Bab 33

Drama Completed 5973

Mereka berdua kini sudah berada di hadapan rumah pusaka mereka. Mila yang menggendong Afif mula menelan liur. Dia bimbang jika kedatangannya tidak akan diterima oleh Maklang, ibunya.

"Kau dah ready?" Saraa memandang wajahnya sekilas.

Dia mengangguk perlahan.

"Jom," Saraa memeluk bahunya lalu mereka berjalan beriringan.

"Assalamualaikum, Maklang. Maklang ooo Maklang!" laung Saraa dari luar pintu.

"Eh, tu macam suara Saraa," Maklang yang memotong bawang terhenti melakukan pekerjaannya apabila mendengar suara orang memberi salam.

"Ye, kejap!" Maklang terus bergegas bergerak ke arah pintu untuk membukanya.

Maklang terus terpaku setelah membuka pintu. Matanya tertumpu pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya di sebelah Saraa. Betul ke apa yang dia lihat ni? Mila? Dan bayi ni? Cucu dia ke?

"Mak, ampunkan Mila, mak. Mila tahu mak mesti tak dapat nak terima Mila balik setelah apa yang Mila buat kan, mak," Mila terus melutut di hadapan ibunya.

Maklang mencangkung terus memegang bahu Mila dan menggoncang-goncangkannya.

"Mana kau selama ni, nak? Apa salah mak kat kau sampai kau tak nak balik sini sejak kau berkahwin dengan Zul?!" Maklang mengeluarkan air mata.

"Mak tak ada salah apa-apa pun kat Mila. Mila ni je yang bodoh sebab takut sangat dengan ugutan abang Zul yang nak ceraikan Mila kalau Mila balik jumpa mak," Mila turut menangis apabila melihat air mata ibunya mengalir membasahi pipi.

Saraa yang masih berdiri di situ hanya melihat adegan mereka dua beranak tanpa memberikan sebarang reaksi.

"Mana suami kamu sekarang ni?" soal Maklang.

"Dalam penjara. Kalau mak nak tanya kenapa, nanti Mila ceritakan tapi sekarang ni Mila tak nak cakap pasal dia dulu. Mila rindu sangat-sangat kat mak,"

Mendengar kata-kata Mila, Maklang terus mengangguk. Pandangannya kini jatuh pula pada wajah Afif yang berada dalam dakapan anaknya itu.

"Ini.... anak kamu?"

"Ha'ah. Perkenalkan, ini anak Mila. Cucu lelaki mak," Mila menguntum senyum.

"Boleh mak bawak dia?"

Mila mengangguk. Afif yang pada mulanya berada dalam dakapan ibunya kini sudah berpindah dalam dakapan neneknya pula.

Maklang angkat daripada mencangkung lalu menarik lengan anaknya untuk masuk ke dalam rumah.

"Jom masuk," ajaknya.

Mila menoleh ke belakang dan memandang wajah Saraa.

"Saraa, jom,"

"Ha'ah Saraa. Jom masuk sekali,"

Saraa mengukir senyum lalu menggeleng kepala.

"Tak apa. Maklang dan Mila masuklah. Saraa nak balik rumah Adam," ujarnya.

Senyuman yang terukir pada mulut Maklang tadi kini mula menghilang.

"Saraa masih marahkan kami atas apa yang berlaku ke?" tanya Maklang sayu.

Saraa mengeluh kecil.

"Takkan Saraa nak tinggalkan diorang macam tu je tanpa kata apa-apa kan. Nanti diorang cari Saraa pulak. Diorang dah bagi Saraa tumpang kat rumah diorang jadi tak baiklah kalau nak buat macam tu. Takpe, Saraa balik sana dulu nanti esok insyaallah Saraa balik rumah ni,"

Maklang tersenyum lega mendengarnya.

"Hmm baiklah kalau macam tu,"

Saraa terus meninggalkan mereka berdua lalu masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat dia menghidupkan enjin, telefonnya berdering minta diangkat. Shazrin.

"Hello, assalamualaikum. Ye Shazrin? Ada apa call ni?"

"Waalaikumsalam, Saraa! Aku rindu kau hehe," ujar Syaza riang seperti selalu.

Saraa tertawa kecil mendengarnya.

"Lain macam je kau ni. Kau mabuk eh?" sakatnya.

"Eh, kau ni! Mana ada aku mabuklah. Aku tak pernah minum arak tau. Kalau mabuk cinta tu iyalah," Shazrin tergelak geli mendengar ayatnya sendiri.

"Eeee! Aku tak kawan dengan orang mabuk cinta ni!" Saraa makin kuat menyakat.

"Ish kau ni," Shazrin merengus tanda tidak puas hati dengan respon Saraa.

"Hahaha kau ada apa call aku ni?"

"Kau free tak? Jom keluar. Areen dan Syafiqa pun ada sekali. Ala macam biasalah kat cafe biasa tempat kita selalu lepak tu," ajaknya.

"Sekarang?"

"Ha'ah sekarang. Aku dah ada kat sini, tunggu korang bertiga je lagi,"

Saraa melihat jam di tangannya. Jam tangannya menunjukkan tepat pukul tiga petang.

'Aku keluar tadi pukul 11 pagi, kalau aku pergi kat cafe tu ambik dalam masa dalam 15 minit. Maksudnya kalau pergi dan balik ambik masa 30 minit. Kalau borak-borak macam tu je ambik masa sejam je kut. Hmm bolehla' Saraa berkira-kira dalam hatinya.

"Saraa...?" panggil Shazrin apabila Saraa tidak mengeluarkan sebarang respon.

"Ye?"

"Kau join tak?"

"Aku join tapi tak dapat lama-lama sangat tau," dia memberikan jawapan.

"Yeay! Aku tunggu kau tau!"

Panggilan diputuskan.

"Mak, siapa yang datang tu mak?" tanya Syaza yang baru keluar dari biliknya.

"Syaza...,"

Syaza terus menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan yang memanggilnya itu ialah kakaknya yang sudah lama dirindui.

"Akak!" dia terus mendekati Mila yang duduk di sebelah Maklang lalu memeluknya erat.

"Syaz rindu sangat kat akak,"

"Akak pun rindu sangat kat Syaz," Mila membalas pelukan adiknya.

"Ni anak akak ke?" tanyanya apabila melihat seorang bayi yang didukung oleh ibunya selepas pelukan dilepaskan.

"Ha'ah. Comel, kan?"

"Comel sangat. Syaza nak bawaklah," Syaza terus mengambil Afif dari tangan ibunya lalu dia duduk bertentangan dengan mereka berdua.

"Ammm mak. Mila nak tanya. Kenapa Saraa tumpang duduk rumah Adam?" tanya Mila tiba-tiba ingin tahu.

Maklang dan Syaza saling berpandangan antara satu sama lain.

"Sebenarnya....,"

...

Saraa duduk bersebelahan dengan Syafiqa dan bertentangan dengan Areena dan Shazrin.

"Hah ni kenapa nak buat perjumpaan mengejut ni?" ujar Saraa setelah mereka semua selesai memesan minuman.

"Ye la. Terkejut aku dapat call terus ajak lepak. Ni mesti ada apa-apa," ujar Syafiqa pula.

Shazrin tersengih mendengarnya.

"Yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni apehal?" tegur Areena melihat gelagat kawannya yang seorang itu.

"Jap eh," Shazrin membuka beg tangannya dan mengeluarkan tiga keping kad bewarna emas lalu diagihkan kepada mereka bertiga.

Terbeliak mata mereka dibuatnya.

"Seriously?!"

"Minggu depan?!"

"Ha'ah korang wajib datang tau," Shazrin masih lagi dengan sengihannya.

"Aku tak dapat pergilah, Shazrin. Minggu depan aku pergi Sarawak," Saraa memegang tangan kawannya itu.

Shazrin terus menunjukkan wajah monyok.

"Nanti-nantilah kau pergi Sarawak. Minggu depan kau pergi dulu kat majlis pertunangan aku," pujuknya.

"Alaaa mana boleh macam tu. Aku dah janji ngan business partner aku yang nak pergi Sarawak minggu depan sebab nak urus hal pembukaan butik baru aku yang kat sini tu," terang Saraa.

"Tak seronok lah kalau macam ni," rengek Shazrin manja.

Areena memeluk bahu Shazrin.

"Takpelah, aku dan Syaf kan ada. Dulu masa aku bertunang pun, Saraa takde jadi kita seri lah" pujuknya.

"Betul tu. Saraa bukan suka-suka tak nak datang tapi kan dia ada urusan lain jadi kita kena hormatlah. Salah kau jugak, seminggu lagi nak bertunang baru nak bagitahu kitaorang," sokong Syafiqa pula.

Shazrin sekadar mengangguk.

"Areena dah bertunang dengan Damien, kau dah nak bertunang ngan Fahmi. Hmm untunglah," Saraa cuba untuk menceriakan suasana.

"Ala kau kan dah ada Adam," sahut Shazrin.

Saraa tersenyum mendengar nama Adam.

"Kau pulak, Syaf? Takkan takde pakwe kot? Ke kau sengaja sembunyikan daripada pengetahuan kami bertiga?" Areena mula melontarkan soalan kepada Syafiqa.

Kini mata mereka bertiga tertumpu pada gadis bertudung hijau yang duduk disebelah Saraa itu. Mereka tidak sabar untuk mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya.

Syafiqa berdehem mengatur suaranya sebelum menjawab soalan tersebut.

"Okey, aku jujur. Aku memang dah ada pakwe cuma belum bersedia nak bagitahu korang je hehe. Korang semua jangan marah aku tau,"

Mereka semua teruja mendengarnya.

"Kenapa nak marah pulak? Kitaorang excited lagi adalah," Saraa menggoncang lengan Syafiqa kerana terlalu teruja untuk mengetahui siapakah gerangan yang sudah mencuri hati kawan baiknya yang seorang itu.

"Tapi dulu masa sekolah kita dah janji antara satu sama lain yang kita tak boleh ada hubungan istimewa dengan ex-crush atau ex-boyfriend member sendiri kan? Tapi aku dah langgar jan...," belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Areena telah menyampuknya terlebih dahulu.

"Ala janji tu masa zaman kita belum matang dulu. Soal hati dan perasaan mana boleh paksa. Sekarang bagitahu cepat sapa pakwe kau,"

Saraa dan Shazrin mengangguk setuju.

"Okey aku bagi hint dulu pastu korang teka,"

"Ala nak berteka-teki pulak," kelih Shazrin.

"Hint tu senang je. Dia sorang je yang panggil Saraa dengan nama Airisha," Syafiqa tersenyum memandang Saraa.

Saraa sudah dapat mengetahui jawapan tersebut manakala Areena dan Shazrin masih mengerutkan dahi.

"Betul ke ni? Wahh kau tahu tak yang korang memang serasi bersama,"

Syafiqa tersenyum malu mendengar pujian Saraa.

"Ish siapa ni? Aku tak tahulah," Areena tidak berpuas hati. Shazrin juga mengiyakan.

"Iqwan," jawab Saraa ringkas.

"Wah aku tak sangka," Shazrin ternganga mendengar nama tersebut.

"Dah berapa lama?" tanya Areena.

"Enam bulan," Syafiqa tersengih.

"Baru sekarang nak bagitahu?!" Areena terkejut.

"Janganlah marah. Aku dah kata yang aku belum sedia nak bagitahu korang pada waktu tu," Syafiqa menunjukkan wajah seposen.

Saraa melihat jam di tangannya. Sudah tiba masanya untuk balik.

"Korang, aku balik dulu ya," pamitnya.

"Okey, jaga diri tau!" pesan Areena.

...

"Saraa pergi mana tadi?" tanya Mak Minah apabila mereka semua duduk bersantai di ruang tamu usai makan malam.

"Saraa pergi jumpa Mila, bawak Mila balik dan lepastu Saraa pergi jumpa kawan-kawan Saraa," jawabnya dengan nada mendatar.

"Mila dah balik?" soal Pak Mail pula.

Saraa sekadar mengangguk.

"Mana kau tahu keberadaan dia?" Adam agak teruja.

"Aku upah spy," jawabnya tanpa memandang wajah Adam.

"Mak Minah, esok Saraa balik, ya," ujarnya.

"Betul ke ni? Saraa dah okey?" Mak Minah agak risau dengan keadaan Saraa.

"Saraa okey. Tak payah risau pasal Saraa sangat ya," Saraa meletakkan kepalanya di bahu Mak Minah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience