Bab 9

Vampire Series 4523

“ Emelyn.. Bangun sayang.. ”

Jap.. Macam aku kenal suara tu . Yang pasti bukan Cealyn lah .
Perlahan-lahan aku membuka mata aku .

“ Bangun . ” kata wanita itu sambil tersenyum lembut . Senyuman itu , mama !

“ Mama ! ” lantas aku memeluk wanita itu . Sungguh aku merindui wajah itu walaupun baru sekejap tidak berjumpa .
Anne mengusap lembut kepala aku lalu membalas pelukan aku dengan erat sekali . Tiba-tiba aku rasa bahu aku disentuh lembut .
Aku meleraikan pelukan aku lalu memandang ke arah gerangan yang memegang bahu aku . Dia lagi tersenyum apabila aku memandangnya .
Aku terkaku seketika . Betul kah apa yang aku nampak ni ? Papa ? Senyum dengan aku ?

“ Maafkan papa . Papa dah banyak buat silap dengan Lyn . Papa minta maaf . ” katanya perlahan . Reaksinya juga bertukar menjadi sedih .

Aku dah lama maafkan papa , papa tak payahlah minta maaf lagi..
Tanpa menjawab kata-kata papa , laju saja aku memeluk tubuhnya . Ini yang aku inginkan selama ini .
Kasih sayang seorang ayah..

Perlahan-lahan bibir Lucas mengukir senyuman , lalu membalas pelukan aku .

“ Lyn.. Lyn kena kuat eh . ” kata Lucas .

Berkerut dahi aku apabila mendengar papa berkata seperti itu . Aku meleraikan pelukan aku lalu memandang kedua wajah insan tersayang .

“ Relakan pemergian kami . ”

“ Ke.. kenapa mama cakap macam tu ? ”

Anne dan Lucas hanya tersenyum mendengar soalan aku .
Mata aku mula bertakung . Kenapa cakap macam tu ? Kenapa macam mama dan papa nak pergi jauh ?

“ Apapun yang terjadi , mama dan papa akan selalu ada dalam hati Lyn . Ingat tu . ” kata mama perlahan lalu mencium dahiku . Begitu juga dengan papa .

“ Mama.. Papa.. Tolong jangan tinggalkan Lyn.. Please.. ”

Aku memegang erat tangan papa dan mama . Namun mereka berusaha untuk melepaskan pegangan tanganku .
Mereka berundur ke suatu tempat berwarna putih yang amat terang .

“ Ingat pesan mama . ”

Perlahan-lahan mereka hilang dari pandangan aku .

“ Mama ! ”

Mata aku serta merta terbuka luas . Cerah je pemandangan aku , masuk syurga kah ? Lantas aku berdiri dari perbaringanku .
Aku memegang kepalaku sendiri . Kepalaku berdenyut kuat . Apa dah jadi sebenarnya ?

“ Hey , are you okay ? Awak janganlah berdiri dulu . ” kata seorang lelaki sambil memegang bahuku .

Aku yang baru sedar akan kewujudan dia di bilik aku terus memandangnya dengan mata yang tajam . Aik ? Sejak bila ada Kaneki Ken dalam bilik aku ni ?
Aku tidak mengendahkan kewujudan dia , sebaliknya aku terus duduk di birai katil . Kepala aku tak bagi kerjasama langsung !
Jam dinding aku kerling . Sudah pukul 11 malam ! Boleh tahan lama juga aku pengsan .

“ Awak okay tak ? ” soalnya sambil turut memegang kepala aku .

Terundur kepalaku apabila melihat tangannya ingin menyentuh dahi aku . Cantek nampak main sentuh sentuh . Kenal pun tak .

“ Cealyn . Awak.. ”

“ Saya bukan Cealyn ! ” suaraku agak meninggi . Kenapa semua nak panggil aku Cealyn ?

“ Oh yeah . Maaf maaf .. ”

Aku memandangnya dari atas ke bawah lalu ke atas semula . Wahh Kaneki ! Okay memain je . Dia ada iras-iras Kaneki hehe . Tapi kenapa muka pucat semacam saja ?

“ Awak siapa ? Macam mana boleh ada di sini ? Parents saya mana ? ”

Bertubi-tubi aku menyoalnya . Aku tengok dia mengeluh berat . Dah kenapa ?
Baru saja dia mahu membuka mulut , tiba-tiba
aku teringat pasal Emelya . Seingat aku dia belum kena gigit atau apa .
Lantas aku berlari keluar dari bilik aku lalu mencari kelibat Emelya .
Pintu biliknya aku buka dengan kasar . Takut punya pasal , macam ni lah jadinya .
Aku tengok Emelya tengah duduk di katil . Lepas tu ada seseorang ni tengah ubat kaki dia . Aku perhati betul-betul muka lelaki tu . Alvin Chong ??? Asal banyak betul muka artis kat dalam rumah ni ??

“ Kak Lyn ! ”

Emelya berlari ke arahku lalu memeluk aku dengan erat . Aku membalas pelukannya . Tiba-tiba aku terdengar Emelya sedang menangis .
Aku meleraikan pelukannya lalu melutut untuk menghadap dia .

“ Hey , hey .. Kenapa nangis ni ? ” soalku sambil menyeka air matanya .

“ Mama dan papa dah tinggalkan kita . ” kata Emelya

Aku terkaku . Mama dan papa telah pergi ? Kenapa ? Apa sebenarnya yang terjadi ?

“ Kak Lyn pergi mana semalam ? Lya takut sangat dengan makhluk tu . ” sambungnya lagi . Tangisannya semakin kuat .

Tiba-tiba kejadian semalam bermain semula di ingatanku . Benar ! Makhluk itu yang membunuh kedua ibu bapa aku ! Tak guna !
Aku pandang Lya , Lya pandang aku . Aku tersenyum pahit . Aku tidak mampu berbuat apa-apa . Balas dendam ?
Tidak . Aku tidak diajar seperti itu .

“ Lya kena kuat eh . Walau apa pun yang terjadi , mama dan papa akan tetap berada dalam hati kita . ”

Aku mengulang semula kata-kata mama . Akan aku ingat sampai bila-bila pesanan itu .

“ Ehem . ”

Serentak aku dan Emelya memandang ke belakang . Tadaaa ! Kaneki Ken in the house . Haih macam mana aku boleh lupa tentang diorang ni .

“ Kaneki ? Nani ?! ” jerit Emelya lalu berlari mendekati lelaki yang berwajah serius itu . Bersinar-sinar matanya .

Aku dah agak akan jadi macam ni . Tapi tak apa lah , asalkan Emelya boleh lupa tentang kesedihan tu .
Perlahan-lahan aku mendekati lelaki itu . Men.. cu.. ri.. ga.. kan..

“ Awak siapa ? ” soalku terus .

“ Perlu ke awak tahu ? ” soal lelaki yang berwajah Kaneki tu .

Ui aku tanya kau , kau tanya aku balik ? Mestilah aku nak tahu . Mana tahu korang ni penculik bersiri ke apa .
Aku hanya mengangguk .

“ Ad , perlu ke kita bagitau ni ? ” soal lelaki itu kepada sahabatnya yang bernama Adryan .

“ Hm . ” jawabnya .

Macam tu saja kah dia jawab ?

“ Alright . Saya Kein . Yang ni Adryan . ”

“ Abang , kenapa muka pucat ? Sakit ke ? ” soal Emelya kepada Adryan . Halah dia ni , yang muka Alvin Chong dia tak layan pula .

Eh yalah , kenapa muka diorang pucat betul ni ? Sakit ? Aku tengok diorang macam sihat saja .
Adryan melutut sambil tersenyum lembut memandang Emelya . Kepala Lya diusap lembut .
Wahhh ! Terserlah ketampanan disitu .

“ Muka vampire memang pucat . ” katanya selamba .

“ Oh vampire . Patutlah muka pucat semacam . ” kataku perlahan sambil terangguk-angguk macam budak tadika .

Eh jap ! Apa dia cakap tadi ? Aku tak salah dengar kan ? Vampire ?! Argh !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience