Bab Tujuh

Romance Series 4862

"Itu sahaja. Terima kasih kerana bekerjasama dengan pihak polis. Bersurai." ucap Inspektor Darfien rakan Inspektor Bahirah.

"Sama-sama." ucap Izzat tanda hormat. Kami berjalan seiring ke kereta Izzat.

"Thanks, Izz. Kalau Izz tak ada tadi mesti Ira dah kena ragut." ujarku sekadar basa basi.

"Welcome." jawab Izzat perlahan. Kereta Mercedes Benz milik Izzat berbunyi.

"Izz dah lunch?" tanya ku.

"Belum lagi." jwab Izzat acuh tak acuh.

"Kenapa Izz layan Ira acuh tak acuh aje? Ira ada buat salah dengan Izz ke? Maaflah sebab susahkan Izz." ujarku, terasa. Muka Izzat kelihatan gelisah.

"Erk. Maaf la. Iz... Saya errr... Terkejut lagi." kata Izzat tergagap.

"You can use Izz or saya. Jangan lah tergagap bila cakap dengan Ira. Ira tak makan Izz la." gurau ku.

"Okey. Lain kali Izz tak gagap." ujar nya perlahan. Aku tersenyum melihat muka Izzat kemerahan.

"Why don't kita lunch sesama, kat Kafe Deodrama?" aku memancingnya.

"Err... Tak apa la. Izz lunch dengan Harith hari ni." bohong Izzat sedangkan hari itu Harith lunch bersama girlfriend nya.

"Tch. Izz ingat Izz bole tipu Ira ke? Ira tau la Harith lunch dengan girlfriend dia." ujarku membuatkan Izzat tak keruan.

"Okey la fine. Izz tak nak tak apa. Ira tak nak paksa paksa Izz." rajukku.

"Tak! Actually Izz nak pergi tapi Izz malu." ujar Izzat tanpa sedar.

"Tak payah malu malu. Sebab kawan Ira pun join sekali." ujarku memberi senyuman manis.

"Okey la."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Suasana di meja bernombor 34 yang bertempatkan aku, Izzat and Dilla sunyi semata mata.

"Dah nak order dah?" soal Dilla memecahkan kesunyian.

"Yep. Izz panggil la pelayan tu balik." pinta ku. Izzat melayangkan tangannya keatas.

"Nak order dah?" soal pelayan itu. Aku dan mereka bertiga mengangguk serentak.

"Saya nak Fish And Chip dengan Sirap Bandung." ujar Dilla.

"Saya pulk nak Nasi Goreng Paprik dengan Milo Ais." ujarku pula

"Err... Sama macam dia." ujar Izzat menuding jarinya ke arah ku. Tergagap Izzat berkata. Pelayan di situ hanya tersenyum.

"ok. Dalam beberapa minit oesanan anda bertiga sampai." kata pelayan itu lalu berlalu pergi.

TANPA MEREKA SEDAR ADA SEORANG LELAKI UPAHAN MENGINTAI DAN MENANGKAP GERAK GERI MEREKA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience