Bab 2

Romance Completed 504506

Melissa melihat jam di dashboard keretanya, sudah menunjukkan pukul 10.30pm, keretanya sudah memasuki kediaman mewah ibu mertuanya.

Dalam masa beberapa minit, dia akan dapat memeluk suaminya, dia tahu waktu begini suaminya pasti sudah tidur. Dia perlu berbicara dengan suaminya, walaupun sekejap, kerana berkongsi berita gembira adalah kewajipannya buat masa sekarang.

Suaminya seorang doktor psikologi, mempunyai klinik sendiri dan mempunyai pesakit yang ramai. Dengan pekerjaan suaminya, tidak mungkin suaminya akan meninggalkan Bandar Seremban dan mengikutnya ke Petaling Jaya.

Dia mempunyai access ke rumah ibu mertuanya, jadi dia tidak perlu menunggu suaminya membuka pintu untuknya.

Selesai memakir kereta di luar pagar, dia menapak ke dalam dengan menggunakan pagar kecil di sudut kiri, langkahnya perlahan, bimbang mengejutkan ibu mertuanya, yang biliknya paling hampir dengan pagar rumah di tingkat satu, manakala biliknya di tingkat dua, bilik paling atas.

Kediaman mewah di Nilai itu adalah peninggalan arwah bapa mertuanya, yang di beli daripada duit kwsp, yang nilainya hampir RM650k. Rumah banglo 3 tingkat itu menempatkan 5 bilik, dan 6 bilik air. Bilik mewah mereka adalah di tingkat paling atas, dan hanya menempatkan satu bilik mereka.

Sudah hampir 3 tahun bapa mertuanya meninggalkan mereka kerana kemalangan jalan raya. Semenjak itu, suaminya tidak pernah meninggalkan ibu mertuanya sendirian di rumah, kecuali orang gajinya ada bersama di rumah.

Apabila melewati kawasan hadapan rumah, dia melihat kereta suaminya berada di dalam parking berbumbung itu. Dia tersenyum melihat kereta suaminya, yang mereka beli bersama tahun lepas, sebagai hadiahnya kepada suaminya.

Dia berkeras untuk membayar bulanan kereta suaminya, walhal suaminya cukup daripada mampu untuk membayar sendiri. Dia berhajat begitu, kerana duitnya tidak terusik apa apa, kecuali dia menghantar ke kampung untuk keluarganya.

Keretanya sudah dibayar suaminya, bulanan rumahnya di PJ ditanggung suaminya, semua bil utility juga dibayar semuanya, jadi dia mempunyai lebihan duit yang banyak setiap bulan.

Dengan saiz badannya yang gembal, dia tercungap cungap mencapai kunci rumah di dalam suasana luar rumah yang sepi itu. Dia pasti suaminya dan ibu mertuanya sudah tidur, kerana tidak pula dia mendengar suara sesiapa di rumah besar itu.

Melissa tersenyum sendiri, merasakan dia seperti pencuri yang ingin memasuki rumah orang di dalam diam. Perutnya berbunyi minta diisi, apa tidaknya, dia belum pun menjamah makanan daripada jam 6 petang tadi, last dia makan adalah waktu tengahari, itu pun sandwich yang di pesan oleh Suhaila. Kerana kesibukan menguruskan majlis townhall esok, dia lupa tentang waktu makannya.

Dia memasuki rumah, membuka pintu mewah itu dengan perlahan. Seperti jangkaannya, lampu sudah tertutup, ruang tamu yang luas itu sudah gelap, cuma tinggal lampu tepi yang akan di pasang oleh suaminya.

Dia tidak berniat untuk mengejutkan ibu mertuanya, dia terus menapak ke tingkat 3, untuk bertemu suaminya, untuk berkasih sayang dan bercerita tentang masa depannya, tentang rancangannya.

Dengan badan yang gempal, seperti biasa, dia akan berhenti seketika di ruang tamu di tingkat 2, berehat beberapa minit untuk memberi kerehatan kepada badannya yang kepenatan.

Tangannya mencapai tangga pemegang tangga yang pertama untuk meneruskan pendakian ke tingkat 3. Kalau dulu dia pernah menyuarakan kemarahan kepada suaminya kerana suaminya memilih tingkat yang paling tinggi untuk bilik tidur mereka, masakan tidak, setiap hari dia tercungap cungap untuk sampai ke atas.

Dia tersenyum lagi, walhal pemandangan dari bilik sangat cantik, dapat melihat matahari jatuh di waktu senja, mengambarkan Allah yang Maha Besar, Maha Mencipta.

Sedang dia melangkah ke atas, dia mendengar suara rengekan yang jelas, suara perempuan yang merintih berani meminta kepuasan semasa di dalam huhungan intim. Dia berhenti, adakah suaminya sudah berpindah bilik dan tidak memberitahunya.

Tetapi tidak mungkin kerana suaminya tidak suka orang asing di rumah mereka, masakan ada orang lain yang menggunakan bilik mereka.

Tidak, tidak mungkin , Melissa menjerit di dalam hatinya dan terduduk di tangga, lagi 5 langkah untuk sampai ke hadapan pintu bilik mereka.

“Sayang, abang end dulu ya, abang tak boleh tahan dah ni, lepas ni kita sambung balik,” suara itu dia kenal, dan tidak mungkin dia tidak kenal suara suaminya yang di kahwini selama 5 tahun.

Jantungnya berdegup kencang, deras seperti ribut taufan, kakinya lembik, dia seperti kepanasan, seperti terbakar dengan suhu api yang paling panas.

“Abang, pls dont stop, sayang belum puas lagi, nanti abang tidur tak bangun lagi, please jangan end abang, sayang nak lagi,” suara wanita tadi merintih di dalam berahi yang tidak keruan.

Keriukan katil juga jelas sampai ke luar, jelas kepuasan suaminya apabila mengeluarkan suara kelegaan yang terdengar sampai ke luar.

Dia mula menangis, tangannya menggeletar, dia berusaha untuk turun ke bawah dan dia mahu balik ke tempat asalnya, tetapi kakinya tidak mahu berkerjasama, tidak mahu bergerak.

Tangan memegang kakinya, punggungnya bergerak ke bawah satu anak tangga, dahinya sudah basah, tangannya juga sudah basah.

“Abang nak turun minum air sekejap, abang dah pesan bawa mineral naik atas kan? Kan dah kena turun dapur,” tidak sampai beberapa saat, pintu itu dibuka.

Lelaki yang bernama Fahri, lelaki yang dikahwini oleh Melissa Iman itu terkejut besar apabila melihat isterinya berada di hadapan matanya, walaupun susuk tubuh itu membelakanginya, dia tahu itu isterinya.
Kaki laju menuruni tangga dan menyentuh isterinya.

“Iman, what are you doing here, berapa lama dah Iman ada sini,” Fahri terduduk di samping isterinya. Dia melihat isterinya diam tidak berkutip, pipinya sudah basah dengan airmata.

Fahri memberi isyarat kepada penghuni baru di bilik itu agar diam, jangan turun ke bawah. Dia menggerakkan tangannya agar pintu bilik itu di tutup.

Fahri mencapai tangan isterinya, perlahan dengan penuh berhati hati. Dia pasti isterinya mendengar jeritan mereka berdua ketika berhubungan intim sebentar tadi.

“Abang boleh explain, kita turun bawah dulu,” Fahri mencapai lengan isterinya, juga dengan perlahan dan penuh debaran, dia sendiri sudah hampir lemas dengan ketakutan.

“Awak turun dulu, saya boleh turun sendiri, ajak sekali yang ada di dalam bilik tu, kita berbincang,” Melissa Iman berjaya mengeluarkan kata kata setelah dia sendiri mengatur ayat sedari tadi.

Ini lah kesabaran yang paling kuat dia pernah tempuh, selama 25 tahun dia hidup di bumi Allah ini.

Fahri terkedu, ketenangan isterinya sangat menakutkan. Dalam perkahwinan mereka selama 5 tahun, mereka tidak pernah berselisih faham, bergaduh besar, dan mereka berdua sangat berkompromi di dalam banyak perkara.

“Awak ketepi dulu, jangan halang saya turun ke bawah,” dengan kekuatan yang entah daripada mana, Melissa berjaya bangun dan memberi arahan kepada kakinya untuk melangkah kebawah.

~ini perkara besar, pasti ada sesuatu yang berlaku yang aku tidak tahu~ diri Melissa mula berbicara, kerana dia baru berjumpa suaminya minggu lepas, dan tidak ada sebarang perubahan pada suaminya.

“Awak kejutkan Bonda sekali, kita berbual, saya pun nak jumpa Bonda, lama dah tak jumpa Bonda,” Melissa turun kebawah, dia melepasi tangga yang paling bawah tanpa berhenti di mana mana anak tangga.

Kalau dulu turun anak tangga pun dia tercungap, kali ini dia oksigen terisi dengan banyak di dalam jantungnya.

Melissa meletakkan tas tangannya, slip keputusan doktor tadi di lipat dan dimasukkan ke dalam tas tangannya. Dia melabuhkan punggung di sofa mewah dia ruang tamu utama itu. Dia memilih duduk di sofa paling hampir dengan pintu, supaya senang untuk dia berundur pergi, lebih mudah untuk dia tahu diri.

Dia tahu antara dia dan suaminya seperti langkit dan bumi. Fahri yang tinggi, berwajah elok, apatah lagi berjawatan doktor, sedangkan dia berbadan besar, bajunya saiz XXL, dan berjawatan biasa biasa sahaja, seperti dia menempel pada Fahri.

Rupanya jangan ceritalah, kalau dah bersaiz XXL, pasti lemak ada di dagunya, lemak ada di pipinya, lemak juga ada di mana mana, lemak yang membuatkan tiada orang yang pernah mengoratnya selain suaminya.

Suaminya mengoratnya juga bersebab, kalau tidak pasti jodoh mereka tidak bercantum.

Dari jauh, Melissa melihat seorang wanita memegang tangan suaminya, seperti di dalam ketakutan, seorang wanita yang sangat sempurna, seperti model yang berjalan di pentas peragaan.

Dengan berbaju tidur yang berlengan panjang, dia sangat sempurna apabila berdiri di sebelah suaminya. Di dalam diam, Melissa sangat sedar diri.

Melissa sudah berbaik dengan amarahnya, dia juga sudah berbaik dengan hatinya, tetapi dadanya berdebar sangat kencang. Dia sudah bertekad untuk mengawal diri, tiada guna kalau dia menjerit, menarik rambut dan mengamuk, kerana perkara sudah terjadi.

Dia akan berbincang baik baik dengan suaminya, semoga masih ada sinar di antara mereka berdua. Semoga suaminya masih sayangkan dia, kerana dia berkahwin bukan untuk bercerai.

Melissa meramas tangannya perlahan, memberi kekuatan kepada dirinya, memberi oksigen kepada dadanya.

“Iman dah kejutkan Bonda?,” Fahri berjalan ke arah dirinya selepas dia menepis tangan wanita itu. Fahri seperti sangat tidak selesa dan wajahnya memucat, seperti di dalam ketakutan yang terlihat.

Melissa tidak menjawab pertanyaan suaminya, dia hanya memandang kebawah, dia tidak mampu mengangkat wajahnya apabila airmata mula mengalir laju. Airmata itu sudah tidak dapat dibendung, airmata itu mengalir tanpa rasa bersalah.

“Kalau kita berbincang tanpa Bonda, ok tak? Ini cerita kita, kalau boleh abang tidak mahu kusutkan Bonda,” Fahri mengambil di tempat di sofa sebelah Melissa, dia melabuhkan duduknya dan bersentuhan dengan Melissa.

Dengan spontan Melissa bangun, dia berdiri sambil mencapai tas tangannya.

“Biarlah Bonda ada, cerita kita juga bermula daripada Bonda,” Melissa masih berdiri, untuk seketika, dia tidak boleh bersentuhan dengan suaminya. Jeritan kepuasan suaminya semasa menghabiskan hubungan intim sebentar tadi masih menghantui dirinya.

Melissa berusaha untuk menyabar dirinya, mengawal suaranya, dia sudah lelah dengan jiwanya, tekanan dari kesakitan dan kepedihan itu bukan senang dia dia kawali.

“Iman, jangan ada Bonda please, Iman dengan penjelasan abang dahulu, kalau Iman perlu Bonda, kita kejutkan Bonda,” Fahri masuk berusaha memujuk isterinya, dia tahu isterinya sangat terluka, malah ketenangan yang dipamerkan isterinya sesungguhnya sangat menakutkan.

Dia tidak sanggup dan tidak akan kehilangan isterinya, itu janji dia pada dirinya.

Wanita itu masih diam tidak berkutik, Melissa melihat wanita itu dengan pandangan yang sangat jijik, pandangan rasa yang sangat kotor, kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia mencurah air ke arah wanita itu, tetapi dia perlu mendengar cerita mereka, supaya dia faham apa sebenarnya yang berlaku, kenapa wanita itu boleh berada di dalam bilik tidur mereka, malah boleh berhubungan intim dengan Fahri, suaminya.

BERSAMBUNG

Didalam cerita kita, pasti ada isteri yang sangat mendambakan seorang malaikat kecil untuk menambahkan bahagia sebuah rumahtangga. Untuk isteri itu, semoga semua doa anda diangkat oleh Malaikat dan sampai kepada Allah SWT. Suatu hari nanti, pasti ada bahagia untuk anda - Cik Syid

Share this novel

Guest User
2024-05-24 04:08:08 

test_account

yana123
2024-03-17 13:40:18 

very good ?


NovelPlus Premium

The best ads free experience