Beberapa tahun lalu, semasa menjalani latihan industri di sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, saya disediakan sebuah rumah banglo besar di sebuah bandar kecil di Cameron Highland.
Banglo konkrit berbentuk klasik ini terletak agak jauh daripada rumah-rumah lain. Suasana sunyi sepi. Saya teruja untuk memulakan kehidupan baru walaupun hanya sebuah bandar kecil.
Setiap hari saya menghabiskan masa yang sangat panjang berada di pejabat menyiapkan tugas-tugas penting dan apabila tiba di rumah saya betul-betul letih dan lesu.
Biasanya, selepas balik kerja, saya akan terus mandi dan berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen sebelum bergerak ke bilik tidur.
Pada suatu malam, saya telah tertidur akibat terlalu letih. Malam itulah saya bermimpi yang sungguh aneh. Dalam mimpi itu saya melihat ada suatu lembaga aneh sedang asyik memerhatikan saya tidur.
Lembaga aneh itu bersandar pada saya dengan wajah yang sangat marah. Wajah lembaga itu kelihatan seperti seorang lelaki tua yang sedang marah.
Matanya merenung tajam ke arah saya seolah-olah tidak berpuas hati. Renungan tajam itu membuatkan saya berasa amat takut lantas terjaga.
Perasaan saya mula bercampur-baur. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah banglo lama itu. Perasaan saya tidak keruan. Sukar hendak diceritakan.
Pada malam ketiga menginap di rumah banglo itu, tiba-tiba suhu bilik jatuh ke paras yang sangat rendah.
Saya terjaga kesejukan sampai menggigil. Lebih memeranjatkan, saya terbatuk-batuk dan keluar wap semasa bernafas.
Share this novel