bab 23

Romance Series 423079

“Hi Ayriz Elyna. Tak sangka kita jumpa dekat sini.” kata lelaki itu sinis. Dia memandang Ayriz daripada atas ke bawah.

Ayriz memandang lelaki itu lalu dia terus ingin beredar namun pantas dihalang oleh lelaki itu.

“Hey, kejaplah. Kenapa laju sangat? Kau nak ke mana? Kau tak rindu aku ke?” sekali lagi soalan sinis yang keluar daripada mulut lelaki itu. Ayriz menarik tangannya.

“Lepaslah! Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau!” keras kata kata Ayriz. Lelaki dihadapannya ketawa seperti mengejek.

“Tak sangka sejak aku tinggalkan kau, kau jadi macam ni… macam mana laki nak dekat dengan kau.”

“Itu urusan aku….”

“Aku dah cakap, tak ada siapa nak dekat perempuan macam kau ni….” Ayriz terasa dirinya tercabar. Dia merenung tajam wajah lelaki yang dia benci iaitu bekas tunangnya Naz. Belum sempat Ayriz membuka mulut ada satu suara mencul.

“Love, kat sini rupanya. Penat saya cari tahu tak.” sapa orang itu kepada Ayriz. Ayriz sedikit tersentak ketika itu apabila melihat Isac dengan wajah ceria. Buat pertama kali dia melihat wajah seperti itu. Selama ini ketat sahaja.

“Ouh tak perasan… Ni siapa love?” tanya Isac memainkan peranan.

“Naz… ex tunang Ayriz.” Naz memperkenalkan nama. Ayriz menaikkan matanya tidak suka dengan pengenalan tadi.

“Isac, boyfriend Elyna.” sapa Isac pula sambil menghulur tangan. Lagi sekali buatkan Ayriz terkejut bukan satu, dua tapi tiga.

‘Boyfriend? Elyna?’

Tidak pernah orang memanggilnya nama itu.

Mereka saling bersalaman. Naz tersenyum sebaris apabila lelaki dihadapannya mengenalkan diri sebagai kekasih bekas tunangnya. Diri terasa dicabar.

“Kalau dah tak apa, boleh aku bawak Elyna pergi? Dia biasalah hari hari macam ni, ais krim je la dia cari. Orang dah jumpa ais krim dia, dia pula hilang.” kata Isac sambil tangannya mencuit hidung Ayriz. Terbeliak Ayriz dengan tindakan selamba lelaki itu.

“Eh sila… sila.” Naz memberi kebenaran.

“Jom love.” ajak Isac sambil menarik tali beg Ayriz. Sempat Ayriz memberi jelingan kepada Naz sebelum kakinya mengikut langkah Isac.

“Tak semudah tu Ayriz.” kata Naz sambil tersenyum sinis.

“Dia dah tak ada…. kau buat apa dekat sini?” tanya Ayriz memandang lelaki tinggi di hadapannya. Isac masukkan kedua tangannya dalam kocek.

“Saja… ni kan mall memang semua orang boleh datang kan.” bersahaja lelaki itu berkata.

“Terima kasih tolong aku.” Isac membuat riak biasa. Sepi tiada sahutan.

“Aku pergi dulu.”

“Kau nak pergi mana?” tanya Isac. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berada di sini.

“Beli ais krim.” Isac tersenyum lalu terus mengikut langkah Ayriz. Ayriz menyedari Isac mengekorinya namun hanya dibiarkan. Baginya Isac tidak mengganggunya.

“Yang kau tenung ais krim tu kenapa?” soal Ayriz memandang lelaki di hadapannya.

“Aku tak makan manis.”

“Lah dah tak makan yang kau order buat apa. Bazir je.”

“Saja. Kau makanlah.” Isac mendekatkan ais krimnya. Ayriz memang sejak tadi terkeliur dengan ais krim yang dipesan Isac.

“Betul ni?” Ayriz inginkan kepastian dan Isac mengangguk. Bukan tidak perasan daripada tadi gadis itu merenung ais krimnya. Ayriz tersenyum teruja dan mencapai ais krim itu.

“Em sedapnya…. kau tak nak ke? Sedaplah. Cuba la satu sudu.”

“Takpe kau makanlah aku tak nak.” nada Isac bersahaja. Namun Ayriz masih tidak puas hati. Ais krim sesedap itu dia tidak mahu makan. Lantas Ayriz menyuakan sudu di mulut Isac. Terkejut Isac dengan tindakan gadis itu. Sungguh tidak dapat dijangka.

“Cepatlah…. naik lenguh tangan aku.” Lambat lambat Isac buka mulut. Betul sedap ais krim yang dipilihnya.

“Sedapkan…. lepas ni aku order ais krim ni je lah.” kata Ayriz ceria. Terlupa sebentar dengan perkara yang menyerabutkan kepalanya. Isac merenungnya. Ayriz menyedari keterlanjurannya menunduk malu.

“Ka…kau dah jumpa perempuan tu?”Ayriz cuba mengubah topik menghilangkan malunya. Isac mengangguk sambil tangannya mengambil ais krim milik Ayriz. Ayriz hanya pandang.

“Kenapa tak bagitahu aku… so macam mana? Dia dah bayar?”

“Dia kata bagi dia masa 2 minggu.”

“Then?”

“Esok aku jumpa dia.”

“Aku nak ikut.” bersemangat Ayriz berkata. Fariz mengerutkan keningnya.

“Buat apa? Tak payah… kau duduk rumah makan. Apahal kau makin kurus ni?” soal Isac yang menyedari wajah cengkung gadis itu. Berubah air muka Ayriz.

“Ta…tak ada apa. Tapi aku nak ikut.” Ayriz tidak putus asa untuk bertemu gadis yang sudah memberi kesan kepada Haikal.

“Kau ni degilkan…. Esok datanglah tempat hari tu.” jawab Isac sedikit pasrah. Kalau dikata tidak lagi dia menginginkan. Berubah semula wajah Ayriz ceria. Isac kembali merenung gadis itu sambil makan ais krim miliknya.

“Kau berambus! Sekali lagi aku nampak kau buat kerja macam ni memang aku pecat kau… Keluar!” sejak berpisah, Fariz jadi makin cepat marah ada sahaja tak kena sampai ada yang menghantar sendiri surat berhenti.

Tok! Tok!

“Masuk!” arah Fariz. Eriq yang berada di muka pintu terus duduk berhadapn dengan Fariz. Fariz mengerutkan dahi memandang Eriq.

“Kau masuk bilik aku memang nak tenung muka aku ke? Dah tak ada kerja?”

“Kali ni je dah nak 3 orang berhenti sebab kau… kau tak takut bankrup ke bro?”

“Apahal pula? Diaorang yang kerja tak betul! Salah aku?”

“Bro diaorang buat kerja salah sikit je yang kau marah marah sampai campak fail ni kenapa? Mana Fariz yang dulu? Mana Fariz yang penyabar tu? Mana? Kau tak boleh macam ni Fariz. Jangan campur kerja dengan luar. Fikirlah bro. Ni bukan masa depan kau je tapi masa depan pekerja pekerja kau.” tenang Eriq menasihati sahabatnya. Fariz mengeluh perlahan dan bersandar di kerusi. Benar selepas penceraiannya, dia menjadi serabut.

“Apasal dia ada dekat sini?” tanya Lim apabila melihat Ayriz yang berada di muka pintu tadi.

“Dia yang nak datang.” jawab Isac membuat muka selamba. Lim sudah mengerut dahi.

Ayriz pula sedang di dunianya sendiri melihat keliling rumah. Ada juga beberapa orang berpakaian hitam. Namun Ayriz tiada tanda tanda takut dengan mereka.

“Woi budak. Sini duduk. Kau diri situ buat apa.”

“Ala kejaplah… hari tu aku tak sempat usya rumah kau. Cantik juga rumah kau kan.” puji Ayriz ikhlas.

“Tengoklah taste siapa. Dah kau sini le. Kau ni muka apahal macam ni pucat semacam. Kau sakit ke?” daripada semalam dia tidak puas hati melihat wajah gadis itu.

“Mana ada… aku sihat je. Kalau tak sihat aku tak datang kan. Eh mana perempuan ni? Lamanya.” Ayriz cuba mengubah topik.

“Mana aku tahu…”

“Eh aku nak tanya… selalu kalau orang tak dapat bayar hutang kau… kau buat apa?” soal Ayriz. Isac tersenyum sebaris.

‘Jangan buat aku hilang kepercayaan aku budak.’

“Kau sebok nak tahu buat apa? Nak report polis?” saja Isac melihat sejauh mana permainan Ayriz. Ayriz mengerutkan dahi.

“Apa kena mengena dengan polis? Aku nak tahu je.”

“Aku bunuh orang tu.” jawab Isac laju dan mendatar sahaja suaranya. Ayriz menelan air liurnya perit. Jantungnya mula laju. Mengapa dia tiba tiba berasa takut dengan lelaki di hadapannya.

“Aku tak akan bunuh kau.” kata Isac memandang Ayriz.

“Hah?” Ayriz seakan sukar mentafsir ayat lelaki itu.

“Tak ada apa. Kau haus tak jom pergi dapur.”

“Eh aku kan tetamu.” saja Ayriz ingin mengembalikan mood cerianya.

“Tak payah tetamu sangat silap hari balik balik muka kau je datang rumah aku. Sini.” panggil Isac. Ayriz tersengih lalu terus mengikut belakang Isac… senyumnya mengendur apabila lelaki lelaki berbaju hitam itu merenungnya. Laju kakinya mengikut Isac.

“Kau pahal?” soal Isac yang melihat gadis itu gelabah.

“Seram aku tengok diaorang… macam tak puas hati je dengan aku.” adu Ayriz menunjuk ke arah mereka tadi. Isac merenung tajam budak budak nya. Terus mereka menunduk dan beredar.

“Tak ada apalah… Mak Mah… sediakan budak ni air.” arah Isac dan berlalu ke depan. Tinggallah Ayriz dan mak Mah sahaja. Ayriz memberi senyuman kepada pembantu rumah itu.

Selang beberapa minit “perempuan” itu pun tiba.

“Isac, perempuan tu dah sampai.” beritahu Lim sambil matanya silih bergantin memandang Ayriz. Isac hanya mengangguk lalu terus bangun. Ayriz ikut bangun juga.

“Kau duduk sini abiskan makan tu dulu.” arah Isac memandang nasi ayam yang dibelinya. Puas dia bergaduh dengan Ayriz supaya Ayriz makan.

“Ala tak nak… nak ikut. Aku dah kenyang.” Ayriz memberi alasan.

“Kau habiskan sekarang… jangan banyak bunyi. Selagi tak habis kau jangan keluar. Jack kau tengok dia sampai habis makan. Selagi dia tak habis jangan bagi dia keluar… faham?” Jack hanya mengangguk.. tidak mungkin dia berkata tidak.

Ayriz sudah membuat muka cemberut apabila Isac memaksanya. Ayriz menjeling tajam melihat Jack lalu dia terus menyuakan nasi ke mulutnya dengan protes. Jack mengemam bibirnya supaya tidak ketawa. Ayriz tidak lari seperti budak budak yang marahkan ayahnya.

“Kau ingat kau hutang dengan keluarga kau nak ansur ansur!” tengking Lim apabila gadis itu mengemukakan hasratnya untuk membayar ansuran.

“Sa… saya betul betul tak ada duit.”

“Masa kau pinjam…. kau ada fikir? Siap guna nama orang lain pula tu… Eh perempuan kau ingat mudah tu bos aku nak lepaskan kau?”

“To…tolonglah…. saya betul betul tak ada duit.” rayu gadis itu dalam esakkan.

PANG!

Terteleng kepala gadis itu menerima tamparan daripada Lim. Gadis tadi mengerang kesakitan. Lalu Lim mencengkam dagu gadis itu.

“Kau ingat semudah tu…. Aku tak kira kalau dalam masa 24 jam ni kau tak dapat bagi balik duit tu… say bye bye dekat semua orang.” Teresak gadis itu ketakutan… selang beberapa saat Isac masuk ke dalam bilik lalu Lim terus melepaskan cengkaman. Isac hanya merenung gadis itu sambil tangannya masuk ke dalam kocek.

“Lagi berapa?” soal Isac setelah hampir 2 minit diam.

“RM 15K.” jawab Lim. Lalu mata Isac masih lagi memandang gadis itu. Esakkan gadis itu tidak mampu membuat Isac simpati akannya.

“Jack! Aku dah sudah makan.” panggil Ayriz apabila suapan terakhirnya habis. Terkejut Jack apabila namanya di panggil begitu.

“Aku keluar ea?” tanya Ayriz sambil tersengih suka. Senyuman itu mengugat jiwa lelaki Jack. Jack berdehem kecil dan mengangguk. Ayriz terus bangun dan berjalan ke hadapan Jack.

“Kejap lagi aku bawak pinggan tu turun.” beritahu Ayriz sambil menepuk lengan Jack dan terus pergi. Jack seperti hampir putus nyawa berhadapan dengan gadis tadi. Dia menggelengkan beberapa kali kepalanya dan memegang dada.

“Kau nak bayar bila RM15K tu?” soal Isac mendatar. Wajahnya juga tiada sebaris senyuman.

“Sa…saya akan cari duit secepat mungkin.”

“Kau ingat 15K tu RM15 ringgit ke kau nak cari cepat. Hey perempuan dulu aku tak berkeras sebab kau tu perempuan tapi kau buat apa kau gunakan lelaki untuk tutup masalah kau… Kau bodoh tinggalkan lelaki yang macam dia. Dia sanggup kena pukul daripada budak budak aku cari kau… Kau nak apa sebenarnya?”

Semakin kuat esakkan perempuan tadi.

“Siapa suruh kau nangis!” ternaik bahu gadis itu akibat tengkingan Isac.

“Sa… saya minta maaf!”

“Maaf kau sampah. Malam ni aku tak dapat duit aku… aku bunuh kau! Faham!” menggigil badan gadis itu ketakutan. Selang berapa saat pintu dibuka. Isac dan Lim melihat pintu itu. Siapa pula yang terjah begini. Memang menempah maut dengan Isac.

Ayriz menjengah ke dalam. Jelas semua mata sedang merenungnya. Renungan tajam Isac membuatkan Ayriz berasa sedikit gugup.

‘Aku salah time ke.’

“Yang kau tercegat kat situ apahal.. masuk!” marah Isac. Cepat cepat Ayriz masuk dan menutup pintu. Wajah Ayriz sedikit takut melihat wajah tegang Isac manakala Lim semakin tidak faham dengan bosnya itu.

“Lagi berapa?” soal Ayriz tidak mahu keadaan menjadi sunyi. Isac mendiamkan diri tidak rasa ingin menjawab. Ayriz sudah mati kutu. Ayriz merenung gadis yang sejak tadi tunduk. Dia benar benar ingin tahu siapa gerangan perempuan itu. Dia menghampiri gadis itu lalu dengan lembut Ayriz memegang kedua pipi perempuan itu supaya mengangkat wajahnya. Gadis dihadapannya agak terkejut memandang wajah Ayriz.

“Ay…Ayriz…”

sorry lagi sekali… niena akan late update sebab busy…

Share this novel

Della Adin
2022-08-23 22:20:26 

ni dah abis ke cerita ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience