H18

Crime Series 45700

Tak sampai sebulan persiapan dibuat dan akhirnya Dafika dan Ezhar disatukan

Laju? Memang itu yang Ezhar mahukan.

"Tahniah Fika, Wan rasa terharu sangat bila Fika dah sah menjadi cucu menantu Wan. Wan rasa masih bermimpi."


Girang suara Hajah Salhah sambil mengait kedua tangan Dafika diriba wanita itu. Wajah Dafika yang ditata hias oleh mak andam sebentar tadi dipandang dalam.

Wanita itu amat cantik dengan Kebarung Songket berwarna merah hati dengan padanan tudung bawal kosong, warna yang sama.

Diatas tudung pula diletak 'veil' yang sarat dengan lace berwarna keemasan. Cukup untuk menghiasi wajah Dafika walaupun tanpa 'crown'

"Fika yang sepatutnya berterima kasih dengan Wan sebab bagi kepercayaan pada Fika untuk masuk dalam keluarga ni"

Jawab Dafika tanpa berselindung. Gengaman tangan Hajah Salhah dieratkan. Terasa kembali mempunyai keluarga setelah dia kematian ibunya 7 tahun yang lalu.

"Fika.. Wan nak tanya, kenapa Fika hanya mintak sepasang telekung untuk mas kahwin? Kenapa Fika tolak cadangan Har untuk bagi cincin emas? Fika takut Har tak mampu ke?"

Soal Hajah Salhah setelah agak mereka berdiam. Sedang dia memang ingin bertanya sejak sebulan yang lepas. Namun kerana sibuk menguruskan majlis, soalan itu disimpan hingga ke hari ini.

"Takde la Wan... Kalau Fika pertikaikan mas kahwin yang Har bagi, sama seperti Fika tak ikhlas menerima mas kahwin dari Har. Sedangkan itu perkara wajib untuk Har bagi pada Fika. Memang Fika tolak bila Har nak bagi cincin sebab Fika rasa telekung lebih mahal dari segala harta kat dunia ni. Insha Allah dari telekung yang Har beri kan boleh bagi ruang untuk Fika mencium bau syurga."

Terang Dafika panjang lebar. Dia bersyukur bila Ezhar setuju memberi mas kahwin berupa sepasang telekung solat setelah perkataan 'Sah' meniti di bibir saksi-saksi yang menghadiri pernikahan mereka berdua.

"Terima kasih Fika, Wan tahu, hanya Fika yang boleh merubah Har menjadi lebih baik."

"Eh. jangan cakap macam tu Wan, Fika pun seorang pendosa"

Dafika memotong kenyataan Hajah Salhah. Tak mahu diri diulit dengan kata pujian yang melampau.

"Semua manusia adalah pendosa, hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang berhak mendapat tempat disisiNya ketika di akhirat kelak. Cuma yang Wan pasti, Fika seorang wanita yang akan membawa Ezhar jauh dari masa silamnya yang gelap."

"Insha Allah Wan.. Fika akan cuba bawa diri Fika dan Har untuk sentiasa mendekati Dia."


Hajah Salhah mengangguk faham. Perasaan teruja terus berlegar.
"Lagi satu, Wan nak mintak maaf kalau majlis ni tak sebesar majlis kahwin orang lain. Papa Har nak tolong, tapi Fika tahu lah.. Har keras taknak terima satu sen pun dari duit papa dia. Semuanya dia gunakan duitnya sendiri."

"Takpe Wan.. Fika tak pernah kecik hati pun dengan majlis ni. Fika rasa dah beruntung bila orang kampung berkerjasama nak membantu untuk rewang. Fika ingat diorang akan kecam Fika."

"Fika.. tak semua orang kampung ni yang berhati busuk. Fika kahwin secara terang macam ni dah cukup membuatkan mereka berfikir yang Fika sudah berubah."


Dafika mengangguk perlahan dengan kenyataan Hajah Salhah.

"Err... Fika tak tanya ke, mana Har dapat duit untuk buat majlis ni?"


Dafika menggelengkan kepala. Tak pernah terlintas juga untuk dia mengetahui dimana Ezhar mendapatkan duit bagi melakukan majlis perkahwinan mereka.

"Har guna duit simpanan dalam bank yang dia dapat sepanjang dia duduk dipenjara. Sampai sekarang, dia masih tak tahu siapa yang bagi."

Terang Hajah Salhah seraya melirik mata Dafika.

Wanita itu tidak menjawab, kepalanya ditundukan.

"Wan... tak habis lagi ke berborak? Bagi lah peluang Reen pulak berborak dengan KAKAK IPAR Reen"


Serentak mata Hajah Salhah dan Dafika memandang Ezreen yang sudah masuk kedalam bilik pengantin dan berdiri dihadapan Kakak iparnya.


Panahan mata Ezreen dapat Dafika agak wanita itu masih tidak menyukainya.


Hajah Salhah yang tidak perasan akan bara yang mahu menjadi api, segera mengangkat punggung sebelum tersenyum memandang Dafika.
"Wan keluar dulu ye, Reen dengan Fika jangan lama-lama sekejap lagi majlis bersanding."

Dafika mengangguk perlahan, senyuman Hajah Salhah dibalas walau hatinya terasa semput.


Ezreen makin mendekati Dafika yang masih duduk dibirai katil.

Mata menjalar diseluruh tubuh kakak iparnya. Hujung bibir ditarik senget.
"Dafika Awanis.. so macamana? puas lah hati awak bila dapat Abang Har?"

"Apa maksud awak Reen?"

Soal Dafika kembali, walhal dia sudah agak akan ada perang dingin antara dia dan Ezreen

"Selama ni awak goda Abang Har sampai Abang Har lupa untuk balik kerumah kami. Awak ni memang perempuan teruk kan."


Sekali lagi keluhan ingin Dafika hela, namun ditarik kembali. Walaupun majlisnya bukan dalam persediaan dia lagi. Tapi Dafika sendiri tak mahu ianya kacau bilau. Biarlah hatinya sahaja yang sakit.

"Reen saya rasa awak dah salah sangka.. saya tak pernah nak goda Har.."

"Kalau awak tak goda Abang Har, macamana awak boleh lahirkan anak dia?"

Balas Ezreen sinis


Dafika menundukan kembali wajahnya, tiada jawapan.

"Awak fikir bila awak dapat lahirkan anak abang Har, awak akan dapat harta abang Har? Saya masih adik dia, Fika, saya takkan benarkan awak dapat satu sen milik abang Har, dan anak awak tu anak haram. Dia tak berhak dapat apa-apa bahagian."


Melampau betul adik ipar aku ni!
Dafika ramas jemarinya disisi. Dia bukan wanita lembut. Dia pernah bergaduh dengan ramai orang. Namun hari ni dia perlu diam..
"Reen.. awak boleh kutuk saya, tapi saya takkan benarkan awak kutuk anak saya. Anak saya tak salah."

"Anak?"

Ezreen ketawa sinis memotong ayat Dafika.
"Awak ni memang pandai gunakan anak untuk dapatkan Abang Har. Ntah-ntah anak tu bukan anak Abang Har."


Sentap!

Pandangan Dafika cuba melawan anak mata Ezreen. Biadap!

"Sayang... tak siap lagi ke? Wan dah panggil ke pelamin sebab dah ramai tetamu nak tepung tawar."


Sayang?!


Serentak mata Dafika dan Ezreen menoleh kearah muka pintu.

Tubuh Ezhar yang sudah bersalut Baju Melayu songket merah hati ditatap mereka.


Dahi Dafika berkedut sebentar.
Serta merta ayat sindiran Ezreen tenggelam ke dasar laut. Matanya terus bertamu pada wajah Ezhar a.k.a suami dia. Lelaki itu melorek senyum lebar sewaktu mata mereka bertemu

Handsome nya Ezhar Iqbal!

"Abang... Reen tak habis lagi berborak dengan Fika."


Kacau daunlah Ezreen ni! Baru je aku nak menakluk wajah sempurna laki aku ni! Aish!

Dafika gigit tepi bibirnya mata tajam Ezreen yang tepat memandangnya dilarikan. Daripada pandang muka Ezreen, baik pandang muka laki sendiri. Dapat pahala.


Ezhar menapak masuk kedalam bilik. Dafika yang masih duduk dibirai katil dihampiri, bahu isterinya dipaut sambil melirik pandang kepada Ezreen.

"Takpe.. Dia kan dah jadi kakak ipar Reen so masih banyak lagi masa korang boleh berborak, sekarang ni abang nak ambik isteri abang untuk naik pelamin. Reen ikut sekali, untuk tepung tawar.."

"Reen lapar, Reen nak makan dulu"

Laju Ezreen menjawab sambil sekali lagi memberi jelingan kepada kakak iparnya.

Tanpa menunggu balasan dari abangnya, Ezreen melangkah laju mengeluarkan diri dari bilik pengantin. Sebal!

"Kau dah siap ke? Dah jom keluar."


Dafika menoleh serta mengangkat wajah memandang tepat kearah suaminya.

Kau?

Bukan tadi panggil 'sayang' ke?

Huh! pandai kau berlakon Ezhar!

Baru je hati Dafika ingin memekar bunga, sekarang kembali kuncup.


Tanpa sedikit pun perasan riak Dafika, Ezhar melarikan lengannya dari bahu kecil wanita itu.

"Kau berborak apa dengan adik aku?"

Soal Ezhar sambil membetulkan samping yang terikat dipinggangnya. Rimas pulak rasa dengan pakaian macam ni!



