BAB 1

Humor Completed 10496

Dalam permulaan pertama ini, aku mendapat gaji berjumlah dua ribu dua ratus ringgit Malaysia. Dengan berbekalkan jumlah yang sedikit ini, aku menjalani kehidupan dengan sederhana. Kalau nak makan pun, makan maggie saja yang mampu. Bukan tidak mampu. Mampu. Tapi keadaan yang menyeksa aku. sebenarnya aku boleh makan benda-benda mahal,m acam Kfc, Mcd, Subway, Marrybrown dan macam macam lagi lah.

Kalau tidak pasal kahwin, aku tak adalah ambik serius sangat pasal jimat cermat ni. Tapi cinta punya pasal, terpaksalah aku simpan sikit duit simpanan aku dekat bank.

Mak, abah, abang long dengan kak ngah memang support aku dari belakang. Kata mereka, aku kena pandai berjimat dan kena pandai menguruskan wang, kehidupan, kerja, cinta dan yang paling penting ibadah kita. Sibuk menguruskan hal dunia sehingga mengabaikan hal akhirat. Aku memang genggam falsafah ini sampai bila-bila.

“Laura, macam mana dengan persiapan kahwin kau. Tak lama lagikan kau nak kahwin? Macam tak sabar pula aku ni.”

Ini kawan aku namanya, Nur Wahida. Aku panggil dia Eda. Dia panggil aku pun Laura. Sebenarnya nama aku Laura Asmarina. Aku tidak suka orang panggil aku dengan panggilan Marina. Ingat nama aku sardin ke? kalau nak panggil boleh, tapi dengan nama ‘Asmarina’.

“Apahal kau pula tak sabar ni? sepatutnya aku la yang tak sabar. Yang penting kau tetap jadi pengapit aku.” aku memandang badanku di hadapan cermin. Nampaknya selama aku berdiet ni, badan aku semakin kurus sedikit. Dulu nampak bambam. Sekarang kurus dan ramping. Rahsianya berdietlah selalu. Aku tersengih.

“Amboi! Tengok badan. Kau dah kurus dah aku tengok sekarang ni. Cantik pulak tu. Mana tak sayang Fadil macam ni. Aku rasa dia pandang aku pun, tak hendak.” Eda tergelak sendiri. Aku mengomel dalam hati. Ada hati pulak nak rampas Fadil dari aku. Langkah mayat aku dululah, Eda.

“Mestilah. Sebelum dia tengok engkau, dia tengok aku dulu. Aku kan tunang dia. Lepas ni isteri dia pulak. Engkau jangan nak berangan sangat yea. Fadil tu milik aku.” aku sempat memberikan amaran. Bukan aku tidak tahu gatalnya si Eda macam mana. Pantang bila tengok lelaki hansem dan bergaya sedikit, mulalah nak mengedik.

“Alah Laura. Yang dah berkahwin pun dah bercerai. Inilah kau dengan Fadil.” Hatiku mula nak membengkak. Aku rasa nak out je Eda ni jadi pengapit aku. Hish menyesal aku pilih dia. Ini Fadil punya pasal lah. Hendak sangat nak pilih Eda jadi pengapit aku. kata Fadil senang, pengapit dia pun masih solo dan masih mencari. Sebab itu Fadil pilih Eda jadi pengapit aku. Halnya Eda pun masih solo. Kalau bab mencari jodoh ni, serahkan je dekat Fadil. Tapi kalau dia mencari jodoh untuk diri dia selain aku, memang hendak kena.

“Engkau nak kata apa pun, lantaklah. Yang penting Fadil sah menjadi suami nanti.” Harapanku yang mengunung hidup bersama dengan Fadil amat tinggi. Sehinggakan aku tidak mahu ada sebarang rintangan dan halangan dalam hubungan kami. Dan aku sering memaksa Fadil untuk segerakan pernikahan kami sebabnya bekas teman wanita Fadil sering mengganggu dan mengugut aku supaya batalkan pernikahan aku dengan Fadil. Aku semakin gerun bila perempuan itu memarahiku. Tapi alasannya, Fadil menasihatiku agar bersabar. Sebenarnya, Fadil sudah banyak kali menagguhkan tarikh perkahwinan kami. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Sebab itulah aku sentiasa berfikiran positif terhadap tunang aku sendiri, tanpa meragukan dia apabila diadi belakangku. Aku sentiasa mengharap dia juga setia sama sepertiku. Cinta aku terhadap dia begitu tinggi, sehinggakan Fadil mengatakan bahawa aku ini hamba cinta. Salahkah aku menyintai dia? Dia tunang aku dan bakal menjadi suri di dalam hati aku. Salahkah?

Aku tidak ada mood tentang persiapan majlis perkahwinan ini. Walaupun beberapa bulan saja lagi. Fadil sendiri sudah jarang menelefonku. Bertanya khabar pun tidak. Akhirnya aku mendiamkan diri. Dari terus menelefon dia, baik terus senyap.

Aku makin tidak faham dengan perangai dia. Dulu masa awal percintaan kami, manis bak bunga mawar. Mana tidaknya, setiap hari dua jambak bunga mawar merah wajib di pintu rumahku. Sudah tidak ada kerja, mamat tu. Tapi sekarang, semua itu tidak lagi. Bukan aku mahu bunga mawar yang entah apa apa tu, yang aku mahukan hanyalah perhatian sahaja. Semakin aku fikir semakin serabut kepala otakku.

“Laura nak kemana?” aku menoleh ke belakang. Eda memandangku. Agaknya apa di fikiran Eda sekarang ini? Mahu ikut aku kemana aku pergi?

“Jumpa Fadil?” aku sekadar menggeleng. Ya pun tidak. Geleng pun tidak. Hendak jumpa dia waktu macam ini tidaklah. Dia kerja. Aku malas hendak ganggu dia. Nanti dia marah, aku pula yang kena.

“Nak beli hadiah.” Jawabku bersahaja. Entah kenapa aku boleh berkata demikian. Tapi boleh juga, sebab hari ahad ni, kawan bekas satu universiti aku akab berkahwin. Eda pun tak akan tahu hal ini. Kami bukan dari universiti yang sama. Cuma satu tempat kerja sahaja.

“Why?” soalku balik. Aku menarik selendang berwarna coklat di atas katil. Mengenakan dress berbungga putih,coklat dan hitam. Ia sudah menjadikan aku lebih menarik.

“Cantik sangat ni, mesti nak jumpa Fadil.” Eda masih tidak menjawab soalanku tadi.

“Kalau Fadil, kenapa? Engkau pun nak menyebok sekali lah? Sukalah mengedik dekat Fadil?” marahku. Pasal Fadil je dari tadi, aku tak faham apa yang tidak kena dengan Eda ni sebenarnya.

“Ada aku kisah ke wei. Lelaki macam dia berlambak lah dekat pasar malam. Kalau dengan engkau pun aku tak kisah!” aku semakin pelik dengan Eda sekarang ni. Tengok, sekarang ni sikapnya semakin membuatkan aku naik hantu.

“Apa yang tak kena dengan engkau ni?” aku merapati Eda di hadapanku. Makin aku tidak jelas apa yang Eda mahu dan sampaikan kepadaku.

“Tak ada apa lah. Aku gurau je tadi. Engkau tu yang asyik terasa hati.” Eda mengelak.

“Aku yang terasa hati ke engkau Eda? Cuba cerita sikit, apa yang engkau tidak puas hati dengan aku? ke engkau syok dengan Fadil. “

“Engkau tidak akan tahu selagi Fadil tak meluahkan isi hatinya yang sebenar.” Ada apa Fadil dengan Eda sebenarnya? Ada apa-apa yang aku tidak tahu?

“Kenapa dengan Fadil? Isi hati Fadil? Apa ni Eda? Engkau jangan nak macam-macam dengan aku.” aku semakin tidak puas hati dengan Eda. Dia benar-benar membuat muka kosong. Muka kosong yang memang aku rasa nak bagi penampar. Bukan setakat penampar, dengan sepak terajang, tarik rambut dan tendang dia pun ada juga. Tapi aku tahan dan cuba bersabar dengan permainan dia sekarang ini. Aku rasa Fadil semakin membohongiku. Sama juga dengan Eda.

“Engkau cuba selami hati dia. Cuba ambil hati dia. Kalau tak, dia tak akan sesekali abaikan kau.”

“Eda, engkau jangan nak putar belit sangat. Sibuk nak jaga urusan aku denga Fadil kenapa? Dari tadi aku tanya kenapa dengan isi hati Fadil? Ke korang ada apa-apa hubungan yang aku langsung tak tahu?” aku besarkan mataku. Eda semakin gerun melihat api kemarahanku.

“Just talk to him” Eda beredar dan terus masuk ke dalam biliknya. Aku semakin sangsi. Cepat-cepat aku mendail nombor telefon milik Fadil. Namun gagal. Suka sangat buat aku naik hantu. Sudah isnin lepas aku cuba menghubunginya namun jawapanya mengecewakan hatiku. Rasa hendak menangis pun ada. Kepercayaan aku terhadap dia bagaikan gelas kaca yang jatuh. Dengan titipan doa kepada Allah, agar Fadil tidak membawa sebarang masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience