Untitled

Short Story Completed 895

Naurah mengintai di balik jendela.Dia muncul lagi.Patutlah,hampir 20 minit lagi waktu Asar akan masuk.Naurah tersenyum bahagia.Adakah dia jodohku?Soalan itu sentiasa berlegar-legar di fikirannya.Apabila hampir masuk waktu solat,lelaki itu akan muncul dengan jubah putihnya bersama ketayap dan serban putih melilit di kepala.Wajahnya tampak suci dan bersih serta bonus kacak.Naurah suka memandang wajah itu,hatinya tertarik walaupun dia tidak mengenalinya.
"Astaghfirullahaladzim,Ya Ilahi andai benar dia jodohku,satukanlah kami dengan cepat agar aku tidak terus menerus melakukan perkara salah ini ya Allah.Tapi andai dia bukan calon imamku,hindarkanlah perasaan ini dari hatiku,"Naurah menekup wajah dengan bantal.Rasa bersalah akan hadir setiap selepas dia memandang wajah lelaki berjubah itu.
Tiba-tiba pintu terkuak dari luar,
"Naurah!Abi panggil,"muncul Haura di sebalik pintu.
"Hish kakak ni.Bagilah salam dulu,tak sopan,"Naurah memandang geram kakaknya.Nasib tak kantoi yang dia baru sahaja selesai mengintai si dia.
"Hehe,sori dik.Assalamualaikum,"Haura segera memberi salam.
"Waalaikumussalam,abi panggil ke?"Naurah kembali bertanya tentang tujuan kedatangan Haura ke biliknya.
"Ye,dekat bilik bacaan.Jom,"

Suasana di bilik bacaan sepi.Naurah dan Haura hanya menunggu bicara dari abi.
"Naurah sudah bersedia?"tiba-tiba terpancul soalan pertama dari abi.
"Hah?Apa?Tak paham,"Naurah kebingungan.Tetibe je,bersedia untuk apa.Soalan abi langsung tak lengkap,kalau abi yang jadi penggubal soalan peperiksaan memang semua student fail.
"Adakah Naurah dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga seperti Haura?" soalan abi yang lebih terperinci itu membuatkan Naurah jatuh terduduk.Hish, over betul,Naurah segera bangun kembali.
"Mendirikan rumah tangga?Err,kenapa abi tanya?"sungguh Naurah tak mengerti.
"Sedia atau tak?"abi yang tegas terus menyoal lagi.
"Boleh abi jelaskan tentang dengan siapa Naurah akan dijodohkan?"Haura bersuara bagi membantu adiknya.
"Muhammad Naufal telah melamar kamu,"
"Hah,siapa tu?Naurah tak kenal yang namanya Muhammad Naufal,"
"Dia anak kepada kawan abi,inshaa-Allah,bagus orangnya,"
"Maaf,Naurah belum bersedia,"ujar Naurah perlahan sahaja.Bimbang abi marah.
"Betul tak sedia?Jangan sampai menyesal,"abi memberi peringatab kepada anak gadisnya itu.
"Inshaa-Allah,tak.Naurah mintak izin masuk bilik dulu,"segera Naurah mendapatkan pintu.Entah mengapa dia berasa begitu sedih saat menyatakan dia belum bersedia.Hatinya sudah terpaut kepada lelaki berjubah itu bukannya Muhammad Naufal yang tidak pernah dilihatnya.Tapi kenapa sekarang dia sedih?Aishh,mengarut!

Pada minggu berikutnya,abi dan umi mengajak Naurah menghadiri majlis perkahwinan anak kawan kepada abinya.Lebih tepat lagi,majlis pernikahan Muhammad Naufal.Cepat betul lelaki itu mendapat jodoh.Baru ditolak sudah mendapat gantinya.
Memang menggembirakan hati Naurah saat tiba di sana.Dia lelaki berjubah putih,berketayap dan serban melilit di kepala berada di sana.Naurah jadi malu sendiri.Dia buat apa kat sini?Macam mana kebetulan pulak ni?
Naurah jadi tak keruan saat lelaki itu bersalaman dengan abinya dan turut menyapa uminya mesra.Macam dah lama kenal.Abi dan umi segera meminta diri untuk bertemu dengan tuan rumah sambil meninggalkan Naurah bersama lelaki itu.
"Kenapa ada kat sini?"Naurah menggumam perlahan namun suaranya didengari oleh lelaki itu.
"Ni rumah saya,memanglah saya kena ada kat sini,"lelaki itu menjawab dalam nada tak puas hati.
Naurah pelik dengan nada itu,macam nak ajak gaduh je.
"Oh macam tu.Kenapa ea,semenjak seminggu yang lalu saya tak nampak awak lalu depan rumah saya?"secara tak sengaja Naurah bertanya selamba.
Lelaki itu mengangkat kening.
"Awak intip saya?"
Naurah anguk perlahan-lahan.
"Untuk apa awak intip saya kalau awak tolak lamaran saya?"lelaki itu memandang tajam ke arah Naurah namun,sebentar cuma.Segera pandangannya dialihkan ke arah lain.
"Apa maksudnya?Serius saya tak paham,"Naurah membetulkan niqabnya.Dia menjeling sedikit ke arah lelaki yang berdiri agak jauh dengan dirinya itu.
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Saya Muhammad Naufal.Okay,fine!Selamat tinggal,Naurah.Mungkin kita tiada jodoh,"lelaki itu memperkenalkan dirinya lalu segera melangkah pergi meninggalkan Naurah yang dipayungi langit biru.
Naurah diam.Perlahan-lahan mutiara jernih itu menitis.Tak sangka begini akhirnya.Menyesal?Memang dia menyesal sekarang.
Apa yang lebih menyedihkan hatinya, kata abi,hari ini Muhammad Naufal yang akan membina masjid.Bermakna memang mereka tidak berjodoh.

Semenjak hari itu,Naurah berusaha melupakan Naufal.Sampaikan suatu hari abi kembali menanyakan soalan yang sama iaitu adakah dia sudah bersedia menjadi isteri.Tanpa berfikir panjang,Naurah bersetuju.
Haura senyum sendiri saat Naurah mengatakan persetujuannya.Haura yang sudah bersuami memahami bahawa betapa bahagianya hidup berumah tangga.
Naurah ingin sekali mendambakan suami sebaik Harith,suami Haura.Tapi adakah calon suaminya sama dengan abang iparnya?Tak mungkin sama kot.Hurm...takpelah,mungkin lebih baik.

Saat tibanya waktu Naurah dan calon suaminya diijab kabul,Naurah terasa ingin menangis,menjerit,meraung dan macam-macam lagi.Dia sebenarnya belum bersedia,tapi kenapa dia bersetuju?Ayoyo...
Sepanjang majlis,Naurah hanya menunduk sahaja,bahkan nama suaminya pun dia tidak mendengarnya.Hish,kronik betul ni.Parah...parah.
Tiba masanya acara membatalkan air sembahyang.Jantung Naurah terasa hendak tercabut keluar.Dia memejamkan matanya,hatinya merintih macam-macam.Dia terus tunduk dan tunduk.
Suaminya menghulurkan tangannya untuk mencapai tangannya untuk mencapai tangan Naurah.Naurah pula apabila melihat tangan lelaki itu semakin hampir,dia segera menghulurkan tangannya perlahan-lahan.Semua tetamu tersenyum-senyum memandang ke arah mereka.
"Sampai bila tak nak pandang saya?"lelaki itu berbisik perlahan.
Naurah segera mengangkat kepalanya memandang lelaki di hadapannya yang telah sah bergelar suaminya.Memang memeranjatkan kerana lelaki di hadapannya itu ialah,
"Hello Muhammad Naufal!Saya tak nak bermadu,awak ingat saya takde perasaan ke?"Nauraj menjerit tiba-tiba dengan suara tertahan.
"Naurah,apa ni?Sembarangan je budak ni,"Haura pantas menegur adiknya.
Muhammad Naufal yang tercengang seketika itu pantas membuka mulut bersuara,
"Kenapa ni?Madu apa benda ni?Hello...Mimpi ke?Hah,mimpi ea?"Naufal bercekak pinggang.
"Awak kan dah menikah dulu,kenapa awak menikah dengan saya pulak hari ni?Saya manusia lah awak,ada hati dan perasaan!Saya tak nak jadi isteri kedua!" cengeng betul Naurah ni.
"What!Dengar dari mana ni yang saya dah kahwin?Sayang,walaupun awak menolak cinta saya pada pertama kalinya,saya tak pernah berhenti berharap untuk mendapatkan awak kerana saya tahu awak diciptakan oleh Allag untuk saya.Semuanya melalui istikharah,"jelas Muhammad Naufal.
"Habis kenduri hari tu?"
"Tu abang saya lah.Abang ipar awaklah,"
"Abi cakap Muhammad Naufal yang kahwin.Awak jangan kelentong saya ea," Naurah masih belum jelas.
"Ya Allah,hei my sweet honey.Abang -abang saya semuanya bernama Muhammad Naufal.Yang sulung Muhammad Naufal Nazrin,yang kedua Muhammad Naufal Nazim dan saya sebagai anak ketiga,mak ayah saya malas nak fikir nama belakang,jadi nama saya Muhammad Naufal jelah,takde tambah-tambah,"jelasnya sambil tersenyum manis.So cute...
"Oh,macam tu.He he,sori abang,"Naurah pantas memeluk Naufal.Terjerit tetamu yang ada.MasyaAllah,tak malu betul.
Naufak dan Naurah melepaskan pelukan mereka.Baru tersedar yang mereka masih berada di dalam masjid.Masing-masing tersipu malu.Alahaiii,begitu cantik aturan Allah.Alhamdulillah,bersatu jugak akhirnya Naufal dan Naurah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience