CHP 2

Romance Series 55119

Iryna melihat wajahnya di cermin, disapukan bedak sedikit di bawah matanya, mengenakan sedikit mekap untuk melindungi matanya yang bengkak akibat menangis semalam. Dia bersiap untuk pergi ke kerja hari ini. Kelihatan di meja makan, Halisa dan Idham sedang menjamu selera. Halisa yang bekerja pejabat manakala Idham baru menginjak ke 18 tahun. "Kak Halisa, Idham.." tegur Iryna. Dia kadangkala pelik, kenapa mereka berdua tidak pernah mahu rapat dengan dirinya.

"Tak payah nak panggil aku kakak lah! Puas hati kau sekarang.." jerkah Halisa. Iryna terdiam, "apa maksud akak ni?" Soal Iryna. "Bapa sakit dalam bilik sebab fikirkan pasal kau! Kau ingat kita ada duit sangat ke nak bayar balik semua ini. Ingatlah sikit, kita ni hidup dahlah kena tanggung oleh orang!" Kata Halisa tidak puas hati. "Akak.. saya tak nak kak, saya tak nak kahwin, berapa hutang kita dengan orang tu, biar Iryna bayar." Jelas Iryna. "Hahahha. Kau kerja siang malam dekat kedai bunga tu, kau tak mampu nak bayar lah. Sedar lah sikit, kau tu dahlah an..." Belum sempat Halisa menghabiskan ayatnya, muncul Bapanya sambil memegang dada.

"Halisa!" Jerit Bapa, jelas kelihatan perit di wajahnya. "Bapa..." Berlari mereka bertiga.. "Dahlah, jangan paksa Iryna.. kalau dia tak nak kahwin.." jelas Bapanya, sekali lagi air mata Iryna mengalir. Adakah dia yang terlalu mementingkan dirinya atau dia mangsa keadaan?
***
Dayen masih meneliti laporan syarikat mereka, mereka masih berada di landasan yang kukuh, empayar ini dikukuhkan oleh bapanya. "Remember Dayen, stop being childish! Be mature, this is you gonna ruin when you grow up." Jelas terbayang didikan bapanya yang tegas, manakala ibunya seorang yang baik. Melengkapi antara satu sama lain.

"Dato.." panggil Sham. "Hemm.. kenapa Sham? Any news from them?" Soal Dayen. Setelah mendengar butiran cerita tersebut, riak wajah Dayen berubah.
***
"Kenapa Iryna? Kenapa? Saya ada buat silap ke?" Soal majikannya. "Tak Puan, betul.. Puan tahu saya sukakan tempat kerja ini, tapi.. betul, saya tak dapat nak teruskan sebab ada masalah yang tidak dapat dielakkan Puan." Kata Iryna. Ya, hari ini dia berhenti kerja.

(IMBAS KEMBALI)
"Bapa okay?" Kata Iryna sambil menghulurkan air suam kepada bapanya, bapanya hanya tersenyum manis kepada Iryna. "Tiada apa yang perlu dirisaukan Iryna.." senyum bapanya. "Mama mana?" Soal Iryna. "Mama.. dia..." Belum sempat Bapanya bercakap, "sebab kaulah.. mama terpaksa cari kerja nak bayar hutang. Kau tahu tak?" Kata Halisa. "Halisa! Bapa cakap cukup..." Tegas suara bapanya. Iryna hanya menundukkan wajahnya ke lantai. "Kenapa perlu dia mementingkan diri hanya kerana perkara ini..." Lama dia mendiamkan diri.

"Iryna.. takde apa yang perlu dirisaukan. Betul.." kata bapanya. "Pa... Iryna dah tekad!" Kata Iryna, sambil mengelap air matanya.
***
(PARIS)

"Dato.. mereka dah bersedia?" Kata Sham, selaku pembantu pribadinya. "Bersedia atau tidak.. Irsha kena khawin dengan aku, Sham. Aku dah lama menantikan saat ini, kalau kau nak cakap aku obses dengan Irsha, ya... Aku obses dengan dia. Dia sahaja kawan aku yang ada waktu aku kecil." Kata Dato Dayen Dylan. Sham hanya diam, "saya takut kalau Irsha yang tak bersedia, Dato. Kesian dia." Kata Sham, sedikit memujuk. "She will... And you should call her Puan, after this.. Sham, she very important person for me." Kata Dylan.

Sham hanya diam, begitu besarkah cinta majikan kepada gadis ini? Atau... Obses ingin memiliki seorang gadis yang bernama Irsha?

"Aku harap aku dapat balik waktu kami kahwin nanti, sediakan semua. I want everything must be perfect. Selesai sahaja kami dinikahkan, aku akan bawa dia tinggal dengan aku! Sebab janji aku, untuk bahagia Irsha sepertimana dia bahagiakan aku waktu kami kecil." Tegas Dayen.
***
Iryna hanya menangisi nasibnya, "kahwin?" Tidak terlintas perkara ini di mindanya yanga berumur 23 tahun ini. Masih banyak yang ingin dia lakukan. Masih banyak. Iryna merenung wajahnya di cermin. "Siapalah suami aku ni? Ya Allah.." kata Iryna. Kedengaran pintu diketuk perlahan.

"Masuk.." kata Iryna, sambil mengelap sisa air matanya. "Iryna. Mari turun ke bawah, ada hadiah untuk Iryna daripada bakal suami Iryna." Lembut tutur kata ibunya. Iryna hanya mempamerkan senyuman.

Mereka turun ke bawah, dan terkejut melihat dulang-dulang yang sudah memenuhi ruang tamu. " Daripada siapa ni Pa?" Soal Iryna, lembut. "Daripada suami kamu, Iryna.. sempena perkahwinan kamu yang akan berlangsung hujung bulan ni.." kata bapanya.

Halisa yang baharu sahaja sampai daripada tempat kerjanya terus meluru masuk ke dalam rumah. "Uisyhh! Eksklusif betul barangnya. Kan, aku dah cakap.. kahwin jelah. Kau yang untung. Ni bukannya murah-murah ni. Kau pun untung, keluarga kita pun untung." Kata Halisa. "Halisa!" Tegur Bapanya, "apa. Tak betul Halisa cakap, asyik nak menangkan je budak ni. Dahlah.." kata Halisa. Iryna hanya diam sambil menyentuh lembut barang hantaran tersebut. Siapa suaminya, dia masih belum pasti.

Kedengaran bunyi telefon rumah berbunyi, cepat-cepat Papanya mengangkat telefon tersebut, "ya.. saya.. baik. Terima kasih." Kata Bapa, sejurus sahaja dia meletakkan gagang telefon. "Iryna, bakal suami kamu nak percepatkan perkhawinan. Hujung minggu ni." Kata papanya, perlahan.

Tertunduk terus Iryna. "Ya Allah, kalau ini takdirku, aku reda .. Ya Allah." Bisik Iryna dalam hatinya.
***
"Dato... Cepat sangat ni Dato, bagilah Puan bersedia dulu..." Pujuk Sham. "No Sham, I don't want. Sekarang kau hubungi pihak penerbangan, cakap aku nak tukar tarikh. Aku sanggup bayar berapa sahaja." Kata Dayen.

"Dato... Kenapa nak tergesa-gesa Dato.. kata pihak sana dah setuju juga, kenapa nak diawalkan lagi?" Soal Sham. Dayen yang hilang sabar terus menarik kolar baju Sham. "Kau dah tahukan berapa lama aku tunggu dia. Kau nak aku tunggu dia berapa tahun lagi? Semuanya aku dah laksanakan.. for once, Sham. Let me do what I want.. kau cuma nasihatkan aku, mana yang patut je." Kata Dayen, sambil melepaskan kolar baju Sham.

Sham sedikit terkejut, sedikit sebanyak tuannya mengambil sedikit sikap bapanya. "Semoga Irsha ini macam Ibu Dayen, lembut yang boleh menundukkan Dayen. Seperti ibunya melembutkan hati ayah Dayen." itu bisik hati Sham.

"Baik Dato. Saya akan usahakan. Maafkan saya Dato." Kata Sham terus keluar dari biliknya. Dayen masih merenung bangunan di hadapannya, " I promise you Irsha, Irsha akan bahagia dengan saya.." bisik hati Dayen.
***
(IMBAS KEMBALI)

"Awak ni pandailah Ontel. Irsha suka belajar dengan Ontel. Susah tau bahasa Inggeris ini." kata Iryna ketika bersama-sama belajar dengan Dayen ketika itu di dalam kelas waktu rehat. "Ontel nak kongsi bekal dengan Irsha tak? Ibu masakkan Irsha nasi lemak. Nak?" comel Irsha yang ketika itu hanya ikat dua.

Dayen menganggukkan kepalanya laju-laju. Dia suka makan bersama Irsha.
***
(SEKARANG)

"Sikit masa lagi sayang... Abang janji, Abang akan bahagiakan Irsha." gumam hati Dayen. Cukup dia melupakan gadis ini selama 6 tahun dia berada di sini. Namun, kini sudah tiba masanya dia memperisterikan gadis ini. Iryna Irsha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience