BAB 15

Romance Completed 3910

Nurul bergegas ke bilik kecemasan sebaik kelasnya tamat, tapi Amirul sudah tiada. Dari apa yang Nurul dengar,Najman yang bekerja di kantin sekolah mereka sudah menghantar Amirul balik ke rumah. Nurul masuk semula ke kelas dan mengharapkan agar Amirul dalam kedaan baik-baik saja. Sayang juga kau kat Amirul tukan Nurul? Nurul menghentam diri sendiri di dalam hati. Sapa tak sayang laki oiii!! Nurul tersenyum dengan bisikan nakal hatinya.

''Hoi! Hang ni awat? Hang pi mana? Taksat lari macam oghang tak cukup kaki, ni dah sengeh sorang-sorang macam kerang kena rebuih pulak??'' Samirah menegur kelakuan Nurul yang agak pelik hari ni. Tadi,ketika cikgu Ahmad mengajar, Nurul macam kucing nak beranak,mengelisah dan tak tentu arah. Pelajaran yang diajar oleh cikgu Ahmad,langsung tak diberi tumpuan. Sekarang ni dah tersengeh seorang diri pula, macam orang tak betul ja?

''Biaq ar,hang kalut pa? Sibuk ja!'' Nurul menjawab sambil menjelirkan lidahnya. Takkan nak bagitau Samirah apa yang sedang bersarang dalam hatinya sekarang. Maunya jadi berita tergempar.

''Dah macam oghang tak betoi! Sengeh-sengeh,.hang sembang pa dengan Hakim tadi sampai abang Mirul tukang kebun tu pengsan. Jangan-jangan abang Mirul tu syok kat hang pa? Sampai pengsan dia tengok hang dok menyembang dengan Hakim. Gerenti dia jeles, tu mesti dia tak dapat terima hakikat sampai pengsan-pengsan,.'' Samirah tergelak diakhir kata-katanya. Nurul menjeling geram. Dia pun ada terfikir macam tu jugak tapi macam tak masuk akallah,takkan nak cemburu sampai pengsan-pengsan pulak?

''Hang jangan mengarut sangat boleh dak! Aku bukannya ada apa-apa pun dengan tukang kebun tu,kalau dia laki aku kot la dia nak jeles,'' Gulp! Nurul telan liur sendiri. Berdosakah dia kerana tidak mengaku Amirul tu suami dia?

''Dak la, mana la taukan! Hang macam la tak perasan,abang Mirul tu selalu dok usha hang semacam ja,mana la tau kot dalam diam-diam, ada cinta dalam hati.'' sekali lagi Nurul telan liur. Amirul cintakan aku ka? Takkanlah! Malam-malam tu dia cuma nak ambil kesempatan saja tu. Alah,.dulu aku tak jadi bini dia pun, dia perkosa aku, inikan pulak dah jadi bini dia. Tentu dia nak tuntut hak dia? Hati Nurul berdetik lagi dengan pelbagai persoalan.

''Dia tengok hang kot? Hangkan lagi lawa daghi aku? Aku bukannya lawa pun,tapi sweet tu ada la kot,.sikit-sikit,'' Nurul tergelak dengan kata-katanya sendiri. Hujung jari telunjuk dan hujung ibu jari disatukan untuk memberitahu perkataan sedikit itu. Samirah mencebik,biasa sangat kalau bab masuk lift tekan sendiri ni.

''Sorry okey! Taste aku bukan tukang kebun. Kighim salam!,.aku nak cari tubuh tegap macam Aaron Aziz,ghupa hensem macam Aariz Lufias. Lepas tu,kalau bolih kaya macam,.errr,.sapa naa,.Prince William pun boley kot!'' Samirah tergelak lagi. Dua kali lima ja dengan Nurul. Masing-masing tak mau mengalah.

''Ek eleh,.taste tinggi melangit,dok hina sangat tukang kebun tu,.tau-tau ghumah dia banglo daghi ghumah hang!'' Nurul cuba membela Amirul. Dia bukan cakap kosong. Haji Alyas ada syarikat sendiri. Kakak dan abang Amirul pun bukan calang-calang orang. Keluarga mertua dia bukannya orang miskin pun.

''Oiii,..hang ingat,kalau ghumah dia banglo, dia mau ka gheja cuci toilet,buang sampah semua tu?'' Samirah membidas kata-kata Nurul. Nurul tersengeh lagi. Nak memberitahu kebenarannya kepada Samirah memang tak boleh,nanti sekali dengan rahsia mereka terbongkar.

''Aku cakap kot ja!'' Nurul mengangkat bendera putih dan perbualan mereka terhenti bila cikgu Noor Intan masuk ke kelas untuk mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Pelajaran dimulakan dengan lancar,namun minda dan hati Nurul sudah berada di rumah. Macam tak sabar untuk mengetahui perkembangan Amirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience