Bab 3

Humor Series 30996

Keesokkan harinya, kejadian tentang bagaimana seorang bidadari dari syurga turun mencemar duli ke dunia manusia itu menjadi kecoh sebentar.

Semua tak habishabis bercerita sambil mengharapkan bidadari yang serupa akan datang lagi untuk makan disini.

Ataupun mungkin gadis yang lebih cantik?

Azlan? Azlan tertunggu-tunggu. Dia tidak mahu leka dalam permainan kali ini.

Mana tahu, gadis itu akan datang sebentar lagi. Ataupun sebentar lagi. Ataupun sekejap saja lagi. Mana tahu kan? Kali ini, 2 meter dari pintu masuk itu dia akan mulakan proses sapaan.

Tidak akan lagi terleka macam semalam.

Kekecohan itu menarik perhatian Nizam, salah seorang pekerja yang tidak hadir bekerja semalam.

Setelah segala maklumat nampak (ciri-ciri nyata yang ditonjolkan) tentang si gadis itu diberi oleh semua yang ada semalam, mereka semua mendapat sebuah lagi berita yang boleh dikira mengembirakan. Rupanya gadis itu merupakan kawan sekolah Nizam. Dan, bidadari syurga itu bernama Lisa.

Tanpa disangka rupanya maklumat yang paling penting dalam dunia hanya akan muncul pada penghujung perbualan.

“Dia kerja dekat sini tau. Kedai buku Boarders, tingkat 2,” Gadis comel. Kerja pula di kedai buku. Wow.

Azlan sungguh mudah tertarik dengan gadis yang gemar membaca buku.

Ataupun bekerja di kedai buku, mana mana pun boleh. Asalkan ada kena mengena dengan buku, hati Azlan memang tidak fikir dua tiga kali untuk jatuh cinta biasanya.

Dan juga ini menguatkan lagi yang ya, Azlan memang sudah betul betul angau dan jatuh cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience