BAB 3

Drama Completed 21201

“Allyn! Kenapa tak balas mesej ha?!” Jerit Haikal dari jauh. Aish, malunya! Tak habis-habis buat aku malu! Aku terus berpusing ke belakang.

“Telefon aku rosaklah! Ni nak pergi ambil semula telefon! Ada 15 minit lagi kedai nak tutup! Lain kali masa orang bagitahu tu janganlah moody! Nanti tak dapat tangkap apa yang orang lain cuba sampaikan!”

Puas hati aku! Biarlah ada mata yang memandang, asalkan aku dapat sakitkan hati dia. Nasib baik kau kawan aku. Kalaulah kau bukan kawan aku, memang aku dah bagi surat saman!
Akhirnya, setelah mengharungi segala onak dan duri, aku pun tiba di kedai

itu. “Eh, cik Amani! Ini telefon cik. Harga RM5 je cik.” Mataku terbeliak. Wah, pertama kali datang kedai yang murah gila! Tak logik betul, baiki telefon harga RM5 je. Dahlah iPhone 6 kot!

Tengok sebelah, rupa-rupanya Haikal menghulurkan sekeping not RM5. Hehe, belanja akulah tu. Maknanya telefon aku dikira dibaiki dengan percumalah ni! Yahoo!

Pekerja itu menyambut dengan pandangan nak tak nak je. Tadi senyumnya bukan main bila bercakap denganku. Haha, mesti dia nak berurusan dengan aku yang comel ni je.

“Adik manis, jom balik!” Haikal mengajuk suara pekerja kedai mamak. Aku terus tergelak.

***

“When I see your face, the whole world stops and stares for a while. Because you’re amazing, just the way you are..” Tanganku ligat memetik gitar.

Seronoknya! Dah lama aku tak main gitar. Sememangnya main gitar ni hobi aku tapi sebab sibuk memanjang, jadi boleh main hujung minggu je.

“Amani! Turun makan! Dah-dahlah tu dengan gitar! Dah sejam dah kan Amani hadap gitar tu!” Laungan ibu dari arah dapur membuatkan aku berhenti bermain seketika. Balasannya? “Nanti 30 minit lagi Amani makan okey?”

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. “Alif? Hm rasanya tak pernah save pun nombor ni.”

Mesej itu berbunyi, ‘Amani, awak langsung tak ingat saya?’

Aku tergaru-garu kepala. Dahlah panggil Amani. Memang tak patut betul! Family je yang panggil aku Amani. Jari-jemariku dengan lincah membalas, ‘Siapa awak? Macam mana boleh tahu nombor saya dan macam mana nombor awak ada dalam telefon saya?’

‘Your saviour.’

Huh? Aku tanya tiga soalan, dia jawab satu je. Saviour? Perasanlah pula. Masa bila pula dia selamatkan aku? Hati aku tertanya-tanya. Mesej itu tidak kubalas.

Seterusnya, aku menyambung bermain gitar namun bunyinya menjadi sedikit sumbang kerana aku sibuk memikirkan siapakah Alif. “Ahh tak boleh jadi ni! Nak makanlah!” Aku pun terus meluru ke arah meja makan.

“Ibu..” Aku memeluk ibu dari belakang sambil tersengih. Ibu yang sedang dalam perjalanan untuk ke ruang tamu itu terkejut. Habis segala jenis jampi serapah dikeluarkan kerana ibu aku memang suka melatah.

Ibu cuba menstabilkan semula pernafasannya. “Amani ni tahu kacau ibu je kan? Dah, pergi sana makan!” Lalu aku melepaskan pelukan dan makan tengah hari.

Amboi, sedapnya! Hari ini ibu masakkan makanan kegemaran aku! Ikan kerapu celup tepung tiga rasa! Aku menambah sebanyak dua kali memandangkan sudah lama ibu tak memasak menu tersebut.

Di bahagian ruang tamu pula, kelihatan adikku, Alia Amni sedang tekun membuat latihan matematik. Ibuku seorang guru matematik Tingkatan 5 maka ibu mengajar adikku dan sudi juga mengajar anak kepada kawan sekerjanya yang sebaya dengan Amni iaitu Tingkatan 4.

Anak kepada kawan sekerjanya itu ialah lelaki dan lelaki itulah yang bersekolah dengan Amni sewaktu sekolah rendah. Dan lelaki itu jugalah lelaki yang disukai Amni.

“Sukalah tu..” Getus hatiku.

Amni nampak sungguh gembira belajar di sekolah menengah. Kadang-kadang ada juga terselit rasa cemburu di hatiku. Setiap kali dia pulang dari asrama, pasti ada sahaja cerita menarik yang disampaikan. Aku hanya menadah telinga dan kenangan lampauku pasti akan berulang tayang di mindaku.

Sewaktu Tingkatan 5, setiap kali balik wajib ke rumah, aku akan menghadiri kelas tusyen. Yang paling sadis, ahli kelas tusyen itu semua terdiri daripada sekolahku. Jumlahnya adalah sebanyak 10 orang tidak termasuk seorang lelaki Tingkatan 6.

Aku selalu dipinggirkan dalam kelas tusyen itu. Apabila aku ingin bertanyakan soalan, pasti akan ada yang menyampuk atau melarikan fokus cikgu terhadapku. Tetapi ajaibnya, soalan yang ingin kuutarakan itu pasti ditanyakan oleh lelaki Tingkatan 6 itu. Mungkin ada kaitan dengan pepatah ni, ‘Great minds think alike’ hehe. Maknanya minda kitorang hebatlah kot.

Setelah membasuh pinggan, aku kembali masuk ke dalam bilikku dan terus memeriksa telefon bimbitku. Eh? Ada mesej baru masuk!

‘Cik Amani. Saya harap cik sudi jumpa saya sebab saya kenal cik.’ –Alif-

Apa ni???? Nervous nya. Ada ke patut orang yang aku tak kenal nak jumpa aku? Serta-merta terbayang di minda kejadian-kejadian yang tidak diingini yang berlaku apabila perkenalan di Fac atau sewaktu dengannya seterusnya mengajak untuk berjumpa.

Mesej baru masuk lagi!

‘Royal Palace Restaurant, 9 p.m. tonight’ –Alif-

Haikal! Tiba-tiba aku teringat kepadanya. Lalu aku terus memaklumkan kepada Haikal untuk bertemu malam ni sejam lebih awal di situ. Nasib baik dia setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience