BAB 50

Romance Completed 43245

Afiq Raihan meningkatkan kelajuan keretanya agar dapat sampai dengan cepat di lokasi yang telah dimaklumkan oleh Haiqal Iskandar. Hatinya mula merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

Dia tak henti mendoakan agar tiada apa-apa yang berlaku kepada Anis Raihanna. Sekiranya sesuatu yang buruk menimpa isterinya, dia sendiri tak dapat maafkan dirinya sendiri. Sebaik saja tiba, dia segera keluar dari perut kereta.

Langkahnya diatur ke arah Haiqal Iskandar. Wajah lelaki itu jelas menunjukkan kekecewaan yang tak terhingga. Afiq Raihan tersenyum tawar. Mereka berpelukan seperti sudah lama tak berjumpa.

“Maafkan aku, Afiq. Aku tak sepatutnya buat kau macam tu. Aku minta maaf. Aku rela kalau kau nak bencikan aku tapi tolonglah maafkan aku. Aku tak sanggup hidup dengan perasaan bersalah dekat kau dengan Anis. Aku tak sanggup, Afiq. Aku tak sanggup.” ucap Haiqal Iskandar bersungguh-sungguh.

“Aku dah lama maafkan kau, Is. Mungkin ini ujian yang Tuhan nak bagi dekat aku. Aku redha. Lagipun, setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya kan? Jangan risau, aku tetap kawan kau untuk dunia dan akhirat. Setiap manusia tu tak sempurna, Is. Masing-masing ada salah silap. Macam tu jugak kau dengan aku. Kita tak payahlah nak ungkit lagi perkara ni. Boleh?” pinta Afiq Raihan.

Haiqal Iskandar mengukir senyuman. Hatinya tersentuh dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Afiq Raihan. Sungguh baik budi pekerti lelaki itu. Hanya kerana dia dibutakan oleh cintanya kepada Anis Raihanna, sedikit pun dia tak pernah sedar tentang kebaikan yang ada pada Afiq Raihan. Benarlah kata orang, cinta itu buta...

“Afiq, kau jumpalah Anis. Aku harap kau dapat hidup bahagia dengan dia. Kau layak untuk bahagia, Afiq. Pergilah cari kebahagiaan kau. Aku janji takkan hancurkan kebahagiaan kau dengan dia lagi. Aku sentiasa akan doakan kau.
Aku bahagia bila kau bahagia, Afiq.” ucap Haiqal Iskandar ikhlas dari hati.

Dia sudah mula menerima kenyataan bahawa Anis Raihanna bukan milik dia lagi. Kini, dia perlu teruskan hidup seperti biasa. Tiada apa lagi yang tinggal buat dirinya. Mungkin dia sendiri perlu mencari kebahagiaan buat dirinya sendiri. Bukan dengan merampas kebahagiaan orang lain. Dia menepuk lembut bahu Afiq Raihan.

Afiq Raihan tersenyum penuh makna. Alhamdulilah, segala-galanya telah kembali seperti sedia kala. Dia melangkah pergi meninggalkan Haiqal Iskandar. Langkahnya diatur bagi mencari kelibat Anis Raihanna.

Pandangannya diliarkan ke sekeliling. Kornea matanya cuba menangkap susuk tubuh isterinya. Akhirnya, pandangannya tertancap pada sebuah figura yang berada tidak jauh darinya. Serta-merta, dia mengukir senyuman.

Afiq Raihan mula mempercepatkan langkah. Hatinya melonjak gembira apabila mengetahui  dia dan Anis Raihanna dapat kembali seperti dulu. Terlayar saat-saat bahagia dirinya bersama isteri tercinta.

“Sayang...” tegur Afiq Raihan lembut.

Anis Raihanna menoleh. Tangannya pantas menekup mulut tanda terkejut apabila Afiq Raihan berada di situ. Matanya mula berair. Kepalanya digelengkan memberi amaran agar Afiq Raihan tidak mendekati dirinya. Afiq Raihan mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan isyarat yang diberikan oleh isterinya.

“Sayang, kenapa ni? Abang nak minta maaf. Jangan jauhkan diri sayang dari abang, please...” rayu Afiq Raihan.

Dia makin mendekatkan jarak antara mereka berdua. Anis Raihanna mula menangis semahu-mahunya. Semakin Afiq Raihan mendekati dirinya, semakin dia menjauh dari lelaki itu.

“Abang, jangan dekat dengan sayang, please.
Sayang tak nak abang cedera. Tsk...tsk...tsk...” ucap Anis Raihanna diselangi tangisannya.

“Sayang, abang tak akan cedera-”

Belum sempat Afiq Raihan menghabiskan kata-katanya, batang leher lelaki itu dipukul dengan sebuah kayu. Serta-merta, tubuh Afiq Raihan jatuh tersungkur akibat daripada pukulan tersebut.

“Abang!” jerit Anis Raihanna sekuat hatinya.

Aria segera menutup mulut Anis Raihanna menggunakan sehelai sapu tangan yang telah diletakkan cecair chloroform. Anis Raihanna meronta-ronta agar dilepaskan dari pegangan Aria.

Air matanya semakin laju mengalir apabila melihat Afiq Raihan yang telah jatuh tersungkur itu. Luluh hatinya pada ketika itu hanya Tuhan yang tahu. Tak lama kemudian, dia pengsan dalam pegangan Aria akibat penangan cecair chloroform tersebut. Aria tersenyum sinis sambil membawa Anis Raihanna pergi dari situ.

Afiq Raihan hanya dapat memerhati isterinya diculik didepan matanya sendiri tanpa berbuat apa-apa. Darah merah pekat mula mengalir menuruni batang lehernya. Kepalanya mula berpinar-pinar. Wajah Anis Raihanna merupakan perkara terakhir yang dilihat oleh dirinya sebelum pandangannya mula bertukar gelap.

“Sayang...”

??????

Anis Raihanna mula menyedarkan diri. Pandangannya yang kabur itu lama kelamaan bertukar menjadi jelas. Dia mula melilaukan pandangan ke sekeliling. Baru saja dia mahu menggerakan kedua-dua belah tangannya, ikatan tali yang ketat telah terikat kemas padanya.

Pergelangan kakinya turut mengalami perkara yang sama. Dirinya kini telah terikat diatas sebuah kerusi didalam sebuah gudang yang ditinggalkan. Kelihatan seorang lelaki yang bertubuh sasa berjalan ke arahnya.

“Siapa kau? Apa kau nak dengan culik aku, hah? Lepaskan aku, sekarang! Kalau tak, aku akan jerit sekuat hati aku!” ugut Anis Raihanna.

Lelaki itu menghamburkan tawa apabila mendengar ugutan yang terpacul dari bibir merah milik Anis Raihanna. Dia mula menghampiri gadis itu dengan lebih dekat.

Dia menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Anis Raihanna. Pantas, Anis Raihanna membelakangkan dirinya menjauhi lelaki yang tidak dikenali itu. Namun, mengapa wajah lelaki itu seperti biasa dilihat?

“Do you remember me, Anis?” soal lelaki itu sambil mengelus lembut pipi putih milik Anis Raihanna.

“Get away your hands from my face!” nada suara Anis Raihanna naik seoktaf.

Rahangnya diketap rapat. Mukanya mula bertukar kemerahan akibat menahan marah. Pantang dia apabila kulitnya disentuh dengan sengaja oleh mana-mana lelaki yang bukan mahramnya.

Serta-merta, lelaki itu mengundurkan diri bersama segaris senyuman sinis. Tangannya diangkat ke udara tanda dia mengalah. Anak matanya menikam tepat ke arah Anis Raihanna.

“Awak masih garang macam dulu kan, Anis? Tak pernah berubah. I like it!”  puji lelaki itu.

Dia berpeluk tubuh sambil memerhatikan setiap inci tubuh Anis Raihanna. Jelingan tajam daripada gadis itu langsung tak mengugat dirinya.

Kini, matanya tertancap pada seraut wajah Anis Raihanna. Wajah itu yang dirinduinya selama ini. Wajah itu juga yang pernah mendambakan dia pada suatu ketika dahulu.

“Lepaskan aku! Aku tak kenal kau, siapa!” kata Anis Raihanna lagi.

“Awak ni saya, Abang Kamal. Awak tak ingat ke? Malam tu, kita berdua dekat pejabat. Awak pengsan, saya yang tolong.” terang lelaki yang bernama Kamal itu.

Peristiwa beberapa bulan yang lepas mula berlayar di fikiran Anis Raihanna. Peristiwa yang hampir membuatkan dia diperkosa oleh lelaki yang dianggap klien pada suatu ketika itu dulu. Datuk Kamal. Sebaris nama itu mula kembali menerjah fikirannya.

“Datuk, nak apalagi dari saya? Tolong lepaskan saya. Saya tak pernah buat apa-apa pada Datuk.” pinta Anis Raihanna separuh merayu.

Dia mahukan Afiq Raihan. Dirinya sungguh lemah apabila lelaki itu tiada di sisinya. Dia takut sekiranya Datuk Kamal akan mengapa-apakan dirinya.

“Awak tanya saya nak apa, Anis? Saya cuma nak awak. Bukan orang lain. Saya sayangkan awak, Anis. Tolonglah faham. Saya cintakan awak sorang.” balas Datuk Kamal.

Anis Raihanna melepaskan keluhan kecil. Tak faham dengan tingkah lelaki tua itu. Niat tak menghalalkan cara. Kalau ya pun, Datuk Kamal mencintai dirinya, perlu ke sehingga menyeksa dirinya sebegini?

“Datuk, saya dah kahwin. Saya cintakan suami saya, Afiq Raihan. Datuk kena faham saya jugak. Bukan saya saja kena faham datuk sekarang ni. Datuk tahu tak tindakan datuk ni salah? Tolonglah buat keputusan yang betul dengan lepaskan saya.” Anis Raihanna cuba memujuk lelaki tua itu.

Datuk Kamal mengukir senyuman jahat. Dia takkan senang-senang lepaskan Anis Raihanna begitu saja. Selepas semua rancangan yang telah dirancang olehnya untuk mendapatkan gadis itu, dia takkan melepaskan peluang sebegini.

“Aku takkan lepaskan kau, Anis. Takkan. Sebab kau akan jadi milik aku tak lama lagi. Kita akan jadi sepasang suami isteri yang bahagia. Trust me.” balas Datuk Kamal separuh berbisik pada telinga Anis Raihanna.

Membuntang mata Anis Raihanna kerana terlalu terkejut dengan kata-kata Datuk Kamal.  Nampaknya lelaki tua itu masih tak sedar diri. Berapa kali dia perlu ulang yang dia telah berkahwin? Mungkin kali ni dia tak boleh berlemah lembut lagi terhadap orang tua tak sedar diri ini lagi.

“Hei, orang tua! Kau dengar sini eh, aku dah kahwin! Aku cintakan suami aku, Afiq Raihan bukan kau! Dengar nama suami aku tu betul-betul. Afiq Raihan! Bukan Kamal!” jerit Anis Raihanna dengan berani.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi gebu milik Anis Raihanna. Terteleng kepala gadis itu ke tepi. Bahagian tepi bibirnya pecah. Pedih dirasakan dibahagian tersebut. Anis Raihanna mendesis kesakitan. Kolam air matanya mula bertakung.

“Jangan kurang ajar, Anis! Aku ni tak lama lagi jadi suami kau! Jangan kau berani sebut nama jantan tak guna tu lagi, faham!” lantang nada suara Datuk Kamal membalas.

Naik turun dadanya menahan amarah. Tangannya sudah mengepal penumbuk. Nafasnya semakin laju. Panas telinganya apabila sebaris nama Afiq Raihan disebut. Kemudian, baru dia sedar luka yang berada di bahagian tepi bibir Anis Raihanna.

“Anis, bibir awak sakit ke? Biar abang rawat.” kata Datuk Kamal prihatin. Dia mengelap darah pada bibir Anis Raihanna.

Anis Raihanna segera memalingkan wajahnya ke arah lain. Tingkah lelaki tua itu tak ubah seperti seorang psikopat. Kolam air mata yang ditahan dari tadi akhirnya pecah jua. Anis Raihanna mengigit bibir menahan diri daripada mengeluarkan sebarang bunyi esakan.

Datuk Kamal mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan. Bagi dirinya, mungkin Anis Raihanna masih belum cuba untuk menerima dirinya sepenuhnya. Bibirnya didekatkan di telinga gadis itu.

“Take your time dear, I know you love me. Abang pun tahu yang Anis masih isteri yang sah kepada jantan tak guna tu kan? It's okay sebab tak lama lagi abang akan buatkan dia ceraikan Anis.” bisik Datuk Kamal kepada Anis Raihanna sebelum beredar.

“Aria, kau jaga bakal isteri aku ni elok-elok. Jangan bagi dia terlepas!” arah Datuk Kamal kepada Aria.

Anis Raihanna hanya mampu menangis. Di dalam hatinya tak henti mendoakan agar rumahtangga mereka selamat.

“Abang, sayang nak abang...”

??????

Seminggu telah berlalu...

Afiq Raihan telah pulih daripada luka di leher. Mujurlah tiada apa-apa yang serius dengan kecederaan yang dialaminya. Hanya dengan beberapa jahitan lukanya telah sembuh.

Dia membuang pandangan ke luar rumah. Dirinya semakin tak terurus sejak kehilangan Anis Raihanna. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari isterinya namun tak berjaya. Kadang-kadang, dia seperti sudah berputus asa. Satu keluhan berat meniti di bibirnya.

“Afiq, kau okay tak ni?” tegur Haiqal Iskandar.

Dia makin risau tentang keadaan Afiq Raihan sejak kebelakangan ini. Tak pernah dia lihat sisi lemah lelaki itu sebelum ini. Seluruh ahli keluarga lelaki itu merisaukan keadaan Afiq Raihan yang semakin teruk hari demi hari.

“Aku...dah penat, Is. Kenapa rumahtangga aku kena uji seberat ni? Aku tak mampu, Is. Aku tak mampu. Apa salah aku dengan Hana?” keluh Afiq Raihan lemah.

Haiqal Iskandar mengeleng kepala. Dia menggosok belakang badan Afiq Raihan untuk menenangkan lelaki itu. Mungkin sahabatnya terlalu stres dengan apa yang terjadi.

“Mengucap, Afiq. Tak elok kau cakap macam tu. Tuhan berikan ujian kepada hamba-Nya bersesuaian dengan kemampuan kita, Afiq. Kau kena bersyukur Tuhan uji kau. Sebab apa? Sebab itu salah satu tanda Tuhan sayangkan kau sebagai hamba-Nya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, itu yang kau pernah kata dekat aku dulu kan? Jadi sekarang ni aku nak kau bertenang dan tunggu untuk hikmah disebalik ujian ni boleh?” nasihat Haiqal Iskandar tenang.

Afiq Raihan tersentuh dengan kata-kata itu. Benar belaka apa yang diucapkan oleh Haiqal Iskandar. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

“Terima kasih, Is. Aku tak tahu apa akan jadi kalau kau tak ada. Aku nak pergi solat kejap.” kata Afiq Raihan mahu meminta diri.

Haiqal Iskandar mengangguk tanda faham. Dia membalas senyuman yang dilemparkan oleh Afiq Raihan sebentar tadi. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu.

“Afiq.” panggil Haiqal Iskandar. Afiq Raihan segera menoleh dengan pandangan lemah.

“Kenapa?” soal Afiq Raihan ingin tahu.

“Aku lupa nak bagitahu kau yang Fakhrul dah pulih.” kata Haiqal Iskandar.

“Ye ke? Alhamdulilah. Boleh la kita jumpa dia lepas ni.” ucap Afiq Raihan gembira.

“Ada lagi satu, aku kena bagitahu kau.” sambung Haiqal Iskandar lagi.

Afiq Raihan mengerutkan dahi. Dia makin tertanya-tanya. Perasaan ingin tahu mula menyelubungi diri.

“Aku dengan Fakhrul dah tahu tempat persembunyian Aria. Aku rasa Aria sorokkan Anis dekat situ. Tak lama lagi, mungkin kau boleh jumpa Anis balik.” maklum Haiqal Iskandar.

Afiq Raihan menghela nafas lega sebaik mendengar khabar gembira itu. Dia memanjatkan kesyukuran terhadap Yang Maha Esa. Sungguh dia tak sangka baru tadi dia redha dengan ujian yang diberikan, Tuhan membalasnya dengan serta merta. Terpancar sinar kegembiraan pada raut wajah Afiq Raihan.

“Aku dengan Fakhrul dah bincang dengan pihak polis untuk rancangan selamatkan Anis Raihanna. Aku harap semuanya berjalan lancar. ” sambung Haiqal Iskandar.

Afiq Raihan segera memeluk Haiqal Iskandar. Betapa gembirnya sekarang ini sukar untuk digambarkan. Hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa baik sahabatnya.

“Is, aku nak pesan. Kalau satu hari nanti aku dah tak ada untuk Hana, aku nak kau yang jagakan dia untuk aku, boleh?” pinta Afiq Raihan tiba-tiba.

Haiqal Iskandar segera meleraikan pelukan. Dia tak berapa suka dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Afiq Raihan.

“Afiq, dengan izin Allah, aku yakin kau dapat bersama dengan Hana balik. Jangan cakap macam ni. Aku nak kau sendiri yang jaga dia. Bukan suruh aku atau sesiapa. Sebab kau suami dia ingat tu.” pesan Haiqal Iskandar pula.

Afiq Raihan hanya tersenyum mendengar kata-kata Haiqal Iskandar. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

“Hana, abang rindukan sayang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience