bab 2

Romance Series 423079

“Hah dah turun pun. Meh sini Ayriz duduk dengan mama.” tegur puan Malisa apabila melihat menantunya turun bersama anaknya. Ayriz tersenyum dan terus duduk di sebelah ibu mertuanya. Semua mata memandang ke arah Ayriz. Ayriz berasa sedikit tidak selesa apabila ada yang memandangnya tidak puas hati.

“Hah Fariz macam mana majlis esok?” tanya mak saudaranya. Fariz memandang sepi, tidak rasa ingin menjawab soalan mak saudaranya.

“Mestilah jadi… kad dah edar.” jawab puan Marisa bagi pihak anaknya. Ayriz lebih selesa mendiamkan diri.

“Tak sangkakan ada juga perempuan yang sanggup pula jadi isteri express. Terdesak sangat agaknya nak ada laki.” lancang mulut mak saudaranya. Ayriz sedikit tersentap ketika itu. Namun Ayriz memaniskan wajahnya.

“Jaga mulut kau tu Ros, yang kau cakap ni menantu akak tau.”

“Ala kak Mel ni, dia bukan menantu pilihan Fariz ni pun. Dia yang sibuk sibuk nak bertanggungjawab konon.” Ayriz semakin tidak selesa apabila dia menjadi punca pergaduhan ibu mertua dan mak saudaranya. Dia terus bangun, Fariz juga sedikit gementar melihat isterinya, takut juga apabila isterinya mengeluarkan kata kata yang tidak sopan.

“Ma, Ayriz nak pergi dapur buat air, mama minum tak kopi?” tanya Ayriz lembut.

“Minum.” jawab Melisa senang hati.

“Okay Ayriz pergi buat kejap.” Ayriz meminta diri ke dapur. Fariz juga turut mengikut isterinya. Dia berasa sedikit kagum apabila melihat isterinya dengan tenang melayan mak saudaranya. Puan Ros menjeling Ayriz tidak puas hati. Baginya Ayriz menyimpan sesuatu.


“Aku dah cakap tak payah turun. Kau yang nak turunkan.” tegur Fariz apabila di dapur.

“Apa? Saya tak dengar? Aku? Apa?”

“Okay sorry. Saya dah cakap tak payah turun tadi. Tengok aunty Ros cakap apa tadi.” Ayriz hanya tersenyum sambil membancuh air. Fariz memandang pelik apabila isterinya hanya tersenyum.

“Orang cakap senyum pula.”

“Biarlah wak, aunty Ros tu ada mulut. Biarlah dia nak cakap apa pun.”

“Betullah awak ni tak ada perasaan. Orang cakap macam tu pon senyum je.”

“Husband, awak minum kopi tak?” Ayriz menukar topik sambil tersenyum memandang suaminya. Sekali lagi Fariz terpersona melihat isterinya. Dia hanya mengangguk perlahan.

“Okay. Awak punya saya buat yang lain okay. Nah yang ni awak hantar depan dulu. Kejap lagi saya bawakan air awak.” dengan mesra Ayriz mengarah suaminya. Fariz tidak membantah dan terus membawa minuman ke hadapan. Orang gaji yang dipanggil mak Wan itu hanya tersenyum memandang mereka.

“Husband, nah air.” Lembut sahaja Ayriz memanggil suaminya. Sekali lagi dia mencuri perhatian orang yang berada di dalam rumah. Fariz pula hanya berlagak selamba sambil mengambil air daripada isterinya.

“Pa, minumlah. Tak sudi ke minum air yang Ayriz buat ni?” saja Ayriz mengusik ayah mertuanya. Terbeliak mata Fariz apabila Ayriz selamba bergurau dengan ayahnya sedangkan dia pun tidak pernah bergurau begitu.

Encik Razak tertawa melihat terlatah menantu barunya itu. Entah meskipon dia permalukan diwaktu pernikahan itu, dia berasa senang hati melihat orang yang mengantikan calon isteri anaknya. Sekali lagi Fariz terkejut apabila ayahnya tertawa sedangkan dia tahu ayahnya seorang yang serius.

“Mestilah papa sudi. Kejap lagi papa minum. Ni papa kamu ada cakap apa apa ke untuk esok?”

“Em tak pasti pa… tapi papa cakap dia nak jemput saudara mara takut nanti dorang tertanya tanya pula. Itu pon yang mana yang dapat je la… sebab last minute kan… Tak apa ke pa?” serba salah juga majlis orang dia sesuka hati membawa kerabatnya.

“Itulah dah terdesak sangat kahwin sampai last minute pon tak kesah.” sekali lagi puan Ros memerli. Ayriz menundukkan kepalanya. Sedikit sebanyak dia terasa. Fariz melihat wajah isterinya lalu terus bangun.

“Tak apa Ayriz, memang patut pon papa jemput saudara mara awak, diaorangkan family saya juga. Jom kita naik, saya penat.” jawab Fariz tenang.

“Pa, ma… Ayriz dengan Fariz naik atas dulu. Minta maaf untuk hari ni. Selamat malam. Assalammualaikum.” ucap Ayriz lembut memandang mak ayah mertuanya. Mereka tersenyum senang hati sambil menjawab salam anak menantunya.

“Ros, kau jaga mulut kau tu boleh? Yang dapat menantu tu aku yang kau sakit hati sangat dengan dia kenapa?”

“Kak tak nampak lagi ke? Dia tu nak kaut harta akak dengan abang je.”

“Kalau kau kenal dia, kau tak akan cakap macam ni. Dah la tu, tak payah nak bising, ni minum menantu abang dah buat air.” sekelip mata perbualan itu terputus apabila encik Razak bersuara.


“Dahlah tu tenung telefon tu. Dia tak akan call awak. Kalau dia sayang awak, dia tak akan tinggal awak dihari bahagia korang.” daripada naik ke bilik dia melihat suaminya membelek belek telefon.

“Kau diamlah. Kau tak kenal dia.”

“Memang saya tak kenal dia. Kalau saya kenal dia, saya nak cakap terima kasih sebab lari. Untung saya kahwin tak keluar duit.” Bersahaja Ayriz berkata begitu. Fariz pula memandang isterinya tidak puas hati.

“Sebenarnya apa niat kau ek?”

“Saya bosanlah wak berapa kali saya cakap saya bukan kawan awak nak beraku aku. Saya wife awak Fariz Mikael. Ingat tu.”

“Fine. Apa niat awak kahwin dengan saya? Tak pernah pernah perempuan gantikan tempat orang, awak tahu?”

“Sebab tak pernahlah saya buat. Baru macam nampak saya limited. Lagi pon masa awak nak nikah tadi saya terasa macam bestnya kalau kahwin. Eh tiba tiba girlfriend kesayangan awak tak datang, saya offer je la diri. Tak sangka kan allah makbulkan doa saya secepat tu.” Ayriz menjawab soalan itu dengan senyuman. Faris pula merasa yang Ayriz memberi jawapan yang saja ingin menyakitkan hatinya.

“Saya tak fahamlah. Ada juga perempuan macam awak ni.”

“Ada dan sekarang dah jadi wife awak. Okaylah wak saya tidur dulu. Minta maaf untuk hari ni.” Ayriz terus merebahkan badannya.

“Eh tak akan awak nak tidur sini.” Fariz sedikit terkejut apabila dengan selamba Ayriz baring disebelahnya.

“Abistu saya nak tidur kat mana kalau bukan sebelah husband saya? Saya kahwin sebab nak ada peneman tidur tau. Awak nak halau saya pula. Lagi pun, isteri perlu ada disisi suami. Ingat tu husband.” panjang lebar Ayriz memberi keterangan kepada suaminya dan sempat juga dia mencuit hidung suaminya sebelum kembali baring. Fariz kaku dengan tindakan selamba Ayriz. Jantungnya bagaikan mengepam laju. Dia seperti hilang dirinya seketika.

‘Gila budak ni. Macam mana aku nak hadap dia hari hari. Wawa, kenapa awak tinggalkan saya? Saya rindu awak.’

aaaa comelnya bila baru bab 1 dah dapat sambutan! korang punya komen buat niena cpt je nak update untuk bab 2 pagi ni! enjoyyyyy!!! teruskan komen okay

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience