BAB 2

Romance Completed 241819

Diya Zulaikha menangis teresak - esak. Sejak balik dari Pahang petang semalam, terus dia datang ke sini, ke rumah orang tuanya. Tidak langsung menyinggah di rumah kelaminnya.

"Sabar sayang, perkara boleh bincang." Puan Syarifah Dayana memujuk anak tunggalnya.

"Takde apa yang nak dibincangkan lagi umi. Semua dah ternoktah. Diya dah tak nak teruskan lagi perkahwinan ni. Sia - sia Diya korbankan untuk dia selama ni. Langsung dia tak hargai." Hik... Hik... Hik... Diya Zulaikha menahan sedu. Susah payah dia tahan tangisnya di hadapan lelaki itu. semuanya terembes juga apabila berhadapan dengan orang tuanya.

Sementara di situ juga, Tuan Syed Zakri mengetap rahang, sakit hati, yer... Sememangnya dia sakit hati yang teramat. Sungguh dia tak sangka, menantu yang dia sayang sanggup berlaku curang di belakang anaknya. Satu - satunya anak yang dia ada. Dari semalam anaknya itu membazirkan air mata. Sampai - sampai sahaja semalam, terus anaknya itu berkurung di dalam bilik dan pada harini baru hendak diceritakan semuanya kepada mereka.

"Kita tetap kena bincang juga sayang. Hal ni melibatkan keluarga kedua belah pihak, Mak dengan Ayah Mertua kamu tetap juga kena tahu. Umi tak nak nanti mereka fikir kita membelakangkan mereka."

"Apa yang nak dibincangkan lagi umi? Diya dah buat keputusan... Diya tetap nak tamatkan perkahwinan ni. Diya dah tawar hati." Makin berjurai air mata yang mengalir di pipinya. Sesunguhnya dia tidak sanggup mengakiri perkahwinannya seperti itu tapi dia sudah tiada kekuatan. Tidak sanggup apabila mengingatkan lelaki itu yang bergelumang dengan maksiat di belakangnya. Jika dia dengar dari mulut orang lain, mungkin dia masih boleh terima tetapi, semua terpampang di depan matanya. Matanya sendiri yang menyaksikan ulah suaminya itu bersama perempuan lain. Hati isteri mana yang tega.

Sedikit lega apabila terasa tangan lembut uminya menggosok belakang badannya.

"Jangan buat keputusan terburu - buru sayang..." Lembut suara uminya menerjah di gegendang telinga.

"Lusa kita akan berjumpa Rayyan dengan mak dan ayah dia sekali. Abah nak dengar dari mulut dia, kenapa sanggup dia buat macam tu dekat anak abah." Tuan Syed Zakri sudah memberi kata putus, sekejap lagi dia akan menghubungi menantunya dan juga besannya.

"Diya tetap dengan keputusan Diya. Diya nak cerai." Dia mengangkat punggungnya selepas mengucapkan hal itu. Dia bukan anak manja, tetapi pada waktu begini, sokongan dari kedua orang tuanya amat dia perlukan. Kaki dia orak langkah ke arah tangga, mahu naik ke bilik.

"Kesian anak kita, kenapa Rayyan sanggup buat macam tu pada Diya? Kalau dah tak suka, pulangkan semula secara baik, macam dia mula - mula nak dapatkan Diya dulu daripada kita," Puan Sharifah Dayana meluah rasa. Bergenang juga air matanya. Hati ibu mana yang tak terasa apabila darah dagingnya diperlakukan seperti itu.

"Entahlah sayang, kita tunggu dia datang dan apa alasan yang dia nak bagi. Apa yang kurangnya Diya di mata dia pun abang tak tau," balas Tuan Syed Zakri. Serabut kepala otaknya memikirkan hal anak menantunya itu.

******

PANGGG...

Terteleng kepala Rayyan apabila di tampar oleh Haji Musa. Rayyan mengusap pipi kanannya yang mula terasa kebas.

Diya Zulaikha, Puan Syarifah Dayana dan Tuan Syed Zakri hanya mampu melihat. Ikutkan Tuan Syed Zakri, dia juga mahu memberi hukuman pada menantunya itu disebabkan telah menyakiti hati anak tunggalnya itu, tetapi dia sabarkan hatinya. Berlaga giginya menahan geram.

"Ayah tak pernah ajar kau berperangai macam tu Rayyan. Dah macam orang takde agama. Tergamak kau buat macam tu pada isteri kamu. Kau tau tak apa hukumnya berzina? Jawab Rayyan." Suara Haji Musa melantun kuat.

Terhinggut bahu Rayyan apabila mendengar suara kuat ayahnya. Dia tau dia berdosa dan dia juga tahu dia telah menyakiti hati isterinya, juga ayah dan emaknya. Tapi dia kalah dengan nafsu dan godaan. Semakin dia menepis, semakin galak godaan itu datang bertandang.

"Rayyan minta maaf ayah, Rayyan tau, Rayyan salah. Rayyan minta maaf pada semua lebih - lebih lagi Diya." Bergetar suaranya. Tak mampu dia nak menyambung lagi panjang kata - katanya.

Diya buat - buat tidak mendengar. Dia mengangkat punggungnya mahu beredar dari situ. Jijik matanya melihat muka tak bersalah Rayyan, pandai pulak buat muka tagih simpati. Dia melangkah ke dapur. Alasannya mahu pergi dari terus mendengar perbincangan itu.

Diya duduk di kerusi dekat dapur. Wajahnya hanya menunduk. Otaknya sedang serabut. Kenapa dirinya diuji sebegitu rupa? Kenapa bukan orang lain? Astaghfighullahalazim... Dia beristighfar. Tanpa sedar dia telah menyalahkan takdir yang Allah dah tetapkan untuknya. Nafas dia tarik dan hembus berulang kali. Terasa sedikit lega.

"Abang minta maaf sayang... Abang tau, salah abang. Tapi tolonglah bagi abang peluang sekali lagi, abang janji yang abang akan berubah."

Isyyy, ada juga suara asing mengganggunya di sini. Tak boleh tengok orang senang. Tetapi dia masih lagi memandang ke arah lain. Dia jadi benci mahu menatap wajah lelaki itu. JIJIK!!!

"Dah puas celup - celup dekat sana, pandai pula menagih janji dekat sini. Lelaki jenis apa awak ni? Tak tau malu ekk? Dasar buaya."

Suara Diya seperti senapang yang menembak ke dadanya. Hatinya jadi sakit apabila Diya sudah semakin tiada lagi mesranya. Rayyan menelan liur.

"Ceraikan saya Rayyan... Awak halalkan hubungan awak dengan dia, bertaubatlah, Sesunguhnya pintu taubat itu masih lagi terbuka." Dalam kata - kata tegas dan nekadnya itu, terselit juga secebis nasihat buat lelaki itu.

"Tidak.... Tidak sayang. Abang tak akan ceraikan sayang. Tidak akan sesekali. Abang sayangkan sayang. Please bagi abang satu lagi peluang dan abang janji akan perbaiki perangai abang. Abang akan tinggalkan Emily."

"Ohhh, Emily! Nama perempuan jalang tu Emily. Hmmm cantik nama tu. Tapi tak seiring dengan perangainya. Lebih baik letak nama 'Bab1'... Lagi sesuaikan. Perangai pun sama, jenis menyondol. Tapi tulah kan. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Dua - dua sama naik gatalnya." Diya Zulaikha membalas geram. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memaki - hamun lelaki yang ada di depannya ini. Pandai pula buat riak muka tak bersalah. Isyyy, menyampah betul.

"Cakaplah sayang nak cakap apapun abang akan dengar. Janji puas hati sayang."

Hmmm... Hembusan nafasnya kuat. "Aku tetap dengan keputusan aku, aku nak cerai. Aku dah tak sangguplah nak teruskan ikatan perkahwinan ni dengan lelaki curang macam kau." Diya Zulaikha semakin hilang sabar. Hampir sahaja dia ingin menjerit di dapur itu. Orang gajinya yang sedang sibuk mengemas dapur sesekali melepas pandang ke arah mereka. Ah, pedulikan. Nanti lama - lama mereka akan tau juga.

"Tidak sayang. Abang tetap tidak akan ceraikan sayang." Rayyan masih berdegil. Dia akan berusaha untuk merebut semula hati Diya Zulaikha. Emily hanya dianggap sebagai stok geli - gelinya sahaja. Tetapi Diya Zulaikha akan tetap menjadi isterinya sampai bila - bila. Ada sedikit sesalan di hati. Kerana terlalu mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan sehinggakan dia boleh terjebak dan mengikut hawa nafsu.

"Okay fine, kita jumpa di mahkamah. Kau yang pilih jalan tu, maka kaulah yang kena akhirinya sehingga ke penghujung." Sudah hilang rasa hormatnya pada lelaki yang masih bergelar suaminya itu. Tiada lagi panggilan mesra yang menghiasi alam rumah tangganya ketika ini. Semua sudah hampir sampai ke titik noktah. Diya bangun dari kerusi dan meninggalkan Rayyan terkulat - kulat di situ. Laju langkah kakinya dia bawa menuju ke bilik, tidak lagi berpaling.

"Sayanggg..."

Panggilan itu dia tidak endahkan. Semakin galak lelaki itu memanggil namanya, semakin laju pula langkah kakinya. Ah, suara macam langau hurung najis. Ada hati nak panggil dia sayang. Sila meninggal...

Rayyan kembali ke ruang tamu. Dia tau, sekarang ni, wajahnya pun isterinya itu tidak sanggup untuk memandang. Dengan wajah muram dia henyakkan kembali duduknya di sofa berhampiran emaknya itu. Salah dirinya. Nasi sudah menjadi bubur.

"Sudah - sudahlah tu Rayyan, kau yang kemaruk pada perempuan tu, lepaskan anak abah dengan cara baik. Anak abah berhak dapat lelaki yang baik dan tau menghargai."

Rayyan masih menunduk, tertusuk sehingga ke tangkai hati kata - kata tujahan dari mulut bapa mertuanya, tidak sanggup dia hendak membalas pandang wajah bapa mertuanya itu. Apatah lagi kata - kata yang terkeluar dari mulut bapa mertuanya itu sangat - sangat menusuk ke dalam hatinya. sentap... Yer, dia rasa sangat sentap. Tajam bagai sembilu.

Hajah Musliha hanya diam tidak menambah. Dia malu. Tersangat malu dengan ulah yang anak lelakinya telah lakukan. Jika ditangkap berkhalwat pun dia rasa tersangat malu apatah lagi ditangkap sedang berzina. Oleh isteri sendiri pula tu. Mana dia mahu letak muka. Bukan tidak cukup ilmu agama yang mereka sudah berikan pada anak mereka. Tidak tahu kenapa anak lelakinya itu boleh berfikiran sesingkat itu sampaikan terlalu mudah tergoda dengan hasutan syaitan.

"Syed, abang minta maaf. Entah apa yang kurang didikan agama yang kami beri. Boleh dia buat kerja maksiat tu. Apa jua yang Syed minta, termasuk tamatkan perkahwinan anak - anak kita ni, abang setuju. Biarlah dia tanggung apa yang dia dah buat. Menantu saya layak dapat yang lagi baik dan berhak juga untuk bahagia." Haji Musa mengendurkan suara. Dia sayangkan hubungan anak menantunya. Tapi apa yang anaknya telah buat adalah kesalahan besar. Tidak layak untuk dimaafkan.

Rayyan angkat wajah memandang pada ayahnya. Sungguh dia tak sanggup untuk mendengar kata - kata dari mulut ayahnya itu. Melepaskan Diya Zulaikha adalah tidak sesekali. Dia masih sayangkan isterinya, malah terlalu sayang. Tapi dia tewas pada nafsu. Vibrate handphone bergegar dari dalam poket seluarnya, dia gagau dan lihat siapa pemanggilnya. Hmmm... Nama Emily menghiasi pada layar skrin telefonnya. Dia ketap rahang. Tak faham - faham, sudah dimaklumkan awal - awal supaya jangan call atau WhatsApp ketika dia balik ke sini. Dia ignorekan sahaja. Malas mahu melayan.

"Okaylah Syed, abang balik dulu, dah malam sangat ni. Abang harap biarlah tuan empunya diri yang selesaikan semua ni dengan matang dan bukan secara kebudak - budakan." Haji Musa mahu undur diri. Hatinya masih sakit memikirkan perbuatan anaknya itu. Tapi dia tak mahu, disebabkan perangai anaknya, hubungannya dengan besannya itu akan berakhir begitu sahaja. Yang buat salah anaknya bukannya mereka.

"Okay baik abang, kita doakan urusan anak - anak kita dipermudahkan. Nanti pandu kereta elok - elok. Jika ditakdirkan hubungan perkahwinan anak - anak kita ni tak panjang, abang tetap besan dan abang saya dunia akhirat." Tuan Syed Zakri meraih Haji Musa ke dalam pelukan. Seolah - olah tiada hari esok.

Manakala, Rayyan masih tetap membatukan diri. Niatnya masih mahu memujuk isterinya itu. Tapi dia tau, itu hanya anganannya sahaja.

"Rayyan nak tidur sini boleh tak abah?"

Kedua insan yang masih berpelukan itu, memandang terus ke wajahnya. Tajam mata keduanya menikam. Rayyan telan liur. Salah ke soalan dan permintaan yang dia ajukan?

"Jangan kamu nak berangan. Sudah kamu buat anak abah macam tu, masih ada hati lagi nak tidur sini. Kamu baliklah. Diya pun tak nak tengok muka kamu. Ingat pesan abah masa kamu selepas akad nikah dulu. 'Jangan pernah sekali hancurkan hati anak abah. Jaga dan sayang dia sebagaimana kamu jaga dan sayang diri kamu,' Tapi apa yang kamu buat? Kamu berjanji depan abah dan kamu juga yang mungkiri. Takde peluang kedua lagi Rayyan, kamu dah buat kesalahan besar. Kamu ingat dengan memujuk dan meminta maaf, dapat menutup perbuatan zina kamu. Sedarlah, pintu taubat masih terbuka. Kembalikan anak abah seperti mana kamu ambil dia dengan cara yang baik dulu," Tuan Syed Zakri melepaskan rasa hatinya. Sesunguhnya dia masih bersedih akan nasib yang harus dilalui oleh anak tunggalnya itu.

Rayyan Hakimi terdiam dan terkelu seribu bahasa. Berterusan rasa menusuk ke tangkai hatinya mendengar setiap butir - butir perkataan yang terkeluar dari mulut bapa mertuanya itu, sejak dari awal dirinya di sini umpama ditembak dengan 'Machine Gun'. Dia sudah tiada daya lagi mahu membalas.

"Baliklah Rayyan."

Terasa bahunya disentuh lembut. Mengerti akan arahan dari emaknya, dia akur dan beredar dari situ membontoti belakang kedua orang tuanya.

Di dalam kereta, hatinya gundah. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan berhampiran dengan sebuah kedai makan. Malam - malam begitu masih banyak lagi kedai makan yang masih meneruskan operasinya. Tidak terlintas untuk turun. Dia mengambil handphonenya, nama isteri dia cari. 'SAYANG'... Cepat dia dail. Teruskan call, lagi dan lagi. Tapi hampa, apabila satupun tidak berjawab. Dia mengalah dan meneruskan pemanduan pulang ke rumah orang tuanya.

*******

Diya yang baru keluar dari bilik air hanya memandang sekilas handphonenya yang berkelip - kelip itu. Dari tadi handphonenya itu menyalakan cahayanya. Sengaja dia letakkan dalam mod 'silent'. Malas diganggu dalam emosi yang tak berapa stabil ini.

Baru sahaja mahu merebahkan kepala di atas bantal, bunyi ketukan pintu bilik kedengaran.

"Boleh Umi masuk?"

Suara si ibu dari luar pintu bilik memecah hening di malam itu. Mesti Umi sedang risaukan dirinya.

"Masuk Umi, pintu tak kunci pun," Diya menyahut, membalas pertanyaan uminya.

Pintu dikuak perlahan. Umi melangkah masuk dan duduk di birai katil.

"Diya okay?"

Soalan itu agak sukar untuk dia jawab. Entahlah, nak kata okay, macam tidak. Nak kata tak okay, dirinya seperti okay dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini.

Diya senyum sekilas. Liur ditelan sebelum mengambil nafas.

"Diya okay Umi. InshaAllah, Diya masih mampu nak hadap semua ni, walaupun sakitnya rasa mahu pecah di dada. Umi jangan risau, anak Umi masih kuat." Diya membalas. Air matanya seakan ingin bergenang, tapi sedaya mungkin dia tahan. Dia tidak mahu lagi bersedih di hadapan orang tuanya. Tidak mahu Abah dan Umi rasa susah hati. Dia mahu, biarlah di mata kedua orang tuanya, emosi sangat stabil.

"Baguslah sayang, Umi yakin, anak Umi kuat. Selesaikan cara baik dengan Rayyan. InshaAllah, semuanya akan dipermudahkan. Yakin, Allah sentiasa ada dengan kita." Sedikit nasihat dia berikan untuk anak tunggalnya itu. Tubuh anaknya dia raih ke dalam pelukan. Digosoknya perlahan belakang badan anaknya itu. Kerana dia tau, buat masa sekarang, anaknya itu amat perlukan sokongan dari dia dan suaminya.

"Terima kasih Umi, selalu ada dengan Diya waktu Diya tengah susah, tengah sedih dan tengah gembira juga. Diya sayang Umi." Terhambur juga air mata yang dia tahankan sejak tadi. Berderai membasahi pipi munggilnya. Terhinggut bahu dengan tangisan di bahu Uminya itu.

Happy reading semua (>_<) -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience