat aku sakit hati sangat dengan diri kau, ni!" Tempelak Adrian sambil merenung dengan penuh tajamnya ke arah Adriana.
"Hei, lantaklah dengan sakit hati kau, tu! I dont care it all! Dah, lah aku nak balik dulu! Waste time aku saja datang majlis yang merepek, ni!"
Sejurus mengatakan yang demikian, Adriana terus beredar pergi dengan segeranya, Sebelum pergi sempat, lagi dia menghadiahkan jelingan tajamnya.
Sweet jugak minah tomboy, ni! Dah kalau jelingan dia pun dah buat jantung aku berdegup kencang bagaimana kalau dapat tengok senyuman dia rasa-rasa aku boleh kena heart attack dibuatnya nanti! Bisik hati kecil Eric franco sendiri sambil memerhatikan kepergian Adriana yang berjaya mengusik lubuk hatinya itu.
Sementara, Max franco yang daripada tadi hanya menjadi pemerhati dan mencuri dengar perbualan di antara Eric, kembarnya bersama dengan Adriana segera beredar keluar daripada tempat persembunyiannya.
Entah mengapa sakit hati dan geram pula dia melihat sikap berlagak sombong wanita yang berpenampilan seperti lelaki itu. Sewenang-wenangnya menampar ke arah Eric lepas tu boleh main blah macam tu saja.
Tak boleh jadi, ni! Aku kena lakukan sesuatu! Berani dia buat macam tu dekat Eric! After this you turn, pula! Welcome to my world, Adriana! Bisik hati kecil Max franco yang ingin menyasarkan diri wanita tomboy itu sebagai mangsa terbarunya.
Share this novel
smbung yg ary tu la,lma tngu
alaa... sambungan aritu mana