Bab 71

Romance Completed 207871

Sebaik Enrico dan Alice beredar, Caden terus memaut jemari Intan lalu membuka langkah laju keluar dari restorant. Intan tertarik tangannya yang berada di dalam genggaman Caden membuatkan kakinya juga turut mengikut Caden.

Makan pun tak sempat nak habiskan dah terpaksa mengikut Caden.

Nasib baik sempat mencapai pouch bag dan beg kertas tadi. Kalau tidak, jadi kerja pula nak ambil kemudian nanti.

Caden membuka langkah menuju ke lift bersama Intan yang diheret bersama. Dalam perjalanan menuju ke lift, banyak mata yang memandang tindakan Caden memaut jemari Intan.

Antara yang turut memandang kejadian tersebut Aishah dan Amira yang baru selesai melakukan kerja. Bulat mata mereka dengan mulut yang ternganga memandang jemari Intan digenggam Caden.

"Apa dah jadi ni" soal Aishah pada Amira di sebelahnya.

"Mana la aku tau.. Tapi apa hubungan Intan dengan Tuan Caden?" soal Amira pula.

Aishah dan Amira saling memandang dan bahu dinaikkan.

Carlos hanya mengekori Caden dan Intan dari belakang. Sebaik tiba di hadapan lift, butang ke atas ditekan dan pintu lift terbuka.

"Intan!" jerit Aishah.

Intan yang terkejut dengan panggilan itu hanya mampu menoleh sambil tersenyum dengan sebelah tangan lagi yang memegang pouch bag dan beg kertas naik melambai pada rakan-rakannya yang sudah terkejut macam nampak alien kepala lapan!

Adoi.. Jenuh la nak jawab whatsapp lepas ni. Senyum je la Intan.. Haih! Senyum pun dah tak macam senyum.

Huh! Nasib baik dah masuk dalam lift, kalau tidak mana nak sorok muka pun tak tau.

Caden yang berada rapat di sisi Intan tiada tanda mahu melepaskan genggaman tangan tersebut. Tegak sahaja pandangannya ke hadapan. Carlos yang berada di belakang pula hanya diam tidak berbunyi.

Wajah Caden waktu ini sukar mahu ditafsirkan, marahkah dia? Serba salah jadinya. Intan hanya menunduk memandang lantai lift.

Ting

Pintu lift terbuka, Caden menarik tangan Intan menuju ke bilik rehat manakala Carlos pula terus ke pejabatnya.

Password pintu bilik rehat ditekan Caden lalu Caden bersama Intan melolos masuk. Kasut ditanggalkan dan Intan ditarik ke tengah ruang tamu.

Tanpa menunggu, Caden terus menarik Intan ke dalam pelukannya. Lama dan erat sekali pelukan itu.

Intan jadi keliru. Perlahan tangan Intan melepaskan pouch bag dan beg kertas ke lantai lalu kedua-dua tangan Intan naik memeluk belakang tubuh Caden dan mengusapnya perlahan.

Caden kemudian meregangkan pelukan dan kedua-dua tangannya naik memegang kedua-dua pipi Intan dan diusap lembut. Mata bertentang mata.

"Sayang.." seru Caden dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

"Abang, sayang minta maaf" ucap Intan sambil mengusap tangan Caden yang memegang pipinya.

"Sayang tak sepatutnya keluar dengan Rick" tambah Intan lagi.

"Sayang kenal siapa Enrico?" soal Caden pelik. Bagaimana Intan boleh kenal dengan Rick.

"Sayang kenal secara tidak sengaja, sayang terlanggar masa nak masuk kedai 24 jam kelmarin. Sayang tak sangka yang Rick abang Alice" jawab Intan.

Caden kemudian menarik tangan Intan menuju ke sofa di ruang tamu. Pouch bag dan beg kertas di atas lantai turut diambil dan diletakkan di atas meja kopi.

Caden melabuhkan duduk di sofa dan Intan ditarik ke atas ribaannya. Terperanjat Intan.

"Sayang berat la abang. Lenguh nanti kaki ni" kata Intan yang mahu bangun dari ribaan Caden.

Belum sempat Intan bangun, tangan Caden sudah melilit pinggang Intan. Kepala Caden menggeleng tidak benarkan. Intan akhirnya menurut. Jaket pada tubuh ditanggalkan dan ditelakkan di armrest kemudian tudung pula ditanggalkan dan diletakkan di atas meja sisi.

"Bila sayang dapat tau Rick abang Alice?" soal Caden

"Masa sayang minum kat cafe selepas terlanggar dengan Rick. Tapi masa tu tak sempat nak berbual lama sebab sayang terpaksa balik ke pejabat, ayah datang cari sayang" terang Intan.

"Sayang keluar minum dengan Rick?" soal Caden tidak percaya.

"Sorry, Rick ajak minum sebagai tanda minta maaf. Tak ada sebab lain pun" terang Intan.

Kuat Caden menghela nafas.

"Sayang tau tak siapa Rick?" soal Caden sambil memandang wajah Intan. Apa la yang difikirkan Intan, boleh sesuka hati mengikut lelaki yang baru dikenali keluar. Tau la awak tu polis tapi.. Haih..!

"Abang Alice? Hm.. Kawan yang menyebabkan rekod abang disalah erti?" jawab Intan tidak yakin.

"Rick, mafia terkenal di Italy sayang.. Orang macam dia bahaya" jawab Caden.

"Tapi sekarang dia di Malaysia, bukan di Italy" jawab Intan.

Hidung Intan dicuit. Hish, berani sangat la sayangnya ni..

"Sayang.. Sayang tau tak, apa yang Rick nak dia akan cuba dapatkan walaupun terpaksa membunuh?" kata Caden dengan riak wajah bersungguh.

"Dah tu apa kena mengena dengan sayang?" soal Intan tidak faham. Telinga Caden diusap-usap lembut sambil bibir membalas kata.

Ikut dia la nak buat apa pun, bukan ada kena mengena dengan dirinya. Pelik.

"Sayang tau tak, Rick berminat dengan sayang?" soal Intan.

Tergelak Intan mendengar kata-kata Caden.

"Abang cakap apa ni, tak logik langsung" kata Intan.

"Abang dapat rasakan dia memang ada hati pada sayang. Dari pandangan mata pun abang dah boleh tau. Abang lelaki sayang, kalau tidak, dia tak akan mahu berjumpa dengan sayang lagi" kata Caden.

"Abang.. Rick ajak jumpa sebab nak bagi barang pada sayang" jawab Intan lalu bangun dari ribaan Caden dan mengambil beg kertas pemberian Rick di atas meja kopi.

"Rick bagi ni" kata Intan lalu frame gambar diambil dan diserahkan pada Caden.

Terperanjat wajah Caden.

"Kenapa?" soal Intan.

Caden memandang wajah Intan saling berganti dengan frame gambar di tangan.

"Patut la kali pertama kita makan cendol tu abang rasa macam pernah tengok sayang. Rupanya gambar dari bilik Lucc" kata Caden.

Teringat kembali sewaktu mereka makan cendol di gerai tepi jalan. Tahi lalat di wajah milik Intan seperti pernah dilihatnya. Rupa-rupanya..

"Hm.. Maknanya abang memang tak tau sayang orang yang selamatkan Lucc? tapi abang dah pernah tengok gambar sayang di bilik Lucc. Macam tu?" ucap Intan.

Caden sudah dapat rasakan apa maksud Intan.

"Kalau sayang nak cakap abang kahwin dengan sayang sebab perkara ni. No! Abang tak kenal siapa sayang, tak! Itu tak benar. Abang tengok gambar sayang hanya sekali sahaja. Itu pun sebab Lucc tertinggal frame gambar ni di atas katil."

"Abang kahwini sayang kerana kasih dan cinta abang pada sayang. Tiada sebab lain" terang Caden sambil wajah Intan dipandang. Bimbang Intan salah faham. Tidak sanggup untuk kehilangan Intan.

"Jadi abang kenal siapa Lucc?" soal Intan lagi sambil tangan kanan naik memeluk leher Caden manakala tangan kanan pula mengusap lembut pelipis kiri Caden.

"Maknanya sayanglah bidadari Lucc.." perlahan Caden bersuara.

"Bidadari? Rick pun ada cakap macam tu" kata Intan lagi.

Intan memandang wajah Caden yang resah. Wajah Caden diusap.

"Kenapa ni?" soal Intan.

Caden hanya menggeleng. Frame gambar di letak di sisi dan pinggang Intan dipeluk rapat, disembamkan wajahnya pada dada Intan.

"Sayang.. Lucc tak pernah suka atau jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Bidadari yang selamatkan Lucc semasa tembak-menembak tu adalah cinta pertama dia" terang Caden.

"Hah?" kuat Intan terkejut. Biar betul. Aku selamatkan dia sebab dia salah seorang yang ada dalam senarai pemerhati. Tak lebih dari tu.

"Ya sayang. Lucc ada bagitahu pada abang dan Rick, dia ada mencari bidadarinya tu tapi tidak jumpa" terang Caden.

"Selepas sayang rawat luka Lucc, sayang dan Tuan Ihsan pulang ke Malaysia, tu sebab Lucc tak jumpa agaknya lagi pun masa di sana sayang tak guna nama sebenar" terang Intan.

"Habis tu sekarang ni macam mana?" soal Intan pula. Bimbang pula buat Lucc datang ke sini mencarinya. Tak ke haru nanti.

Leher Caden dipeluk kemas. Takut pula nak fikirkan kemungkinan yang berlaku.

"Tapi sayang jangan bimbang, Lucc tak akan cari sayang begitu juga denan Rick" terang Caden.

"Mana abang tau?" soal Intan untuk kepastian.

Caden hanya tersenyum.

Tubuh Intan di peluk rapat. Rindu semakin sarat di dada.

"Tapi Alice macam mana? Dia masih mengaku yang abang tunang dia" kata Intan lagi.

Caden hanya menggeleng.

"Sayang.." panggil Caden.

"Hm.." jawab Intan yang masih ralit dalam pelukan Caden.

"Maknanya masa abang dan Alice berbual dalam pejabat tempoh hari tu, sayang faham la?" soal Caden untuk kepastian.

"Haah" balas Intan mengangguk.

"Sorry.. Bukan niat sayang nak sorok tapi.." tak sempat Intan habiskan, jari Caden naik menekan lembut bibir Intan.

"It's okay. Abang faham" jawab Caden. Pasti Intan ada sebab tersendiri.

"Sayang tak pernah campur adukkan tugas dan peribadi" kata Intan.

"Ye ke..?" soal Caden dengan mata yang dikecilkan.

"Ye la.." jawab Intan yakin.

Ketawa Caden dengan keyakinan Intan tapi kalau difikirkan secara logik, bukan Intan yang memulakan tapi dia yang memaksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience