kandunganku menginjak 6 bulan. benjolan nya juga sudah besar. kata orang aku bagai sudah hendak bersalin.
"sayang tak tidur lagi ke?" amir mencangkung di sebelah ku.
"banyak lagilah kertas yang nak disemak. abang nak tidur, tidur je dulu" aku mengusap rambutnya .
"taknak, nak tunggu. esok tak kerja bolehlah bangun akhir sikit." dia mengucup tangan ku. urat ditangan ku timbul menimbul semenjak mengandung. dimain mainnya urat ku.
"mana mana abang la." aku menyambung kerja ku.
"abang nak baca novel tu" dia menunjuk kearah novel 'you R mine' lalu aku menghulur kepadanya.
ada satu muka surat lagi nak disemak. lepastu boleh tidur. aku menghabiskan kerjaku. perutku rasa tidak selesa. setelah habis menyemak. aku mengemas meja kerjaku. "penatnya." aku meraup muka ku berkali kali. tiba tiba, perut ku terasa sangat sakit.
"auwwwhh" aku menahan perutku.
"sayang kenapa ni?takkan la nak beranak. awal lagi ni" amir bernada cemas. risau sungguh. aku pun risau 'ya Allah, selamatkan bayi ku.'
dia memapah aku bangun dan tiba tiba " Ya Allah, darah! banyaknya!" aku terkejut mendengar perkataan darah itu semakin sakit terasa. lekas dia mengangkat tubuh ku dan masuk ke kereta.
"tahan sayang. banyakkan selawat '' dia menenangkan aku.
tiba di hospital, aku dimasukkan kedalam wad kecemasan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"tuan jangan risau. kandungan dan isteri tuan dah ok. cuma dia takboleh banyak bergerak sekarang ni." amir meraup muka berkali kali. " dia hanya mengalami pendarahan mungkin kerana stress" aku mendengar samar samar suara tersebut. selepas habis mereka berbicara, aku terasa ada seseorang duduk dikatilku.
"syukur sayang dan baby kita selamat." amir mengucup tanganku. seraya itu, semangatku kembali.
"abang" aku bersuara. " baby macam mana?" aku menggenggam erat tangannya.
"awak dengan baby kita ok syg" dia mengusap rambutku. aku senyum kerana syukur.
Share this novel