Bab 22

Humor Series 9625

Pokok bunga yang masih bertangkai itu aku tanam di dalam pasu dan diletakkan di balkoni rumah.Aku menjaganya dengan baik sekali.Walaupun pemberian Shahrul tu agak pelik..tapi demi kesiankan Firash yang dah berpenat lelah berlari kearah aku..Pokok tersebut aku ambil jua.

Pelik bebenar..selalunya orang bagi bunga dengan batang je.Ni dia terus bagi pokok siap pakej dengan akar sekali.Adoi.

Aku membuka bungkusan hadiah pemberian Natalein.Dengan perlahan salotape dicabut satu persatu dan menampakkan isi hadiah tersebut.

"Ish cantiknya!"ujar aku sambil mengangkat sehelai gaun yang mempunyai warna bercorak putih dan pelangi.Kaya betul Natalein nak hadiahkan ni kepada aku.

Aku menekap baju itu ke badan aku.Ehh macam muat2 aku je ni.Pandai dia pilih.Puji aku.

Kemudian bungkusan yang tertera nama aku pula dibuka.
Aku mengambil barang itu dari dalam bungkusan.
Lalu dikeluarkanya.Ada coklat Cadburry dengan seutas rantai yang tertera huruf H.Cantiknya!Huruf tersebut bertahtahkan belian.
Oh My!Why so cantik and mahal2 hadiah aku.

"Rantai tersebut kemudianya di pakai.Wahh cantik sangat!"ujar aku di hadapan cermin.First time dapat benda2 macam gugurl ni mana tak excited.

Kemudian aku turun ke bawah untuk minum air.
Kedengaran bunyi seseorang dibawah.Hmm ada tetamu datang ke?Ish janganlah dahlah harini pakaian aku memang macam kewanitaan sangat.Baju T-shirt panjang yang dilipat keatas siku ditambah dengan skirt polkadot.Hadoii selalunya pakai seluar je aku ni.Patu dengan rantai yang baru dipakai ni.

Pada anak tangga yang terakhir itu aku merapatkan diri ke dinding.Nak jenguk siapalah yang datang awal pagi ni.Jangan cakap Idlan bawak geng dia sudah.Haish.

Tengah syok aku hendap2.Tiba2 bahu aku ditepuk dari belakang.Tepukan tersebut tidak aku pedulikan.
"Ish jangan kacau lah"ujar aku memerhatikan tetamu di hadapan.Hmm tepat sekali!Idlan bawak kawan dia lah.Aku nampak Shahrul sedang menikmati air sirap ais kat ruang tamu.

"Ekhem"seseorang berdehem belakang aku.
Aku terkejut.Lain macam je ni..
Dengan perlahan aku memusingkan badan ke belakang.Membulat mata aku dek terkejut.

Firash tersenyum memandang aku.Dia yang berpakaian Kemeja putih serta melipatkan lenganya keatas tampak begitu menarik!
Oh Gosh dah Hayla jangan merepek.

"Haa..hendap sapa tu?"soalnya memerhatikan Shahrul di hadapan.
"Hendap?Siapa?"ujar aku sambil memerhatikan Shahrul dihadapan.
"Ehhh tak tak ada sesiapa lah"ujar aku.
Firash memerhatikan rantai di leher aku.
"Rantai baru ke?"soalnya.
"Haah.Ada peminat fanatik bagi"ujar aku ringkas.Kemudian, terus beredar ke dapur meninggalkan Firash di situ.Fuhh!

"Hey Lan!Bawak kawan tak cakap eh!"lenganya aku cubit.Idlan menjerit kesakitan.Huh macam podan je gaya kau jerit.

"Ishh apa kau ni,datang2 terus menyerang"
Beberapa keping biskut cips coklat yang dibeli oleh ayah dari luar negara diletakkan diatas piring.Lalu dia mengangkat piring tersebut dan dibawanya ke hadapan.

Aku memerhatikan Idlan dari belakang.Hish dah lah soalan aku tak dijawabnya.

Kemudian aku bergerak kehadapan untuk menuju ke kolam ikan.Tengah2 melintasi bahagian ruang tamu tu sempat pulak si Firash tanya soalan dekat aku.

"Ni kau ke Hayla?"soalnya sambil menunjukkan sebuah bingkai gambar.Muka aku masa kecik ditayang.Perhhh selekeh gila kot time tu.Gambar aku tengah makan ice cream.Habis comot muka patu boleh pulak ayah snapkan picture.Terus aku tersenyum tengok kamera.Adoii

"Eh tak lah cuba tengok betul2 tu muka Idlan tu"dalih aku terus menuju ke hadapan.

"Comel lah muka Hayla time kecik"ujar Shahrul pula apabila bingkai gambar itu ditunjukkan kepadanya.

Mata aku dikerlingkan keatas.Yah,Whatever.
Memang aku comel pun time kecik.Dah besar lagi bertambah comel aku ni.Wah sempat puji diri sendiri seh.

Kolam ikan aku tuju.Lalu aku melabuhkan punggung di tepi kolam tersebut.
Satu balang yang berisi makanan ikanan dibuka.Lalu aku mencampakkanya ke dalam kolam tersebut.
Bush!Berebut2 ikan tersebut mendapatkan makanan.

"Wah lapar ya semua.Nah makan2"ujar aku lalu menaburkan lagi makanan tersebut.

Kemudian pintu pagar yang ditutup itu terbuka dengan sendiri.Menunjukkan seseorang telah pulang ke rumah.Sebuah kereta hitam berkilat meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah.Lalu keluar seorang perempuan dari perut kereta.

"Hey budak!Mari sini kau!"laung Puan Mawar kepada aku.

Aku bangkit lalu menuju kearahnya.
"Kenapa mama?"soal aku.
"Pergi angkat pasu yang aku baru beli tu.Now!"arahnya.

"Tak apa Puan Mawar,Biar Cik Mad yang angkat.Berat pasu tu."ujar Cik Mad mahu membantu aku.
"No no!I want her not you!"tegas Puan Mawar.
Dah tak boleh nak dikata apa..ikutkan jelah.
Pintu bonet dibuka oleh Cik Mad.Sebuah pasu yang agak besar diletakkan ke dalam bonet tersebut.

"Betul ke Ila boleh ni?Berat ni"bisik Cik Mad takot kalau Puan Mawar dengar perbualan mereka.
"Its okay.Kacang je ni"ujar aku meyakinkan Cik Mad.
"Hati2 ok"pesan nya.Aku mengangguk faham.

Dengan kekuatan yang ada aku mengangkat pasu yang berat itu.

"Nak letak mana mama?"soal aku.
Dia menunjukkan kearah suatu sudut menggunakan jari telunjuknya.

"Dah aku nak masuk dulu"ujarnya sambil mula menapak untuk masuk ke dalam rumah.
Aku menuju ke sudut yang dikatakan.Okay hati2 Hayla..Naya kau kalau jatuh ni.Baru saja aku cakap tadi..Masin gila mulut.Secara tidak sengaja,Aku terpijak kain aku sendiri dan membuatkan aku terjatuh ke hadapan lalu badan aku tidak seimbang dan berlakulah..

"Prangggggg!"bunyi yang sungguh kuat.
Puan Mawar yang sudah hampir mahu masuk ke dalam rumah terus berpaling ke belakang semula.

"Oh My God!Pasu akuuu!!"jeritnya apabila melihat pasu yang baru dibelinya pecah begitu sahaja.

Aku yang jatuh tersembam menjarakkan diri daripada pasu tersebut seraya memegang tangan sendiri yang sudah mengeluarkan cecair merah dengan banyak.Muka aku berkerut menahan pedih.

Kau bayangkan kalau pasu yang besar gedabak tu pecah?Memang habislah badan aku kena tempias.Habis tangan aku dan juga lutut berdarah akibat tersalah landing tadi.

"Hey!Aku suruh letak je kan?Bukan suruh pecahkan!Yang kau dengki dengan aku ni sangat kenapa?!Habis pasu beribu aku ni!Mana nak ganti?!"tengking Puan Mawar sambil menunjal2 kepala aku.Dahlah tengah tahan sakit ni.Boleh pulak dia main kepala aku

Aku diam tidak menjawab.Tangan dan lutut aku sangat sakit nak gerak pun payah.

"Haa asal kau diam?!Jawab lah!Kau ni kan memang sengaja mencabar kesabaran aku tahu!"Tanganya diangkat setinggi mungkin.Bila2 masa sahaja tangan itu akan melekat di pipi aku.

Aku memejamkan mata.
Pleaselah hentikan walaupun sesaat.Aku tengah tahan sakit ni.Rintih aku dalam hati.

Aik macam tak ada apa2 je.Asal senyap ni.Aku membuka mata kembali.Huish!Terkejut aku.
Tangan mama kaku dipegang oleh Firash.
Mama menyentap tanganya kembali.

"Who are you want to stop me!"marah mama pula.
"Im so sorry aunty..but for me,perbuatan aunty ni dah melampau.Cuba tengok Hayla dia tengah cedera tu"ujar Firash cuba berlembut dengan Mama.

"What?!I dont even care!"balas mama kemudian dia menjeling tajam ke muka aku.
"Kau jangan ingat kau akan terlepas eh"ujarnya memberikan peringatan.Kemudian mama berlalu pergi masuk ke dalam rumah.

Idlan cuba untuk membangunkan aku yang sedang bersandar di dinding.

"No no..nanti aku bangun sendiri"ujar aku.
"Ila,Look keadaan kau!Dengan darah yang mengalir ni nak bangun sendiri?"soal Idlan.
"Lantaklah aku peduli apa?Im strong okay?"ujar aku.Tak macho lah kalau tunjukkan kau tengah lemah depan laki sekarang ni.

"Hayla..please jangan degil.Kitaorang nak bantu kau ni"ujar Shahrul pula.
"Aku tak perlukan bantuan korang pun lah!I can handle myself!"ujar aku menaikkan suara.

Idlan menggelengkan kepala.Keras kepala.Degil!
Aku cuba untuk bangun tapi hampeh apabila aku bersandar kembali ke dinding.Ok seriusly sakit gila.

"Ouch!"Ujar aku sambil berkerut.
"Haaa kau tengok tu degil lah kau ni!"ujar Idlan.
"Bising lah kau ni!"marah aku pula.Cuba untuk bangun buat kali kedua.Namun sekali lagi aku tersandar lagi.

Firash yang diam dan memerhatikan aku sedari tadi meraup mukanya.Jenis batu apalah kat kepala kau ni.

Serpihan kaca yang berada di sisi aku dialihkan oleh Firash menggunakan kasutnya.Membentuk satu ruang untuknya melutut di sisi aku.

"Aku dah cakap..tak payah nak.."
"Woaaaahhh!"jerit aku terkejut melihat apa yang dilakukan oleh Firash.
Habis Idlan dan Shahrul sendiri pun terbungkam.

"Haa bagus Firash!Bawak dia masuk cepat sebelum dia meroyan nak turun."ujar Idlan.

Tubuh aku diangkat oleh Firash dengan perlahan masuk ke dalam rumah.

"Woi apa kau buat ni?Ei lepaskan lah!"pinta aku sambil menggoyangkan kaki.

"Degil.Keras kepala.Belagak okay.Konon kuat."ujarnya perlahan sambil menatap ke hadapan.Mencari port nak letakkan aku.Sofa di ruang tamu di tuju.Lalu aku di baringkan diatas sofa.

"Kau kenapa nak main angkat aku?!"tengking aku marah.
"Kau kenapa nak tolak bantuan aku?!"marahnya pulak.Matanya merenung tajam mata aku.Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain.Scary duh.Tak pernah nampak dia marah macam ni.

"Dah bro dah.Hayla tengah sakit tu"ujar Shahrul seraya menepuk bahu Firash berharap agar dia kembali tenang.Firash beralih duduk di hadapan sofa aku.Lalu rambutnya diraup kasar.

Kemudian..muncul Idlan yang pergi ke belakang dapur tadi sambil menjinjit kotak First Aid Kit.
Lalu dia melutut di sebelah aku dan mengambil tangan aku.Serpihan kaca yang tertusuk di tangan aku cuba dikeluarkan dengam hemat.

"Ouch!"
"Sorry2"ujarnya lembut.

Shahrul dan Firash hanya memerhatikan pergerakkan Idlan dalam merawat tangan aku.Kedua2 tangan aku luka di tapak tangan.Tapak tangan kiri sudah siap dibalut oleh Idlan tunggu lagi sebelah je nak cabut serpihan kaca dan sapu ubat.

Aku meletakkan lengan kiri aku diatas dahi.Mata aku dipejam.. sedih mengingati kejadian tadi.
"Lan..mama lansung tak pernah nak terima aku"ujar aku sedih.Suara aku bertukar nada.Menunjukkan aku benar2 dalam mood sedih sekarang ni.

Idlan tidak menjawab.Dia turut merasai kesedihan tersebut.Kuatnya kakak tirinya itu.Walaupun Hayla ada kekuatan untuk melawan dan mengelak setiap perbuatan mamanya..tapi Hayla tidak pernah mahu menggunakanya.Dia begitu takut jikaulau mamanya cedera.

Kemudian terdengar bunyi tangisan.
Idlan dah gelabah.Jarang aku nangis.Kalau dah nangis ni memang dah tahap sedih sangatlah ni.

Kemudian dia berpaling ke belakang dan memandang kearah Shahrul dan Firash.Lalu mengisyaratkan menggunakan kepalanya menyuruh agar mereka ke dapur supaya memberikan sedikit privasi buat mereka.

Shahrul mengangguk lalu bergerak ke dapur diikuti dengan Firash yang agak keberatan untuk kebelakang.

Aku membuka mata.Nasib dua budak tu dah pergi.Malu beb kalau nampak aku nangis...dahlah mata aku merah.

"Atotototoi..apa ni nangis2 tak mau lah gini..nanti tak macho lah"pujuk Idlan sambil mengelap air mata aku.Kemudian meneruskan merawat tangan kanan aku.

"Aku sedih lah..sampai bila nak jadi macam ni.."luah aku.
"Sabar..ada hikmahnya"ujarnya sambil fokus untuk membalut tangan aku.
"Okay..dah siap!"ujarnya.Kemudian matanya dialihkan pula ke lutut aku.

"Nak aku panggil Mak Tina ke?Ke nak aku buat?"Idlan mengangkat kening.Ish gatal eh kau!

Aku membuat gaya mahu memukul kepalanya.
Idlan sudah memegang kepala sambil menutup mata.
Aku ketawa besar.Lawaklah kau ni.

"Thanks lan..tolong panggilkan Mak Tina eh"ujar aku lembut.Orang dah tolong kita mesti berbaik dengan dia kan kan.

Idlan mengecilkan matanya.
"Hmm yelah.Kau tunggu sini jangan nak gatal ke mana2"ujar Idlan.
"Yee aku tahulah pakcik!"ujar aku tersenyum.

Kemudian Idlan bergerak ke belakang.
Kelihatan Shahrul dan Firash sedang sedap menikmati air teh yang dihidangkan oleh Mak Tina.

"Mak Tina,tolong rawat lutut Hayla ye..karang kalau Idlan yang buat..benjol kepala Idlan ni nanti"ujar Idlan sambil mengusap kepalanya.

Mak Tina yang sedang menuangkan air buatnya mengangguk seraya bergerak ke hadapan.Lalu Idlan mengambil tempat duduk di tengah2 Firash dan Shahrul.

"Macam mana Hayla tadi?Okay?"soal Shahrul prihatin.
Idlan mengangguk.
"Dia okay..just tadi dia down sebab my mom.Aku terkejut gila bila dia nangis tadi.Jarang dia nangis.Last aku tengok dia nangis masa beberapa tahun lepas."ujar Idlan sambil menghirup air teh yang telah dituangkan buatnya.

"Aku lansung tak pernah tengok dia cry.Yalah,dia kan strong girl.Mana nak tunjuk lemah"ujar Shahrul.

'Last aku tengok dia nangis masa terjumpa dia time nak lepaskan Mellow.Tu pun boek dia punya cover nangis.Nangis pun kejap je.'ujar Firash pula dalan hati.

"Hmm..entahlah.Aku sendiri tak tahu bilalah my mom nak berubah.Kekadang Hayla kena attack..tapi aku cepat2 halang mak aku..kesian dia."luah Idlan.Tak nak dia cakap banyak2 nanti kang dia pulak kena marah dengan Hayla nanti.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience