Seperti biasa selepas bersiap Aishah akan pergi ke kerja.Sampai di sekolah Aishah parking kereta di tempat parking lalu keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam kelas.
"Assalamualaikum Cikgu"
"Waalaikumsalam murid murid..semua boleh duduk"kata Aishah
"Ehh awak datang sekolah hari ini..awak dah sihat ke khalish"tanya Aishah
"Saya dah sihat cikgu"kata khalish sambil tersenyum
"Baguslah kalau dah sihat"kata Aishah
Selepas beberapa minit Adam iaitu kawan Khalish perasan yang khalish sedang memandang ke arah Aishah sambil tersenyum yang sedang mengajar di hadapan tanpa berkelip.
"Kau apasal tengok dia macam tu"tanya Adam
"Salah ke kalau aku nak tengok cikgu aku"kata Khalish dan sambung memandang ke arah Aishah
"tak salah kau tengok..tapi yang kau tengok semacam tu kenapa"tanya Adam
"Awek aku kot..salah ke tengok awek"kata Khalish
"Haahh!!!awek...kau cakap apa ni..."kata Adam
"Ya allah kau selamatkan lah kawan aku ni..Amin.."kata Adam
"Kau merepek apa ni"tanya Khalish
"Weii kau sedar tak dia cikgu kita..mana boleh bercinta dengan cikgu"kata Adam
"Boleh sape cakap tak boleh...Dia milik aku sahaja.."kata Khalish
"kau dah lamar dia ke belum"tanya Adam
"belum lagi"kata Khalish
"Kau ingat dia nak ke kat kau..kau ingat lagi tak lelaki yang makan dengan dia tu hari tu...mana tau tuu boyfriend dia ke"kata Adam
"Aku dah tanya dia..dia kata kawan je"kata Khalish
"Kau ingat kau ni sape semua benda nak cerita kat kau..mana tau dia tipu kau ke"kata Adam
"Aku tahu dia tak tipu aku...yang kau cakap pasal dia buruk kat aku tu kenapa...ke kau jealous"kata Khalish
"buat apa aku nak jeolous..Aku cakap je mana tau dia tipu kau"kata Adam lagi
"Dah lah kau diam lah..sibuk betul dalam hal orang"kata Khalish sambil menjeling dan sambung memandang ke arah Aishah
Aishah perasan yang Khalish sedang memandangnya tanpa berkelip.Aishah rasa tidak selesa apabila Khalish melihatnya.Biasa lah kan siapapun tak selesa bila tengok kita tak berkelip.
"Kenapa lah dia tengok aku macam tuu..Aku ada hutang dengan kau..ishh"bisik Aishah
Dia berjalan ke arah Khalish dan menghentakkan meja.Khalish tersedar dari lamunan.
"Khalish fokus dalam pelajaran jangan mengalamun je kerja"kata Aishah
"Err..err..ye ye cikgu"kata khalish sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu.Aishah menggelengkan kepala
Di rumah,
Mama khalish menyediakan makan malam buat sekeluarganya.
"Abang jom makan ni..saya dah sediakan makanan"kata mama khalish
"Mana khalish"tanya papa khalish
"Ada kat atas tu"kata Mama Khalish
"pergi lah panggil dia datang makan"kata papa Khalish
"Mm yelah"kata Mama Khalish
"Khalish turun makan malam ni.."kata Mama Khalish
"Baiklah mama"kata Khalish
Selepas makan malam Khalish terus naik ke atas untuk tidur.
"Abang saya nak cakap sesuatu ni"kata Mama khalish
"Apa dia cakaplah"kata papa Khalish
"Aishah tu cikgu kepada Khalish tu kan baik orangnya..sopan santun..kalau dibuat menantu bertuah kita bang"kata Mama Khalish
"kamu jangan macam macam..anak kita tu muda lagi..lagipun Aishah tu tua daripada khalish"kata Papa khalish
"Apa salahnya bang..cantik kot dia"kata Mama khalish
"Abang nampak tak yang khalish dah banyak berubah.. hormat kita..tak kurang ajar macam dulu...ni semua sebab Aishah lah"kata Mama khalish
"Ape ape je lah kamu ni"kata Papa khalish
Tanpa mereka sedar Khalish mendengar apa yang orang tua kata.Hatinya berbunga bunga."Yessss"bisik Khalish
Happy reading:-)
Share this novel
bole update agi tk?