"Takde apa."


Mata Ezhar kembali memandang Dafika. Jawapan sepatah dari wanita itu sedikit mengugah hatinya. Bukan dia tak dengar perbualan isterinya dengan Ezreen sebentar tadi.

Ezhar pasti setiap patah yang keluar dari mulut adiknya benar-benar menyakiti Dafika.


Perasan dengan pandangan sinis Ezhar, Dafika bangun dari duduk.

Namun, Bukk! tubuhnya kembali terduduk bila hujung veil yang diletak atas tudung terkepit dicelah katil.


Ketika Dafika ingin terduduk, spontan Ezhar meragut lengan wanita itu. Terkejut juga dia kerana menyangka kan isterinya akan terjatuh ke lantai.

"Kau ni dah kenapa?"

"Benda ni tersangkut"

Hujung mata Dafika menjeling sedikit kearah Ezhar sebelum cuba menarik hujung veilnya.

"Aish!"

Rengus Ezhar sambil menundukan tubuh dan merapati isterinya yang masih duduk.

Veil yang tersangkut dibahagian belakang Dafika cuba dikeluarkan.


Melihat reaksi Ezhar yang tiba-tiba membukam gerakan Dafika. Kali kedua hari ini jantungnya berlari kencang.

Pertama adalah ketika lelaki itu mencium dahinya seusai akad dijalankan dan kini. Ah! hampir-hampir tubuh tegap itu ingin memeluknya.

Bola mata Dafika meliris lengan Ezhar yang sudah mengepung tubuhnya. Dada lelaki itu pula hampir diwajahnya. Lemas!

Lemas dengan degupan cinta.
Amboi! Sempat kau buat pick line sendiri, Dafika?

"Nak bangun tu tengok lah dulu, nasib tak terkoyak kain ni."

Selesai mengeluarkan hujung veil yang tersepit, Ezhar menarik wajahnya hingga hampir mencium pipi kiri Dafika.


Makin lah Dafika rasa semput. Sesaat nafas mereka beradu, cukup membuatkan jantung Dafika hampir terkeluar.


Langsung tak perduli perasaan Dafika, Ezhar mencapai kedua bahu isterinya dan mendirikan wanita itu betul-betul dihadapanya.

Lantas veil diatas kepala Dafika yang agak senget dibetulkan.


Ah! makin berkocak jiwa Dafika saat dada kekar Ezhar mahu mencium wajahnya. Nasib masih berbalut baju songket. Kalau tak memang dia dah cium.

Erghh! Dafika geleng kepala.

"Yang kau geleng kepala ni apahal? Duduk diam-diam boleh tak? aku nak betulkan kain ni!"

Bebel Ezhar sebelum menjeling sedikit kearah isterinya. Kerja diteruskan semula.


Sekali lagi Dafika rasa semput. kepala dikecilkan. Bibir bawah dikemam rapat. Mata terpejam erat.

"Laaa.. yang kau tutup mata pulak kenapa? sakit ke?"


Hah?! Laju kelopak mata Dafika kembali dibuka, saat ni pandangannya bertemu dengan anak mata milik Ezhar. Lagi sekali jantungnya memulakan larian pecut 100meter!


Melihat anak mata Dafika yang bersinar juga meluruhkan enjin organ utama milik Ezhar.

Bodoh lah kalau dia tak mengaku yang Dafika terlalu cantik hari ini. Walaupun mekap dan pakaiannya terlalu biasa. Namun cukup membuatkan liur Ezhar ingin mengalir keluar.


Dari mata, pandangan Ezhar melirik kepada hidung dan seterusnya turun dibibir merah Dafika. Halkum berputar sebentar menelan liur. Jemari terasa ringan untuk diangkat dan ingin menyentuh ulas bibir isterinya..

"No no no! Belum masanya lagi, Sekarang waktu untuk bersanding. Tunggu malam ni ye."


Mak andam masuk tiba-tiba memotong reaksi Ezhar, segera Dafika menolak dada suaminya untuk menjauh. Nafas yang tersangkut tadi ditarik. Dia perasan Ezhar ingin menyentuh bibirnya. Jika dibiar tadi, mahu tak jadi majlis persandingan mereka.


Mak andam yang faham segera menarik lengan Dafika hingga terkoncoh-koncoh wanita itu mengekornya.


"Har! samping kau dah senget, nanti betul kan balik. Jangan sampai tetamu perasaan apa yang kau nak buat tadi."


Laungan Mak andam membuatkan pandangan Ezhar segera tunduk pada ikatan sampingnya.

Senget?!

Mana ada!

Mata kembali memandang belakang Mak andam yang dah jauh membawa Dafika . Tahulah bahawa wanita itu sengaja mengenakanya.

Malu siot!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience