14.dugaan baru

Crime Series 1643

******Klinik swasta raju**

“Salam cik, saya nak jumpa doktor boleh” tanyaku pada staf yang ada dibahagian kaunter tu.

“Wasalam boleh, eh alang, nak jumpa doktor ke, alang tak sihat”? balas anisa kepadaku.

“Eh nisa, aah kepala sakit sikit tu datang ni, nisa dah lama ke kerja dekat sini” tanyaku kepada nisa, tak ku sangka nisa kerja disini.

“Baru je, sbulan macam tu, eh ni isi borang dulu lepas tu alang duduk, nanti staf lain akan panggil” balas nisa sambil memberikan ku borang untuk diisi.

*****selang beberapa minit ku menunggu.

“Encik muhamad afif bin borhan, boleh masuk”panggil staf disitu dengan nama panjangku.

Aku tersenyum sendiri kerana dah lama tak mendengar orang panggil ku dengan nama penuh.

“Ya silakan duduk cik, boleh saya tahu ada masalah apa” doktor raju memulakan perbualan.

“Macam ni doktor, sejak beberapa minggu ni, kepala saya kerap sakit, dan sakit tu kadang2 saya sendiri tak boleh tahan, macam ada sesuatu yang menghentak kepala saya ni doktor, so saya datang sini untuk ambil ubat tahan sakit ke apa” jawabku sambil mengurut kepalaku.

“Ubat tahan sakit memang okay, cuma untuk beberapa waktu saja, macam nilah, kita buat ct scan dulu, dan lihat keputusan x-ray tu nanti, dari situ baru saya boleh tahu kenapa awak sering sakit kepala.” jawab doktor memberi keterangan.

Aku tanpa banyak tanya terus setuju, dan doktor raju memanggil staf yang lain untuk membawaku ke bilik ct scan.

********************Doktor raju memulakan ct scan terhadapku, seusai selesai, aku disuruh menunggu di luar untuk menanti jawapan dari doktor.

**Kira kira setengah jam menunggu, namaku dipanggil untuk masuk kembali.. Aku duduk di kerusi dan melihat doktor raju memandangku dengan fokus.

“Afif, saya ada benda nak tanya dengan kamu ni, saya harap kamu boleh jujur dengan saya, sebab kalau kamu rahsiakan sesuatu dari saya, susah saya nak menolong” tanya doktor raju kepadaku dengan nada yang serius..

“Emm, kenapa doktor,tanyalah” balasku dengan sedikit cemas.

“Kamu ada ambil barang terlarang ke? sekaligus pertanyaan doktor itu membuatkan aku terkejut disitu..

“Macam nilah, saya terus terang je dengan kamu, selepas membuat ct scan tadi, saya dapati kamu menghidap barah otak tahap 3,sebab tu saya nak kamu jujur dengan saya, perkara ni melibatkan nyawa kamu sendiri.

Sekali lagi aku terdiam memandang tepat ke arah doktor raju.

“Err, doktor ni suka bergurau ya, tak mungkinlah, mana tahu mesin tu problem ke, jum jum kita buat sekali lagi dok” balasku ingin mencari kepastian yang membuatkan jantungku berdegup dengan kencang..

“Afif, saya doktor, saya tak mungkin menipu pesakit,keputusan xray ni jelas,penyakit kamu ni bertambah buruk kalau tak dapatkan rawatan secepat mungkin” jawab doktor sambil dekat padaku.

Air mata mula mengalir deras“Apa yang saya patut buat doktor” tanya ku dengan nada yang mulai emosi.

“begini, dengan keadaan kamu sekarang, saya cuma boleh bagi ubat tahan sakit, dan beberapa jenis ubat lagi bagi mencegah barah tu dari semakin membesar, tapi ini hanya untuk sementara, saya akan bagi surat untuk kamu pergi ke hospital untuk menjalani pembedahan” balas doktor raju.

Satu persatu penjelasa doktor raju kepadaku susah untuk aku terima.. Aku bangun.

“Saya tunggu diluar lah doktor untuk ambil ubat” kata ku sambil keluar perlahan menuju ke kaunter.

“Alang, kenapa muram je ni, doktor cakap apa tadi, alang okay tak” tanya nisa setelah melihatku cume senyap sejak keluar dari bilik doktor.

“Okay je, ni duit ya, nanti balik hati2 ok” balasku pada nisa sambil menyerahkan duit dan mengambil ubat yang diberi, aku tersenyum kelat cuba menyembunyikan masalah yang terlampau berat untuk aku pikul..

(Ya allah, dugaan apa lagi kau cuba beri padaku, inikah balasan yang aku dapat) Aku menyapu air mata dan menuju ke kereta untuk pulang semula ke rumah.

Takkanku ceritakan berita ini pada adikku, selagi boleh tahan, akan ku tahan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience