Bab 11

Romance Series 1301

PAGI itu, Puan Zahara tdk berselera utk bersarapan. Perbualan dgn Airra semalam betul-betul mengganggu-gugat ketenangannya dan merompak tidurnya.
" Bu. Kenapa tak mkn?" tegur Akief apabila dilihatnya kelakuan Puan Zahara yg menguis-nguis nasi gorengnya.
" Awak tak berselera ke?" tanya Encik Alias pula.
Airra mengangkat kepala lalu memandang wajah Puan Zahara.
" Ibu tak sihat?" soal Airra lantas meletakkan belakang tapak tgnnya ke dahi si ibu. Puan Zahara hanya menggeleng kepala. Tgn Airra ditepis lembut.
" Ibu kenyang je. Lagipun, ibu penat jugak. Sebab buat kuih. Order banyak bulan ni" Puan Zahara memberikan alasan. Dia tdk mahu Airra menghidu akan kegusarannya berkenaan topik mereka semalam.
" Abang kan dah pesan? Jgn dipaksa sgt diri tu. Kalau tak dpt ambik order banyak, ambik dlm kuantiti yg kecil. Tengok sekarang. Za dah susahkan diri sendiri" Encik Alias sempat membebel.
" Iye bang. Za tahu. Tapi Za bosan, takde buat apa kat rumah ni. Tu yang sibukkan diri dgn kuih-muih. Lagipun, kita buat kuih sendiri, jimat jugak kos kan? Dpt bantu along jugak"
Akief tersenyum lebar. Bab ini, dia suka!
" Sukalah tu" omel Airra, sengaja hendak mengusik. Dia buat mata juling ke atas sambil menyengetkan bibir.
" Sibukkk! Ni kalau adek takde buat apa-apa, adek tolonglah along kat bakeri. Ringankan beban tulang along ni sikit. Sambil-sambil tu, boleh jugak cari jodoh" Akief sempat berseloroh sambil tergelak.
Airra beri jelingan tajam. " Tengoklah kalau rajin..."
" Bu. Lepas ni, ibu tak perlulah buat kuih banyak-banyak. Kita ambik order dlm kuantiti yg sikit je, ye bu?" tukas Akief. Kasihan pula melihat si ibu yg kepenatan.
" Alaaa takpelah. Setakat buat kuih tu, in Shaa Allah ibu mampu lagi. Adek kan ada? Nanti ibu turunkan ilmu buat kuih ke adek. Mana tahu, adek pun boleh bukak bakeri jugak"
" Itu along setuju. Dah, cepat siap. Tolong along kat kedai. Jommmm" gesa Akief lalu menarik tgn Airra bersamanya.
Gelagat mereka berdua mengundang kekekan di bibir si ibu dan ayah. Setelah menyalami keduanya, kelibat mereka hilang di sebalik pintu. Encik Alias mengalihkan pandangan ke arah isterinya. Dilihatnya wajah itu masam mencuka.
" Za ada apa-apa masalah ke? Abang tak rasa yg Za penat. Za sorokkan sesuatu dr abang kan?"
" Bang.. adek bangg" Puan Zahara separuh merintih.
" Adek kenapa?" Encik Alias sudah cemas, tdk sanggup rasanya mendengar khabar yg tdk baik berkenaan anak gadisnya itu.
" Adek tanya Za pasal kisah silam dia. Za tak sanggup nak bohong ,tapi tak sanggup jugak nak cerita hal sebenar. Za takut bang. Za takut" Puan Zahara tdk dpt menahan hati lagi. Tubir matanya sudah berair.
Encik Alias menghela nafas berat. Itu masalah utama mereka saat ini!
" In Shaa Allah, takde apa-apa yg akan berlaku. Kita doa banyak-banyak supaya Allah lindungi dia"
" Adek cakap, dia selalu mimpi seorang lelaki. Dan mimpi tu berulang-ulang bang. Za takut. Macam mana kalau Azrul cari dia lagi? Bang, Za tak sanggup nak kehilangan adek bang"
Encik Alias sudah kehilangan kata-kata. Sebut saja pasal Azrul, dia pula ditimpa pening! Lelaki yg satu itu tdk habis-habis membuat onar dlm keluarga mereka.
" Azrul takkan jumpa adek. Percayalah. Kita kan dah pindah? Dia takkan berjaya cari adek lagi. Kita dah bawa adek jauh dr dia. Za jgn risau ye?" Encik Alias menenangkan si isteri. Dia juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga dgn 'melarikan' Airra dr pandangan dan cengkaman Azrul. Sudah empat tahun berlalu, masakan Azrul dpt menjejaki Airra. Buktinya, sampai ke saat ini Airra tdk pernah mengadu apa-apa mengenai Azrul atau benda-benda yg pelik. Selagi tdk mendapat apa-apa aduan drpd Airra, selagi itu dia dpt menarik nafas lega.

TIGA BULAN sudah berlalu dan sepanjang tempoh itu, Airra senantiasa berada di bawah pengawasan Akief tanpa pengetahuan gadis itu. Setelah mendapat khabar drpd ibunya tiga bulan lalu, Akief sentiasa bersiap-siaga utk sebarang kemungkinan. Dia juga risau seandainya Azrul muncul kembali.
" Along. Cuba rasa kuih ni. Adek dah siapkan" Airra yg baru keluar dr dapur, hanya mengenakan apron, ditatap Akief tdk berkelip. Wajah adiknya yg disinggahi tepung sana sini, mengundang tawa di bibirnya.
" Kenapa along gelak?" tanya Airra setelah menapak ke arah Akief. Pinggan yg berisi kuih disimpan di atas meja.
" Ni powder ke apa ni dek? Ke foundation terbaru?" sindir Akief sambil mengelap wajah Airra dgn tisu basah.
" Alaa ,tepunglah long. Takkan along tak tahu bezakan foundation dgn tepung? Mana ada foundation warna ni?" tukas Airra. Dia hanya diam diperlakukan oleh abangnya.
" Tahulah. Saja usik"
Bunyi loceng di pintu menarik perhatian mereka. Kelihatan seorang perempuan cantik memasuki kedai mereka. Demi terpandangkan wajah Airra, perempuan cantik itu terkejut dan diam tdk berkutik. Lama dia merenung wajah Airra, seakan tdk percaya dgn apa yg dilihatnya saat ini. Riak wajah terkejut itu menimbulkan tanda tanya di hati Akief.
" Cik nak apa-apa?" sapa Airra sopan sambil menguntum senyuman. Dia sudah berdiri di hadapan perempuan cantik itu. Entah bila atau bagaimana Airra di situ, dia tdk perasan.
" Errrr, tak.. Sa.. saya lupa sesuatu" Tergopoh-gapah perempuan cantik itu keluar tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.
Akief mendekati Airra. " Adek kenal ke perempuan tu?"
" Tak long. Penyakit adek ni buat adek tak kenal siapa-siapa. Rasanya adek tak pernah jumpa dia lagi. Along kenal ke?"
Akief hanya menggeleng kepalanya. Otak dia ligat berputar ,mengingati samar-samar wajah itu. Dia spt pernah 'bersapa' dgn wajah itu. Tapi masalahnya di mana ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience