Lea mengelap peluh di dahi . Panas terik pada hari itu begitu menduga kesabaran Lea . Fakhri telah menyuruh Lea membasuh keretanya , sedangkan boleh sahaja Fakhri menghantar keretanya ke tempat mencuci kereta . Jika dikira dari segi kewangan , Fakhri sudah lebih daripada mampu . Apalah sangat sekadar RM15.00 sekali cucian.
Fakhri memang sengaja menyeksa hidup Lea . Sudah 3 bulan perkara sebegini berlarutan . Namun begitu , Lea tetap menurut walaupun hatinya sering dilukai kerana dia tidak mahu arwah ibunya diseksa kerana dia menderhaka kepada suaminya .
Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi sebuah kereta di parkir di hadapan rumahnya . Lea berpaling untuk melihat siapa gerangannya . Kelihatan Fakhri turun daripada kereta itu dari tempat penumpang manakala seorang wanita seksi sedang berjalan menghampiri Fakhri .
Mereka berlaga-laga pipi sebelum berpelukan . Lea mengalihkan pandangannya . Lea beristighfar di dalam hati .
Kedengaran pintu pagar dibuka . Tiba-tiba , dua ekor kucing berkejaran melompat ke atas kereta Fakhri yang sudah siap dicuci . Akibat daripada pijakan kucing itu , kereta Fakhri dilumuri lumpur dan sedikit calar .
Sebaik kereta wanita tadi berlalu , Fakhri telihat sesuatu tompokan berwarna coklat di atas keretanya . Fakhri dengan pantas menghampiri Lea yang sedang berada dalam kekalutan .
“Woi , apa kau dah buat dekat kereta aku?”Fakhri bertanya kasar . Tubuh Lea ditolak sehingga gadis itu jatuh terduduk . Lea mengerang kesakitan .
“Bu…bukan saya bang , tadi a… ada kucing…”,ucap Lea gugup , namun belum sempat Lea menghabiskan ayatnya , Fakhri mencelah .
“Kau ingat kereta ni bapak kau punya ke . Eei , sedarlah sikit . Kereta ni mahal kau tahu tak? Kau boleh ganti ? Kau boleh bayar calar yang ada pada kereta aku ni ? Dasar tak boleh harap”, ucap Fikhri seraya mengangkat sebaldi air sabun yang digunakan Lea untuk mencuci kereta . Air sabun itu kemudian dijirus ke atas kepala Lea .
“Puas hati aku”,ucap Fakhri sinis seraya masuk ke dalam rumah . Lea teresak-esak menahan tangis . Sampai hati Fakhri melayannya sebegini .
Apa salah saya pada awak Fakhri? Kenapa awak sangat membenci saya Fakhri walaupun saya isteri awak ? Betapa sakitnya apabila dibenci suami sendiri , rintih Lea di dalam hati dengan sendu yang berpanjangan .
Share this novel