AVARICE

Mystery Series 1493

THE ANGEL IS NOT ANGEL ANYMORE BUT NOW THE ANGEL IS THE DEVIL

As far back as I can remember, I always wanted to be a gangster.

-Ray Liotta

"joker is a person who has been hurt in the past " - Avarice

Di Shadow Highschool,

"Surat cuti lagi? kalini sebab apa lagi?" Soal Madam Lisa. Seolah-olah mengetahui isi kandungan surat tersebut. Setiap kali pelajar ini masuk bilik dia, tak lain tak bukan untuk minta cuti. Asyik muka budak ni saja. Sudah muak dia.

"Kalini dia betul-betul tercedera madam. Yang minggu lepas dia main-main tapi memang dia demam. Kalini dia tak boleh berjalan madam. Nanti siapa nak tolong dia dekat rumah?"Jawab Xavier. Surat cuti kalini yang paling lama iaitu selama 2 minggu

Dia tahu madam Lisa sudah muak dengan surat cuti , pengecualian daripada bersekolah, surat masalah keluarga, surat tugas khas. Apa boleh buat. Si Ava lagi happy bila dia cuti. Boleh rehat-rehat sikit. Iyalah di waktu malam dia sudah penat bekerja. Kerja pula bukan kerja biasa

"Habis tu yang kamu mahu cuti juga kenapa?"Tanya madam Lisa .

Masih belum berpuas hati. Ikutkan hati mahu sahaja dia membuang lima orang pelajar itu. Dalam sebulan tu boleh dikira berapa kali sahaja budak lima tu hadir. Berlima? Iyalah Ava, Xavier, Esstafeny , Hayes dan Eileen.

Mana tak mengamuk. Salah satu sebab lagi dia tidak dapat membuang mereka di atas arahan pemilik sekolah. Nak buat tindakan tatatertib pun pihak sekolah tak bagi

Walaupun mereka jarang ke sekolah namun mereka merupakan pemegang jawatan tertinggi SRC student di situ. Kiranya macam pelajar MPP. Lagipun pengasas sekolah itu datuk Avarice juga. Tetapi itulah.

Dia lagi suka merahsiakan asal usul dia. Sebab itulah pelajar di sana pandang serong terhadap mereka terutamanya Avarive kerana Avarive paling rapat dengan Xavier. Rapat mengalahkan belangkas

Sudahlah Xavier itu pelajar popular. Ramai mulut mengatakan bahawa Avarice buat sesuatu terhadap Xavier. Avarive hanya mengendahkan ejekan mereka. Lantaklah. Mungkin disebabkan Xavier yang beria sewaktu bercakap dengan Avarice. Avarive hanya layan acuh tak acuh.

Tapi itu semua lakonan. Di rumah kemain rapat mereka. Di sekolah dia hanya mesra dengan team mate nya. Kesian Eileen. Dia seorang yang berada di tahun 4 ( 15 tahun). Mereka semua sudah berada di tahun 5 ( 16 tahun)

Scarlett Avarice, siapa sahaja tidak kenal. Jutawan yang paling muda di abad ini. Mengambil alih jawatan sebagai CEO syarikat Shadow Gem milik papanya. Di dalam dunia mafia, dia dikenali sebagai deathtrow. Sillence Killer. Dia buat kerja sangat-sangatlah smooth. Xavier pun kagum dengan budak yang dilatihnya. Diantara dia dan Avarice, dia lebih tahu dan arif tentang dunia mafia. Dengan hanya melatih selama 3 tahun, Avarive sudah memahami dunia mafia dengan sangat-sangat baik

Mereka berlima adalah kumpulan khas. Kumpulan yang ditubuhkan oleh Ava sendiri. Dia lagi suka kalau dibahagikan kepada beberapa kumpulan. And dia ketua kumpulan. Kumpulan besar pun dia yang ketua
Ikutkan Avarice mahu dia arahkan "bagi cuti setahun untuk Eileen, Avarice , Xavier , Hayes dan Esstafeny." Mereka beri kebenaran untuk Esstafeny cuti disebabkan dia cedera agak parah bulan lepas. Sebenarnya kecederaan Esstafeny dah sembuh tapi dia malas nak ke sekolah

"Saya kena jaga dia. Madam pun tahu kan dia tak ada parents. Kakak dia pun dia tak tahu dekat mana. Jadi saya sorang je yang boleh jaga dia."Balas Xavier. Nasib si Xavier reti beramah mesra jikalau ingin dibandingkan dengan Ava yang biasanya menjawab

'hmm'
'ya'
'tak'
'entah'
'ikut aku lah mahu buat apa. Aku susahkan kau ke?' (kalini panjang sikit)

Dia bukan tidak mahu bergaul. Cumanya, dia risau makin ramai yang dengki dengan dia. Dia takut dia cerderakan orang yang tidak bersalah. Dia ni bukan boleh bersabar sangat. Dengan Classmate sahaja dia mampu berkawan itupun not too close.

Hanya berkawan sebagai teman sekelas. Dia sentiasa tersenyum dan gelak bagi mengelakkan syak sangka Classmate dia. Dia dianggap sombong. Sombong pun sombonglah. Janji bukan kera

"Adik kamu Eileen kan ada. " Tutur madam lisa

"Aik sama je. Dia sekolah, saya pun perlu sekolah. Jadi kenapa puan nak kisah?"dalih Xavier. Dia sudah penat kalau boleh nak cepat-cepat tamatkan perbualan ini.

Hayes  memang dia asyik dilupakan oleh cikgu-cikgu disebabkan dia badboy disitu. Bad boy pun bad boy tapi cerdik still cerdik. Ramai jugak tak puas hati dengan Hayes. Badboy tapi tak dihukum

"Kamu lelaki. Tak elok lelaki bersama perempuan"Jawab Madam Lisa. Jawapan madam Lisa membuatkan Xavier sedikit tersentap. Dia memang dah sayangkan Ava apa boleh buat

"Ta-tapi saya dah janji dengan parents Ava yang saya takkan tinggalkan Ava" pintas Xavier. Aduh madam saya nak balik tanak duduk lama-lama dekat sekolah ni

Kenapa aku tak pindah sahaja? Ava cakap ada musuh berselindung di sebalik selimut. Terpaksalah jadi mangsa untuk memerhatikan musuh. Ini atas arahan Avarive sendiri. Dia tak boleh bantah. Irène pun cakap yang memang ramai musuh memerhatikan sekolah ini dan pelajar terutamanya Avarice

"Ikut kamulah.. baliklah saya dah bagi keizinan"Akhirnya madam lisa berputus asa

"Terima kasih madam"ucap Xavier sebelum keluar daripada bilik pengetua. Uhuu mintak cuti memang kena masuk bilik tu. Sebab tu dia yang hantar surat. Kalau ava hantar habis pejabat dimaki. Ava ni panas baran sikit

Bukan setakat pejabat, dengan pengetua sekali dimaki. Nasib Xavier ni penyabar. Lagipun tutur kata Ava agak kasar. Ava yang dulu yang dia kenal sangat-sangat lain

Ayy-yo, 24/7, all day, gonna be, gonna be okay (leggo)
???? ?? ??, shawty, 'bout to turn it up (brrah).
You got that love with that juice, follow ????, whoo

Kedengaran lagu Don't fight the feeling di telefonnya. Menandakan bahawa ada orang call dia. Itu pun si Avarice yang set kan. Nasib dia sayang Avarice. Dia langsung tidak berahsia dengan Avarice. Password phone dia pun dia bagitahu Avarice

"Yow Ava. Ada apa?"soal Xavier sebaik sahaja panggilan disambungkan

"Macam mana? Dah dapat?"soalan dibalas soalan. Xavier membuat roling eye. Kalau bab ponteng sekolah memang laju. Kalau bab belajar? Nanti Ava jawab "aku tak study pun dah cerdik..boleh je dapat straight A's kan" otak jenis apalah si Avarive guna

"Dapat. Macam kau tak tahu. Xavier kan hebat!"puji Xavier. Puji diri sendiri tak salah bukan? Mahu tunggu Ava puji? Lambat lagii~

"Cun! Aku baru nak guna kuasa veto aku. Nampaknya mudah kerja aku kalini. Pandai aku didik kau" Avarice hanya mengabaikan Xavier dan puji diri sendiri. Aik...

"Kenapa kau tak guna cara mudah je? Kau boleh je kan guna kuasa kau and cari siapa musuh di dalam selimut" tanya Xavier . Dia telah lama memendamkan soalan itu. Si Ava nu , jalan mudah ada nak guna jalan susah

"Kalau boleh memang aku nak.. tapi nanti tak best lah! Kita tak boleh nak bersenang lenang sangat. Aku nak perhatikan sorang-sorang dulu. Kita tengok apa tindakan musuh dulu "Balas Avarice . Memikirkan strategi untuk jatuhkan musuh sememangnya tidak mudah.

"Xav, ooo Xav" panggil Ava sebelum menamatkan panggilan. Suaranya di 'mengadakan'

"Ya? Nak apa? Ice cream? Candy? Aku belikan nanti time on the way balik." Tanya Xavier dia sudah tahu pasti Ava mahukan sesuatu

"Aku nak kau. Cepatlah balik . Aku tak nak duduk lama-lama sorang-sorang dekat rumah ni. Tapi kalau masa on the way balik tu kau belikan, okay jugak"ujar Avarive.

Tergelak Xavier mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Avarice. Mana dia tidak sayang kalau ini perangai Avarice

"Diorang tinggal kau sorang-sorang dekat rumah?"soal Xavier. Mustahil sebab tadi dia call Esstafeny, dia cakap dia ada je dalam bilik

"Ess ada dalam bilik. Aku tak nak kacau dia. Hayes keluar entah ke mana. Eileen pun keluar. Sekarang ni aku nak kau saja. Jangan banyak soal boleh. "Tegas Avarice. Dia mahu Xavier cepat-cepat balik. Dia rindukan lelaki itu

"Ava.... Kalau aku tanya ni kau jangan marah tau" tutur Xavier perlahan. Risau pula dia. Nanti mood Ava yang happy tu jadi bad, mati dia

"Apa dia?" Tanya Avarice pantas

"Kau memang nak teruskan misi ke? Kau kan cedera. Aku risaulah. Kau pun tahu kan yang aku sayang kau"ujar Xavier.

Iyep kecederaan Avarive akibat ditembak malam semalam belum lagi hilang, Avarice dapat misi baru pula. Nasib misi itu pada minggu depan

"Alah kau ni.... Minggu depan kan misi tu. Sempatlah aku recovery. Lagipun sikit je cedera ni. Kau pun kenal aku kan! Don't worry. Lagipun kes malam ni Irene dengan Grace dah ambil alih. Aku geram nak ikut tapi diorang tak bagi . Geram aku  . Kenapa baru sekarang aku tahu? Dah petang. Hiks- penat aku tidur kau tau ark . Team kita kan hebat ! "Ujar Avarice.

Keluhan berat dilepaskan. Dia tahu apa yang dirisaukan oleh Xavier. Mungkin kerana malam semalam dia berada di ambang maut. Kalau bukan disebabkan Xavier menyelamatkan nyawanya mungkin dia sudah tiada di situ

"Tidur pun penat ke? Kau memang keras kepala Ava. Dah aku nak balik ni. Bubbye budak" ujar Xavier. Dia berkira-kira ingin meletakkan panggilan tetapi...

"Eh tak sedar diri. Kau pun budak"bidas Avarive. Sakit telinga Xavier mendengar amukan Avarice

Dia tersenyum. Walaupun Avarive keras kepala, hati dia lembut. Selembut tisu. Dia sangat sensitif. Kerana itulah perlu berhati-hati setiap kali ingin bercakap dengan Avarive.

Kunci kereta Lamborghini Aventador miliknya dikeluarkan. Fuh- berusia 16 tahun tetapi sudah memiliki Lamborghini Aventador. Nice! Lamborghini itu antara kereta fav Avarice. Dia selalu jadi Driver Avarive. Lagi selamat kalau begitu. Avarive bawa sendiri kereta macam nak cabut nyawa orang. Laju nak mati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience