EP 4 : FAKTA TENTANG KUCING YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA

Mystery & Detective Completed 1789

10. Kucing mempunya 5 jari kaki depan & 4 jari kaki belakang.

11. 1/3 waktu kucing ketika berjaga adalah membersihkan bulunya.

12. Manusia berbeza cap jari tapi kucing perbezaan di kesan melalui cap hidung. hehehe

13. Kucing boleh mengesan nada suara manusia. Adalah lebih baik bercakap dengan nada yang lembut sebab benda tu akan memberi kesan besar kepada kucing.

14. Setiap bahagian muka kucing mempunyai 12 helai misai.

15. Pada zaman firaun kalau kucing anda terbunuh maka anda akan di bunuh.

16. Purata kucing tidur adalah 16 jam sehari. Ni kuncing2 gendut memang  tidur 16 jam sehari.

17. Kucing makan rumput sebab perkara tu membantu membuang bulu2 yang mereka tertelan & dapat membantu sistem pencernaan.

18. Misai kucing berfungsi sebagai navigasi.. mengukur jarak langkah & menunjukkan emosi. Sebab tu orang dulu2 kalau nak buang kucing suka sangat potong misai, konon kucing2 tu takkan boleh balik kerumah lagi.

Mesti banyak perkara yang anda tidak tahu fakta tentang kucing ni, kan? Sama la macam aku. Tak semestinya berpuluh tahun kita bela kucing kita tahu semua tentang kucing. benda ni pun salah satu cabang ilmu yang perlu kita belajar.. apapun kalau nak bela kucing kena bela kerana sayang bukan hobi yer. Jangan nanti bila dah kau menyampah kau buang macam sampah. Kalau rasa tak mampu untuk jaga banyak kucing maka mandulkan untuk mengawal pembiakkan. Itu adalah lebih baik dari kucing beranak pinak korang buang kat jalanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience