Bab 8

Romance Completed 78329

Bantayan Island, Cebu, Philippines.

Mereka tiba di Pulau Bantayan pagi itu. Mr. Scott Padilla tak dapat hantar Gia ke Pulau Bantayan disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan di ofis. Jadi, yang hantar Gia ke sini hanya Madam Valona, Vitalika dan Lola sahaja.

Gia menurunkan luggage miliknya dari dalam kereta khas yang menjemput mereka di jeti Pulau Bantayan tadi. Matanya dikelilingkan ke arah suasana di Pulau Bantayan. Cantiknya!!! Damai je rasa bila hirup udara di sini.

Kelihatan pelancong-pelancong dari luar negara sedang berjalan santai di sekitar pulau dan ada juga yang sedang berjemur di bawah matahari dan ada juga yang mandi laut dengan hanya berpakaian bikini.

“Jangan nak berseronok sangat. Ingat…kau datang sini bukannya sebab nak bersuka ria atau bercuti tapi atas sebab keselamatan kau je. Oh ya…lepas ni kau pandai-pandai hidup eh dekat sini sebab aku dah berhentikan kau sekolah. Lepas ni kau tak payah-payah nak ke sekolah lagi…”

Terbeliak mata Gia bila mummynya berkata begitu. “Tak pergi sekolah? Habis tu? Gia nak buat apa dekat sini?”

“Pandai-pandai kaulah hidup. Kau kerja ke apa ke dekat sini…” balas Madam Valona dengan nada yang tak berperasaan. Kad kredit yang diberikan suaminya kepada Gia turut dirampas sebaik saja mereka tiba di jeti. Langsung tak berhati perut buat Gia macam tu.

“Tapi mummy…”

“Diam! Kau jangan nak melawan cakap aku! Kau dengar sini baik-baik! Kalau kau adukan hal ni dekat suami aku, siap kau! Kau tahulah apa yang akan jadi dengan hidup kau! Faham?!”

Gia mengangguk laju. Dia tahu kalau dia melawan mummy sekalipun, dia takkan dapat apa selebihnya bahananya nanti akan lebih kepada dirinya sendiri. Jadi, ikutkan jelah apa yang mummy cakap kalau tak nak bahana yang lagi teruk jadi dalam hidupnya.

“Good!” Madam Valona tersenyum sebelum mengeluarkan telefonnya dan menelefon seseorang.

Dalam diam-diam booking apartment yang diaturkan suaminya dia dah batalkan secara diam-diam. Pearl of Santa Fe apartment bukan apartment yang biasa-biasa boleh diinap. Hanya golongan bangsawan dan golongan yang berkelas atasan sahaja dapat duduk di situ sebab booking untuk satu malam pun dah mencecah ribuan peso.

“Hello…boleh tak datang di hadapan Pearl of Santa Fe sekarang? Kami dah sampai…”

“Thank you,” Madam Valona menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg tangan mahalnya.

Tak lama kemudian, mereka dihampiri oleh seorang wanita yang agak berumur. Mungkin dalam 40an atau 50an macam tu. Wanita itu memberi tunduk hormat kepada mereka berempat.

“So…you are Malini?”

“Yes madam.”

“Great…so this is Gia who will stay here as I told you. I don’t care where she will stay and you need to take care of it. Okay?”

“Yes madam.”

Lola dan Vitalika mengeluh dalam hati dengan sikap Madam Valona yang selalu mementingkan diri sendiri.

“Go.”

“Follow me miss…” pinta Auntie Malini dan mengambil luggage milik Gia.

Gia memandang Vitalika dan Lola dengan pandangan sayu sebelum dia beredar dari situ dengan lambaian kecilnya. Lola dan Vitalika membalas lambaian Gia.

“Korang berdua kena ingat! Jangan sesekali buka cerita ni dekat Mr. Scott Padilla! Even Danial dan Eric pun jangan! Faham?!” pantas Vitalika dan Lola mengangguk.

Apa yang akan jadi dengan kehidupan Gia selama dia menguruskan dirinya seorang diri di sini? Mampukah dia hidup berseorangan tanpa ditolong oleh sesiapa? Mampukah dia berdikari?

GIA memerhatikan sekeliling rumah kecil yang diperbuat daripada kayu tersebut. Nampaknya rumah ni macam dah lama ditinggalkan dan kemungkinan besar tak ada siapa yang duduk di sini melainkan dia yang sekarang bakal jadi penghuni baru. Perjalanan dari Pearl of Santa Fe hingga ke kampung ni pun ambil dalam setengah jam perjalanan.

Sebegini besarkah kebencian mummy dekat aku sampaikan dia sanggup suruh aku duduk di dalam rumah ini? Bukan dia tak biasa dan bukannya dia geli untuk duduk dalam rumah macam ni bahkan dia dah pernah duduk pun sekwatu tatay mati dan harta mereka sudah habis dan mereka bertiga terpaksa duduk di rumah kecil sebegini. Cuma, Gia terkilan bila mummynya betul-betul nak seksa hidupnya dengan cara begini.

Tak apa Gia! Kau kena bersabar dengan apa yang kau lalui sekarang ni. Kau dah pernah lalui dan pernah duduk pun dalam rumah yang sebegini rupa. Kau kena bangkit dan tunjukkan pada mummy yang kau boleh hidup berdikari dan berjaya pada masa yang akan datang dengan hasil usaha kau sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.

“Gia jangan risau. Auntie dah bersihkan rumah ni,” pada pandangan Malini, Gia mungkin rasa geli nak duduk dalam rumah ni. Maklumlah…datang dari keluarga yang kaya raya kan? Tiba-tiba pulak nak kena duduk dalam rumah yang serba-serbi buruk macam ni, memang mustahil dia akan rasa selesa.

“Thank you auntie tapi kalau auntie tak kemaskan pun Gia boleh kemaskan sendiri,” jawabnya sambil bibirnya tersenyum manis kepada auntie Malini.

“Ye ke? Gia kan datang dari keluarga kaya? Macam mustahil je nak boleh hadap dengan semua ni? Tak geli?”

Kedengaran agak sinis pada pendengaran Gia tapi dia tetap tersenyum manis kepada auntie Malini. Yelah…auntie Malini tak tahu sejarah latar belakang keluarganya jadi wajarlah kalau auntie Malini cakap macam tu. Tapi, don’t judge a book by its cover. Sekarang jaranglah orang guna pepatah tu.

“Gia dah pernah hadap dalam situasi macam ni. Gia dulu pun pernah hidup susah masa tatay mati. Gia dah pernah duduk dalam rumah yang serba-serbi macam ni dan Gia tak kisah langsung kalau Gia sekali lagi kena duduk dalam rumah macam ni.” Jawabnya tulus.

“Errr…auntie mintak maaf sebab cakap pasal Gia yang bukan-bukan.” Timbul rasa bersalah dalam hati auntie Malini. Sepatutnya dia siasat terlebih dahulu sebelum berkata apa-apa.

“Tak apa auntie. Sekarang memang banyak orang yang suka tengok pada fasa kesenangan Gia yang sekarang tapi orang tak tahu apa yang Gia dengan keluarga pernah lalui. Emmm…oklah…Gia masuk dulu ok?” Gia menarik luggagenya naik ke atas rumah papan tersebut.

Namun, ada satu benda yang terlintas dalam fikirannya.
“Auntie!” Auntie Malini yang baru saja nak bergerak ke keretanya terus tak jadi bila Gia memanggilnya.

“Ada apa Gia?”

Mata Gia terpandangkan baju kerja yang tersarung di tubuh auntie Malini. Alang-alang dah panggil, baik aku tanyakan je dekat mana ada kerja kosong dekat sini.

“Boleh tak Gia nak tanya? Dekat sini, ada tak kerja kosong? Gia ingatkan Gia nak kerja.”

“Huh? Gia nak kerja? Gia nak kerja apa? Kejap! Gia umur berapa?”

“Baru 12 tahun auntie…”

“Baru 12 tahun?” disangkakan Gia dah umur 15 tahun sebabkan ketinggian Gia yang boleh dikatakan maybe dalam 160cm macam tu?

“Dekat area sini susah nak dapat kerja Gia. Sebab tu auntie kerja luar dari sini.”

“Hmmm? Dekat mana?”

“Auntie kerja dekat Pearl of Santa Fe. Tapi, kalau Gia nak kerja dekat situ tak payahlah. Auntie tak recommend untuk Gia sebab situ banyak lelaki gatal-gatal. Tambah-tambah lagi Gia masih bergetah macam ni,
lagilah diorang suka.”

“Ohhhh…” macam tu pulak. Hmmm…kalau aku tak kerja, takkanlah aku nak duduk saja dalam rumah ni? Dulu kalau dekat rumah daddy ada lah jugak kerja aku dengan menolong Lola masak dekat dapur.

“Macam ni…auntie try tanya tengok dekat Anika Resort. Tak silap dulu diorang ada nak hire cleaner dengan housekeeping. Tak apa, nanti auntie try tanya dan kalau ada rezeki untuk Gia, auntie akan maklum dekat Gia ok?”

“Ok. Thank you, auntie!”

Harap-harap still adalah kerja kosong tu. Aku nak kerja then kumpul duit. Manalah tau dengan duit yang aku dapat nanti, aku boleh sambung belajar ke? Kan, kan?
Manalah tau suatu hari nanti tiba-tiba family aku jatuh sebabkan bankrupt, sedikit-sebanyak bolehlah aku tolong dengan duit aku sendiri. Tak adalah aku nak bebankan diorang lagi. Gia bertekad di dalam hati. Semoga apa yang Gia impikan akan jadi kenyataan suatu hari nanti.

TERBANGUN saja dari tidur, Gia memegang perutnya yang berkeriuk panjang minta diisi makanan. Lapar. Gia bangun dari tempat tidurnya lalu menuju ke dapur.
Untung saja auntie Malini ada sediakan periuk, beras dengan cendawan. Oklah tu ada jugak makanan yang boleh dimakan. Untung jugak dapur gas pun disediakan.

Api dapur dinyalakan untuk memasak beras. Cendawan yang masih lagi berada dalam plastik dikeluarkan dan dibasuh di bawah aliran air. Cendawan yang sudah siap dibasuh diletakkan ke dalam mangkuk plastik.

Baru saja masukkan beras ke dalam periuk, namanya dilaung oleh seseorang dari luar rumah.

“Gia! Gia!” Auntie Malini memanggilnya dari luar rumah.
Gia segera beredar ke pintu rumah. Pintu rumah dibuka.
Auntie Malini mengangkat plastik yang berisi makanan di tangannya. “Jom makan sekali?”

Gia tersenyum seketika. “Buat susah auntie je. Gia baru je nak masak nasi.”

“Emmm…tak apa. Bagus jugak tu Gia masak nasi sebab auntie beli lauk je. Hehehe…”

Gia tertawa kecil dengan telatah auntie Malini. Kan bagus kalau mummy pun melayan aku baik macam ini?
“Jomlah masuk!”

Auntie Malini menanggalkan kasutnya lalu segera melangkah masuk ke dalam rumah usang tersebut. Makanan yang dibelinya tadi diletakkan di atas lantai yang berlapikkan dengan tikar mengkuang.

“Auntie belikan lauk apa?”

“Fried pork dengan adobo chicken…Gia kena cuba tau fried pork yang auntie beli ni. Dahlah sedap lepastu rangup!”

“Auntie, Gia harap apa yang Gia nak cakap ni tak kecilkan hati auntie. Sebenarnya, Gia tak makan pork.”

“Gia tak makan pork? Ohhh…sorry. Auntie tak tahu,” auntie Malini tersengih kecil. “Kenapa Gia tak makan pork?”

“Tak tahulah kenapa. Dari dulu lagi Gia tak makan pork. Mungkin sebab family Gia pun bukannya jeis makan pork,” jelasnya.

“Ohhh…” auntie Malini mengangguk kecil. Faham dengan keadaan Gia. Dah orang tak makan, takkan kita nak paksa dia makan jugak kan? Kang tak pasal-pasal bila paksa makan jugak, lain yang jadinya.

“Gia, auntie nak tanya sikit boleh tak? Kenapa mummy Gia hantar Gia duduk sini? Gia ada buat salah ke dengan mummy sampaikan mummy Gia nak Gia duduk sini?”

Soalan dari auntie Malini membuatkan mood Gia sedikit hilang. Kalau boleh dia tak nak pun sesiapa tanya soal ni.

“Auntie…boleh tak kalau Gia nak simpan je rahsia ni dengan diri Gia sendiri? Gia tak suka nak share dengan orang. Sorry auntie.”

“Tak apa. Auntie tanya je selebihnya kalau Gia nak jawab, jawablah. Kalau Gia tak nak jawab, itu hak Gia,” auntie Malini memahami keadaan Gia. Mungkin Gia kurang senang dengan soalannya. Yelah, soalannya dikategorikan sebagai soalan yang sensitif.

“Oh ya! Auntie lupa pulak! Auntie dah survey dekat Anika Resort tu kalau kerja kosong tu still available and lucky you yang diorang masih lagi perlukan pekerja dekat situ sebagai housekeeping. Gia ok kan kerja sebagai housekeeping?”

“Seriously auntie? Oh God! Thank you so much auntie for your helping! Gia hargai sangat pertolongan auntie! So, bila Gia boleh start kerja?” muka Gia dah teruja habis sebaik saja dengar khabar dari auntie Malini.

“Esok pun dah boleh start kerja. Amboi, Gia nampak happy betul.”

“Mestilah Gia happy. Dari duduk dalam rumah tak ada kerja apa nak buat, baik kerja cari duit kan?”

Oh God! Terima kasih sebab berikan Gia kerja ini. Gia akan kerja keras untuk masa depan Gia dan mungkin dari hasil kerja ni dapat bantu keluarga pada masa akan datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience