BAB 1

Romance Completed 22633

Hush, hush, hush
Blush, blush, blush
You are now my big fat crush

I'm single as I can be
You're single, perfect for me

I'm gonna give you a bunch of reasons
Why you should date me

Reason number one - I'm super hot
Reason number two - she's super not

Reason number three - I'm all you got
And all you got is someone hot

Tok ! Tok ! Tok !

Aku sudah kenal dengan bunyi ketukan pintu itu, pastinya ketukan itu milik Qisya Nur iaitu kawan serumah aku. “Yes Qisy apa yang kau nak daripada aku? “ aku berkata sambil ketawa setelah aku mendengar ketukan pintu daripada Qisya.

“Hei Auni, kau ni kalau mandi tak menyanyi memang tak sahkan? Kalau suara sedap macam Dato’ Siti Nurhaliza ke? Macam Dato’ Rossa ke? bolehlah aku rakam jadikan caller ringtone, ini tidak suara macam katak nak panggil hujan sebab ada ular sawa gedabak nak makan katak tu. Hahahaha !” Kata Qisya sambil ketawa terbahak-bahak.

Qisya Nur kalau sudah ketawa Astaghfirullah, kalau puntianak dengar pun boleh pencen jadi puntianak ataupun puntianak tu mati kali kedua, lagikan Naura Auni yang mendengarnya, boleh terkena serangan jantung tak berhenti Wokkk!!!.

“Ini tak kelakarlah Qisy, kau ingat suara aku ini datang dari tekak Dato’-dato’ tu ke ? Suara diorang tu merdu, sedap sebab mestilah diorang dah dilatih dari muda. Tengok macam aku ni, sedang berlatih untuk memerdukan suara yang macam katak panggil hujan, tapi tak merdu-merdu jugak, agak-agak kalau aku pergi mana-mana pencarian bakat, dapat tak? Mesti tak punya ! hahahaha !”

Aku berkata kepada Qisya sambil ketawa terbahak-bahak. Tengok aku sudah terikut jejak langkah Qisya yang macam puntianak itu.

Manakala Qisya tidak membalas dan pergi tanpa membalas kata-kataku tadi dan aku menyudahkan membersih diri dan keluar dari bilik mandi dan terus ke bilikku untuk bersiap. Malam ini kami berdua akan berdating di pasar malam. Oh Yeah !!.

“Hish !!! kenapa ramai sangat malam ini? Aku paling rimas kalau orang ramai-ramai ni, sekali tengok aku rasa mual, dua kali tengok Allah macam nak rebah tubuh slimku !!!” Kata Qisya sambil tangannya mengibas mukanya yang bermekap nipis itu. “Kau ni Qisy, biasalah tu malam minggu right?”

Ini satu fakta, kalau tak mahu lihat orang ramai, janganlah datang ke pasar malam minggu pastinya kesabaran akan tercabar dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk masuk ke dalam pasar malam minggu ni.

Setelah selesai kami membeli makanan yang menggugat keimanan, kami berdua pulang ke rumah sewa dengan hati yang riang.

Semasa di dalam kereta milik Auni dalam perjalanan pulang mereka.

“Auni, aku lupalah kau beli makanan apa tadi?” Qisya bertanya. “Kau ni Qisy macam nenek tua, asyik terlupa sahaja. Aku kan beli keropok lekor, dan Nasi Tomato. Hmmmmmmmm…dapnyehhh!!! Tak sabar aku nak sampai rumah, nak makan makanan favourite aku ni, kenapa?” Selepas menjawab, aku mengajukan soalan pula kepada Qisya.

“Takdelah aku cuma terlupa nak bagitau kau yang tadi masa dekat pasar aku macam ada ternampak Danish pojaan hati kau tu” Amboi sekarang baru nak bagi tahu aku, tapi soalan Qisya tadi macam tak ada kena mengena dengan hal Danish. Auni berkata di dalam hati.

“Qisy kau ni peliklah, mula-mula kau tanya aku, apa yang aku beli kat pasar tadi, selepas itu kau boleh melencong ke bab mamat Danish tu pula? Kau kenapa?” Soalku yang sudah mula curiga dengan Qisya.

“Bukan macam tu Auni, aku termelencong ke bab mamat tu sebab masa kau beli Nasi Tomato kegemaran hang itu ! Aku terperasan yang Danish pun ada dekat situ juga, sedang perhatikan kau sambil tersengih-sengih macam beruk busuk !”Aku terkejut dengan apa yang baru Qisya katakan tadi. “ Are you sure? Seriously ? Oh My Gucci !!”Aku tergedik sekejap, biasalah perempuan kalau kawan baik cerita pasal crush yang diminati, pastinya akan terjadinya situasi seperti tadi.

Selepas itu, Naura Auni dan Qisya Nur terus leka berbual di dalam kereta itu sehingga mereka tidak sedar yang mereka sudah berada di garaj rumah sewa mereka yang menempatkan kereta milik Naura Auni.

“Eh ! Auni, cepatnya kita sampai selalunya bukan ke macam lama sangat nak sampai dekat rumah ni?” Pertanyaan Qisya yang membuatkan Auni bengang dan hanya membalas pertanyaannya dengan cubitan di paha. “Aduhh !!! Sakitlah Auni. Kau ni memang tangan gunting ketam betul, pantang orang mainkan sikit, dah kena habuan. Apadaa !”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience