Rate

BAB 56 -TAMAN RIA

Romance Completed 454604

Petang itu Inas menemani Raif berbasikal.. entah berapa pusingan yang di lakukan oleh Raif.. Berulang- ulang kali di halaman rumah.. sementara Inas duduk saja di kerusi yang ada di bawah pohon yang merendang melihat kearah Raif.. sambil melayan mesej Amni.. bertanya khabar dua orang tuanya disana..

''manis!'' jerit Raif..

''ya..'' jawap Inas . mendongak melihat kearah Raif yang sedang berbasikal..

''bosan!!!!'' jerit Raif kuat.

'bosan pulak?'

''dah tu nak buat apa? jom lah masuk baca buku..'' ajak Inas ..

''Tak nak! bosannnn....'' jawap Raif.. panjang.

'sejak bila pula membaca ni bosan.. ?' bekerut dahi Inas..

''manja mari kejap..'' panggil Inas, melambai ke arah Raif..

Raif mengayuh basikal dan berhenti di hadapan Inas... Inas bangun dan menghampiri Raif.. Pipi Raif dielus lembut dengan belakang tangannya.. Manik mata yang hitam pekat itu di tenung dalam - dalam oleh Inas..

''manja tak pernah kata membaca tu bosan tau... melainkan...'' bisik Inas ditelinga Raif.. Inas melihat halkum Raif bergerak - gerak.

'adakah tekaan aku betul? '

''manja nak keluar.. manja nak naik basikal di luar..'' Inas beranjak menjauh bila Raif tiba-tiba mengamuk.. mengoyangkan basikalnya ke kiri kanan sesuka hatinya..

'salah! ini adalah manja..!' Inas memicit dahinya bila melihat Raif mengamuk sampai melemparkan basikal itu jatuh ketanah..

''kalau manja mengamuk macam ni! manis tak nak ajak manja keluar..'' Kata Inas tak kurang kerasnya.. menunjuk kearah basikal..

''kita nak keluar?'' tanya Raif...

''yea.. tapi tak jadi sebab orang tu tak dengar cakap..'' menunduk mengangkat basikal yang ada diatas tanah..

''nak bawa basikal manja kemana?'' tanya Raif mengikut saja Inas dari belakang..

''dah nak maghrib ni.. manis nak simpan basikal.. nak masuk solat..'' kata Inas membawa basikal itu ke garaj..

''tapi - tapi.. manja tak puas main lagi..'' berlari Raif ke hadapan inas.. tangannya didepakan untuk menghalang langkah Inas.

''lepas solat.. manis nak keluar....''

''nak ikut!'' laju saja Raif memotong percakapan Inas.

''kalau nak ikut.. pergi masuk mandi..'' arah Inas.. terus saja Raif berlari meninggalkan Inas..

'tengok pergi macam tu saja..' keluh Inas bila dia ditinggalkan oleh Raif.. Matanya melihat kearah Raif yang sudah berlari masuk kedalam rumah..

Inas menolak basikal yang ada ditangannya masuk kedalam garaj..

''Manis!'' tersentak Inas dibuatnya..

''manja! Manis ingat manja dah masuk dalam tadi..'' Kata Inas sebaik berpaling melihat ada Raif di belakangnya.

''tak.. Sebab nak ajak manis mandi sama- sama..'' Raif menarik tangan Inas..

'ya allah!.. Mandi sama-sama pula'

''mandi sendiri tak boleh ke? Manja dah besar kan...'' Inas mula membebel.. Kakinya tetap naik keatas mengikut langkah suaminya...

Inas mengelap rambutnya yang masih basah.. sesekali Inas berpaling melihat kearah Raif.. sedang mengunakan pengering rambut..

'nasib kami mandi pakai baju tadi.. Dah macam ibu mandikan si anak je.. Ahh! Lantak lah..'

''manis.. Sini guna ni, cepat kering..'' panggil Raif.. Yang sedang mengeringkan rambutnya sendiri .

''tak nak.. Manis guna tuala je..'' balas Inas menolak pelawaan Raif.

''cepatlah! mari sini.. Nanti lewat kita keluar.. Cepat la! Cepat la..! Nanti maghrib habis macam mana?'' rengek Raif.

''lambat tu sebab manja.. Manja yang nak naik basikal.. Dah tu mandi pun main- main.. Nak tengok itik berenang lah.. Apa-lah..'' Raif mula mencebik mendengar bebelan Inas..

''dah tak payah tarik muka macam tu.. Cepat siap.. Kita solat..'' arah Inas.

''garangnya manis ni.. Sikit-sikit nak marah .. Salah sikit marah.. Marah.. Marah.. '' ngumam Raif..

''apa manja cakap tu?'' tanya Inas..

''tak ada apa.. Cepat-cepat siap..'' balas Raif.

Mereka berdua turun kebawah selepas selesai solat.. Bertembung dengan Rohana yang sedang menanti mereka berdua.

''manja dan Inas nak makan ke? '' tanya Rohana..

''tak kot kak Ann.. Kami nak keluar....'' jawap Inas.. Raif yang ada disamping Inas terus memeluk lengan Inas dengan senyuman yang melebar.. memandang kearah Rohana.

'' nak keluar..? Tapi kak dah masak makan malam.. Siapa nak makan nanti tu?'' tanya Rohana menunjuk kearah makanan yang sedang dihidang oleh melati..

''mama tak balik?'' tanya Raif..

''Tun tak pasti.. Kalau balik pun dah lewat.. Rasanya tak makan dah Tun tu.. kalau balik lewat..'' Rohana menjelaskan..

''kak Ann bawa balik lah makanan tu ke keluarga kak Ann dan melati.. Kami nak keluar dah ni.. '' balas Inas.. Bila tangannya sudah beberapa kali ditarik oleh Raif..

''iyalah.. Kalau macam tu kak Ann bawa balik makanan tu.. Nak keluar tu hati-hati ya.. Dah malam ni..'' pesan Rohana..

''Ya kak Ann.. Bye..'' balas Inas sayup-sayup.. Bila dia ditarik oleh Raif.

''sabar manja.. Jangan tarik manis macam ni.. Kalau jatuh nanti macam mana?'' keluh Inas.. Dia melihat Raif yang sedang mengeluarkan kasutnya dan dibawa kasut itu terus ke kakinya.. dan duduk membongkok di bawah sana..

''cepatlah pakai..'' Raif mendongak memandang keatas melihat kepada Inas..

''bangunlah .. Manis pakai sendiri..'' Inas membongkok menarik lengan Raif untuk bangun..

''kenapa?'' Raif bertanya dari bawah sana..

'entah kenapa dia tak suka melihat Raif yang sedang menunduk seperti menyembahnya..'

''manja kan suami.. Tak elok rasanya..''

''manja cuma pakaikan kasut buat isteri manja.. Manis ingat, manis seorang saja yang nak buat pahala.. Manja pun nak juga..'' Raif mengangkat kaki inas... Lalu menyarungkan kaki Inas ke kasut flat yang menutupi keseluruhan kaki Inas..

''biar manis jadi cinderella.. Dan manja adalah putera raja yang datang naik kuda.. Ehhh! Tapi manja tak ada kuda.. Ada basikal jee..'' sebelah lagi kaki Inas disarungkan kasut oleh Raif..

''putera yang datang dengan basikal pun.. Basikal lah.. Asal kan itu manja.. Putera Raif Althaf..'' puncak hidung mancung Raif dicuit Inas..

''betul ni? Jadi kita keluar naik basikal malam ni?'' tanya Raif..

''tak! Naik kereta.. Tapi Manis yang pandu..'' jawap Inas..

''kenapa selalu manis yang pandu? Kenapa Manja tak boleh pandu?'' keluh Raif..

''sebabbb.. Tempat yang kita nak pergi ni special .. Kalau bagi manja yang pandu tak sampailah kita nanti..'' balas Inas .. Raif mengangguk sahaja kepalanya kepada Inas..

Mereka sama-sama turun ke bawah menuju ke garaj.. Sepanjang perjalanan menuju ke tempat rahsia yang dikatakan oleh Inas.. Raif diam saja di tempat duduknya.. Sehingga mereka sampai di tempat yang ada banyak cahaya lampu jingga yang menghiasi kawasan itu.. Di sepanjang jalan penuh dengan kereta. Banyak orang sedang berjalan dari arah kiri dan kanan jalan sesuka hati mereka..

''kita..'' Raif memandang ke arah luar melihat ramai orang ..

''kita dah sampai..'' kata Inas.. Membuka tali pinggang keselamatan .. Sebaik kereta siap dipakir.

''kita di mana ni?'' tanya Raif.. Inas melihat Raif seperti tidak selesai.. Bila melihat tempat yang ramai dengan orang ramai itu..

''ini orang panggil pesta ria.. Jom lah turun..'' Inas membuka pintu kereta.. Kemudian dia keluar berjalan kearah pintu Raif yang masih belum keluar.. Pintu Raif dibuka Inas dari luar..

''manja takut lah!'' Raif menggelengkan kepalanya..

''marilah.. Manis kan ada.. ''

''kalau sesat... Kalau manja hilang macam mana?'' potong Raif.. Masih kekal di duduk didalam kereta..

'aduh. Manja.. Buat macam tu lagi nampak comel tau! ' Inas mencubit pipi Raif.. Dengan rasa geram..

''auwww... Sakit! Manja bagi tahu mama nanti!'' adu Raif memegang pipinya yang sudah merah..

'aaa.. Apa tadi? .. Bagi tahu mama??? Manja..!'

''siapa suruh manja buat comel macam tu..'' Inas membongkok membuka tali pinggang yang mengikat Raif ..

''jomlah.. Janganlah manja jadi macam budak kecil.. Manja kan suami manis.. Malu dekat adik tu..'' inas menunjuk kearah seorang perempuan yang sedang berjalan dengan keluarganya.. Raif menjenguk melihat kearah kanak -kanak perempuan itu.

''tu tak apa la.. Dia ada dengan keluarga dia..'' Raif memberi alasan.

''tak apa lah! Manja tunggu disini.. Manis nak masuk dulu..'' penat sudah Inas memujuk Raif dia berpaling dan berjalan pergi.. Baru masuk ke langkah yang kelima.. Jari- jarinya sudah bersatu dengan tangan seseorang.. Inas menarik bibirnya tersenyum berpaling melihat ke sisi.. Raif sedang memandang terus ke hadapan.

'manja.. Manja!'

Masuklah pasangan itu kedalam Taman Ria yang penuh dengan pelbagai - bagai jenis permainan di dalamnya.. Raif yang pada mulanya takut itu bertukar menjadi seronok.. Habis semua mainan dia naiki.. Sampai pening Inas melayan kerenahnya..

''manis.. Yang tu pula..'' tunjuk Raif kearah satu permainan yang ada ramai kanak- kanak beratur di pintu masuknya.

''itu mainan budak-budak tu..'' kata Inas..

''ehh.. Tu ada orang besar..'' tunjuk Raif..

''itu.. Ayah dia kot.. Kenalah teman... Kan anak dia kecil lagi ..'' Inas turut melihat kearah seorang lelaki yang memegang anaknya..

''manja nak naik jugakk.. Boleh la...'' rengek Raif ..

''manja pergi lah tanya dekat orang tu.. Kalau dia kata okay.. Boleh.. Manja naik lah.. '' kata Inas..

''manis tak nak naik? Manis tak naik apa pun dari tadi.. Manis asyik makan je..'' Raif menunjuk kearah tangan Inas yang ada secawan jagung ..

''manis datang nak makan.. Bukan nak naik semua ni..'' jawap Inas menyuap satu sudu jagung ke dalam mulutnya..

''kejap manja pergi tanya..'' Inas kemudiannya mengangguk. Melihat Raif yang berjalan bertanya kearah penjaga mainan itu..

''manis!'' jerit Raif dari sana.. Dia menayangkan dua ibu jarinya kepada Inas dengan wajah yang tersenyum manis.. Inas membalas dengan anggukkan ..

Inas berdiri di pagar .. Melihat Raif masuk kedalam.. Inas melihat Raif ada mengangkat beberapa kanak- kanak untuk duduk di tempat mereka pilih dan akhirnya cuma ada satu tempat yang tersisa buatnya.. Seekor rusa biru.. Naiklah Raif menunggang rusa biru itu.. Inas yang ada di luar menggeleng kepalanya.. Tak tahulah.. Sama ada nak gelak ataupun apa.. Bila Raif menunjuk kearah seorang kanak-kanak lelaki yang awal-awal lagi sudah memanjat naik seekor kuda putih.. Berpusing lah permainan itu.. Sampai Inas dah tak nampak bezanya yang mana satu Raif.. Bila Raif turut menjerit - jerit sama seperti kanak-kanak yang ada didalam permainan itu..

''jom balik..'' ajak Inas..

''jom pergi sana tu.. '' Raif menunjuk kearah pokok yang di hias cantik dengan lampu yang berwarna warni..

Mereka berdua sekadar berjalan sambil berpegangan tangan di bawah pohon yang di hias cantik itu.. Waktu semakin lewat.. Di kala itu hanya ada banyak pasangan anak muda yang tinggal... Memenuhi taman itu.. Inas dapat melihat wajah Raif yang ada kala nampak sedang berfikir tentang sesuatu.. Mendung saja wajah Raif waktu itu..

''manja..''

''jom kita balik.. Dah lewat ni..'' Raif berpaling melihat kearah Inas..

''okay..'' balas Inas.. Pulanglah pasangan itu kembali ke rumah besar..

''dari mana ni?'' suara itu bergema di segenap ruang yang sunyi..

''mama!'' kata Inas terkejut sebaik pintu rumah itu dibuka..

''mama.. Kami pergi makan..'' terus Raif memeluk Maya..

''haish.. Kenapa lewat sangat baliknya.. Mama risau tau!'' Maya mengelus wajah Raif..

''dah la masuk.. Dah lewat ni..'' kata Maya.. Inas masuk menutup pintu utama rumah itu.. Kemudian dia berpaling melihat kearah Raif yang sedang berbual dengan Maya.. Rancak saja mereka berbual.. Sampai tak berani Inas nak mencelah..

Share this novel

Ella Halim
2020-11-07 21:37:32 

manja pura2 jadi mcmtu


NovelPlus Premium

The best ads free experience